Friday, November 30

eksesais mandi peluh 8

hari ke-6 latihan

celik mata aku terus capai cangkul.dalam kepala sudah set mahu gali kubu sampai dalam.adjust bagi chanteq

sebelum matahari menapak tinggi kami harus stand by.aku yang pagi itu agak blur sedikit,maklum la tido tak lena dengan gangguan nyamuk maha dasyat.akibat dari itu,kelihatan muka aku sangat tak selesa.bengkak yang agak teruk kesan dari gigtan serangga yang aku sendri tak pasti.agak stress di situ..mata yang rasa sepet semacam,ditambah mulut macam sexy teramat malah pipi tembam semangkuk...

sejak tadi telinga aku berdesing macam bunyi lalat atau nyamuk berkeliaran di telinga.namun bila matahari mula naik sangkaan aku meleset bila tebuan tanah sebenarnya berkeliaran.terus statik sehingga tebuan itu rasa selamat dan berlalu pergi...fuuh lega...

gali dan gali




matahari mula bersinar.tumpuan hari ini lebih kepada menyiapkan kubu demo.manakala kubu personal hanya di peringkat 1 sahaja.
tumpuan lebih pada kubu GPMG.akibat terlebih tumu kekecewaan melanda kerana kubu yang hampir siap itu roboh!

robohnya GPMG maka robohnya satu empayar




moral down!..esok sudah hari serangan.kubu runtuh.lubang yang sudah gali dipenuhi tanah semula.gang ronda tempur inter siap nampak kejatuhan empayar agung itu..waktu hampir tengahari.bekalan air semakin tandus.seorang skuad aku sudah tumbang akibat dehydrated..makanan tiba agak lewat dalam jam 4..moral?..down!

i need more water!


suka atau sedih proses gali diteruskan.maklum la petang nanti ada orders baru.orders pengunduran

ini gambar asli.suasana kawasan defend.memang rare!


ini rare!


Tuesday, November 27

eksesais mandi peluh 7

hari ke-5 latihan

maka setelah selesai ujian segala fasa medan bermula.
setelah selesai segala hal di markas tek,kami berangkat ke padang new zealand.ambil kedudukan sebelum masuk pertahanan.walau hanya stand by di ladang sawit,sempat juga la aku membuta.entah kenapa rasa mengantuk terlampau sampai campak mana pun boleh tido lena...haish

langit sangat terang >_<




langkah di atur..kedudukan di ambil.setelah dapat green light baru la pengagihan harta bermula.maka sesi gali-gali bermula

cuaca indah untuk gali-gali



mereka sudah mula gali-gali dan aku dan beberapa asykar lain di tugas untuk OP..adeyh..memang la OP itu seronok sebab boleh sambung membuta lagi.OP yang sepatutnya di buat di puncak bukit,kami buat tepi sungai dan kawasan tumbuhan tumbuh lebat.yeaa kawasan sesuai sambung tido...tido dan tido sehingga jam 6 lalu pulang ke kubu sendiri.


galigali..itu kerja kami
ini penggali tegar

mereka masih menggali.dari siang berlanjutan ke malam

maka malam berlalu dan hari esok berlabuh
celik mata terus sambung gali-gali 



Friday, November 23

eksesais mandi peluh 6

alhamdulillah setelah bercalit 3,aku diberi kesempatan untuk membaca doa awal dan akhir tahun.
al maklum la..sebelum ini petang awal muharam pasti akan jatuh ketika aku sedang bereksesais.sebagai contoh waktu jr aku berada di awal muharam di tempat yang sama aku berada pada hari ni.cuma ketika itu environmentnya sedikit tegang.kisah awal muharam jr itu biar kenangan aku dan mangsa tawanan yang lain...huhu...ketika aku inter juga awal muharam jatuh ketika aku sedang berlatihan juga...agak sadis di situ.

