Wednesday, May 28

pengganti

aku sedang menghitung hari untuk berada di environment baru
berjumpa dengan orang baru

masih ada beberapa hari sebelum aku tinggalkan tempat sekarang dan dalam minggu akhir ini pengganti aku sudah tiba
menurut sumber sudah banyak orang yang ditemuduga sehingga resume untuk post yang ditawarkan hampir habis
namun minggu lepas seseorang sudah berjaya memikat jiwa majikan

aku hampir tak sangka,dan aku yakin ramai yang agak terkesima
pengganti aku memang la X chromosome cuma ada kesesatan Y chromosome sikit

ya majikan aku memang la X chromosome juga cuma aku tak nafikan Y chromosome pun ada sedikit.mujur pemakaian skirt ke tempat kerja menghalang Y chromosome  merebak teruk dalam diri majikan

jadi bila majikan memilih pengganti aku sedemikian rupa aku faham
sebab itu masa memilih agak lama

mohon jika ada perbalahan jangan bertumbuk pada masa akan datang

Sunday, May 18

tahniah

semalam hari sabtu dan aku bekerja separuh hari
sabtu kedua sebelum sabtu depan menjadi sabtu akhir di PM

semalam aku bawa sedikit manisan yang aku pakat untuk tumpang sekaki dengan AG
cuma sebiji cake dan beberapa ketulan cream puff manakala pihak AG sekotak milo dan ketulan karipap
ia memang ngam untuk sarapan pagi yang mengenyangkan

Mr Safety sempat menyelit memberitahu sepatutunya kalau mahu meraikan pemergian diri ia harus makanan yang berperisa masam atau pahit,tapi aku pula jamu perisa manis
nampak tak betapa aku sedang berbahagia menghabiskan detik dua minggu itu

Mr Qs dari department contract paling terbaik pabila memberi ucapan tahniah untuk langkah yang aku ambil

company baru yang aku akan bermula pada bulan hadapan sudah menghantar letter offer
tinggal aku beri kata balas dan reply sebelum jumaat ini
aku tahu  environment di tempat baru ini akan lain banyak
demi pengalam hidup aku harus kuat

company baru ini menawarkan kontrak selama setahun tetapi jika aku mahu tarik diri aku perlu notis beserta enambulan gaji
jadi jika aku boleh bertahan untuk tigatahun takkan tak kuat untuk setahun
sedangkan di PM aku cuba bertahan untuk tigabulan sudah menjangkau ke tujuhbulan...phewphewphew

Tuesday, May 13

kena soal

mujur ada pesbuk yang sangat setia mengingatkan tarikh lahir teman pesbuk aku
al maklumla aku yang secara jujurnya amat lemah bab ingat hari lahir
jadi kalau ada yang berduka atau rasa tak dapat makan dengan selera tanpa ucapan hari lahir aku mohon kemaafan ya

beberapa hari lepas,hari lahir En Dr dan aku antara yang paling tak tertinggal untuk ucap hari lahir itu
maklum la sudah jadi tradisi untuk sama-sama jadi tukang semak wall teman pesbuk

menjadi lumrah pabila si penerima ucapan akan ucap rasa trimas menggunung sambil ada icon smiley di penghujung bicara
dan
En Dr memberi ucapan sama beserta soalan tambahan iaitu bila mahu jamu nasi minyak? 
perghh aku cuma beri jawapan mohon carikan Dr buat laki pilihan

nampak tak berbahasa ayat aku..ikutkan jari mahu je aku taip
mohon En Dr mai rumah hantar rombongan 

nasib baik jari ni tak sampai hati nak taip gitu takut aku pulak tak dapat terima kenyataan   

Friday, May 2

envelope putih

sehari sebelum sambutan hari pekerja

petang itu dua keping envelope color putih sudah siap sedia untuk diberi pada majikan dan HR
ya..aku selaku pekerja contract yang baru bekerja selama enam bulan dengan rekod cuti tiga hari setengah termasuk satu hari cuti tidak berbayar telah menyerahkan notis sebulan berhenti

HR agak terkasima bila aku tolak pintu lalu serahkan envelope putih dimana isinya sekeping surat A4 berlipat tiga

majikan yang sedang asyik slide phone dari tadi terpana bila aku serahkan segala sales DO,invoice,DN dan di atasnya terletak envelope putih tertulis nama majikan

 Exec deparment aku terus sakit hati dengar aku bakal menghantar notis pada HR dan majikan
Asstant department aku yang sedang sarat mengandung mengusap perut bila aku khabarkan aku mahu menghantar notis

Despatch company yang terdengar perbulan aku dengan HR terkedu mendengar perbualan aku dengar HR,malah mengajak aku untuk jadi gang dengan despatch gang

ya aku yakin memang ramai tak sangka sepantas ini aku boleh bertindak sedemikian

sebenarnya kalau nak di ikutkan aku bakal tukar department lain
tetapi atas dasar aku tak mampu sabar dan tak mampu tertunggu tanpa jawapan aku bertindak