Wednesday, May 30

sudah cukup sudah



ingatkan hari ni hari terakhir kita bersua..tak sangka akan ada lagi pertemuan bersama.
doctordoctor...saya da tak larat nak tayang gigi saya kat doctor.saya tahu la gigi saya ni chumel,tapi bila doctor suruh kita bersua lagi,hati saya sayu kot doctor.ntah apa lagi la doctor nak bikin kat gigi saya ni. =_='..
memang la awal mula pertama mula saya jumpa doctor cuma nak cuci gigi saya sampai berseri macam iklan fresh n white.tapi rupanya ada rawatan susulan selepas itu...huhu





gigi pacik ni lagi awesome dari saya 

Friday, May 25

saya da besar..>_<''

ohtidak.com..ini mimpi ngeri.bila realiti kau harus terima hakikat kau semakin dewasa.bila diri kau sudah layak untuk election itu tanda kau semakin dewasa....dengan troll face yang menggila,aku rasa nak nanes lajulaju as nama aku sudah di shortlist for this year election.

ok!..memang ini tanggungjawab semua orang.tapi pada aku ia sesuatu yang berat bila mana kau harus memilih pemerintah yang baik.kalau tanda pangkah aku silap,how my next life going to be?..baik aku kena start fikir dari sekarang aku nak pangkah sapa....aduyaii  >_<'




p/s:harapharap la elction day tu tak jatuh time final exam.haish~~

Wednesday, May 23

motif ?

siang tadi waktu aku dok terjah laman sesawang pesbuk,aku terjumpa status ni...



perlu ke?






let me clear this first...ok mula-mula tak ada niat langsung nak buruk kan mana-mana pihak,just aku terpanggil untuk bersuara perihal status ni.aish kalau da terpanggil aku tak mampu nak lari dari meluah rasa.

pandangan aku status ni tak la kejam mana,cuma kejam dalam diam..haha..>_<''






kepada awak, 

awak awak..kalau nak jadi stalker tu boleh tapi ....kita rasa tak perlu kot gebang satu dunia.apa motif nye ek?awak rasa puas ek? 
hurm.... 
kita rasa each of us ada medium tersendiri untuk bercerita.so,kita rasa la kan kalau awak terjumpa perkara yang kawan awak nak rahsiakan,cukup la awak sorang je rasa.tak perlu kot heboh sekampung bercerita rasa teruja awak yang terlampau tu..huhu 
lagi pun kan awak,mesti ada sebab kenapa kawan awak tu tak maw storystory dekat awak kankan...huhu 
ish tetiba saya rasa awak ni psycho..=_=''

maaf  ^_^ 

Tuesday, May 22

musykil masa sendiri

aku tak tahu la kalau hari ni tersedak-sedak ada yang seru namaku.pelik tak pelik la hari ni bila tetiba aku on9,traffic hari ni berderu-deru naik.ok tak la sampai berpuluh-puluh.setakat budak selipar jepun siapa la nak usha sangat...huhu  >_<''

tapi aku dok pelik dari tadi mencari solusi tapi belum jumpa.yang aku makin pelik tu,number viewer yang dok penuh ni kat post speechless saturday je.aish apa yang spesel sangat pun aku dok pikir lagi...apakah makhluk yang bernama Amirul Hafiz yang dok usha post tu?......





rasanya tak salah kalau aku ada impian merapu macam ni kot...XD 

Monday, May 21

5 4 3 2 1 ROW!

soal rezeki semua ini rahsia Tuhan.alhamdulillah walaupun tak mampu raih gold atau silver,dapat bronze pun da bersyukur sangat.setelah bertahun-tahun aku tak rasa gigit medal,dapat juga aku gigit puas-puas semalam..huhu...hanya kalah untuk 6saat dengan team Innershine,memang sudah suratan takdir.

vitamin apa yang depa telan pun aku tak taw.barangkali innershine berbotol-botol kot..hehe..apa-apa pun tahniah pada tuzki Syed and the gang.