*doa akhir tahun...ini cara kami ^^ 




selepas maghrib doa awal tahun dibaca.alhamdulillah..berjalan baik.semoga tahun ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt =)

makan malam fasa medan buat semester ini.walaupun gelap.itu sudah mampu buat aku telan apa yang terhidang.suasana begini bukan selalu dapat rasa.boleh jadi ini yang terakhir..huhuhu

environment ini memang rare ^_-



makan selesai.maka perjumpaan seterusnya.amat dinantikan malah amat nebes untuk mengetahuinya.pemberian jawatan bagi fasa esok hari.mujur hanya 1platun sahaja disokong 4seksyen dan 1hq.

nama seorang demi seorang sudah disebut.sekarang sudah seksyen 4,namun namaku masih belum disebut...haiish nebes den.memang sah la aku dapat jawatan malam ni.mujur penjawatan agak mudah.setakat jadi crew 84mm itu tak berat jika dibandingkan sebagai ahli semboyan,sarjan,ketua seksyen atau platun komandan...huhu

maklum la..lagi berat jawatan,lagi hebat tugas.setakat senjata berat kau boleh pikul dengan selamba je..haha.

jawatan selesai.maka acara seterusnya orders defense disampaikan.ini tugas paling berat.ini tugas platun komandan.isi kandunganya sama seperti ujian tewt,cuma ia lebih mudah.

orders selesai..masa melelapkan mata.fasa yang dinanti akan ditemui esok hari

Thursday, November 22

eksesais mandi peluh 5

hari ke 4 latihan

 hari ini pra ujian peta...heuheuheu
menurut khabar lokasi baru.bukan tempat lama yang sama level dengan tiang pencawang
menurut khabar lokasi baru ni pohon sawitnya masih rendang.aku dengan sawit,aku tinggi lagi.kau bayang je la.

persediaan ujian peta ialah 33%..kenapa?
secara teori aku yakin.cuma aplikasi aku sangsi.

jam sudah 2lebih.makanan tengahari telah tiba,namun giliran sindiket aku mendaki puncak ketika itu.dengan perut lapar bergelora,teres-teres sawit aku teroka.sampai di atas menanti giliran seterusnya.memang terbaik la kan

10orang satu sindiket.seorang demi seorang sudah diuji.tinggal 3orang.normal 1penguji 2orang diuji,tapi kami ni nak settle cepat,so 1penguji 3diuji.dapat pulak Tn.Senpai.memang kami buat rare la kan.dengan ilmu nookharoom kami jawap soalan.
fine..bila disuruh tembak dengan kompas,aku buntu.tak ada tanda panduan melainkan tangki air yang jauh disana.dengan matahari terpacak tinggi,kalau suruh tembak memang silau mata.lokasi kami keliling hutang dan bukit hijau.buntu dan celaru.bila suruh explain memang awesome nak appply macam hareem.

si penguji yang sememangnya da buhsan,layankan saje kerenah kami.sewaktu lapor keluar baris sempat lagi beliau kata kami macam kartun..>_<

sesi ujian peta berakhir dengan pulang ke markas tek.kali ni tak pulang ke sekola semula.maklum la fasa medan telah bermula.waktu untuk tak mandi juga sedang bermula

Tuesday, November 20

eksesais mandi peluh 4

sementara menanti gang inter yang membuat viva attack,maka aku dan mereka parking di rimbun besar.buat teduh untuk rehat mata.al-maklum la,esok masih ada lagi ujian peta.persediaan macam biasa masih zero.

selesai makan siang,aku ambil keputusan untuk parking dibawah khemah,manakala yang lain bergerak ke rimbun besar.dari jauh aku perhati kenakalan dan kesewelan ladies lain terserlah bila mana sesiapa yang melintasi hadapan mereka akan dikena bayaran.tak kisah sama ada dengan tarian atau nyanyian.bila mereka gembira,kau boleh berlalu dengan bergaya.stap yang memerhati dari jauh tak mampu kata apa.maklum la bila da buhsan memang begitu jadinya.


ujian tewt aka viva attack dan viva defend selesai.pulang ke sekola semula.

