Tuesday, January 31

bai JAN!

selamat tinggal january...selamat tinggal bidadari...selamat tinggal *angi..  .>_<

salam muncul february...selamat datang wahai hari yang dinanti..selamat kembali ke penang yang sinar mentari...   =_=''

argh..hati tak rela maka badan tak sudi
mahu atau tak,terpaksa ikhlaskan diri
demi tugas dan kerja terpaksa diri ni pergi

ni MCK punya pasal la
ramai akak dan abang soljer yang sudah mula bertolak ke penang
cuma kita je masih bermalas-malasan

malas bukan sebab tak suka..[ok tipu..memang tak suka pun!]
malas sebab tak sedia..tu la masalahnye sekarang!

duaminggu tanpa hubungan luar itu azam kali ni
semoga masa berlalu pantas selama enambelashari
semoga bumi berputar laju
dan segalanya berlalu bagai sekelip mata

lantak la apa jadi...memang tak maw masuk campur lagi

harapan kali ni
otak kasi kosong..badan kasi kuat..mental jangan layan..cuaca kasi baik..
hujan pun tidak,terik pun tak
kesihatan kasi baik..gagah itu pasti

majulah MCK demi anak bangsa

"kepada langit aku meminta,kepada tanah aku berbudi"

Friday, January 27

aku mahu terbang

seperti insan lain..aku punya cita-cita
cita-cita yang aku pendam sejak dulu lagi

jika kanak-kanak lain menyimpan hasrat mahu jadi jurutera,lecturer,usahawan berjaya...tapi aku menyimpan hasrat mahu jadi seorang juruterbang.
emak pernah berkata,bahawa juruterbang ini kerjanya saling tak tumpah seperti pemandu teksi,pemandu bus atau pemandu kereta.
tapi yang membezakannya,juruterbang ini terbang di atas awan

aku mahu terbang
aku mahu terbang tinggi
terbang tinggi mencecah awan

sebab aku tahu ada 1001 rahsia yang tersemat di sebaliknya

awan putih yang kau mampu lihat,tapi kau tak boleh genggam
awan putih yang suci dan bersih
awan putih yang jadi peneman bagi si langit

namun...semua itu hanya cita-citaku
tapi aku yakin,jika aku tekad
cita-cita mahu terbang ke awan itu tak mustahil

sedikit usaha dan segunung harapan yang tersimpan impian
itu suatu yang hebat

aku yakin jika aku bermimpi dan menanam impian,awan yang aku rasa mustahil itu akan mampu aku teroka
rahsia Tuhan..cerita awan membawa banyak perasaan

Thursday, January 26

rules

peraturan hidup nie mudah je kalau kita perhati pelan-pelan
cuma membuat apa yang di suruh dan tinggalkan apa yang dilarang

tapi yang menjadi permasalahannya,kita ni lagi di suruh lagi tak maw.lagi dilarang lagi menjadi.tak tahu la sama ada kuasa bisikan si tanduk dua  di kepala itu beri impak besar.
 kenapa ek payah sangat nak iku?... sudah sedia maklum yang rules ni di bikin sebagai panduan,tapi sebab rasa diri ni hebat sangat,tu yang main langgar je...

mengapa perlu dikejar kemewahan dunia itu kalau kita tahu yang dunia ni hanya sementara dan pinjaman semata?
sebab kita dok rasa yang hidup ni cuma sekali,tu yang pakat redah je.semua benda,semua perkara kita nak cuba.sama ada soal halal,haram atau suka or duka,tolak tepi dulu.apa yang penting?hati ni mahu kasi suka.
mana taknya,kalau diri tu dok rasa yang malaikat maut tak akan tarik nyawanya macam mana.kalau pada firasatnya yang muda masih panjang langkahnya,guane?

sila gosok mata sampai rasa pedih...kemewahan dunia ni tak kekal.bil-bila masa je boleh di tarik.apa yang penting mencari kemewahan pada perkara yang betul.perkara yang mendapat keberkatan olehNya.tak guna kalau harta setinggi everest kalau jiwa sehalus air mata.
tak guna berjaya di mata  makhluk lain,tapi gagal dihadapanNya

