seperti insan lain..aku punya cita-cita
cita-cita yang aku pendam sejak dulu lagi
jika kanak-kanak lain menyimpan hasrat mahu jadi jurutera,lecturer,usahawan berjaya...tapi aku menyimpan hasrat mahu jadi seorang juruterbang.
emak pernah berkata,bahawa juruterbang ini kerjanya saling tak tumpah seperti pemandu teksi,pemandu bus atau pemandu kereta.
tapi yang membezakannya,juruterbang ini terbang di atas awan
aku mahu terbang
aku mahu terbang tinggi
terbang tinggi mencecah awan
sebab aku tahu ada 1001 rahsia yang tersemat di sebaliknya
awan putih yang kau mampu lihat,tapi kau tak boleh genggam
awan putih yang suci dan bersih
awan putih yang jadi peneman bagi si langit
namun...semua itu hanya cita-citaku
tapi aku yakin,jika aku tekad
cita-cita mahu terbang ke awan itu tak mustahil
sedikit usaha dan segunung harapan yang tersimpan impian
itu suatu yang hebat
aku yakin jika aku bermimpi dan menanam impian,awan yang aku rasa mustahil itu akan mampu aku teroka
rahsia Tuhan..cerita awan membawa banyak perasaan
No comments:
Post a Comment