malam itu semua orang loading barang.maklum la esok nak masuk medan da setelah selesai ujian peta.loading barang yang agak lewat,disambung pula kelas peta.mata aku sudah gosok-gosok.waktu sudah 12lebih.kelas baru nak mula.aku dalam hati sedang bermakian dengan dasatnya bila tahu kelas ini telah di request oleh seseorang.....arghhhh aku ngantuk weyh

bila kau da mengantuk.kebolehan akal untuk terima ilmu memang noookharoom.kasihan guru di depan itu.kelihatan beliau sedang mengajar keseorangan bila yang lain tak beri tumpuan.aku seperti biasa sudah siap sedia untuk esok walau ilmu zero.aku cuma harap dapat penguji ok.itu sudah hebat

eksesais peluh badan 3

hari ke3 latihan

dengan ilmu defend zero,aku sedikit gementar untuk ujian tewt ini.walaupun aku tahu team penilai dari kalangan yang aku kenal,tapi pe'el masing-masing tak mampu nak taw weyh.
seperti semalam,bus senior ladies tiba awal.walau masih awal,matahari sudah terpacak tinggi.aku dan mereka tiba di padang meha aka padang new zealand yang punya cerita beberapa bulan lalu.

keadaan yang panas buat kami semua terbayang macam mana mahu gali kubu ke paras dada jika begini cuacanya.pergghhhh mahu kemiskinan air dan kekayaan tona gelap pada muka dan tangan.

ini tempat ujian    




pra-ujian hari ini agak bertuah bila kami dapat peluang buat secara buddy.sudah tu buddy adalah rumate,alasannya mudah,nanti boleh berdiskusi bersama di kamar nanti...haha

menanti giliran agak lama.jam 12 ke atas baru giliran ku.dapat pula penguji Elle Botak . nervous punya pasal,time lapor mula tergagap.ditambah pula stress bila sketch yang aku buat penuh semangat hilang dikebas orang.arghh terpaksa pinjam sketch orang lain.walaupun sketchnya sama,tapi hasil tangan itu berbeza ok.sampai sekarang aku tak taw siapa yang rembat tu...haish

dengan ringkas..viva defend aku dan rumate memang nookharoom.apa jenis soalan diberi,semua aku hentam je.kalau mahu punish aku tak kisah,janji settle.mujur viva itu jadi sesi mengajar,so aku tanya apa yang aku pening.maklum la,tok guru banyak sangat.dan masing-masing ada falsafah tersendiri.yang menjadi mangsa...aku dan mereka.

ini viva defend.bukan dewan sejuk,tapi padang segar >_< 


ini sketch.masih ada beberapa layer tertinggal.dan aku punya hilang  


Sunday, November 18

eksesais mandi peluh 2

hari ke2 latihan

pelampung da siap.maka keberangkatan bermula.memandang kami ni ladies dan senior pulak tu,maka keutamaan memang kat aku dan gadis suci laen la.so pergerakan pagi tu bermula dengan bas,manakala yang laen bersama 3tan dan bas lain.

perjalanan hampir sejam ke kedah.dalam minda aku da terbayang pasti deras air itu,malah pasti suci.mana taknya kalau gaya penceritaan mereka seperti mahu menggerunkan kami semua.walaupun ia cuma parit luas di tepi sawah atau ban,aku teruja menanti untuk lihat kawasan itu.

bila indah khabar dari rupa,semua asykar yang lihat ban itu mula mental down.ok,cuba kau bayang,sudah la airnya keruh,melihat dasar pun tak mampu.fine..ia forgiven.tapi ia semakin kecewa pabila kau melalui tepian ban itu kau lihat ada bangkai ayam tanpa bula sedang berenang bebas.jika satu mungkin tak mengapa,tapi bila angkanya hampir lebih dari sepuluh....perghhh aku,dia dan mereka diam  >_<



suka atau segan,aktiviti berenang dengan pelampung buatan bermula.pasanganku adalah jr guy.fine sudah la aku dan jr itu gagal berenang,tapi mujur kami sampai dengan selamat.aku sebaik mungkin untuk tak benar air ban itu singgah ke tekak.mujur deria hidung tak hebat,kalau tak bau air ban tu confirm mampu bikin otak aku pengsan

