Sunday, April 29

bila semua nak cakap

memang menjadi masalah dan tersangat masalah.bila semua nak sebar idealogi sendiri dan menjadi mangsa akak dan abang thundercats yang jadi mengong tak kira masa.gara-gara kelas perintah tadi,otak aku dan soljer lain hampir pecah.mana tidaknya,kau kena bayang macam mana kau nak letak position weapon dekat defence area.kau nak bubuh halangan ceruk mana,waktu bila kau nak gali kubur dan perkara yang sama waktu dengannya.aisshh.....sudah la tahap soljer dalam diri nipis macam daun reput,bila minta aku imaginasi macam-macam mula la kadar pertumbuhan kelemumur menjadi-jadi.

lenguh tak lenguh jari buat orders..sekarang tiba masa presentationnya.part ni makin aku mengong.sudah la ada banyak version..Mjr Mike cakap camni...Kpt Hotel cakap begitu..Lft Papa cakap lain..Kpt Juliet ajar lain...sampai Mjr Alpha makin lain....mak aihh banyak version,sampai aku yang tak mengong ni hampir terjerumus menjadi mengong.

tapi sebelum kisah orders bermula,kisah model sudah ada sejak jumaat.gara-gara bikin model punya pasal,hampir satu sekolah sudah gang thundercats tawan.lumut hampir hilang dari banyangan.habis la jugak,sampai petang semalam,pt bertukar jadi front support lumut down!..akak soljer pakat tiarap tepi longkang ik tarah lumut yang ada...tapi sayang seribu kali sayang.siap model,tapi Kpt Jusco complain model kami salah....kena repair balik...sobsobsob >_<''

Friday, April 27

jangan jatuh chenta!




duhai akak manis dan adik chomei...pelihara la jiwa kamu.jangan mudah memberi jiwa kerana akhir nanti kau binasa.lebih-lebih lagi pada abang salesman.tak kisah la kalau muka dia kacak macam aaron aziz ke sebab abang salesman ni pandai kot menyusun kata.kalau iman kau tak kuat,boleh cayaq kot eventhough muka abang salesman tu tak kacak macam hero tamil mahupun hero melayu yang bersepah zaman laa.kau sendiri tahu salesman ni pandai memujuk rayu...dari kau tak hingin samapi kau tergoda




sekian



p/s:amaran tegas dari aku peminat tegar roti dan biskut..^^

Thursday, April 26

sukasukisukasaki

hari ini hari khamis
hari khamis yang awesome dan aku suka

aku SUKA bila parents aku mai jauh lawat aku
aku SUKA bila mak mai bawak makanan yang da lama aku mahu
aku SUKA bila drM cancel class pagi tadi
aku SUKA bila breakfast pagi tadi di tepi pantai
aku SUKA bila sarapan di bawah pohon kelapa
aku SUKA bila mak n ayah bagi green lights untuk skip class jam 11 tadi
aku SUKA bila baju untuk dinner nanti da ada
aku SUKA bila aku berjaya ambil gambar lompatlompat
aku SUKA bila dapat marahmarah kat adik mok n adik cik
aku SUKA bila dapat kawan baru yang ramah
aku SUKA bila Tingting ajak aku join berorigami
aku SUKA bila aku ngaku bahawa aku memang tak berseni


tapi aku tak suka bila lemak di badan semakin menggedik-gedik
dan aku tak berapa nak suka bila aku baru perasan lesen aku da mati lebih dari seminggu...>_<'

Wednesday, April 25

meludah ke langit




"you may stapler thousand of mouth
you may either tide hundreds of hands
but you may never stop them from saying bad thing
and you may not tide their hands for long time"


sayangseribu kali sayang...kalau sekali sudah tercemar dalam kesan yang termakan.
kalau sekali sudah marah,parah nak redakan.
kalau sudah sekali bermaki-makian,tak mungkin mudah berpaling arah.

satu perkara aku semakin sedar,bila kita sibuk gebang pasal keburukan orang lain,sekali sudah terkena terdiam seribu bahasa.suka sangat perasan diri tu hebat.suka sangat membandingkan kehebatan diri dengan kelemahan orang,sekali terpercik kat muka sendiri mula la nak salahkan orang lain.nak pulak time tu kau nak jual ego tinggi-tinggi.kau kata dia...dia kata kau..lastlast semua sama je.

bila orang mula meluah rasa,time tu la kau ungkap fikiran tak matang la..bertindak ikut emosi la..fikir tak guna akal la...amboi pandai sungguh kau menabur  kata.dasar egois terlalu tinggi...ishish...








