Thursday, July 28

Sepanjang 3hari 2 malam kita bermalam di sekola terdekat.banyak input cuba diterapkan,namun kita lebih suka utk biarkan kata kata penceramah bertaburan begitu sahaja.

maaf,mungkin sedikit kurang adab,tapi jika kata-kata hanya utk maracau fikiran akal lebih baik dilupakan sahaja.setiap org ada prinsip,setiap org ada pandangan,penerapan benda kurang suci belum mampu member impak positif.

Mungkin kita x patut tanye apa yang mereka cuba sumbang utk kita,tapi jika kebenaran xberpihak pada mereka apa gunanya.pelik manusia nie,kadang kala cuba jadi jaguh kampong,walaupun tanpa sedar sedang memalukan diri dikhayalak ramai.cuba tunjuk hebat walau hasil xbagus mana.ada ketikanya cuba tegak benang yang basah,walau sudah terang lagi bersuluh

Pada fikirannya,anak muda ini jiwanya masih panas,masih membara..tapi harus ingat anak muda zaman sekarang sudah ada pendidikan.sudah melihat pengalamn.inginkan pembaharuan.jangan cuba dikotorkan minda itu kalau sudah tahu apa yg disampaikan hanya auta semata-mara.

Bukan niat nak sakit hati mana pihak,sebab jiwa sendiri sudah terbakar berasap jiwa.nak bersuara xberani,sebab kuasa bukan di tangan kita.nak berkata rasa nak tunjuk lagak.jadi duduk diam jadi pemerhati mungkin lebih sesuai.

Sekian.....


Semalam kita berjumpa dengan cikgu ali.katanya kalau kamu tak mampu menguruskan hal diri kamu jangan ada keinginan untuk bercinta.sememangnya ia tidak menguntungkan.perjalanan hidup masih panjang.

cari orang kalau boleh biar jarak usia nya jauh sedikit seperti lima tahun k atas.kenapa?sebab kalau sakit masih ada yg boleh jaga.xde la dua-dua terbaring n terlantar sahaja.

Sunday, July 17

"hidup tanpa ilmu,umpama berjalan dalam kegelapan"....STanza CInta

Ilmu tak semestinya boleh dapat dengan baca buku sahaja je..ilmu boleh dapat melalui pengalaman.mungkin juga melalui kotak kaca..boleh jadi oleh kotak suara..pandangan makhluk tentang hidup juga boleh jadi part of ilmu

Tapi itu semua terrpulang pada diri kita.sama ada kita nak pilih ilmu yang baik,atau nak mengamalkan ilmu yang sia-sia.corak hidup ni,kita sendiri yang tentukan.malah kita sendiri yang pilih bagaimana gayanya

Contohnya,nak tulis karangan...kita mungkin diberi tajuk yang sama,malah isi juga disediakan.tapi cara penggunaan isi kita untuk baris-baris ayat belum tentu serupa.tak kisah lah berapa ratus orang mahupun infinity orangnya,belum tentu kita dapat jumpa baris ayat yang sama

Sama macam ilmu,tak kisah lah kalau kita menuntut dengan guru yang sama,tapi kita refused nak mengamalkan apa yang kita pelajari,belum tentu kita dapat capai maknanya
Fuhh...lama rasanya tak merapu
Kehidupan hari-hari,kerap kali mengulangi perkara yang sama
Rasanya da dekat dua bula bikin karipap dan asyik terperap
Kalau ronda-ronda pun di kawasan sekolah
Mengimbas waktu dulu...waktu kita tarik beg sekolah dan kemudian pikul beg sampai rasa nak tercabut bahu
Beg kalau x berat macam isi batu memang x sah...jalan terbongkok-bongkok masa panjat tangga memang perit.dah la sekolah zaman tu suka bikin banyak tingkat.nasib kita pulak mesti dapat kelas tingkat paling atas dan paling hujung
Yes!nie yang buat kita makin suka pergi sekolah...kalau nak masuk sekolah kena panjat bukit

Bila beg da berat macam batu rasa nak merangkak je panjat bukit..tapi bila balik sekolah rasa macam nak bergolek je biar cepat sampai rumah

Wednesday, July 6

Syiling....

Siang tadi time kita dok usha channel menarik kat kotak kaca tadi,kita tersangkut kat satu drama nie...cite die x tahu la ok ke x..sebab kita tengok main tebok tepi je.huhu..tahu tahu nak habis da rupanya

Dalam dialog tu,pelakon cakap cuba kita 'ibaratkan diri nie macam duit syiling'
Ok!sekarang jom bayang....dalam juga la maknanya...

Kalau diteliti elok-elok,duit syiling kan ada dua muka or dua sides...tapi kita hanya boleh tengok satu sides je at that time.x kira la banyak mana kita pusing pun,kita x boleh nye tengok dua sides

Benda nie macam perangai kita...sama ada kita nak pilih bahagian yang mana terrrr pulang la.kalau kita nak mata-mata keliling tengok perangai yang molek-molek,tunjuk la yang molek.kalau rasa nak tengok macam lain....lu pikirlah sendiri!

Saturday, July 2

jangan anggap....

"Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita..."



Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabur atau sombong ini.
...
Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa. Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.

Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya. Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita, kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa lain ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.

Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa sikafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.


~ayat nie gua copy dari polep
ada ketikanya manusia ini perlu di ingat sebab menjadi lumrah bahawa manusia nie mudah lupa