cabaran pertama selesai,maka kedua pula.dimana aku harus cross ban itu menggunakan tangan berpaut pada tali berposisi terlentang.gara-gara buhsan menunggu tali keselamatan,maka aku dan makhluk malas lain hanya cross dengan lifejacket sahaja.tali tolak tepi..hahaha.saja buat teruk.konon perasan hebat..weee.ia berjaya.aku yang cuba halang kepala dari basah akhirnya basah juga bila Muthu dengki tu bole simbah muka aku dengan air...arghhhh stress

aktiviti ni dibuat dengan hanya celoreng setia di badan,tapi kasut tidak dipakai.maka,pabila aku harus cross semula ke garisan permulaan,semuanya dalam berkaki ayam.nak pulak bila aku sedang pijak jalan tar yang sedang hangat tu,memang melompat kegelian laa hai.sudah la kaki putih menjadi kehitaman.tumit yang halus pula sedang berperang kepedihan.tergedik-gedik kaki ni mahu ke jambatan.

dengan tak tukar baju setelah melepasi sg ayam itu,kami pun pulang.memang harum la kan.bila pulang semua da pakai garu badan ...arghh sg ayam punya pasal.


walau kau letih,ia harus tolak tepi.malam itu ada kelas lagi.makin stress..maklum la esok ada viva defend.maka persedian membuat orders dan membuat sketch malam itu.pulun tak pulun la juga siapkan.aku dengan ilmu defend zero sudah mahu redha dengan apa bakal jadi esok.kalau mereka mahu punish pun aku berserah..

eksesais mandi peluh 1

di saat rakan sekola mula sepi..aku dan asykar laen msih setia di sini.
heuw..kelas pertama bermula.kelas membuat pelampung.maklum la hari esoknya kami ada water confident.

peralatan membuat pelampung yang kelihatan mudah tapi perlu kreativiti tinggi.menggunakan kain hampar yang di isi dengan 2bag hitam penuh lalang atau daun kering.disertakan 2biji bag pack dimana di dalam bag pack itu punya kelengkapan bermula dari  alatan mencuci gigi sehingga baju masuk hutan,baju sukan,baju sejuk,tuala,kasut sukan dan seangkatan.pelampung itu lalu diikat dengan tali dan ranting kayu menjadi bahan sokongan.

 bermula dari kelebaran besar,ia dipadat-padat sehingga menjadi sekecil yang mampu.keyakinan untuk ia timbul buat aku sangsi kerana beratnya perghh sudah terbukti bila malam hari,tali-tali diikat rapi siap hari mula terburai perlahan-lahan...huhh..

 bagi meningkatkan moral diri yang semakin rendah,habis jr aku menjadi santapan mata.perasan gatal dan asykar itu perkara biasa.maklumla,muka-muka ni aku hadap seminggu ni...hehe

maka menly menjadi mangsa minggu ini.ku sangka aku sorang je dok usha beliau,rupanya habis ladies senior lain sedang mengalami hal sama seperti ku  =p

Saturday, November 10

oops minta maaf..minta sori
kerana kau,hati aku malah mulut aku sudah mula bercaci maki
walau sebenarnya aku berhasrat mahu mula aktiviti carut-marut esok hari

dear mr Atus,

kau tahu tak bila pertuturan yang jujur tu buat aku rasa nak baling tinja lembu lajulaju untuk sumbat dalam mulut tu
ya!sumbat dalam mulut ko yang suka membebel tak henti-henti

 mr Atus yang dimenyampahi,

aku tahu aku silap tak turun baris untuk jangka masa yang lama
tapi aku nak jujur sama kau,bukan aku tak mahu turun,cuma enMalas menjadi penghalang pnRajin
kau tahu kata-kata mu mengguris jiwa aku yang suci ni

mrAtus,

sebenarnya,aku tak suka cakap hal tak baik ni.kau pun tahu bole rosak jiwa.tapi apa daya,kau da minta maki,aku bagi je la
tapi jangan risau,harihari yang bakal datang nanti,lebih banyak word "suci" aku kasi ok!

