Friday, July 10

berhenti

lumrah sebagai pekerja yang rasa mahu dihargai
bukan tagih pujian atau simpati.tapi hargai

yang aku lihat dan aku hadap cuma rasa kerja yang diberi ini seperti syok sendri
kadang kala aku tak pasti salah pengurusan atau salah aku
dilema pun ada dalam diri

minggu lalu seseorang menaikkan suara kepada aku
orang yang selama ini aku layankan sahaja kehendaknya
aku jadi geram,cuma sewaktu kejadian aku memilih untuk diam
bukan apa,kenapa perlu aku malukan diri untuk orang yang tak beri kepentingan apa-apa

aku tahu banyak species begini di luar
lagaknya orang paling busy sewaktu bekerja
tapi yang melihat hasilnya tahu bagaimana
namun kerana bijak dan yakinnya dia berkata-kata
ada juga pengurusan yang menimang manja bersama tindakan biadapnya

jujur..aku pulang bersama airmata yang tahan selama ini
dan aku mahu berhenti.
tapi sayang,makhluk begini banyak membiak di luar sana