sunyi...bunyi krik krik
aku semakin sunyi dengan kata-kata untuk dibahas
sunyi dengan idea untuk dikongsi
sunyi bersama penghayatan hidup
diberi waktu untuk bernafas
diberi peluang untuk hidup
diteruskan kerana umpama janji rutin
aku semakin gagal menghargai apa yang ada
aku semakin buta mencari apa yang mahu
aku semakin jauh dari kenal siapa aku
dan aku masih mencari motif apa aku menulis post ini
untuk waktu ini aku perlu manusia untuk berada dihadapan aku melihat airmata gugur berderu tanpa ku tahu apa sebabnya
gila
No comments:
Post a Comment