Tuesday, January 24

jatuh cinta

YA!kita tengah angau...
mandi tak basah,tido tak lena
pergh...dari siang sampai ke malam asyik teringat-ingat saje

maklum la bila cuta-cuti ni minda bebas daripada banyak perkara mudah saja bila sesuatu menusuk jiwa
dengan ini kita nak maklumkan kita da jatuh cinta dengan...ehem2...ehemehem



siapa lagi "terukir di bintang" by yuna  XD




Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu 

Sunday, January 22

peralihan



"siapa kita dahulu menjadikan siapa kita hari ni"


sebab itu kita belajar sejarah..sejarah semalam menjadi kekuatan untuk hari yang bakal datang.
kalau awak gagal sejarah,bermakna awak gagal mencipta hari yang indah.awak tahu tak,sejarah itu bakal berulang...jap.awak tahu atau buat tak tahu?.tapi kita nak bagi tahu,sejarah yang berulang itu lebih perit dari sejarah yang lalu.

sebenarnya,sejarah itu penting.sebab sejarah mencerita asal usul kehidupan hari ni.kalau la masa dulu kita tak bina keyakinan mahu berubah,kita tak mungkin mampu mengubah...arghh,berubah,mengubah,diubah atau terubah..tapi semua berlaku sebab tak mahu sejarah berulang,diulang,terulang.

awak kena ingat,sejarah itu mungkin tak berulang pada kita.tapi yakin lla bahawasanya kita masih keturunan yang cerita akan datangnya masih samar-samar

Saturday, January 21

step by step

pada kita hidup nie terbina melalui 3 perkara asas

perkara yang nampak mudah tapi banyak makna
perkara yang nampak biasa tapi memberi impak luar biasa
perkara yang kita rasa tak biasa tapi sebenarnya biasa je
perkara yang kita rasa tak hairan tapi mampu menimbulkan rasa curiga

hidup ni bermula dengan asas yang biasa
apa?..ya itu persoalaanya

mula-mula bila kita celik mata,kita lebih cenderung mengikut apa saja yang disuruh.sama ada kita terima ia sebagai satu perintah,tugas,permintaan atau tanggungjawab,itu terserah
ya!..kita akan ikut apa yang lebih dewasa lakukan.sebab ketika itu kemampuan untuk membezakan apa yang salah dan benar adalah tahap yang kecil dan limited.

kemudian,ia di ikuti dengan memerhati.jadi pada level ni kita mula melihat sama ada perlakuan itu mampu diterima akal bernas atau tidak.apa yang orang lain buat kita perhati sebaik mungkin.boleh jadi ia tak patut di ikuti,tapi boleh jadi ia harus dijadikan conth yang baik.setiap deria yang ada pada anggota harus di manfaatkan sebaiknya

lalu,kita melaksanakan,dengan apa cara itu terpulang.boleh jadi ia akan berubah mengikut corak dan rentak.tak kisah la sama ada ia perkara yang sama tapi boleh jadi penyampaiaannya berbeza.sikit atau banyak itu terserah.

Friday, January 20

sama je...

"dua kali lima jawapannya tetap sepuluh"

sama ada nak letak lima di depan
barangkali dua di belakang

ataupun dua di atas
manakala lima di bawah

jawapannya masih sama iaitu sepuluh!

so...kalau awak nak cakap kita ke .....perli kita ke....mengucing kita ke...
awak dengan kita tak beza apa pun
boleh jadi awak dasat sikit je banding kita

aishh...disaster betul la...yang awak sibuk nak perli kita nape?
awak tak perasan ke awak lagi jilaka kot

awak tak payah tunjuk  baik sangat la..jangan jadi munafik bole!..kita tak suka  >_<

aishh awak apa kurangnya..sebok kat orang tapi sama je..





[konklusi:benda ni tak akan pernah henti sebab sikap diri yang lebih cenderung melihat perkara IMPERFECTLY daripada PERFECTLY...mana taknye sikap kita yang rasa I'M PERFECT NI!

aduyai...sebab tu ada peribahasa "yang buruk jadikan tauladan,yang baik jadi sempadan"...tapi masalah sekarang "yang buruk pandang di depan,yang baik buat-buat tak perasan"   ] 