well...aku harap masa berlalu pantas.semoga aku tak bengong masa sendiri




~end

Friday, November 9

aku dan emosi

baik la,aku mengakui emosi semakin tidak stabil.
aku akui bila aku cemburu melihat rakan mula bercuti.
aku akui aku cuba terima dengan apa yang akan terjadi
malah aku akui bila emosi pengaruhi aku dan aku rasa mahu jadi seperti dalam kontrol histeria

mengadap minggu pelajaran membuatkan aku sentiasa bangun pagi di awal hari.malah tido lewat dimalam hari
seharian berperang dengan fizikal dan mental
dan bila aku sedang emosi aku lepaskan pada mereka di keliling ku.maaf kawan
bila aku emosi aku bercakap tak henti.malah ada saja jadi mangsa perli...maaf kawan

seminggu akan datang aku bakal hidup dalam dunia ciptaan sendiri.
akan aku kunci segala akal pemikiran ini.
ingin aku bertindak pada fizikal tanpa kebergantungan pada fikiran

aku dan emosi sedang berperang
bila seminggu akan datang aku yakin lidah ini pasti ringan dengan caci maki
memang rasa itu sudah mula sejak malam tadi

ya aku sedang geram pada dia.dia yang buat emosi aku terseksa
ya aku semakin beremosi

Wednesday, November 7

khuatir

well jika aku seorang guru pun pasti aku khuatir.

ya!khuatir apa student faham ke dengan penyampaian berjela-jela tu.
ya!student ni focus ke sewaktu aku aktif berbicara

aku khuatir.menjadi seorang guru dan menyampaikan ilmu.ia mungkin nampak mudah.walhal hakikatnya..haishh

.
.
.
petang tadi aku ke skewl.tujuan asal mahu ke lab.aku terjumpa guruku.guru yang aku attend kelasnya tengahari tadi.niatku cuma mahu ucap hai..namun ia bukan hai,malah persoalan dari guruku.

soalan beliau apakah aku paham dengan apa yang beliau cuba sampaikan tengahari tadi.hasrat beliau tidaklah pelajar itu tangkap semua kata-katanya,but at least ada sedikit input yang ko simpan dalam akal.

mujur topik hari ini melekat dalam akal.isunya sangat menarik.lagi-lagi bila ia ada kaitan dengan politik dalaman.
ok!bukan la nak cakap aku ni obses dengan isu politic.tapi kalau ko pusing ikut mana,akar umbi yang kau jumpa mesti ada kaitan dengan politic,walau hanya tempias.

well..nasib baik aku boleh elaborate apa yang aku paham.barangkali guruku bertanya padaku,since time kelas tadi tiada repond yang terpacul dari mulutku ini

Tuesday, November 6

persoalan

kelmarin di kelas komunikasi kami diaju satu soalan
ya!ia mungkin kelihatan mudah tetapi kau perlu susun kata-kata itu agar tidak di salah tafsir
soalan dari orang muda ke anak muda

soalan yang masing-masing rata-ratanya diam untuk berfikir

andai perang itu terjadi lagi,mampu ke kita menang?


aku diam..kau diam..mereka diam
mencari jawapan untuk persoalan
tiada salah.tiada benar..ia sekadar pendapat


menang atau kalah itu adat pertandingan
tak kisah la bagaimana strategy kau pasang..bagaimana hebat technology kau cipta
kalau kemenangan di pihak lain kau harus redha.tapi redha itu tak bermakna kau hanya berpeluk tubuh lihat dari jauh
individu mana yang rela terima kekalahan
tapi berbalik pada cerita kehidupan,kau harus sedar setiap yang terjadi itu sudah termaktub.atas sebab apa ia berlaku,ia bersebab.
memang kebenran itu amat perit,
jangan salahkan takdir jika kau masih duduk diam tanpa ada pergerakan
berdoa pada Illahi agar perkara ini dijauhi