Wednesday, March 26

sakit hati

masuk hari ni sudah 3 kali aku kena sound pasal tong sampah
kena sound sebanyak 3 kali dalam 2 hari
jujur memang sakit hati
5 bulan tu tong sampah duduk kat situ
hari ni aku tak paham bila tong sampah jadi issue berbangkit
kalau marah dekat supplier,jangan lepas kat tong sampah

aku makin sakit hati bila sanggup potong line waktu aku sedang bicara hal penting
nampaknya dia makin tak puas hati dengan tong sampah
nampak mainan dia sekarang..kelemahan dia adalah tong sampah
jadi memang aku akan sengaja biar tong sampah tu duduk tempat yang dia tak berkenan

mulut manusia ni kalau da penat pasti diam
cuma aku yakin mulut dia tak diam and aku boleh predict dia akan mula malukan aku demi tong sampah
cuma aku kesian kalau diri sendiri malu tanpa dia sedari


#sakit hati punya hal aku terus buka laman cari kerja baru...>_<

Saturday, March 1

pendapat

aku nak minta tolong pada majikan untuk dengar dan paham pendapat aku
well aku tak minta untuk dia pangkah aku sebelum aku bicara pendapat aku

aku jadi runsing bila majikan mengutarakan pemahaman dia
bila aku lihat ada sedikit celanya
mahu saja aku tegur..cuma aku bertindak untuk diam
kerana apa?

ya kerana majikan tidak dapat terima tentang cela yang dia sendiri cipta
aku jadi runsing..baru sebentar tadi di tanya pendapat..bila mana mahu dilontar pendapat terus dipangkah dengan dasatnya

aku tahu kau majikan.tapi kau kena belajar untuk turun sedikit rasa ego itu pada sesuatu masa
tapi itu tak bermakna kau kena turun ego setiap kali berbicara
cuma turun ego bila mana si macai mahu luah apa yang dia rasa
tolong jangan pangkah setiap bicara si macai..takut kau kelihatan dungu di mata si macai dan rakan-rakan si macai

telinga

aku cuma mahu telinga untuk dengar buih ayat yang terpacul dari mulut aku
tapi aku tak mahu jadi telinga untuk dengar butir ayat pendapat dari si pemberi telinga

pinjamkan aku telinga itu
jangan pinjamkan aku bicara kata itu
akan sampai satu saat aku penat..aku akan terima untuk dengar butir ayat dari mulut dia

tapi aku fikir jika aku mahu putus asa..perkara apa yang buat aku untuk terus bertahan hingga ke saat ini
dan aku buat keputusan untuk teruskan apa yang ingin aku perjuangkan

Wednesday, February 19

majikan

aku tahu manusia itu tak sempurna
aku sedar walau tak sempurna kita pasti akan cuba kejar kesempurnaan
aku pasti kita cuma manusia biasa

tapi point sini kita kalau jadi majikan jangan sampai orang bawah sedar kebodohan kita
jangan sampai anak buah pertikai kedudukan kita
walaupun anak buah itu majikan anggap macam macai,tapi jangan sampai kebodohan majikan jadi bahan ketawa anak buah

tolong jangan jadi bodoh di mata macai sebab rasa respek pada majikan boleh padam
jadi majikan biar sesuai dengan pangkat,sesuai dengan otak
sebab itu jadi majikan jangan suka cakap besar atau berlagak takut level kebodohan itu makin terserlah

jenis manusia ni kalau benda baik susah nak lekat dalam jiwa
sebab yang selalu teringat dalam kepala adalah kejahatan dia

Tuesday, February 4

semangat

aku tak perlu ubat yang hebat
aku tak perlu ubat yang mahal
aku tak perlu ubat yang power

ubat yang aku perlu cuma semangat
bila semangat kita besar
segala jenis sakit mesti kita dapat atasi

kalau 3hari lepas aku asyik muntah apa yang aku makan selama 3hari berturut-turut
tapi kalau semangat nak berjalan tu kuat
pegi balik KB less than 48jam itu tak heran
walaupun rasa nak sakit pinggang lama sangat duduk dalam bus
semangat punya pasal..sakit muntah tu semua hilang