[bila baris pagi menjadi pasukan latihan perempuan simpanan....semua melatah pantas] 

Saturday, April 21

selesai sudah

term "practice make perfect" ni da selalu sangat aku dengar.tapi kalau da gelabah biawak tu,practice hebat mana,bila kena present life memang nokharooom.cisciscis...tak suka,serius aku tak puas hati dengan performance aku sendiri pagi tadi.akibat berdiri terlalu lama tanpa alas perut walau seinci hanya beberapa teguk air yang tak sampai 5ooml,sumpah aku da rasa sejuk semacam sambil kuning-kekuningan tadi.mujur tak tumbang,kalau tak kemaluan terlampau aku rasa.mak aihh berdiri tegak menanti Canselor memang menguji iman sampai aku tak tahu nak berangan apa time baris tadi...=_=''



gara-gara ada abang udara yang aku usha sejak jamuan raya hari tu,ku gagahkan diri untuk tampil hebat..adeyh u catch my eyes la.walaupun abang udara berdiri tak jauh,tapi bila lihat kesegakan diri dia dengan one dress semakin menguji tahap kegatalan melampau dalam diri.sejauh mana kau berdiri,aku masih setia menjeling dari jauh..paham!..kalau la ada perkhidmatan udara kat sini,memang lama aku join da,untung-untung dapat satu skuad dengan dia..XD

gigi suci




gara-gara nak sambut sultan pagi nanti aku dengan teramat teruja malah terlalu over sanggup buat temujanji dengan Puan Dentist.untung-untung bole jugak senyum kera nanti.memandangkan hidup sudah cecah dua abad,tapi siang tadi pertama kali pembersihan gigi dilakukan.aku sendiri tak mampu bayang berapa inci taik gigi aku da simpan..>_<''....aku yakin dalan hati Puan Dentist mesti menyumpah dengan ketebalan taik-taik gigi yang aku ada...



tak mengapa.....aku redha

Tuesday, April 17

touching tuesday



petang tadi waktu pulang ke desa terchenta aku terserempak dengan TP2..rasanya sudah lama tidak bersua.kalau tegur pun hanya melalui laman sesawang..Tp2 duduk tak jauh dari kerusi aku,jadi mudah la kami bertegur sapa..^^...perbualan kami sedikit ringkas.maklum la bila lama tak jumpa tak tahu nak bual apa...cuma berapa ketika TP2 pandang aku lain macam je.kata-kata yang hadir "nampak lain la"..aku pun diam...TP2 tengok lagi.."betula la nampak lain"...aku diam...biasa la baru balik kem,muka memang burn sikit...huhu...dalam hati rasa nak nanes lajulaju.sebab bukan TP2 je yang tegur.teman-teman lain yang lama tak bersua pun tegur juga...sobsobsob


fine bulan april memang bulan kegelapan.sudah la aku ni menggatal p join kawad konvo.makin "cerah" la muka ni..dear muka n tangan sila la putih lajulaju,den tak larat nak jadi anak mami lama-lama ni 

sharp shooter ke?

kalau da namanya rezeki kau bertarung dengan gang shooter yang hebat pun,kalau hamper tu nak jadi milik kau memang tak ke mana la eh....=p...tiap kali ada activity tembak-tembak ni,kemuncak die mesti game jatuh piring.so nak jadi cerita nama aku pun tercalon jadi CJ 3.nak kata terer tu memang tak la kot.gara-gara dapat sembilan points untuk lorong hutan,habis nama aku kena lelong wakil inter...huhu..kalau la double-tapping aku tu laju sikit,bole jugak dapat full point kot..[erkk jual minyak sebentar]....

kalau ikut kan hati memang tak nak join sebab malas nak cucinya nanti.tapi da femes sangat time tu ku rela kan juga..ceewaah!.><..tengahari tu game pun bermula dan CJ3 berjumpa dengan senior dulu.cuak tak cuak la jugak.kata mereka senior ni cekang kot.adeyh dah nama pun senior,orang lama kot.tapi cj3 memang da surrender dari awal gara-gara tak sanggup nak berjemur waktu pertandingan berlangsung.

game pertama berjumpa senior....cj3 menang
game kedua berjumpa super senior...cj3 menang
game ketiga berjumpa junior hebat...cj3 menang
game final berjumpa cj1...cj3 menang

game ketiga n final memang lawak.punca?...time lawan dengan jr tak tahu la apa da jadi kat sharp shooter mereka.kalau previously habis 10piring jr da gulingkan,sampi lawan dengan kami hanya tiga je mereka mampu.kehebatan gang jr di akui ramai pihak.sampai bila mereka kalah,enKomandan turut garu kepala..huhu.

paling setail bila final game jumpa skuad sendiri.sama ada menang atau kalah,hamper da tentu milik gang thundercats.masa first shoot tu akak n abang soljer siap buat rentak lagi.settle tembakan pertama baru kami bertarung bersama..^^


fact:cj3 bukan gang hebat pun.bukti kami hanya mampu jatuhkan kurang dari lima piring saja kot.kemenangan ini hanya rezeki semata-mata =)


~sekian

Sunday, April 15

"frustless" friday

13042012...satu tarikh yang harus segar dalam ingatan.berlaku perkara kecil hingga air mata aku mula mengalir.baik!ia tersangat malu dan teramat malu kerana waktu dan tika itu aku berpakaian soljer.perghh akak soljer nanes.ia sangat tak cool.segenap mata meliar melihat kejadian itu.

