Tuesday, December 13

kawan

mak kita cakap.."kawan tu cermin diri kita"
kadang-kadang kita tak persan macam mana sikap kita yang sebenarnya.tipu la kalau tak ada yang cakap dirinya adalah sehebat dan sebaik mungkin.
tapi manusia itu tidak la sempurna pasti akan ada cacat celanya.
cuma masalahnya,yang cacat dan cela lebih mudah dapat tarikan. 

Thursday, December 8

terima kasih

awal mula pertama mula,syukur kerana masih di beri peluang untuk berada di muka bumi ini.meneruskan kehidupan,memperjuangkan kemahuan lantas menitikberatkan kehendak.

awal mula kedua mula,akhirnya deal bersama penguin untuk maintain single sehingga umur sudah layak mengundi terlaksana.YES!...sekarang ni peguin harus meneruskan perjuangan untuk kawal nafsu menggatal...> <

awal mula ketiga mula,terima kasih sangat2 pada akak-akak thundercat kerana sudi melakar karya seni anda sewaktu kita nyenyak berdengkur.gincu perisa strawberry benar-benar buat kita terjaga dari lena..T_T

awal mula keempat mula,terima kasih teramat pada tuzki syed untuk cik redStar,choclate cake dan marble cheese cake...sangat suka sebab memang ngidam makan cake lama da...huhu...=)

awal mula kelima mula,thank you pada running gurl untuk bekalan makanan selama anda hilang ke negeri penyu,begitu juga pt clap yang terhebat..kita da buat masa sendri paham!..=p

awal mula keenam mula,terima kasih tak terhingga untuk karya-karya hebat dari rakan pesbuk yang majority nye rakan sekola,rakan tadika,rakan kolej,rakan sebaya,rakan saudara,rakan sekelas,rakan belaja,rakan thundercat,rakan sepermainan.rakan segurauan,rakan uni,rakan soljer dan rakan-rakan

awal mula ketujuh mula,dapat juga merasa sambut hari lahir dekat uni since tahun lepas terpaksa sambut kat markas tek.dapat hadiah pun pada kevel yang uji iman dan takwa.maklum la masa tu hari lahir jatuh time annual camp...=.='

awal mula kelapan mula,umo da makin banyak.maknanya responbility semakin bertambah.masa untuk menikmati zaman keriangan tak banyak waktu lagi.sudah tiba masa nye melangkah ke level yang lagi tinggi

awal mula kesembilan mula,pemukiran kita masih sempit membayangkan diri 5tahun dari sekarang
~heartless.....

Monday, December 5

limiting factor

ini pesanan ringkas:
"kalau rasa nak bergurau biar kena pada gaya,kena pada cara...ingat perasaan membe la weyh!"

orang yang selalunya kurang marah nie,sekali bila die rasa nak meletop,lava yang tak jadi mengalir confirm laha akan termuntah semula.memang la lu rasa bergurau tu chumelz kan,tapi lu kena ingat apakah membe lu mampu terima "gurauan" lu yang tak kena gaya.pernah lu pikir gurauan lu ada ketika umpama doa yang tak patut di perkenankan.memang lu tak ingin membe lu jadi camtu,tapi bila lu dok sebut kira macam lu minta la...

paling tak berkenan bila gurauan tu nak ada selingan.tangan lu ke,kaki lu ke tak pun lidah lu.meyh sini ceq nak pesan,tangan tu toksah dok gatai nak cubit segala boleh tak?...lu sedar tak its hurt.tak kisah la kalau ceq ni gagah pe ke.mak ceq pun tak cubit sesakit tu.tangan lu tu pedih paham.sila ikat tangan tu ketat-ketat.kalau lidah tu toksah la nak jelir sangat.serupa biawak aman minta simpati...paham tak!

ok...ceq mental!..lu suka kan.sebab lu puas.lu bukan kisah hati dan perasaan ceq.harapan ceq senang je,semoga ceq tak cari peluang nak kena kan lu je.jangan kasi ceq simpan dendam,paling tidak lu jadi target bang bang boom!...ceq tak suka camni,tapi bila ceq da bagi pesanan penaja,ceq harap lu boleh simpan ketat-ketat dalam memori



`sekian

Saturday, December 3

miss Bell

kerja dan terus kerja sampai mutah hijau.sedang makhluk lain bahagia bersama tilam empuk,kakak n abang soljer sudah mulakan tugas macam biasa.weekend yang sepatutnya di spent untuk berkutu kena korbankan.nak buat macam mana.....nasib3..T__T

pagi tadi,gang budak hitam di'introduce'kan dengan staf baru MCK...huaaa...sedikit teruja..>.<
yang menariknya,jawatan sandaran untuk beliau ialah Jurulatih Jasmani...pergh senyum kelat kot kita.

jadi pagi tadi gang budak hitam belajar banyak teknik baru berPT.memang kelas jah!...goyang tak goyang la lutut.berapa kali punya 20s tak tahu la nak kabo lagu mana.yang penting lu harus tetap gelak dari awal mula pertama mula sampai settle semua.kalau tidak memang confirm borang kunig berlegar dalam kepala hotak tu

penangan latihan tadi sudah mula meresap dalam badan
~sekian

Thursday, December 1

the reason

setiap yang terjadi pasti bersebab.apa sebabnya,sendiri kena cari,kalau rasa tak mampu nak tunggu...maka duduk  diam-diam menanti sebab jatuh ke riba.sama ada kamu mahu sedih atau berduka dan mungkin kecewa...setiap itu ada "good reason" yang telah disorok dari penglihatan kamu.tak perlu berduka kerana masih ada banyak perkara yang peru di dukai

dimulakan dengan kelas yang paling pecah rekod untuk sidang nie.rasanya first time kot kita habis kelas lebih jam 22o0 sampai bus hampir hilang dari pandangan pun ada.nanes tak nanes la jugak.dengan kemalasan bergunung mahu pulang ke indah kembara....aduyai...tapi rezeki kan,lalu la bus tanda biru.memang niat nak jalan,sungguh berjalan sampai ke puncak menikmati pemandangan malam...syukur~~~

tapi,kelas bersama drH buat kita rasa nak nanes laju-laju.serius lampi teramat kot.umpama mata kabur saje.tak nampak bayang nak kira apa.aduyaiii...dari tadi apa yang drH dok explain seperti angin berlalu tenang...ya!lalu tanpa tinggalkan kesan,punah tak punah la hati.pandang keliling semua jari jemari pantas menekan badan enCasio model 57o..tapi kita dari tadi dok picit "on" kemudian "off",sambil tu jari jemari menaip tulisan yang sepatah nye umpama ayam bercakaran di atas lakaran

aduyai...guane nie?exam tinggal sebulan je lagi...revision apa pun tak start lagi.dengan report melambai-lambai kencang kita boleh pandang sebelah mata je..dasat tak dasat je diri nie.memang masalah.kesedaran sivik masih tidak tertanam.....hurm....