Thursday, January 19

perjalanan

bila Tuhan kabulkan apa yang kita pinta,maka pasrahkan diri dan terima seredhanya
walaupun ada ketika kita cuma bergurau senda,bila mana senda tiada lagi gurau,diri hanya mampu mengenang nasib sorang-sorang

tu la gatai dok sebut nak jalan-jalan....hamik ko!..jalan tak jalan la juga

perjalanan dari pulau melepas jambatan menuju ke kotaraya umpama sadis rasanya bila hujan turun menangis mengungkap tanda sedih  T.T

perjalanan bersama supernice memang agak nice
mana tak nicenye,kelihatan seat kosong melebihi seat yang berpunya
dan hanya single seat menjadi pisang goreng panas

hujan turun tanpa henti..tapi ada juga cahaya mentari di satu dua area
bertemankan airmata hujan,kita membuka balutan novel baru untuk tahun ini
maklum la,semenjak goment menghadiahkan voucher 2oo,bole dikatakan toko-toko buku mendapat sambutan hangat

novelnye bertajuk "zombijaya"..[masih dalam proses nak khatam je]

kebosanan mula melanda bila sedar dari lena kita masih di jalanraya
aishh lambatnye perjalanan nie
apakan daya...selepas turun dari jelapang,tayar supernice mula menyimpang ke ipoh
hah!  dalam hati mendengus kecil apakah kita tersilap bus
 .
.
.
berapa ketika tiba jua di terminal
tapi.....bukan di duta seperti hasrat hati
ia di gopeng...
warga supernice mula berubah wajah
bilangan semakin bertambah
cuma kali ni pelanggannya lebih kepada foreigner yang memakai baju kerja berkolar
ada juga membawa timba yang isinya punya helmet kuning
ada yang berselipar bersahaja
ada yang mengenakan perfume tak selesa di jiwa

supernice bergerak semula
.
.
.
.
lalu tiba di satu kawasan lapangan
cuma gerai yang setia menanti pelanggan saje ada di situ

meraba perut kelaparan,terlihat bytes yang menggamit jiwa
sedang kita bertukar note ringgit,abang driver tiba-tiba bertanya
"duta ye dik?"....kita mengangguk sahaja dan berlalu pergi

sedang leka melayan zombijaya
abang supernice memanggil semula,cuma kali ni isyarat berbeza
menyuruh membawa beg bersama
 dalam hati sudah tertanya,kenapa....hurm

abang supernice suruh kita berubah kepada lionstar
huh?...katanya bus itu menuju ke duta
so...kita merelakan saje

best wooo lionstar...maklumla bus exclusive
kerusinya siap punya massage serta ada minitelevisyen pada each kerusi
ok..batak sekejap!

perjalanan berterusan
dan menjelang senja tiba di kotaraya






notakaki:tidak hairan jika kotaraya bertambah suhunya,lampu jalan suluh terang benderang seperti menghalang si bulan dari melakukan tugasnya
dengan mudah light pollutin berleluasa

Wednesday, January 18

perangai

tahu kah anda kerana keunikan perangai makhluk la kita disatukan di Mother Earth yang indah ni..

tahukah anda tak kisah kita rasa annoyed dengan makhluk lain,kita tetap berada di planet yang sama..

tahu kah anda,bila ada certain condition kita x selesa dengan perangai makhluk..tapi kita tetap senyum macam tak ada apa-apa

tahukah anda,bila kita tak mampu bersuara tapi kita hanya mampu toreh pisau pada hati dengan laju-laju

tahu kah anda,bila membalas dendam itu sangat tak sweet rasanya

tahukah anda bila kita diam itu tak bermakna kita suka,dan bila tak diam itu bukan bermakna kita tak setuju

tahu kah anda,entah kenapa saya rasa teruk,mungkin saya ada fobia untuk setiap perkara

tahukah anda,bila orang yang kita sayang buat benda yang tak berkenan di jiwa ia sangat terasa

tahu kah anda saya tak tahu saya rasa begini teruk rupanya

sekarang saya tak tahu serba menahu


[mood;ketagih bau rumput kena mesin dengan pacik mesin rumput]

Tuesday, January 17

sebenarnya....

selalunya....
kalau lu nampak ada awek jalan sesorang sambil belek phone ia tak bermakna dia sedang berpacaran

selalunya......
kalau lu nampak ada awek sedang rancak bergayut lama tu tak bermakna dia sedang berkasihan

selalunya ......
kalau lu nampak ada awek tu sedang busy menaip pesanan ringkas tu tak bermakna di sedang hantar text kasih sayang

selalunya.....
kalau lu nampak ada awek senyum sorang-sorang bila usha phone dia,ia tak bermakna dia sudah berpunya


mesti pelik kan..kalau die bersatu bukan berdua,kenapa die dan phone umpama isi dengan kuku



sebenarnya....
 awek tu saja buat macam tu sebab die sedang membusy kan dirinya untuk benda yang tak berapa busy...bole jadi dia sedang menatap calar-balar yang muncul pada skrin

sebenarnya...
awek tu tengah gayut dengan mak dia kot...sebab tu rancak sangat.maklum la nak bersua jauh.dapat dengar suara pun kira pahala pe

sebenarnya....
awek tu sedang roger rakan-rakan die kot nak makan mane...parak la kalo die pakat call semua..bole kaya pacik maxis n macik celcom..lagipun pesanan ringkas kan boleh "send to many"

sebenarnya...
awek tu usha gambar menarik kot dalam phone die.mana taknya..da phone camera dia chanteq..sebab tu ramai nak amik gambar pakai phone camera die...ape laaa

terlebih sudah....