macam aku tulis dekat previous post,aku ni kan atlet tercicir,atas dasar itu,aku join sukan yang mampu accept makhluk-makhluk macam aku.kami sekadar ber "rowing " je.itu pun indoor rowing(main tarik mesin)..kalau nak suruh aku tarik dragonboat belum tentu dragonboat tu jalan..>_<'



ni cara otai bersukan..XD






p/s:walaupun aku terkejut beruk melihat lokasi game ini berlangsung,aku harus redha.sebab itu ada pepatah dont judge book by its cover.memang la sebelum masuk tu kau akan hirup udara ikan mentah,daging sembelih atau sayur segar..tapi kau pasti tak sangka ada  mesin rowing yang sudah tersusun rapi minta ditarik...^_-

atlet tercicir

aku ni dalam bab sukan memang tak awesome,senang cerita gagal masa sendiri.so nak jadikan cerita weekend semalam,sekolah aku ni ada la held satu event olahraga tahunan.bab pecut memecut,kejar mengejar memang spoil teruk baq ang.tapi kalau main sukan tu boleh la sikit,nak kata tak boleh langsung nampak beno tipunye..huhu

so untuk temasya semalam ni,aku mampu sumbang sebagai kontinjen perbarisan je la.setakat terkinja kinja,lari 50m,merapu for a few minutes aku rasa da superb habis da.




so ni la yang terjadi malam kejadian .....


credit to awanano utk pic yg chanteq..XD
 




selepas training yang aku lalui sehingga aku tak mampu lena malam hari gara-gara aktif terlebih,aku tak kisah as long aku dan rakan-rakan da all out malam tu.menang or kalah adat bertanding


ni video yang mampu disedut..=p



p/s:syukur.walaupun bukan juara tapi terpilih untuk persembahan terbaik sudah di kira rezeki.tahun depan pencen da...=)

Friday, May 18

i'm gangsta!

aku tak tahu punca.entah kenapa aku rasa mahu tumbuk orang laju-laju.kalau dekat padang tadi sudah seorang dapat sepakan padu percuma,aku tetap belum puas.lepas pulang dari gurun ni,dan semenjak peristiwa dulu,aku rasa semakin lain.aku rasa kalau ada yang cari pasal,dia memang minta balasan percuma.sebagai contoh,kalau die tumbuk aku sekali,aku sepak dia tiga kali.hal ini bakal terkadi kalau dia usik aku sedikit,aku akan usik berbukit-bukit..

maaf sedikit kejam aku rasa.mungkin aku perlu makhluk yang rela ditumbuk atau apakah aku perlu join tinju walau sekali...haha(gelak jahat!)


konklusi:tindakan aku silap..aku kena cari cara penenang yang sebenar...kepada Yang Esa aku harus kembali..solat itu kunci utama.hati ni da banyak sangat tercemar.perlu chemical dan physical treatment.kalau tak semakin naek tocang setan-setan kat sekeliling ni  >_<''



p/s:sakit juga kena tumbuk kat perut tadi.btw kepada kau agak-agak kalau nak gurau.aku semakin sensitif...paham! 

Sunday, May 13

mata masuk habuk

hari ahad yang tak berapa awesome sebab aku banyak gunakan untuk berhibernate.gara-gara tido tak lena malam tadi,maka aku balas dendam di siang hari.walaupun aku sedar bahawa akan ada dua test dan presentation serta tugasan dari tuzki syed dan lab report,aku masih dalam keadaan slumber usung bantal tarik selimut.maklum la bila da lama tak rasa weekend,ni la penangannya.teringin juga jadi macam makhluk-makhluk lain.....huhu

as i scrolled down my cursor time aku lagha kat pesbuk,aku noticed banyak rakan-rakan pesbuk update status mereka menghabiskan masa bersama bonda terchenta..adeyh tetiba rasa mata masuk habuk.sudah la pagi tadi bonda aku upload gambar fruit tart bersama beberapa kata...mak sendiri buat,mak sendiri makan...=(

arghh ni yang rasa nak balik laju-laju.....sobsob




        ..muka aku tak la terok camni bak ang..



walau apa pun selamat hari ibu buat bonda.mungkin aku tak mampu nak peluk onda ketat-ketat or at least salam bonda bertubi -tubi bila jarak menjadi jurang buat kami.aku doa yang terbaik buat bonda semoga bonda dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik...insya Allah.....amin





selamat hari ibu...=)

speechless saturday

ini kisah semalam
ini kisah lalu



yesterday i went for a dinner.....
where at one corner they have provided a wish board and as i read the written wishes,i found this......




