Wednesday, September 26

ops kantoi!

mula-mula niat aku tu suci je nak cover line untuk adik aku yang sedikit teruja nak jadi abang asykar,tapi bila dapat kakak yang tak pandai cover maka niat cover tu pun pecah.aku ni terlebih ramah bercerita la soal hati kat akak asykar laut ni,sudah la mereka ni bakal-bakal seniyor adik aku.adeyh bila di tanya nama adik aku dengan jujur terus kasi taw.nampaknya kalau lepas ni adik aku kena aim lebih aku tak tanggung.malah aku siap pesan kat depa ikut suka la nak buat apa...weeee....maklum la kalau itu jalan yang kau pilih kau kena redha je la.kalau setakat intake seniyor sekarang aku tak berapa nak cuak sangat sebab depa tak macam superseniyor depa yang kerek tahap gaban tu...hehe

kalau la adik aku taw pasal akaknya terlebih ramah nasib la.nak sorok camne,lama-lama orang taw jugak.mujur adik ku tak jadi juniyor ku,kalau tak boleh pulak dia nanes lajulaju nanti...^_^

Monday, September 24

i scream!

menikmati icecream 2scoop penuh sangat berbaloi di bawah sinar mentari itu indah.

keinginan untuk I scream! dalam keadaan badan berbau masham sangat tak cool.

bila emosi itu tak stabil habis banyak orang jadi mangsa keadaan.lebih seronok bila ia berlaku di tempat dan waktu yang salah.lagi menarik timing kejadian berlaku memang mohon maki lajulaju.bila level baek mula diperkotak-katikkan aku rasa kehidupan di hutan itu lebih indah walau ia penuh pacat.kenikmatan dihisap darah oleh raja-raja pacat yang bermaharajalela sangat aku rela dari diserap anasir buruk ke dalam jiwa.

bila mana kebaikan manusia itu dirogol dengan sehebatnya,kawalan jiwa makin buat aku tak lena.mujur ada akak ina d facial yang sudi mengurut-ngurut kudrat ini.walaupun dengan tak pasalpasal aku buat pelaburan percuma


sekian~

Saturday, September 22

masalah tolong berhenti!

ku sangkakan air di sungai akan terus tenang.tpi bila hujan turun menderu bah pun boleh jadi.cukupla minggu pertama register untuk semester ni aku da serabut otak,akibat terlalu serabut aku nekad membawa diri.malang serabut itu tak berkesudahan,disambung pula minggu ni.banyak sangat yang serabut,level serabut tu buat aku membuak lagi nak lari dari pulau ni.

hari ini hari serabut.bila hadap perangai manusia sehelai-sehelai ni buat aku rasa nak muntah lajulaju pun ada.

siang tadi telefon berdering.melihat nama terpancar aku rasa segan nak angkat.antara panggilan ialah enFoxtrot...ohtidak.com!kata beliau motif call aku nak cari alat yang kekurangan..arghhh serabut.mana aku ingat alat tu ada berapa.da tigaminggu kot aku tamat intern.akibat buntu aku dengan selamba point pada Sufi dan Suhail,maklum la depa habis seminggu lambat...setelah berapa lama phone berdering lagi,ok dari enFoxtrot  katanya tersalah dial.lalu beliau menyatakan bukan saja alat yang aku guna hilang,malah cip TLD Sufi yang baru beli tu pun hilang...haaaaaaaaaaaaaaaaaa makin serabut aku dengar.mujur jauh kalau tak memang aku konpem kena ke agency tu bagi proses pencarian.kata beliau mereka sedang busy menyelongkar department.

harapan ku yang tuls dan ikhlas semoga mereka menjumpainya



o0oo00oo hari ni terserempak buaya nerd bersama matairnya dengan kawasaki hijau.barangkali bawa matair makan angin.buaya nerd sudah gemuks sehingga aku kurang camnya wajahnya..>_<

Wednesday, September 19

hari lahir

mungkin tajuk entri ni tak sesuai dengan aku since hari ni bukan hari lahir aku pun.cuma dalam kelas MAS tadi Dr H utarakan soalan ni,Bila time birthday siapa sepatutnya kita celebrate?diri kita or emak kita?..terdiam.berfikir...menjadi adat bila datang je hari lahir kita akan wish kat orang yang dilahirkan tapi bukan yang melahirkan.cuba bayangkan,tanpa orang yang melahirkan iaitu mak kita belum tentu kita boleh ada kat dunia ni sekarang.so,pada siapa kita pada ucapkan hal ini?..bila time birthday kita mula la kita minta mak kita hadiah la,cake la,bagai-bagai lagi.tapi yang bertarung nyawa nak lahirkan kita bukan mak kita.dan pada dia kita patut berterima kasih..ye dak..

untung pada mereka bergelar Emak,Ibu,Mummy,Mama,Umi,Mother,Bonda dan apa saja yang sealiran dengannya.pengorbanan terlalu besar sampai kita terlupa..^_^

brader kacamata

Ya.memang motif sangat kalau brader kacamata tu nak tanya soalan tentang tudung yang aku pakai tapi beli air bubble chocolate.walaupun pada pertama kali beliau hanya memberi sepatah dua kata dan berlalu pergi,kali kedua beliau datang dengan niat.aku perasan rupanya yang tersengih-sengih dari jauh.ku fikirkan sedang menyesal tak beli air Runner Bubbles,rupanya bukan.ditanya pada Panda the Shaker tudung apa yang aku pakai.ok motif sangat kalau ada ladies di situ dan kau perhatikan setiap tudung yang kami pakai...aiish.brader kacamata tu cuma keliru apa itu bawal?apa itu bidang?..aku terkasima

