Thursday, August 18

YES!!

akhirnya,misi terlaksana.
setelah hampir 2hari ber KUIH-thon.....selesai juga
jika pada perancangan asal mahu hasilkan 3jenis kuih sahaja,tapi...akibat nafsu yang melampau dan tak dikawal dalam situasi yang betul,5jenis kuih terlaksana...huhu

kini bebas dari debu-debu tepung yang membuatkan diri nie menjadi putih mendadak selama dua hari.

antara yang mencapai achievement:


 blueberry tart gulung


chocolate cookies 



ranting nestum 


chocolate snow ring


*last sekali biskut cheese..picta takde sebab tak snap lagi..=p 

Wednesday, August 17

UPSR!!

UPSR=UJian Penilaian Sekolah REndah....

Sila hiraukan perkataan yang di awali dgn huruf U,S dan R!
Mari pandang pada huruf P=Penilaian.

Sudah pandang elok-elok?
Sudah renung sampai biji mata rasa nak terkeluar?
Sudah sebut hingga lidah terbelah dua?
Sudah interprte pada otak sampai urat-urat otak hampir putus?

Cepat-cepat Nilai lagi sementara waktu masih ada.kita semua sedang membuat PENILAIAN dengan

apa yang kita Nampak!
Apa yang kita Sebut!
Apa yang kita Ungkap!
Apa yang kita Baca!

Monday, August 15

suratan atau kebetulan

guruh sudah mula berbunyi.tanda hujan akan turun sekejap lagi.malam nie tido pasti beralaskan selimut,berbantalkan timbunan kapas yang disusun rapi...

tipu la kita cakap kalau tak ada orang yang mahu jadi HEBAT,nampak HEBAT dan terlalu HEBAT.....

tapi...
penggunaan HEBAT perlu pada waktu dan keadaan yang cucuk sekali.kalau diri rasa nak jadi HEBAT supaya DIhormati dan DIpandang tinggi,simpan je la impian tu dalam pencil box.pastu tutup rapat-rapat biar sampai ketat.


 tapi...
masalahnya,bila kita nak nampak HEBAT ni mula la tambah secukup rasa buatan knorr.ye la kalau tak bubuh,tak gempak la ceritanya nanti.cerita kalau biasa pun mampu jadi luar biasa akibat penangan secukup rasa.agak-agak da rasa sedap mula la hidung tinggi tak henti-henti..kata-kata puji diberi sampai rasa tak kuat kaki.

tapi...
ada ketikanya penggunaan HEBAT pada arah yang betul mampu menjadi satu motivasi.keinginan seseorang itu untuk mencapai seprti apa yang didengari.menjadi peransang untuk diri..mana tak nya sebab perkataan TERcabar muncul dengan tak reti henti.

jadi...
terpulang pada diri untuk menggunakan pada arah yang bagaimana.sebab yang untung pun diri sendiri.yang rugi pun diri sendiri juga.ada akal boleh fikir.ada mulut boleh cakap.ada mata kasi lihat la...



~sekian

Sunday, August 14

macam mana ek?...-_-

aduishh macam mana nie..nak cakap susah,tak cakap payah pulak....
hurm nak sebut parah,x sebut marah pulak..

hari nie technology semua di hujung jari.cakap je nak apa...dari A sampai Z semua boleh pakai jari je.ada duit memang semua benda jadi.technology tue memang perkara terhebat .setiap hari mesti ada benda baru...kalau ketinggalan memang rasa diri hidup di zaman batu.

tapi kita selalu tak perasan..
semakin maju technology tu,semakin diri kita mundur..cara hidup bertamadun hilang di bawa arus.kalau rasa ada mata lihat je sekeliling nie.kalau rasa ada telinga dengar apa da jadi.kalau rasa ada mulut luahkan rasa....tapi HARUS kena pada tempatnya.bukan merusuh tanpa tujuan.konon memberontak dan minta dunia melihat mereka.walhal kesedaran sivik semakin hancur.lihat saje apa yang jadi di britain.....manusia hari INI!

Saturday, August 13


Kita ni kalau da namanya manusia cepat benar lupanya datang...xkira la orang baru,orang lama..kalau penyakit lupa da datang memang tak fikir da jiran tetangga

Manusia nie bila da selalu ada kat atas,tiba-tiba jatuh ke bawah cepat betul rungutnya...

Manusia nie bila da selalu rasa lapang,tiba-tiba sempit sikit ringan mulut berkata minta diberi ruang lebih

Manusia nie bila da senang,tiba-tiba cepat benarnya lupanya pada yang miskin..apa xsedar ke dia.kalau x ada yang miskin,x akan ada yang kaya..jatuh bangun si kaya bergantung pada si miskin...jatuh bangun si kaya pun bergantung pada si miskin

Manusia nie cepat benar lekanya..tiba-tiba datang musibah baru lidah terlebih ringan menyebut nama Yang Esa.bila sakit x terbangun baru ingat akan mati.bila sihat sejahtera,semua tu lupa x semena-mena...

Sebab sikap manusia yang lupa ini harus selalu di ingatkan.kalau tak terus alpa bersama dunia