opps!...terlebih suda
bila da terlebih power,maka kekuatan itu tiada batasan  =_=''

ada ketika nya pelik juga melihat keajaiban diri,apakah kita dilahirkan sebagai superhero?
hurm....

mula-mula nak buat pengkuan jujur bahawasanya ia bukan vandalisme ok!
ia berlaku secara TAK sengaja dan sama sekali tak ada niat

dulu kan kita pernah terpatahkan kepala shower time kat hostel....maaf  -_-
dulu kita pernah tercabutkan pintu kabinet dapur...maaf  -_-
dulu kita pernah terjatuhkan motor...maaf  -_-
dulu kita pernah tercabutkan kepala pipe....maaf -_-
dulu kita pernah pinjam buku terlalu lama ...maaf -_-


tak kisah la cerita lama atau cerita baru...tapi maaf  =_=
mungkin saya bukan superhero
tapi saya bukan pengganas
cuma terlebih sudaa.....

Sunday, January 15

tanda kasih


Kalau hati sudah suka
Semua indah saja
Itukah tanda bunga kasih bermula
Di dalam jiwa

Memang benar kata dinda
Berkasih ada tanda
Tetapi hati mana sanggup merana
Sepanjang masa

Berputus asa jangan
Mengeluh pun jangan
Tenangkan hati janji jangan lupakan
Supaya aman


Berpisah lama jangan
Berjauh pun jangan
Supaya rindu tidak jadi bebanan
Menyiksa badan

Hati susah jadi senang
Kenangan jika datang
Terasa kasih sama tiba menjelang
Menambah sayang
Sebab apa hati resah
Seperti orang salah
Itukah tanda kasih akan berpisah
Membawa tuah 

ok ni hanya lirik lagu yang kita dengar time layan Klasik.fm
huh?Klasik.fm?....=='

tak kisah la sama ada saya masih sekola ke
ingat tak layak ke nak layan lagu zaman nenek and atuk saya berkasih-kasihan

kalau dilihat baris kata,kita nampak ada keikhlasan dalam barisan kata
dan itu yang membezakan music zaman la dengan dulu ^_^

Saturday, January 14

a decision

life is all about making a decision
sama ada suka atau tidak
sama ada perit atau pahit
tetap kena telan

cuma...adakalanya kita mengambil keputusan yang lama untuk perkara yang mudah
tapi adakalanya kita pandang ringan untuk setiap keputusan

in a situation....[what situation tarak ilham]  .......let say la [masih buntu]

sama ada YA atau TIDAK..pilih!
jawapan untuk berada di tengah-tengah itu tiada
barangkali kita rasa ia terbaek...walhal TIDAK!

sometimes kita kena buka mata luas-luas yang jawapan tu bawa banyak influences
in term of what way?
there are many actually.....

pilih sama ada you mahu jawapan itu beri kesan pada physical mahu pun mental
jawapan itu pada KAMU!






its morning


"Morning is an important time of day, because how you spend your morning can often tell you what kind of day you are going to have." DANIEL HANDLER


i wish that TODAY will be much better than yesterday
mari senyum lajulaju....baru hati lebih gembira
lets perform solat sunat dhuha...semoga pintu rezeki terbuka luas...^.^






tambah lagi...i wish i could see and find the pelangi!
life will be that awesome  

ciptaan Allah memang indah  ^_^

Friday, January 13

bila diri bermimpi

mimpi itu memang mainan tido
ada kalanya mimpi itu boleh jadi mainan yang menggerunkan
kadang tu mampu terbawa-bawa ke dunia sebenar

mimpi itu boleh jadi indah
mimpi itu boleh jadi seram

macam cerita mimpi terjadi?...kita tak pasti
kerja setan bertanduk dua barangkali
membuat manusia leka membuai layar

malam tadi kita bermimpi
mimpi yang seram dan pelik
mimpi tentang anjing hitam
banyak sekali bilangannya
bersepah di kaki jalan

