Friday, June 29

kemas mengemas terkemas

argghhh...benda paling tak cool bila harus packing barang.aku kalau boleh nak kekalkan saje pertahanan ni sampai habis sekola.mana taknya,barang menimbun...nanti buka cuti,kena kemas balik.sudah la bilik baru tak tahu lagi ceruk mana.berbekalkan bag aku yang sarat membunting,buat aku semakin stress.

aishh..sudah la setiap sidang barang bertambah,agaknya parents aku kena bawa tigatan la gamaknya nak pikul barang aku tu.the awesome moment bila kau nak packing barang,beg da koyak dan semakin nazak...semakin sedih bila mana aku harus bungkus baju-baju tu dalam plastic sampah...sedihsedih..berapa kampit plastic aku tak larat kira.jiran tetangga sampai tak larat gelak dengan gelagat diri memunggah barang...

out of sudden aku rasa almari tu macam poket doraemon pun ada.punggah punya punggah,ada je barang tertinggal.sampaikan ada baju mak aku tersadai sekali dalam bungkusan dan sememangnya harapan untuk aku korek balik memang tak la kan.nanti aku da rasa macam cari hint pulak...haaaiish.

sesi kemas masih tergendala...esok siang aku sambung semula ==''


*confirm kalau ayam bertelur memang tak jumpa punya laa

habis daa

dimulakan dengan beriberi di pagi hari buatkan kembung di perut semakin kempis.kalau makhluk lain lena di atas tilam empuk,aku da siap tido dalam jamban..mak aih apa silap tak tahu.apakah terlalu stress dengan paper terakhir?..aku tak pasti.mujur aku da spare ubat siap-siap.gara-gara tak larat sangat,ubat kunyah tu aku siap kemam dalam jamban...fine sedikit geli yeaa,tapi aku masa tu tak pikir pe da.dari terus giggling tak tentu arah...ye dak?





since hari ni last paper,aku memecahkan rekod keluar awal sekali lagi.ku sangkakan diri ni agak awal,tetapi silap sebenarnya bila aku kalih belakang...haram,satu makhluk pun tak ada.ntah bila dorang lesap aku jadi khuatir...memandangkan kesihatan perut tak berapa stabil dan air 100+ tak mampu membantu,aku dismiss awal....meninggalkan kurang dari sepuluh makhluk yang masih bertungkus-lumus hingga ke saat akhir.



bagi menutup sidang kali ni,akak-akak tuzKi bersepakat untuk dinner bersama.ia menjadi awesome sebab dari siang tadi aku tak jamah nasi pun lagi,hanya dua keping roti menjadi peneman perut yang kriukkriuk dari tadi...gara-gara da lama aktiviti begini senyap,bila da kumpul walau tak semua,ia asyiik sangat.masing-masing sedang gabra untuk minggu hadapan...haiish intern..intern...selesai mengembungkan perut,akak-akak tuzKi pakat dok peluk cium.maklum la,lepas ni nak cuti,entah bersua lagi ke tidak...huhu

selesai makan...misi dalam kepala hanya nak packing barang.baru nak semangat,tiba-tiba akak soljer datang ajak kami p markas...hoho...gara-gara sebulan lebih bercuti dari training bagai ni,memang sumpah aku tak jejak lama da.hingga saat tadi aku jejak semula bersama akak dan abang soljer.berpicnic di bilik karok memang awesome.walaupun makanan ala-ala bujang,tapi sumbangan suara yang yakin sedap,nyaman juga la jamu selera...hoho...makan second round...i loike sangat >_< 

puas tak puasnya berkarok,duabelas lebih baru pulang.masing-masing da letih..kalau tak dilayan letih tu,mahu ke siang tak lepas microphone tu..huhu 

Thursday, June 28

satu je lagi

setelah hampir sebulan dan lebih kurang duabelas jam dan lagi dua malam...saat yang aku nanti semakin hampir...
mensettlekan kertas statistic...
packing barang macam jiran tetangga..
lempar dalam stor...
naek bus lari dari pulau ni..
melebarkan pungkuq gara-gara harus kekal duduk untuk beberapa jam...
naek kereta dipandu bapak...
tiba di kampung halaman...
tidur di bilik yang dirindui...
memulakan tugas sebagai budak intern..