Monday, September 17

awek leopard

ini kisah kelmarin.atas urusan yang tak rasmi aku membeli hampir tigapuluh batang roti perancis.memenuhi permukaan troli.agak tak cool bila warga pasaraya yang berselilih memandang pelik.sewaktu membuat pembayaran ada awek leopard memandang diriku sambil terukir satu senyuman.lumrah bagi manusia sepertiku untuk membalasnya semula.pembayaran selesai.awek leopard yang memborong dua keping donut berlalu pergi.aku dan tigapuluh batang roti menyusuri.sedang aku melayan perasaan entah kenapa awek leopard tadi memegang sikuku sambil mengungkap kata..Awak kelakar tak saya pakai selendang ni?..aku yang terkasima cuma menjawap tak..awak nampak macam biasa je..
awek leopard berjalan pantas berlalu pergi.meninggalkan aku yang terpinga-pinga

Tuesday, September 11

tahun akhir

masa berlalu pantas.pejam celik aku da jejak tahun akhir.maka hampir setiap subject yang aku ambil pasti ada project.dalam kumpulan siapa,aku tak pasti.tak kisah laa macam mana pun,sebab kalau kita pilih ikut bulu ada pro and cons nya.tapi betul pengalaman 36hari banyak ajar aku untuk indie.maklum la bila da tercampak seorang diri kat agency tu,mahu atau tak aku kena belajar untuk deal dengan orang.kalau kita nak bergang memang tak jadi kerja.ye dak..huhu

hari pertama yang haruuu.setelah lama tak menulis,aku boleh perasan tulisan ku semakin nazak.aku tak mampu tulis dengan chanteq.homaigaaad....apakah ini kesan asyik menaip dan kurang menulis.aku buntu...

subjek yang aku ambil hari ni memang tak kasi chan langsung bersenanglenang.lecturer pakat bagi lecture da...kepada otak mohon bawa bertenang.hari isnin yang haru..aku tak boleh bayang harihari yang aku akan lalu dalam semester ni.semoga tak haru...^^

Sunday, September 2

ke tigaenam kali

30080800H2012

hari terakhir praktikal.masuk office dalam keadaan jiwa bergelora.punca?..report tak siap lagi.muahaha...maka pagi ni aku edit apa yang patut,tambah mana yang kurang..email pada SV.garagara hari ni hari akhir,maka dia xmaw comment banyak.kata enFoxtrot kalau aku tak hbis intern,memang dia mahu saja aku edit lagi..puih...stress aku mendengarnya....tanpa pikir panjang aku burn terus ke cd.daaa diam.aku tak larat nak mengedit lagi.

gara-gara hari ni hari last dan aku bakal celebrate merdeka dari practical ni selari dengan hari kebangsaan msia,huaaa pihak siaraya pasang lagu bagaibagai.kata enFoxtrot,sepanjang dia kerja kat sini,bukan selalu hal ni terjadi.

selepas lunch hour,aku p hantar report ke BMI beserta punchcard dan borang lain.agak sedih bila tiada orang di BMI.aku harap semuanya selamat.sudah la report tu ibarat hasil titik peluh ku..huhu...moga-moga semuanya selamat.aku kepilkan dalam satu folder.heuww

since aku ni p kerja parents hantar,maka pergerakan ku dalam agensi ni hanya berjalan kaki.so,tadi nak hantar repot aku jalan dari B15 ke B13 ke B11.motif ke B13 nak jumpa pacik-pacik lab tu.tapi pintu berkunci.so aku terus ke BMI.pulang tu aku menuju semula ke B13.tetiba ada satu kereta berhenti.rezeki hari-hari last ni,rupanya enNik and d gang aka brader NIR..so,aku dengan separuh malu naek je.haha...trimas enNik dan teman-teman.entah bila ketemu lagi...chewaaah!

turun dari kereta teman enNik,terjumpa enRafiq...oOoOo pagi tadi beliau mai office ku,sudah ku nyata hari ni hari last,maka katanya kosongkosong ok! no big deal la..=p.tambah beliau lagi,lepas ni tak da gang la nak ajak p mancing...aku gelak besar
aku selesaikan segala misi di B13.pulang ke B15 di sapa pulak oleh pokguard.boleh jadi beliau musykil ada budak berkeliaran di sekitar agensi siang begini..hehe

petang itu semua pakat hilang.maka aku keseorangan..hurmm.jadi aku spent waktu dengan main game.nak buat apa lagi.laci aku semua pakat kosong da.meja pun aku da clearkan.aku hanya menanti jam 5..ngeee

sebelum pulang sesi bergambar berlaku.garagara hampir jam 5 baru nak masuk office,aku pulang sedikit lewat.agak janggal bila bergambar aku je the lady dalam group tu.nak wat camne da nasib.

apaapapun aku nak ucap trimas pada pihak KFK/BKS yang banyak bantu selama ni.memcurah ilmu,belanja makan,bawa jalanjalan,kasi tumpang kereta,ajak p mancing dan gang borak.pacik-pacik yang beri kerjasama masa aku buat projek.begitu juga brader guard dan pokguard yang baik sebab tolong buka palang bila aku pulang  XD.pengalaman bersama mereka satu cerita baru dalam hidup.peluang merasa alam pekerjaan sangat menarik.kalau ada rezeki habis sekola aku minta kerja kontrak kat sana ok.untunguntung jumpa depa balik..weee

tamat cerita intern