alhamdulillah...selesai juga sahur pagi nie..
jika tiada apa yang menghalang insya Allah esok aidilfitri muncul lagi
hari ini menjadi puasa yang terakhir bagi tahun 1432H
malam tadi menjadi terawih terakhir 1432H
jika raya pada esok hari,takbir raya 1432H akan berkumandang nanti
terlalu pantas bumi berputar tanpa aku sedar bahawa Ramadhan sudah sampai penghujung
sudah banyak kelalaian yang aku lakukan dalam Ramdhan kali nie
jika ada sedikit perubahan,aku harap ia akan jadi sesuatu yang berterusan walaupun Ramadhan berlalu pergi
dalam suasana hujan yang turun tanpa henti,aku berharap dan meminta agar aku dipertemukan Ramadhan di masa depan
banyak yang ingin aku betulkan.
masih banyak lubang-lubang bocor yang harus direpairkan
entah ada ketikanya,takut menyelubungi diri ini
entah kenapa risau jika nyawa ditarik tanpa aku bersedia menghadapinya
sesungguhnya mati itu pasti
tapi aku harap jika ajal sedang menuju kesini...aku dapat melaluinya dengan seikhlas hati
No comments:
Post a Comment