Saturday, September 19

politik

setiap tempat kerja/syarikat punya politik tersendiri
terpulang pada diri bagaimana menerima dan berhadapan dengannya

tempat kerja pertama ku setelah bergraduasi adalah sebuah syarikat dari industry pembinaan.
syarikat yang agak kecil kerana lokasinya di bangunan kedai.
politiknya biasa sahaja.

tempat kerja kedua ku adalah di industri hiburan
sebuah syarikat yang agak besar dan punya pelbagai department yang saling support each other
dan ia punya politiknya tersendiri

politik ini berbeza mengikut layer management.secara jujurnya aku sendiri tak mampu baca game apa yang masing-masing sedang main
yang mampu aku buat,duduk dan perhati.
lalu terima saja.kesannya mungkin tiada atau mungkin biasa-biasa saje
kalau dapat kesan luar biasa sabar je laa perkataannya

Friday, July 10

berhenti

lumrah sebagai pekerja yang rasa mahu dihargai
bukan tagih pujian atau simpati.tapi hargai

yang aku lihat dan aku hadap cuma rasa kerja yang diberi ini seperti syok sendri
kadang kala aku tak pasti salah pengurusan atau salah aku
dilema pun ada dalam diri

minggu lalu seseorang menaikkan suara kepada aku
orang yang selama ini aku layankan sahaja kehendaknya
aku jadi geram,cuma sewaktu kejadian aku memilih untuk diam
bukan apa,kenapa perlu aku malukan diri untuk orang yang tak beri kepentingan apa-apa

aku tahu banyak species begini di luar
lagaknya orang paling busy sewaktu bekerja
tapi yang melihat hasilnya tahu bagaimana
namun kerana bijak dan yakinnya dia berkata-kata
ada juga pengurusan yang menimang manja bersama tindakan biadapnya

jujur..aku pulang bersama airmata yang tahan selama ini
dan aku mahu berhenti.
tapi sayang,makhluk begini banyak membiak di luar sana

Sunday, May 24

team building

dua hari separuh dari rakan sepejabat dikumpulkan
katanya objective kali ini untuk memulihkan semangat yang hilang

sejak kebelakangan ini,syarikat aku mencapai rekod yang tinggi
rekod orang berhenti kerja tak putus-putus
bila bilangan yang berhenti lebih tinggi dari bilangan yang masuk

jujur aku cakap ia tak bagus untuk pembentukan kerjaya aku
melihat yang pergi itu ramai aku mula tertanya
sesuatu tidak kena
dah setelah beberapa bulan aku semakin nampak puncanya

nak pula bila masalah itu di highlight kan dalam team building,semakin menjawap persoalan di minda
namun apa daya,kalau pulang dari team building ini masing-masing masih sama sikapnya
maka ia tak bawa ke mana

Saturday, April 25

tempat kerja

barangkali aku belum pernah kongsi di mana aku bekerja
ya pekerjaan yang usianya bakal masuk 1 tahun pada 1/6/2015
pekerjaan kedua setelah bergraduasi

bertahan?ya aku bertahan mungkin sebab ada perjanjian
kalau tiada perjanjian aku tak pasti berapa lama aku di situ

berada di industry media atau hiburan
ia bukan perihal mudah
walaupun waktu kerjanya terlalu fleksibel
dimana kau boleh masuk lambat yang kadang lebih jam 10 pagi
lalu kau balik sebelum jam 6 petang tanpa rasa apa apa

mungkin sebab budaya yang begitu aku jadi terlalu selesa
waktu makan dan bermain lebih lama dari waktu bekerja


Wednesday, March 11

#moveon

kelmarin aku menemui PK Gila setelah lebih empat bulan tak bersua
perkara pertama aku tanya bila jumpa bertanya soal pertunangannya
yes tunang dan bakal bertunang..riak muka dia berubah pabila terdengar soalan aku

so kami decide untuk lepak minum air
dan aku terus bertanya kisah perancangan masa hadapan
maklumla nak mengubah status nanti
wel well well..hujung minggu ni dia bakal bertunang.hujung tahun ni bakal bernikah

opps lupa.dia datang bersama kenderaan baru
aku yakin masih bau kedai.