sedang kita berjalan mengendahkan ketidak hadirannya
tiba-tiba....
ada seekor yang datang mendekati
cuba menggigit diri..tapi mujur
dengan kuasa berani,kita mencekup mulutnye....rimas barangkali melihat lidah terjelir sambil menitis saliva
bertarung....tendang sana...sepak sini
akhirnya terkulai anjing itu

dalam waktu yang sama,berharap agar kumpulan yang lain tidak menyedari
lalu berlari pantas menuju ke blok tercinta...mencari tempat berlindung

mimpi terus bersambung
tapi cerita berbeza pula

kisah buaya...
buaya datang untuk menelan diri
cara yang sama kita apply...cekup mulutnya
mana tidaknya,barisan gigi itu menggerunkan
pertarungan berlangsung
guling ke kiri....guling ke kanan
setelah lemah...maka langkah berlari bermula


aiyooo mimpi haiwan buas

pertama kali untuk malam tadi
pertama kali untuk jam tadi
pertama kali untuk hari ni
pertama kali untuk minggu ini
pertama kali untuk bulan ini
pertama kali untuk tahun ini

kita tak sama

hidup ini penuh cerita
ada kisah suka...ada kisah duka

hidup ini penuh warna
ada warna-warni...ada warna kelam

hidup ini penuh manusia
ada manusia biasa...ada manusia hebat

hidup ini penuh soalan
memaksa kita mencari jawapan

hidup ini banyak perbezaan
memberi kita peluang mencari kepastian

kau dan aku
kita memang manusia
kita memang sama dari luarannya...
kau punya mata
kau punya telinga
kau cukup anggota

tapi....
jalan cerita kau dan aku tak sama
aku percaya tak akan pernah sama walau setitik pun

tapi...
ketidaksamaan itu buat kita berkumpul di satu tempat yang sama
YA!muka bumi ciptaan Nya
satu ciptaan yang punya banyak istimewanya

kau dan aku hanya perlu membuka mata seluas-luasnya
melebarkan jiwa sebesar-besarnya 
sebab misi kita masih sama 



At the end "We all live with the objective of being happy.....our lives are all different and yet the same"

Thursday, January 12

rubber

cuaca hari ini mendung saja
kemunculan matahari itu ada cuma kurang jelas sedikit
kalau la paper statisitcs bukan esok hari,memang peluang begini kalau berhibernate seharian memang untung sekali
ada kalanya menelaah dalam bilik itu boleh jadi sesuatu yang owesome
tapi bila menelaah di kawasan yang ada tumbuhan hijau rasanya semakin hebat

bertemankan aingin yang tiup sepoi-sepoi bahasa
angin sejuk yang mendayu-dayu
berbackground kan bunyi kipas dan bisikan kecil suara manusia
indah juga rupanya

sedang syiok-syiok menelaah statistic bersama akak thundercat,
tiba-tiba diri di sapa

"do you have rubber?" <---kata whiteman bertas bunga
"yes" <---balas SJ
"may i borrow?" <---kata whiteman bertas bunga
"yes" [sambil geledah pencilcase besi cap transformers] <---kata SJ
"may i sit here?" <-----kata whiteman bertas bunga
"sure" <---- kata SJ

so,whiteman bertas bunga dan SJ buat hal masing-masing tanpa ambil peduli
kelihatan die sedang menghilangkan sesuatu pada timbunan buku-buku itu menggunakan rubber cap fabercastle....

kemudian..
"are doing maths?" <----kata whiteman
"yes,statistics.." <---- kata SJ
"do you love history?" <---kata whiteman
"nope..[dengan muka bangga] <----kata SJ
"i buy this book,about Malaysian history '13may1969'..." <----kata whiteman
"ooo...this one i know [sedikit bangga]..." <---kata SJ
"i buy this from a bookshop,Chowrasta...you know? " <---kata whiteman
"yes,sure...a lot of books" <----kata SJ
 [so,whiteman pun tunjuk la each book yang dia beli,pergh pasal history Malaysia kot,pasal Tibet,pasal war dekat Iraq..and buku-buku agak lama]

terdetik dalam hati,ada juga orang yang minat benda macam nie.tabik spring la...btw whiteman seorang yang mengkaji sejarah Malaysia,macam mana Malaysia dibentuk...and dia da buat nie semua almost sepuluh tahun

tapi kami bukan cerita tentang buku,ada juga selingan lain
whiteman juga tanya SJ orang mana
selain tu,dia ada keluarkan opinion dengan membandingkan cara pemikiran orang penang dan kolompo

dua tempat berbeza
culture berbeza
taraf hidup yang tak serupa
cara pemikiran yang banyak benda

