Saturday, April 19

ok tak "lying" ?

semalam ada soalan cabutan
soalan tanya ok tak "lying" ?

so aku personally rasa "lying" banyak membantu dalam situasi keselamatan diri
dia ada dua sama ada ko cari kambing hitam atau kau rela hati serah diri jadi kambing hitam
tapi bukan semua situasi kau mampu apply,sebab kalau selalu buat nanti terkantoi pula

dalam situasi kerja,ada masa si majikan akan gemar tanya soalan kau tak mampu beri jawapan

sebagai contoh "kenapa baru sekarang u asked my signature? "
erk...time tu lying perlu kau guna.daripada kau kena tadah telinga dengar majikan mencarut,jadi kau cakap la kau terlepas tengok tanda signature tu
tapi paling kau rasa nak carut majikan kata "itu bukan explanation"..time tu la kau terus cabut dari bilik majikan.walaupun ia kelihatan konghajo,nasib la..

Tuesday, April 15

sedut asap

aku paling stress kalau disuruh sentuh sanitary item
dapat pulak supplier yang haru biru..aku makin stress
sudah la nama item tu berbelit-belit,tapi kalau kau google barang tu mak aiih sonang jo

kau ingat senang ke nak key in dalam system berapa banyak barang yang deliver kat site
dapat pulak bila order nama A,dapat kat supplier nama B,bila dapat invoice nama C
aku bole pecah akal woo.
awal tahun ni aku kena stay back bila barang tak tally dengan system
rasa nak nanes woo

kelmarin aku kena check lagi sanitary item,maka aku mintak rokok sebatang buat cari ilham
bayangkan bila joke itu direalisasikan..budak IT meja sebelah bagi aku sepuntung

Wednesday, April 9

budak baru

minggu lepas ada 2 orang budak baru
aku rasa depa ni sebaya aku
 satu laki laki..satu perempuan

hari ni dengan rasa kurang malu aku approach yang laki-laki
die seorang QS...jengjeng
so hari ni aku balik awal (azam bulan april nak balik awal*)
niat before balik aku nak tadah ayaq minum,tapi tengok je QS tu da turun bawak file,aku patahkan niat untuk isi ayaq sampai penuh
aku pun stand by nak thumb print.tapi samnil tu buat lambat
time tu la nak simpan botol..time tu la nak simpan phone..time tu la nak cari kunci

lepas QS thumb out,aku pun follow
so masa kat tangga nak amik kasut..
aku dengan selamba approach die
tanye budak fresh ke?.belaja mana?..kos apa?

yeah segala soklan aku terjawap..da dapat jawapan aku terus cakap babai


ikutkan hati aku da boring asyik lepas dengan orang berfamily ni
maklumla topic sembang dorang ni semacam
sekali sekali mahu gang sembang dengan gang bachelor..huhu

Tuesday, April 8

buat muka

secara normal dan logic,aku mahu pagi aku bermula dengan baik
pagi aku tak sama seperti majikan aku yang suka menjahanamkan mood pagi orang lain
makanya di awal pagi jam 9 tadi riuh seperti di pasar melanda ruang bekerja

memandangkan kejadian berlaku dibelakang aku dan cuma dilapisi oleh dinding nipis maka telinga sedikit pekak pagi ini
maka sesiapa yang pass by depan aku sure aku buat muka tak tahan
jujurkan aku ni..bila tak suka tu tunjuk sangat

secara tak sengaja aku juga buat muka pada En QS yang sedang lalu di depan aku
yang paling menggerunkan pabila bunyi pasar sudah reda,En QS lalu lagi
dengan muka beliau sedikit blur dan hang meminta aku melakonkan semula aksi buat muka tu semula

kali ni aku tak buat muka tapi aku buat blur
apa da sasau ke En QS ni.banyak sangat mengira sampai minta aku buat sesuatu di luar jangkaan

Tuesday, April 1

cari kerja vs cari chenta

ini pendapat aku..pendapat orang lain mungkin berbeza

pada aku mencari kerja macam mencari matair

well at first mungkin kau tak biasa dengan kerja kau and kau akan terima dengan sebaiknya
sebab kau tahu sikap positif dalam diri akan membantu kalau tak banyak mesti sedikit
dan kisah menyiapkan kerja bermula dari sehari ke sehari,dari minggu ke minggu,dari bulan ke bulan
tapi dalam kau menyiapkan kerja itu kau belajar untuk kenal dan hargai kerja yang kau siapkan
namun sampai satu detik terlintas dalam diri aku yang aku tak mahu siapkan kerja ini selama-lamanya.
aku mahukan kelainan,aku mahukan keunikan
pada orng lain aku patut menerima apa yang ada.buat sehabis boleh
cumaa...

ok kisah matair
bila aku suka seseorang aku akan belajar untuk terima dia dalam kehidupan aku
dia tidaklah terlalu sempurna,tapi cukup untuk buat aku selesa.kurangnya tidaklah seteruk mana
tapi dalam asyik kami bersandiwara,sampai satu ketika aku merasakan takkan aku mahu spend hidup dengan dia
dengan jawapan cliche aku bukan terbaik untuk dia
mungkin bukan jodoh di takdir bersama

so kau yang baca ni paham tak apa yang aku nak sampaikan ni
dulu aku kata dengan diri aku tak mahu memilih kerja.nahh dapat kerja yang aku tak pilih.
da 5bulan kerja aku mula rasa bahagia itu tiada
aku mula rasa bukan ini sesuai dengan jiwa
jangan tanya aku kenapa sebab aku sudah explain dalam bahasa cliche sebelum ni



*aku tak pernah ada matair,tapi aku rasa mungkin begini perasaan bermatair