                                  




p/s:terima kasih pada Cik Kilo...semoga ia termakbul....insya Allah  =)

Saturday, May 12

laghaaa lagi

aish ni la masalahnya bila kerja bertimbun dan test bersusun aku tengok sambil tutup mata.gara-gara Cik Kilo sudah perkenalkan aku dengan blogger-blogger yang rata-ratanya seorang soljer dan regular dan bakal mendapat tiga paku di bahu,aku dan Cik Kilo semakin tak keruan.habis segala sumber atau link yang terpacul kami click laju-laju.rupa abang soljer yang kacak bergaya mula terpapar di skrin layar.setiap penulisan mereka bercerita kisah hidup yang sangat awesome.semakin awesome bila mereka ni gila sukan dan athelete mantoooops!...

fuhh
*sambil urut dada dan kesat peluh lajulaju

salah seorang dari mereka memegang rekod sebagai Ironman..
[sumpah tak mampu bayang stamina apa yang dia guna]...>_<"





p/s:siang tadi lagha menonton layar..masa terbuang tanpa ada rasa bersalah..=_='
kalau la dapat squad barrell,memang senyum sampai tercapai telinga...ahakz!

Thursday, May 10

mendapat panggilan

[mood:mengong akibat ketiduran melampui batas,secara tak sengaja telepon berdering]

nama en.Kp tertera dipaparan.kejutan tak berapa sangat garagara ada miskol dari beliau malam tadi.cuma tujuan panggilan masuk masih tertanya,maklumla sudah hampir 2tahun tak berkata.matrikulasi lama aku sampai dua kali bertukar batch.

panggilan masuk,lalu dijawap.perjalanan ceritanya mudah.pertama perkataan "hello" dan kemudian diikuti dengan "salam"..[itu perkara lazim  bagi setiap perbualan]...en.Kp roger aku bahawa beliau ada di bbb,dan aku agak muskil,buat apa dari s.a datang ke bbb.serius tempat tu cuma ada rumah dan makhluk yang sibuk kejar dunia dan segelintir kejar akhirat kot.huhu...

seterusnya en.Kp tanya mana makan sedap?,dan aku jawap mudah makanan sana mahal kot,puasa je!...senang dan padat..maaf jawapan sedikit jujur dan tegas..lalu en.Kp mahu habiskan perbualan,tapi aku dengan selamba dan kurang kemaluan berkata.."takkan after 2years call aku just nak tanya makan kat bbb mana yang sedap.kalau rindu aku cakap je la.aku taw lama da!"..dan sekian kalinya aku memang jenis direct bila bersuara. ..>_<''

Sunday, May 6

oshi...oo yeah

setelah utusan ulung dari Sjn Alpha maka selesai sudah latihan serta kehidupan bersama MCK buat sidang ini.sidang baru sudah lain ceritanya...garis halus pada apulet semakin bertambah,maka cerita soljer semakin berat..walaupun pada asalnya aku ingat kami akan bergaji buta,tapi ia silap lajulaju.awal mula pertama mula cerita tetap tak sama dengan apa yang aku mahukan.

dimulakan dengan pt(physical training) yang paling susah iaitu p tidoq..XD
[susah ok sebab tidoq beralaskan lengan,kalau atas katil sambil selimut sedap jugak]

seterusnya dengan kelas peta.baru sangka kelas dekat dewan biasa,rupa atas puncak bukit sana.mak aih sudah la 3tan rosak,terpaksa la berjalan kaki.mujur hujan sudah reda,kalau tak semakin mencabar kelas pagi ni..>_<'

cerita kelas peta memang awesome sebab dapat gaduh demi tegakkan jawapan masing-masing.walaupun hanya cari coordinate,ia bukan tugas mudah.mujur peta yang dibekalkan baru 10tahun lalu,kalau tak semakin sukar tugasan kami.

petang itu sebagai penutup kelas diganti dengan perkara yang semakin awesome.berlari-lari dan pabila tiba di jambatan runtuh masing-masing menjadi biawak.merangkak dengan penuh keayuan sebelum merentas halangan.

kedebak...kedebuk..sampai ke rak monyet.tempat yang menjadi kegilaan gang soljer.papepun aku berjaya merentas semua itu dengan penuh gaya.paling setail bila kami jadi biawak sambil berenang-renang dalam rak monyet..=_=''...

last but not least semua ni ditutup dengan jamuan awesome.untungla sapa lahir bulan mei.bole potong cake.^^...gang thundercats nie len tak ada.kau kasi makan dia diam.kau hulur kamera die posing teruk..=)


p/s:adios inter..welcome senior 
cerita aku sebagai soljer mungkin tak sama dengan mereka.apa yang jadi tadi semua kenangan hebat ^_^