Wednesday, July 23

solusi

mungkin aku,mungkin orang lain
ada ketika aku cuma mahu dengar kata-kata yang memuji diri ini
bukan aku tadah mangkuk puji
cuma aku mahu dengar orang curah kata yang baik-baik sahaja

well,tak salah kan
banyak ketika aku tengok sesama kita cuba jatuhkan tangga yang kita dirikan
boleh tak kau tolong cari orang buat aku pegang tangga ini bersama
bukan apa biar aku tahu ada orang mahu bantu aku bila aku jatuh

walau kau tak sudi
boleh tak kau jadi pelakon setia untuk aku
kalau bukan selamanya,sebentar pun tak apa
biar aku rasa ada value rupanya aku pada mata kau

Thursday, July 17

jujur

sekarang bulan puasa,bulan Ramadhan
ramai umat Islam melakukan ibadah berpuasa
bulan Ramadhan bakal masuk ke fasa ketiga

lagi sepuluh hari Syawal bakal menjelma
corong radio sudah mula putarkan lagu raya
baru hari pertama berpuasa lagu raya sudah berkumandang

aku semakin meningkat umur
semangat menyambut lebaran seperti tiada
jika aku lagu raya berkumandang,aku terus tukar siaran
aku lebih risau jika puasa itu sama sahaja
tak lain hanya tahan lapar dan dahaga
aku tahu aku manusia yang rugi jika tak cari peluang merasai manis dan indahnya Ramadhan

tak semangat lebaran ok lagi
tapi bila tak semangat mencari pahal itu disaster

Wednesday, July 16

sedar

aku dengan ini mengaku
aku makhluk paling gagal dalam mendalami apa aku rasa
aku pilih untuk cakap banyak
cakap merepek
bila aku pilih untuk diam,aku tahu itu rare

aku tahu aku makhluk paling gagal untuk luah apa aku rasa
aku biar masa menjadi penentu segalanya
lalu bila peluang itu tiada aku anggap sebagai takdir
ok takdir aku untuk terima itu dan ini

nampak tak aku sedang menjadi loser buat diri
tanpa aku sedar dan sebenarnya aku sedar

Tuesday, July 1

nokharoom

perkara paling keji dalam hidup bila kau lupa jalan pulang
seperti yang diberitahu aku baru tukar kerja dan sudah hampir sebulan
ini merupakan Ramadhan aku sebagai seorang employee
jadi kompeni aku beri kelonggaran untuk pulang sejam lebih awal

al maklum la ramai akan pulang jam 5
tak kira bangsa dan agama
yang aku pasti bangsa lain pun buat teruk macam dia nak berbuka di rumah juga
so..jalan memang nokharoom

entah kenapa otak aku juga turut berpuasa,sehingga aku berlegar-legar di jalan yang sama hampir empat pusingan sebelum aku ambil tindakan untuk melalui jalan bukan yang dirancang seperti asal
memang thorbaeek punya speed,minyak dan harga tol
ngamngamsooi..azan Magrib aku tiba