tambah lagi,whiteman sempat tanya SJ prefer makan di kafe mana
dan dia turut nyatakan pendapat nya bagi kafe tersebut

perjumpaan yang seketika,tapi ada saja cerita

rezeki namanya

sebelum tido kesat mata
bangun tido pun kesat mata

biasa la musim exam week ni,memang confirm insomnia tu tak pelik pada makhluk uni nie
hebat tak hebat satu malam mampu khatam satu buku
kalau nak tunggu hari sekola memang babai la jawapnya

so..seperti makhluk lain,kita pun ada masalah untuk tido malam dengan awalnya
tapi masalahnya,bila da tido lambat...bangun pun memnag confirm matahari da pacak atas kepala...=.=''

nak jadi cerita drMia ada buat interview sesi mencari akak-akak,abang-abang dan adik-adik yang boleh tolong dia nak run satu project yang sangat murni lagi suci
jadi semangat tak semangat petang nak p intebiew,tengahari baru buat resume...>_<
memang ceyt la kan...pergi interview pakat redah je

mula la nak dilema tak kira waktu
kalau tak p,tak syiok pulak...sebab dok tunjuk semangat tak kena gaya
tapi kalau p..nak cakap pe?..memang tak going deep untuk apapa pun
adeyh...T_T

tapi da tabur janji...bersiap la juga
siap resume,pilih baju pulak....erk~
belek-belek loker mencari baju yang ok
aiyooo...banyak baju da pakai selalu...cemuih sudah!
lastlast rembat je la mana dan

colourful la kita rasa
dengan kasut pinky berstokin ungu keladi...berkemeja merah belang ditemani tudung cream
heekk...paling teruk punya combination...masalahmasalah

dengan perut lapa dan kosong redah je
tapi....drMia ada meeting
tangguh.....
.
.
.
.
.1minit berlalu
.
.
.
.1jam berlalu
.
.
.
.
1jam 10minit berlalu
.
.
.
2jam 30minit...

penantian tamat....masuk bertemu lapan mata
lapan?mesti la...sebab lambat punya pasal,drMia sumbat empat calon sekali jalan
fuhh...gedebak gedebuk gedebik gedebok



YOU R HIRED!
[senyumlajulajuwalaupunjawapanuntuksoalanmacamharam]

Tuesday, January 10

selesai tiga

fuuhhh

selesai sudah tiga...dua lagi tengah que baek punya

nak settle paper ke tiga tadi...pergh kaw neves
mana tak bertambah neves bila dok belekbelek soalan...damn!part yang kita tak study LANGSUNG keluar...dua soalan pula tu
di mana memang tak ada pilihan..maka kena risiko kan diri juga

papepun kenevesan paper heat transfer macam nak pergi first date je
nevesnevesnevesneves...>_<''

Monday, January 9

dari kerana mata...

mood:senyum sampai gusi terkeluar
motif:baru terserempak kekasih mata
keadaan:gila bayang tak kena gaya
keinginan:agak-agak kalo jadi gula-gula hati confirm tak sesuai dengan kita
mangsa:balung ayam

bila dari mata turun ke hati..lagi .masalah kalau turun pakai lif,laju je bergerak.
kalau pakai tangga,boleh semput sikit agaknya

bila mata da kata suka
tahap kegatalan tu meronta-ronta
tak kisah la dia da bermatair ke...janji kita suka usha dia...><''

kalau orang kata tengok dari jauh sudah cukup buat jiwa
tapi mata kita kena tengok dekat-dekat baru jelas lagi nyata.....nyaaww~

pesan diri untuk mata...[pesan kat hati boleh kawal lagi]

kepada mata,sila berkelakuan baik!
kawal jarak penglihatan dan tahap pusingan
jangan mudah terpengaruh melihat benda cantik
sesungguhnya ia melalaikan jiwa ....^_^






there is no other like you!