masa kami nak lepak,matairnya call
beritahu sedang jumpa rakan lama
the thing is,matair  dia punya satu perasaan lain kalau ketahui aku dan PK Gila berjumpa
merajuknya hanya PK Gila je tahu

so aku #moveon..tabah mendengar berita pertunangan
dan statusaku masih sama single (tak lah sedih sangat)



p/s:sepatutnya aku rasa apa?
background song~ bahagiamu deritaku Hafiz

Tuesday, January 27

drama

aku pernah tanya pada teman
aku rasa kehidupan bekerja ini merepek
kau bangun pagi bersiap awal semata-mata nak redah kesesakan lalu lintas

kalau diukur jarak ke tempat kerja tu tak la jauh mana
namun disebabkan kau kena hadap trafik yang sesak
kau paksa diri bersiap walau tak rela

menjadi teruk bila kau tak ada driving force ke tempat kerja
mula la kau rasa pergi kerja kerana kena pergi..terpaksa!
walaupun kerja kau boleh buat dari atas katil sahaja

ini drama seorang pekerja seperti aku
yang kerjanya tak berapa nak ada
jadi aku rasa skill bekerja tak mengembang
lapan bulan dan masih menghitung

tapi..memang begini ke dunia bekerja?


Wednesday, December 24

batas

tengahari itu aku beratur membeli makanan
beratur dibarisan yang agak panjang walaupun ada tiga kaunter
perkara biasa bila hujung bulan dan kau beratur die restoran makanan segera
kau boleh bajet berapa ringgit kau habiskan untuk nafsu hari ini

kakak bertudung hitam,berkemeja biru menyatakan kepada rakannya bahawa rakan sekerja tetap rakan sekerja dan tak boleh jadi rakan baik
aku kunyah setiap perkataan yang aku dengar dan aku nampak logiknya di situ

mengenali seseorang sebagai rakan dan rakan sekerja penerimaannya berbeza
mungkin sebagai kawan,kau boleh anggap dia teman terbaik,tapi belum tentu dalam urusan kerja dia seorang yang sangat boleh di harapkan.
sebab tu bukan semua rakan sekerja boleh jadi bahu menangis
tapi bukan maksud aku tak boleh langsung.ada juga individu yang boleh menjadi rakan baik dan rakan sekerja cuma peratusan tu kecil

Wednesday, December 17

tidur


tidur malam kelmarin aku bermimpi
pada firasat aku pertama kali aku bermimpi tentang dia
ya dia yang aku pernah angau sekejap
namun bila dia enggan melayan inbox fesbuk aku jadi meluat
menyampah pun ada.sebab aku boleh nampak status seen namun dia tak menyahut

walaubagaimanapun kehadiran dia dalam tidur malam ku memang sesuatu
aku terus terjaga dari mimpi
dalam mimpi tu dia sempat berkata
"kalau aku tahu kau da lama suka aku kan bagus"kata dia

eeh eeh kau dah kenapa NES cakap macam tu kat aku
tapi sayang itu cuma mimpi

Sunday, November 30

kawen

jadi semalam rakan sekelas sekolah menengah yang ke berapa sudah melangkah ke peringkat seterusnya..alam perkahwianan
semalam aku menghadiri bersama rakan sekelas yang juga jiran lama
orang yang dahulunya setiap hari jumaat akan teman aku dan adik pulang ke rumah

soalan paling win setiap kali bertemu "kau bila nak kahwin?"..well kalau mencari jodoh itu seperti membeli pisang goreng cheese coklat pasti ia mudah
namun mencari jodoh ini seperti membuat macaroon,ramuannya mungkin mudah,namun kalau tersalah aduanan memang penghasilan macaroon itu gagal.kau lihat sahaja bagaimana akak kat luar sana menjual macaroon dengan harga yang mahal
 aku sehingga kini masih berfikir kenapa harganya mahal walaupun pembikinan dan ramuannya mudah

begitu la kawen,sebut macam mudah..mencari pasangan itu rumit
lebih lagi bila perkahwinan itu bukan melibatkan dua pasangan tapi dua keluarga yang kita tak pernah hidup bersama

