Sunday, May 13

mata masuk habuk

hari ahad yang tak berapa awesome sebab aku banyak gunakan untuk berhibernate.gara-gara tido tak lena malam tadi,maka aku balas dendam di siang hari.walaupun aku sedar bahawa akan ada dua test dan presentation serta tugasan dari tuzki syed dan lab report,aku masih dalam keadaan slumber usung bantal tarik selimut.maklum la bila da lama tak rasa weekend,ni la penangannya.teringin juga jadi macam makhluk-makhluk lain.....huhu

as i scrolled down my cursor time aku lagha kat pesbuk,aku noticed banyak rakan-rakan pesbuk update status mereka menghabiskan masa bersama bonda terchenta..adeyh tetiba rasa mata masuk habuk.sudah la pagi tadi bonda aku upload gambar fruit tart bersama beberapa kata...mak sendiri buat,mak sendiri makan...=(

arghh ni yang rasa nak balik laju-laju.....sobsob




        ..muka aku tak la terok camni bak ang..



walau apa pun selamat hari ibu buat bonda.mungkin aku tak mampu nak peluk onda ketat-ketat or at least salam bonda bertubi -tubi bila jarak menjadi jurang buat kami.aku doa yang terbaik buat bonda semoga bonda dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik...insya Allah.....amin





selamat hari ibu...=)

speechless saturday

ini kisah semalam
ini kisah lalu



yesterday i went for a dinner.....
where at one corner they have provided a wish board and as i read the written wishes,i found this......




                                  




p/s:terima kasih pada Cik Kilo...semoga ia termakbul....insya Allah  =)

Saturday, May 12

laghaaa lagi

aish ni la masalahnya bila kerja bertimbun dan test bersusun aku tengok sambil tutup mata.gara-gara Cik Kilo sudah perkenalkan aku dengan blogger-blogger yang rata-ratanya seorang soljer dan regular dan bakal mendapat tiga paku di bahu,aku dan Cik Kilo semakin tak keruan.habis segala sumber atau link yang terpacul kami click laju-laju.rupa abang soljer yang kacak bergaya mula terpapar di skrin layar.setiap penulisan mereka bercerita kisah hidup yang sangat awesome.semakin awesome bila mereka ni gila sukan dan athelete mantoooops!...

fuhh
*sambil urut dada dan kesat peluh lajulaju

salah seorang dari mereka memegang rekod sebagai Ironman..
[sumpah tak mampu bayang stamina apa yang dia guna]...>_<"





p/s:siang tadi lagha menonton layar..masa terbuang tanpa ada rasa bersalah..=_='
kalau la dapat squad barrell,memang senyum sampai tercapai telinga...ahakz!

Thursday, May 10

mendapat panggilan

[mood:mengong akibat ketiduran melampui batas,secara tak sengaja telepon berdering]

nama en.Kp tertera dipaparan.kejutan tak berapa sangat garagara ada miskol dari beliau malam tadi.cuma tujuan panggilan masuk masih tertanya,maklumla sudah hampir 2tahun tak berkata.matrikulasi lama aku sampai dua kali bertukar batch.

panggilan masuk,lalu dijawap.perjalanan ceritanya mudah.pertama perkataan "hello" dan kemudian diikuti dengan "salam"..[itu perkara lazim  bagi setiap perbualan]...en.Kp roger aku bahawa beliau ada di bbb,dan aku agak muskil,buat apa dari s.a datang ke bbb.serius tempat tu cuma ada rumah dan makhluk yang sibuk kejar dunia dan segelintir kejar akhirat kot.huhu...

seterusnya en.Kp tanya mana makan sedap?,dan aku jawap mudah makanan sana mahal kot,puasa je!...senang dan padat..maaf jawapan sedikit jujur dan tegas..lalu en.Kp mahu habiskan perbualan,tapi aku dengan selamba dan kurang kemaluan berkata.."takkan after 2years call aku just nak tanya makan kat bbb mana yang sedap.kalau rindu aku cakap je la.aku taw lama da!"..dan sekian kalinya aku memang jenis direct bila bersuara. ..>_<''

Sunday, May 6

oshi...oo yeah

setelah utusan ulung dari Sjn Alpha maka selesai sudah latihan serta kehidupan bersama MCK buat sidang ini.sidang baru sudah lain ceritanya...garis halus pada apulet semakin bertambah,maka cerita soljer semakin berat..walaupun pada asalnya aku ingat kami akan bergaji buta,tapi ia silap lajulaju.awal mula pertama mula cerita tetap tak sama dengan apa yang aku mahukan.

dimulakan dengan pt(physical training) yang paling susah iaitu p tidoq..XD
[susah ok sebab tidoq beralaskan lengan,kalau atas katil sambil selimut sedap jugak]

seterusnya dengan kelas peta.baru sangka kelas dekat dewan biasa,rupa atas puncak bukit sana.mak aih sudah la 3tan rosak,terpaksa la berjalan kaki.mujur hujan sudah reda,kalau tak semakin mencabar kelas pagi ni..>_<'

cerita kelas peta memang awesome sebab dapat gaduh demi tegakkan jawapan masing-masing.walaupun hanya cari coordinate,ia bukan tugas mudah.mujur peta yang dibekalkan baru 10tahun lalu,kalau tak semakin sukar tugasan kami.

petang itu sebagai penutup kelas diganti dengan perkara yang semakin awesome.berlari-lari dan pabila tiba di jambatan runtuh masing-masing menjadi biawak.merangkak dengan penuh keayuan sebelum merentas halangan.

kedebak...kedebuk..sampai ke rak monyet.tempat yang menjadi kegilaan gang soljer.papepun aku berjaya merentas semua itu dengan penuh gaya.paling setail bila kami jadi biawak sambil berenang-renang dalam rak monyet..=_=''...

last but not least semua ni ditutup dengan jamuan awesome.untungla sapa lahir bulan mei.bole potong cake.^^...gang thundercats nie len tak ada.kau kasi makan dia diam.kau hulur kamera die posing teruk..=)


p/s:adios inter..welcome senior 
cerita aku sebagai soljer mungkin tak sama dengan mereka.apa yang jadi tadi semua kenangan hebat ^_^