Sunday, January 8

realiti vs fantasi

mula-mula bagi penampaq sedaih kat diri sendiri nak bagi sedar yang hidup ini satu realiti bukan fantasi..
cerita hidup kita sehari-hari tak akan sama dengan filem mahupun drama bersiri.
biasa la dalam drama mahupun filem,itu semua satu cerita yang menjadi impian manusia.memang la dalam cerita mesti ada duka dan sengsara.tapi cerita nya tetap tak sama walaupun di dunia fantasi atau realiti..

menjadikan realiti itu fantasi mungkin terjadi
menjadi fantasi itu realiti itu tak pasti

mungkin ada usaha serta doa dan kesungguhan yang melamapu keberangkalian itu pasti


mempunyai kisah hidup unik seperti dalam movie masih tetap fantasi

kau hanya mampu berangan dan berharap kau akan tersedar dari mimpi
mimpi yang kau impikan
mimpi yang belum pasti
mimpi yang kadang-kadang buat kau ternanti-nanti macam drama bersiri






sesekali kau bermimpi yang dia akan kau miliki,walaupun kau tahu realiti nya semua itu tak akan terjadi....><''

a talk 2

third sebab manusia
manusia ni kejam.dia fikir dia punya syiiook je.tapi hati orang lain ada dia kisah.janji dia boleh senyum sampai telinga itu cukup memadai.kadang tu dia tak sedar bila ada yang terluka dengan tawanya..kadang dia menjadi pelakon hebat di pentas teater demi menutup kelemahan diri.menjadi hipokrit demi melihat yang lain nampak dirinya ok!

forth sebab technology
cara hidup yang terlalu dependent pada technology..ada siapa-siapa yang rasa dia mampu survive tanpa technology?mungkin...tapi tu pun bila terpaksa..tanpa kita sedar,kita jadi selfish malah kita mula hidup dalam dunia ciptaan diri..manusia da tak hirau perihal lain (which is baik sebenarnya).cuma perhubungan dan komunikasi sosial menjadi permasalahan..

Saturday, January 7

a talk

"yang indah itu tak kan nampak
yang buruk itu selalu terpancar"


kita tak tahu la..but lately this matter selalu je selalu dok maen dalam fikiran
well,i'm supposed to focus more pada exam kan,eventhough paper ada lagi tiga.tapi tu tak bermakna i'm done with my dis final..
kita keep fikir that people do change
come on la SJ!people have to change kot,kalau tak kemampuan untuk adaptation tu payah,lagi-lagi dengan serrounding
people change sebab apa?

first sebab umur 
ye la...umur makin hari makin tambah
tak kan la kita nak fikir macam zaman sekola kalau u are in uni rite?
tapi kan,bila u makin besar,somehow u tends untuk kembali masa u kecik-kecik semula
sebab memori tu terlalu indah
macam kita la..tiba-tiba at this age boleh syiook pakai pencil case cap transformer dengan pensel kayu,rubber cam boboi,ruler yang ada hurufhuruf and even calculator pulak tampal sticker gambar doraemon

second sebab surrounding
entah kenapa,isu semasa menjadi talk bila lepak semeja
kalau dulu,orang mesti kata,lain tak ada la...gosipgosipgosip
ok..itu selingan.tapi pasal politics,cuaca,people...and apa-apa yang jadi kat environment nie,cepat sangat rasa tercuit
kita jadi sensitif dengan isu macam nie



third sebab....


~to be continue

Friday, January 6

TERkasima

seperti rutin-rutin selalu
sama ada baru celik mata,mahupun selesai pembersihan diri
confirm cari phone casing merah cap setan
belek-belek sikit...mana taw ada misscall ke..mahupun text mesej

nak jadi cerita new sim1 text message
dengan rasa neves yang bertalu-talu,kita usha la...ayatnya berbunyi


"mohon bantuan aturkan lori untuk sampah pukal di ppr seri semarak semua blok"~via[hotlink]

  
secara tibatibamata berkerut laju,ditambah pula peningkatan kesepetan mata yang memang tak sepet,selain itu penggaruan kepala yang tak berapa nak gatal.....erkkk

wrong number ke?apakah?
tapi kenapa dan entah kenapa mesej berikut rasa cam perli kita je
sobbsss~~
taw la kita nie future environmentalist..tapi der elokelok la
kesilapan mesej anda buat saya terkasima seketika....>< 

Thursday, January 5

bila ku senyum,kau....

kadang-kadang bila kita gembira kita tak perasan bahawa ada hati yang merana
kadang-kadang bila dia gembira,dia tak tahu bahawa kita kecewa
itu resepi kehidupan!

kau,aku,kita,awak,dia,saya,mereka,kamu...

kesimpulannya,kita tak akan mampu bikin semua orang satu jiwa bersama kita
tak kisah la kalau awak nak kita menangis bersama ke
tak kisah la kalau awak nak kita senyum bersama ke
itu memang realiti kehidupan!

semua tu kelihatan mustahil
ia memang IMPOSSIBLE dan kemampuan mengubah pada IM POSIBBLE masih tetap IMPOSSIBLE
kenapa?
sebab itu permainan dunia!