fuhh...detik dan saat mendebarkan
cukuupla hari ni menjadi sejarah bila pertama kali aku blah awal dari exam hall
ketidakselesaan  anggota badan dan tahap kewarasan akal yang membimbangkan buat aku cabut dulu
meninggalkan teman-teman yang masih tegar berjuang ke titisan terakhir
walaupun keinginan keluar lebih awal telah lama aku tunggu sebenarnya,tapi atas rasa hormat pada diri,aku biarkan kertas soalan dipenuhi lakaran indah


*tipu la kalau aku cakap aku tak experienced nie...==''

Saturday, June 23

please be nice laa

baik..permulaan tiga paper yang tak berapa memberansangkan.penantian tiga paper yang masih di depan.bila mana aku keluar dari bilik persidangan mahupun dewan peperiksaan tanpa seurat senyuman tandanya hati sudah mula redha.dan bila sampai ke kamar terchenta,aku terus layan runningman,tanda aku mencari semangat semula...aish kenapa la harus aku complicatedkan hidup yang tak berapa awesome sangat ni

menanti tiga paper yang sedang baris rapat buat aku tak keruan.apakah ini caranya aku mensettlekan bulan jun ku?...ohtidak.com...selesai exam semua ni,ada perkara lain yang sedang menunggu hebat.sesuatu yang aku sendiri tak pasti bagaimana ia bermula...

arghhh ini semua semakin rumit..INTERNSHIP!..haruskah aku laluinya juga?.sudah la beberapa malam aku asyik mimpi perkara merapu dan setiap mimpi tu berkaitan soal intern...

memulakan kehidupan july ku sebagai budak intern...buat aku lebih rela bertraining dalam hutan walaupun kena hell di tengah ladang sawit atau kena jemur di ladang new zealand.aku juga tak kisah kalau tak dapat mandi walau seminggu pun,asal dapat dedak kira fine da.>_<''



life is all about try and error

kepada paper air pollution..remote sensing..statistic dan internship ku...tolong la behave.jadikan ia cerita indah untuk hidup.akan aku wartakan jika kau menjadi baik..=) 

Wednesday, June 20

ini kah namanya chenta?

awak...chenta tu salah ke?...apa kita tak boleh berchenta ke sebenarnye?...hurmmm

tak..tak salah pun.sapa kata salah?

tapi kenapa ramai yang kata chenta tu salah?

awak..cuba awak buka mata awak tu besar sikit...lapangkan sikit ruang dalam otak awak tu..

maksud awak??




bila akal dan nafsu mula bergabung aku terfikir.bila cerita soal chenta mesti orang akan anggap cerita soal perasaan dari dua makhluk berbeza jantina...sebut je bab chenta,tak lain tak bukan tu la yang dok ngarot dalam kepala hotak.

pada aku la kan,chenta tu luas.cuba kau lihat dalam konsep kehidupan...chenta pada Tuhan..chenta pada Nabi...chenta pada parents...chenta pada makhluk...chenta pada persekitaran..kau tak rasa luas ke sebenarnya?

cuba kau fikir sekejap..chenta kau dah cukup agung ke sampai kau nak berchenta dengan anak teruna orang mahupun anak dara orang?kalau makan pun masih kena suap,pergi ngaji pun masih di kasi duet belanja..toksah nak agungkan sangat la aiih chenta chentun tu bang oit!..tak kemananya chenta tu kalau rahmat chenta dari Tuhan kau tak pergi kejar.sebab Tuhan tu chenta kat kau la di bagi kau peluang hidup..ingat tu!




 aku pun bukan nak sembang kuat..tapi ingatan untuk diri.pada aku la kan,kau mesti curah chenta pada Tuhan dengan hebat sekali..kemudian pada Nabi dan parents.kalau benda ni kau tak mampu...simpan je la hasrat nak chenta dengan anak orang.


lagi satu buat ingatan diri.kalau kau da sakan sangat nak berchenta bagai tu,kau jangan sampai lukakan parents kau pulak.berchenta bagai nak ngak' tapi lastlast parents tak blessing,tak ke parah tu.bila tak blessing,toksah la berangan nak buat ayat drama.ye la...dok persoalkan persaan chenta kau macam Taj Mahal tu..tapi kau sedar tak nilai chenta parents kau tu?lagi mahal dari Taj Mahal


...peace no war...aku insan lemah punya andaian untuk berkata =)