Thursday, June 28

satu je lagi

setelah hampir sebulan dan lebih kurang duabelas jam dan lagi dua malam...saat yang aku nanti semakin hampir...
mensettlekan kertas statistic...
packing barang macam jiran tetangga..
lempar dalam stor...
naek bus lari dari pulau ni..
melebarkan pungkuq gara-gara harus kekal duduk untuk beberapa jam...
naek kereta dipandu bapak...
tiba di kampung halaman...
tidur di bilik yang dirindui...
memulakan tugas sebagai budak intern..

fuhh...detik dan saat mendebarkan
cukuupla hari ni menjadi sejarah bila pertama kali aku blah awal dari exam hall
ketidakselesaan  anggota badan dan tahap kewarasan akal yang membimbangkan buat aku cabut dulu
meninggalkan teman-teman yang masih tegar berjuang ke titisan terakhir
walaupun keinginan keluar lebih awal telah lama aku tunggu sebenarnya,tapi atas rasa hormat pada diri,aku biarkan kertas soalan dipenuhi lakaran indah


*tipu la kalau aku cakap aku tak experienced nie...==''

Saturday, June 23

please be nice laa

baik..permulaan tiga paper yang tak berapa memberansangkan.penantian tiga paper yang masih di depan.bila mana aku keluar dari bilik persidangan mahupun dewan peperiksaan tanpa seurat senyuman tandanya hati sudah mula redha.dan bila sampai ke kamar terchenta,aku terus layan runningman,tanda aku mencari semangat semula...aish kenapa la harus aku complicatedkan hidup yang tak berapa awesome sangat ni

menanti tiga paper yang sedang baris rapat buat aku tak keruan.apakah ini caranya aku mensettlekan bulan jun ku?...ohtidak.com...selesai exam semua ni,ada perkara lain yang sedang menunggu hebat.sesuatu yang aku sendiri tak pasti bagaimana ia bermula...

arghhh ini semua semakin rumit..INTERNSHIP!..haruskah aku laluinya juga?.sudah la beberapa malam aku asyik mimpi perkara merapu dan setiap mimpi tu berkaitan soal intern...

memulakan kehidupan july ku sebagai budak intern...buat aku lebih rela bertraining dalam hutan walaupun kena hell di tengah ladang sawit atau kena jemur di ladang new zealand.aku juga tak kisah kalau tak dapat mandi walau seminggu pun,asal dapat dedak kira fine da.>_<''



life is all about try and error

kepada paper air pollution..remote sensing..statistic dan internship ku...tolong la behave.jadikan ia cerita indah untuk hidup.akan aku wartakan jika kau menjadi baik..=) 

Wednesday, June 20

ini kah namanya chenta?

awak...chenta tu salah ke?...apa kita tak boleh berchenta ke sebenarnye?...hurmmm

tak..tak salah pun.sapa kata salah?

tapi kenapa ramai yang kata chenta tu salah?

awak..cuba awak buka mata awak tu besar sikit...lapangkan sikit ruang dalam otak awak tu..

maksud awak??




bila akal dan nafsu mula bergabung aku terfikir.bila cerita soal chenta mesti orang akan anggap cerita soal perasaan dari dua makhluk berbeza jantina...sebut je bab chenta,tak lain tak bukan tu la yang dok ngarot dalam kepala hotak.

pada aku la kan,chenta tu luas.cuba kau lihat dalam konsep kehidupan...chenta pada Tuhan..chenta pada Nabi...chenta pada parents...chenta pada makhluk...chenta pada persekitaran..kau tak rasa luas ke sebenarnya?

cuba kau fikir sekejap..chenta kau dah cukup agung ke sampai kau nak berchenta dengan anak teruna orang mahupun anak dara orang?kalau makan pun masih kena suap,pergi ngaji pun masih di kasi duet belanja..toksah nak agungkan sangat la aiih chenta chentun tu bang oit!..tak kemananya chenta tu kalau rahmat chenta dari Tuhan kau tak pergi kejar.sebab Tuhan tu chenta kat kau la di bagi kau peluang hidup..ingat tu!




 aku pun bukan nak sembang kuat..tapi ingatan untuk diri.pada aku la kan,kau mesti curah chenta pada Tuhan dengan hebat sekali..kemudian pada Nabi dan parents.kalau benda ni kau tak mampu...simpan je la hasrat nak chenta dengan anak orang.


lagi satu buat ingatan diri.kalau kau da sakan sangat nak berchenta bagai tu,kau jangan sampai lukakan parents kau pulak.berchenta bagai nak ngak' tapi lastlast parents tak blessing,tak ke parah tu.bila tak blessing,toksah la berangan nak buat ayat drama.ye la...dok persoalkan persaan chenta kau macam Taj Mahal tu..tapi kau sedar tak nilai chenta parents kau tu?lagi mahal dari Taj Mahal


...peace no war...aku insan lemah punya andaian untuk berkata =)

Monday, June 18

jerebu

"Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim




bila aku diam tak bermakna aku tak tahu.
bila aku senyap tak bererti aku suka.

kenapa aku diam...kenapa aku senyap...ia bersebab

cuba kau lihat di luar tingkap.ada jerebu menutup awan...menghalang cahaya.kau sangka hari mahu hujan,tapi sedar tak cuaca masih panas seperti selalunya.

begitu juga aku,bila aku rasa aku tak mampu buat apa-apa,aku biarkan airmata mengalir perlahan membasahi pipi sambil dalam hati meronta meminta bantuan pada Tuhan.pada siapa mahu aku katakan kalau bukan pada Tuhan.sesungguhnya Dia lebih tahu akan rasa sedih dalam diri.

kita sedang diuji.Ya!...hidup itu punya cabaran dan kita diuji samada mampu atau tidak.aku mungkin tak mampu bertindak dasat sebab aku harus sedar masih ada kuasa yang mampu bertindak untuk segalanya..Ya aku cuma manusia biasa yang tak lari dari permasalahan.umum la ini mainan hidup.hidup tanpa cabaran ibarat mandi tapi tak basah.

maaf lupa =='

lumrah sebagai manusia aku memang pelupa.kala aku terlalu leka menikmati keindahan dunia,kekadang aku terlupa tujuan aku sepatutnya.bila aku sudah terlupa ingatkan daku wahai rakan...ingatkan daku wahai teman...kejutkan daku wahai makhluk ..jangan  biar aku bermimpi terlalu lama.jangan buat aku terlalu dan semakin selesa dengan apa yang sedang terjadi.

maaf jika aku terlalu berahsia dan tak jujur.aku mungkin punya sebab sendiri.boleh jadi aku segan dan aku tak bersedia.

mendengar percakapan sebentar tadi buat aku terpukul bertalu-talu.tanda terasa panahan kata.umpama tempias pun ada.bertubi-tubi aku rasa.maklumla,kekadang aku tak sedar dan kekadang buat tak sedar.bila aku selalu rasa diri itu di landasan benar,aku silap sebenarnya

...... maaf ....