tengahari itu aku beratur membeli makanan
beratur dibarisan yang agak panjang walaupun ada tiga kaunter
perkara biasa bila hujung bulan dan kau beratur die restoran makanan segera
kau boleh bajet berapa ringgit kau habiskan untuk nafsu hari ini
kakak bertudung hitam,berkemeja biru menyatakan kepada rakannya bahawa rakan sekerja tetap rakan sekerja dan tak boleh jadi rakan baik
aku kunyah setiap perkataan yang aku dengar dan aku nampak logiknya di situ
mengenali seseorang sebagai rakan dan rakan sekerja penerimaannya berbeza
mungkin sebagai kawan,kau boleh anggap dia teman terbaik,tapi belum tentu dalam urusan kerja dia seorang yang sangat boleh di harapkan.
sebab tu bukan semua rakan sekerja boleh jadi bahu menangis
tapi bukan maksud aku tak boleh langsung.ada juga individu yang boleh menjadi rakan baik dan rakan sekerja cuma peratusan tu kecil
"Everything is okay in the end, if it's not ok, then it's not the end."....
Wednesday, December 24
Wednesday, December 17
tidur
tidur malam kelmarin aku bermimpi
pada firasat aku pertama kali aku bermimpi tentang dia
ya dia yang aku pernah angau sekejap
namun bila dia enggan melayan inbox fesbuk aku jadi meluat
menyampah pun ada.sebab aku boleh nampak status seen namun dia tak menyahut
walaubagaimanapun kehadiran dia dalam tidur malam ku memang sesuatu
aku terus terjaga dari mimpi
dalam mimpi tu dia sempat berkata
"kalau aku tahu kau da lama suka aku kan bagus"kata dia
eeh eeh kau dah kenapa NES cakap macam tu kat aku
tapi sayang itu cuma mimpi
Sunday, November 30
kawen
jadi semalam rakan sekelas sekolah menengah yang ke berapa sudah melangkah ke peringkat seterusnya..alam perkahwianan
semalam aku menghadiri bersama rakan sekelas yang juga jiran lama
orang yang dahulunya setiap hari jumaat akan teman aku dan adik pulang ke rumah
soalan paling win setiap kali bertemu "kau bila nak kahwin?"..well kalau mencari jodoh itu seperti membeli pisang goreng cheese coklat pasti ia mudah
namun mencari jodoh ini seperti membuat macaroon,ramuannya mungkin mudah,namun kalau tersalah aduanan memang penghasilan macaroon itu gagal.kau lihat sahaja bagaimana akak kat luar sana menjual macaroon dengan harga yang mahal
aku sehingga kini masih berfikir kenapa harganya mahal walaupun pembikinan dan ramuannya mudah
begitu la kawen,sebut macam mudah..mencari pasangan itu rumit
lebih lagi bila perkahwinan itu bukan melibatkan dua pasangan tapi dua keluarga yang kita tak pernah hidup bersama

Wednesday, November 12
lain
ada orang da mula tegur muka aku nampak stress
aku tengah fikir celah mana stress tu muncul.ada tulis kat dahi ke?
well aku tak tahu nak panggil stress or geram
dan aku tak tahu apa tindakan aku perlu buat
tapi aku boleh cakap belang diri sudah makin terpancar
jenis kejam yang aku sorok
jenis rare yang aku pendam
lebih mudah jenis aksi orang keliling aku tak sangka aku bertindak sebegitu
kalau di tanya kenapa..aku tak tahu
tapi aku rasa lain
Wednesday, October 22
rumit
bulan ini aku jumpa kawan lama..ya kawan lelaki
dia yang aku kenal sudah 4tahun,tapi namanya aku sudah dengar 5tahun lalu
kawan lelaki aku sudah pacaran,berpacaran mungkin 2tahun lebih yang lalu
tadi kami berjumpa bertukar kisah di tempat kerja
masingmasing berkongsi pengalaman yang di rasa
kawan lelaki aku punya pacaran dan kami bertemu tanpa ketahuan pacarannya
aneh bila aku terima wassap dari kawan lelaki aku yang berkongsi rasa duka
duka kerana pacarannya merajuk kerana berjumpa aku
malah siap pesan jika pacarannya bertanya padaku tolong cover kawan lelaki aku
itu lawak kerana aku dan pacaran kawan lelaki hubungannya cuma biasabiasa
kalau jadi rakan cuma di alam maya iaitu di fesbuk dan entahgram
baik kami bukan jumpa berdua tapi bertiga bersama kawan perempuan aku
Subscribe to:
Posts (Atom)