tanpa kita sedar sama ada mata terpejam mahupun tercelik
surrounding mengajar kita menjadi kejam
juga menjadi selfish..
kenapa?

hidup nie satu medan di mana semua orang berlumba-lumba
jawapan tu tepuk dada tanya hati
kalau kamu tanya minda pasti jawapannya berbeza

kalau kamu lambat kamu tertinggal
kalau kamu terkehadapan...kamu meniggalkan

rasanya memang hipokrit atau lebih mudah kamu tipu!
bila kamu kata kita tetap bersama walau di mana jua
kalau kamu tu DIGI kita yakin itu benar
tapi silap kamu bukan manusia yang disalut uniform kuning
kamu hanya manusia biasa

a kite

hati itu umpama layang-layang
bila di tiup angin ia melayang
makin tinggi kita lepas kan talinya
makin luas pemandangan yang kita lihat

sampai satu ketika kita terlalu selesa dengan kedudukan kita
tapi kita tak sedar
semua itu hanya sementara
bila angi tiup sepoi-sepoi bahasa
kita tawa gembira

bila mana keasyikan itu buat kita alpa
kita terleka tanpa kita sedar ada ribut sedang mengejar
waktu itu jika kita diam membisu pasti akan parah keadaanya

tatkala itu kita mula mencari Si Pencipta
memohon bantuan dan pelindungan dariNya
tika itu hati mula merintih agar diberi kekuatan utntuk menghadapinya
agar kelak kita masih mampu berjumpa dengan pelangi indah

Tuesday, January 3

a lesson

hari ni hari selasa
hari ni dengan rasminya selesai sudah satu paper
hari ni saya mencipta cerita
cerita yang saya rasa ada juga yang alaminya
walaupun pada waktu dan ketika itu saya sebenarnya silap
level keyakinan diri yang tinggi membuatkan ada yang terasa hati

waaaa malumalu mana nak sorok muka pun tak taw.pergi sekolah banyak tahun da.nak beza number 6 n 8 pun masalah lagi..apakah mata nie ada masalah rabun?

nie la penangan exam punya pasal.sudah la arini 1stpaper dok bagaibagai pulak kita...huhu
sapa yang salah?semestinya kertas yang catat angka giliran tu la.sapa suruh tulis kecil sangat.pastu rapatrapat...huling mata den bacanya..tak pasalpasal den dak salah tempat
ingatkan jauh ke tempat yang silap tu...alihalih sobolah je...adoi jang mano den nak buh muka nie...kalo ada selimut.confirm den selubung diri sambil jawap english tadi




#moral:saya akan lebih berhatihati selepas ini
1down4up

Monday, January 2

ia bermula

                                     :: the war has begun and time wait for No man::

so...peperangan menentang lima biji kereta kebal yang kunjung tak hentihenti
persediaan kita?..hurmm untuk kereta kebal pertama baru a few percent..tu pun tengah loading lagi
kereta kebal kedua..masih dalam perjalanan..too many words sampai hurufhuruf berikut tak jadi count on me like 1 2 3...ia too many yang bersusun dengan rapi
kereta kebal ketiga dan seterusnya masih parking baeek punya

ok!kalo kita cakap kita tak start study.. kalo study pun baru start semalam sebab ada dua paper berturut tanpa henti.confirm orang tak percaya..come on laa.study week satu minnggu ang watpa?
meyh sini ceq jawab:ceq lagha tak kena gaya!..puas..kalau kalian rasa ceq tipu,p tanya rumate..die ada mata,die boleh lihat setiap gerak daya ceq..ada paham!
cuma studyweek kali nie sedikit baek,sebab jika dilihat pada studyweek yang lalu..ganggang tuzki telah mengubah studyweek officially sebagai "ronggeng week"..
time studyweek la tibatiba rasa nak makan cendol berdiri,then p chowrasta cari kedai buku yang bukunya bersusun sampai ke siling,kemudian midnightmovie yang kesudahannya berkeliaran di tepi pantai...kalau semangat lagi p sumbang suara pulak..dapat sorang nyanyi 2 3 lagu kira halal da  ^.^

aisshhh masalah3...
kalo orang laen bila bermukabuku mahupun bergariswaktu tapi still study pulun...kita tak kira apa kondisi buku tolak tepi   =D

#kepada rakanrakan chaiyok demi Final.semoga kita tak kan berjumpa semula subject yang da amik sekarang..semoga kita semua Dean List(ok anganangan itu harus) 








~sekian