ketibaan gang lapan yang harus disambut "baik" mendapat habuan masing-masing di pagi jumaat yang indah.dan pada hari jumaat yang mulia itu,makhluk mulia mula berubah menjadi makhluk munafik....mula menipu dan terus menipu.mereka cerita yang tidak wujud sebenarnya.kalau di fikir semula,kalau aku cerita perkara benar aku tetap da dapat hadiah hebat,so baik aku teruskan wayang tipu yang tak berkesudahan.

bila tali kuning bersalut getah mula mengambil tempat,hati aku terlalu kayu.tiada tangisan yang mahu dilinang.cuma bila disebut-sebut...malah dianjing-anjingkan lagi...rasa perit itu mula bertakhta.mujur tak apa-apa sebab aku masih mampu melakukan proses pencernaan dengan sukses sekali.cuma sedikit terkilan,bila mastermind bagi cerita ini terkecuali dan terlepas....=_=''

Saturday, April 7

tugasan menanti

the horrible moment bila orang lain usung bag balik kampung..tapi aku usung bagpack nak pergi medan..><'

cerita tujuh hari bakal bermula.terpisah dengan dunia realiti.hidup dalam fantasi...kehidupan yang aku sendiri tak pasti.yang aku tahu gadget simple macam phone n lappy memang tak ada sekali la kan.pesbuk memang tak bukak la kot.segala jenis news lagi aku tak taw...paling tak pun bila habis tugasan ni semua,confirm blur tahap siput memang terpancar..burn macam anak mami toksah nak habaq la kan.memang superduper la..^_^

aku doa sangatsangat semua akan sangat fine.insya allah pengalaman owesome aku akan kutip.sebab pengalaman owesome cerita tujuh hari lalu masih segar lagi dalam minda..=)





[dualabrepot...satujournal..saturepot...satutest...satuchichat]
bukak sem memang aku hancuq..==' 

Thursday, April 5

gundah gulana

bila kenang nasib diri aku semakin tak keruan.melihat tulisan tangan tentang kerja yang masih not done.ok ia tak sweet atau cute.sudah la midsem break ni aku harus meneruskan latihan yang tak berapa nak terus.sudah la cuti ni aku di luar kawasan.kata Muthu aku dan abang serta akak soljer lain kena pergi Gurun...baik aku semakin gerun kenang nasib disana.cerita 7hari aku tak mampu bayang lagi...=_=''



dualabrepot...satujournal...duatestlagi...chichatbersamapapakimi...ia masih NOT DONE!

Tuesday, April 3

penyakit mencari penawar

seperti penulisan MA yang lalu "cinta itu seperti penyakit yang tak ada vaksin atau ubat"...dan aku strongly agree dengan statement itu.

aku classify kan penyakit cinta tu macam cancer.mudah merebak,bila da parah perlu chemotraphy.kalau tak rawat jadi masalah.macam cinta,bila da datang kita tak boleh halang.bila da sampai satu stage hebat,tengok pokok kelapa pun kau boleh nampak abang hensem terpacak tegak dengan sasa sekali.parah tak parahnya cinta.kemudian mula la hadir kata-kata "mandi tak basah,tido tak lena"..dan sememangnya itu semua tak masuk akal..>_<'

penangan cinta ni kekadang hebat juga.walau kau cuba rawat sekuat mana pun,ia tetap akan ada dalam jiwa..aku kaitkan lagi dengan cancer.walaupun kau da undergo chemo ke..makan ubat berpapan-papan ke,cancer tu masih ada tapi dalam volume yang kecil.ia tak boleh lupus selamanya dan sememangnya ia mustahil!..macam cinta,kalau kau kata kau da lupakan abang hensem selamanya,itu bohong!paling tak pun mesti ada sweet memory yang kau mahu ingat sampai bila-bila  =)





[aku tak mahu penyakit tu datang sekarang,walau aku da nampak tanda-tandanya,rawatan pencegahan itu perlu hadir laju-laju sebelum aku mula senyum kera tak kira masa =.=' ]

Monday, April 2

padah

ni la akibat kalau ramah tak kena gaya,tak kena tempat.tak kisah la pakai direct network ke,tak pun social network.ni tangan dok gatalgatal approve sapa suruh.entah mambang mana je yang dok minta jadi kawan....ishishish...walaupun baru beberapa baris kata,bila aku mula tersedar lantas aku remove dari friend list.tak kisah la En.manchester tu nak cakap apa.sebab last ayat conversation ialah  "u kerja apa?"..dan dia replied "kerja kerani je"...dengan kuasa jari telunjuk aku tekan button remove from contacts...puas!





~aku kena pikir soal keselamatan.boleh jadi dia hackers ke..manusia sekarang banyak sangat belangnya.sebelum benda karut,baik aku buka langkah seribu..^_^