Wednesday, November 12

lain

ada orang da mula tegur muka aku nampak stress
aku tengah fikir celah mana stress tu muncul.ada tulis kat dahi ke?

well aku tak tahu nak panggil stress or geram
dan aku tak tahu apa tindakan aku perlu buat

tapi aku boleh cakap belang diri sudah makin terpancar
jenis kejam yang aku sorok
jenis rare yang aku pendam
lebih mudah jenis aksi orang keliling aku tak sangka aku bertindak sebegitu

kalau di tanya kenapa..aku tak tahu

tapi aku rasa lain

Wednesday, October 22

rumit

bulan ini aku jumpa kawan lama..ya kawan lelaki
dia yang aku kenal sudah 4tahun,tapi namanya aku sudah dengar 5tahun lalu
kawan lelaki aku sudah pacaran,berpacaran mungkin 2tahun lebih yang lalu

tadi kami berjumpa bertukar kisah di tempat kerja
masingmasing berkongsi pengalaman yang di rasa
kawan lelaki aku punya pacaran dan kami bertemu tanpa ketahuan pacarannya

aneh bila aku terima wassap dari kawan lelaki aku yang berkongsi rasa duka
duka kerana pacarannya merajuk kerana berjumpa aku
malah siap pesan jika pacarannya bertanya padaku tolong cover kawan lelaki aku

itu lawak kerana aku dan pacaran kawan lelaki hubungannya cuma biasabiasa
kalau jadi rakan cuma di alam maya iaitu di fesbuk dan entahgram

baik kami bukan jumpa berdua tapi bertiga bersama kawan perempuan aku

Sunday, September 28

keinginan

hadir rasa suka macam lapar sepinggan nasi
tapi bila di hidang sepinggan nasi rasa mahu kunyah da basi

ya aku yang sebelum ini mata nya tak duduk diam
perasaanya tak reti sabar
cepat sangat jatuh suka
suka pada si dia..suka pada yang di sana..suka pada yang di situ
nampak tamak dan gelojoh sebagai seorang gadis
hodoh sungguh perangai begitu

masa terus berlalu.aku melalui kehidupan seperti orang lain
bangun pagi meredah lautan besi bertayar mencari rezeki
hujung bulannya wang bertambah dalam akaun,dan awal bulannya wang berkurang dari akaun

rasa menggatal yang dulu sangat tak reti bahasa,perlahan-lahan jadi suam kuku
rasa yang sekarang sudah under control
apakah sebab besi bertayar yang aku hadap hari-hari buat keinginan dulu jadi basi

usia makin bertambah,tapi hakikatnya aku belum mampu terima aku perlu jadi dewasa
atau aku tutup hati pada orang lain dan menunggu pintu hati diketuk oleh si dia
tapi si dia itu tidak tahu yang aku sudah pendam rasa hampir 8tahun lamanya

jujur aku cerita,dalam doa ku,hampir setiap tadahan tangan itu aku sebut nama dia andai punya jodoh dengan dia moga Tuhan buka ruang dan jalan buat kami berdua
memang si dia tak tahu,tapi rahsia dan perancangan Tuhan tiada siapa mampu duga

Tuesday, September 16

longkang

dua minggu lepas aku dan PK gila bertemu lagi
hampir setahun tidak bersua..
perancangan tak diduga malah last minute
percubaan beberapa kali untuk bersua..namun tiada jodoh antara kita

berjumpa..berbicara..bertelagah..bertentang mata
berbicara kisah dia dan pacarnya
ya..dia sudah berpacaran

aku yang dulu pernah minat pada dia
tapi itu dulu..kisah lama

setelah setahun..aku dan PK gila bertemu di tepi longkang
mujur petrol pump itu punya longkang
nasib aku jenis slumber,namun adegan itu disaksikan oleh rakan sekerja
pada rakan sekerja itu luar biasa..pada aku itu lejen

Monday, August 4

mati

semua orang akan mati
tapi bila akan mati
dimana akan mati
dengan siapa akan mati
bagaimana akan mati
semua itu persoalan yang jawapannya kita akan tahu bila kita hampir berjumpa dengan mati


Rosnadila Saruddin pergi mengadap Illahi pagi tadi
04082014

Wednesday, July 23

solusi

mungkin aku,mungkin orang lain
ada ketika aku cuma mahu dengar kata-kata yang memuji diri ini
bukan aku tadah mangkuk puji
cuma aku mahu dengar orang curah kata yang baik-baik sahaja

well,tak salah kan
banyak ketika aku tengok sesama kita cuba jatuhkan tangga yang kita dirikan
boleh tak kau tolong cari orang buat aku pegang tangga ini bersama
bukan apa biar aku tahu ada orang mahu bantu aku bila aku jatuh

walau kau tak sudi
boleh tak kau jadi pelakon setia untuk aku
kalau bukan selamanya,sebentar pun tak apa
biar aku rasa ada value rupanya aku pada mata kau

Thursday, July 17

jujur

sekarang bulan puasa,bulan Ramadhan
ramai umat Islam melakukan ibadah berpuasa
bulan Ramadhan bakal masuk ke fasa ketiga

lagi sepuluh hari Syawal bakal menjelma
corong radio sudah mula putarkan lagu raya
baru hari pertama berpuasa lagu raya sudah berkumandang

aku semakin meningkat umur
semangat menyambut lebaran seperti tiada
jika aku lagu raya berkumandang,aku terus tukar siaran
aku lebih risau jika puasa itu sama sahaja
tak lain hanya tahan lapar dan dahaga
aku tahu aku manusia yang rugi jika tak cari peluang merasai manis dan indahnya Ramadhan

tak semangat lebaran ok lagi
tapi bila tak semangat mencari pahal itu disaster

Wednesday, July 16

sedar

aku dengan ini mengaku
aku makhluk paling gagal dalam mendalami apa aku rasa
aku pilih untuk cakap banyak
cakap merepek
bila aku pilih untuk diam,aku tahu itu rare

aku tahu aku makhluk paling gagal untuk luah apa aku rasa
aku biar masa menjadi penentu segalanya
lalu bila peluang itu tiada aku anggap sebagai takdir
ok takdir aku untuk terima itu dan ini

nampak tak aku sedang menjadi loser buat diri
tanpa aku sedar dan sebenarnya aku sedar

Tuesday, July 1

nokharoom

perkara paling keji dalam hidup bila kau lupa jalan pulang
seperti yang diberitahu aku baru tukar kerja dan sudah hampir sebulan
ini merupakan Ramadhan aku sebagai seorang employee
jadi kompeni aku beri kelonggaran untuk pulang sejam lebih awal

al maklum la ramai akan pulang jam 5
tak kira bangsa dan agama
yang aku pasti bangsa lain pun buat teruk macam dia nak berbuka di rumah juga
so..jalan memang nokharoom

entah kenapa otak aku juga turut berpuasa,sehingga aku berlegar-legar di jalan yang sama hampir empat pusingan sebelum aku ambil tindakan untuk melalui jalan bukan yang dirancang seperti asal
memang thorbaeek punya speed,minyak dan harga tol
ngamngamsooi..azan Magrib aku tiba

Thursday, June 26

dunia

aku mengkategorikan diri aku sebagai seorang yang lejen
pergi kerja setiap pagi aku dengar radio
yang lejen bila lagu-lagu klasik menjadi pilihan
jalan yang sesak sambil dengan lagu kenangan lalu memang rasa ayu

aku tunggu traffic light bertukar warna
penyampai di radio berkata
"jika dunia ini tempat kamu melakukan kebaikan,jika tiada dunia di mana lagi"
okayh..deep..seyes deep
pada aku deep..pada pendengar lain aku tak pasti

Wednesday, June 25

teruk

sampai ke tempat kerja memang seronok
lebih seronok jika kau jadi orang paling terawal
melihat ruang kerja yang bersih cuma punya habuk yang sukar di kesan dengan mata kasar

selesai meletakkan barang kau keluar
normal..datang awal lalu melepak di tempat lain
namun kad kau tak boleh akses
jadi kau tersangkut
paling teruk bila kau seorang diri
tiada orang untuk mohon bantuan
itu la padah datang awal

tahi di dubur sudah tak sabar untuk melihat dunia
kau pula masih gagal keluar
rasa itu memang teruk