Saturday, January 26

tulah belum hilang

hari ni ujian masih berlangsung.siang tadi selesai ujian kawad.anak tekak ni kalau ada kaki memang lama cabut lari.nasib memang tak menyebelahi aku untuk kedua kalinya.dari sindiket 1 aku di tukarkan ke sindiket 4.DS yang jaga Pondok 4 adalah DS yang uji senjata Esparanza masa hari pertama.

begitulah malang nasib diriku apabila dapat DS cerewet.semalam cerewet,hari ni cerewet.semalam aku present paling last,hari ni pun aku test kawad yang 2nd last pulak.entah berapa kali hentak kaki aku tak pasti boleh jadi lebih 500kali...arghhhhh.menunggu dari jam 9 setelah siap lapor di padang kawad,di uji dalam jam 4.aku tak tahu la word apa lebih tinggi dari rare.cuaca semakin tinggi,level penat da menjadi-jadi,dan sememangnya performance mengecewakan,aku tak mampu keluarkan suara sehabis mungkin.sudah puas menjerit namun kecewa.

malangnya nasib bila aku melompat di tengah padang kawad.tak cukup itu di suruh peluk Wani di tengah padang kawad juga.kawad seorang diri macam orang gila,hentak kaki sampai tumit rasa nak pecah....oooohtidak!.cepat la berlalu 1minggu ni.aku semakin buhsan

ujian senjata berlangsung malam.seperti biasa aku tulis jawapan di tangan.jawapan lain kau tak perlu risau kerana akan diberi cuma kau kena pandai adjust la.itu yang rare dalam ujian asykar,tak macam test yang kau ambil dalam kelas.dalam ujian ni kau nak discuss pun selamba je.confirm DS akan tolong sebab matlamat mereka mahu kami d asykar lulus..fuhh

gaya Stap K***za** dan Tn S***s*l sangat aku loike.

kalau kau tengok muka Tn  S***s*l confirm kecut perut.agak bengis,tapi hati cute.
paling setail beri jawapan,skema da ada cuma tayang pada kami.dengan setail sendri sumpah tak boleh blah 

buat masa ini  Stap K***za** menjadi pilihan hati ladies.well aku tak terkecuali.gaya beliau yang bersahaja dan ada setail tersendiri,serius tak tipu mata tak lari usha.dari cara bercakap,berjalan dan gaya-gaya lain.nama pun rare,orangnya rare.waktu kawad tadi Stap K***za** siap baling kerusi dan botol di padang kawad.tapi itu cuma mainan psikologi


esok last pay.mohon DS untuk peta yang terbaek.moga nasib lebih bertuah.sudah la VC akan turun padang..haishh.aku cuak 

terkena tulah

semalam ujian yang ketiga sudah selesai.ujian tewt atau dalam ayat mudah presentation menyampaikan orders untuk defense.bunyi kelihatan mudah.buat pun mudah sahaja cuma yang rarenya team penguji yang aku kena face.jam 1 baru sindiket aku lapor untuk diuji.baru set up,DS(team penguji) minta break untuk solat jumaat.kata beliau ujian ini to be continued,aku yang sudah mula orentasikan peta harus hold on.

DS di pondok sebelah panggil kami untuk diuji bersama beliau.sudah la orangnya cerewet,maka ada saja pembetulan kena buat.tuptup ada tujuh orang sekaligus dalam pondok itu.aku yang menanti giliran dari jam 1,setelah empat jam baru tiba giliran.dan paling rare aku orang terakhir.walaupun angin bertiup kencang,ke rare an itu terserlah bila aku sampai orders di bawah khemah.pangkal nama huruf N,tapi orang terakhir,walhal ada lagi 20orang nama setelah aku semua telah siap di uji..haishhh

sudahlah habis ujian lambat,lunch pun memang tak ada la kan.jam 7.30 malam baru dapat lunch.sudah la malamnya ujian taktik,dengan tak buat persediaan apa,aku tibai saja.semakin rare bila tiba di dewan exam,nak ambil tempat duduk semua penuh,ada pun seat depaann sekali.sudah la kerusi hilang.sedang aku semangat nak ambil kerusi di belakang,keronsang di tudung tercabut.haishh..kerusi dapat.tudung elok..jawap ujian.

peluang meniru agak terbatas bilamana orang sebelah nak share jawapan,pegawai yang tinggi ni berdiri keliling aku,memang tak strategic langsung.haishhh.ujian yang merapu selesai,maka practice kawad pula kerna ada ujian kawad.sedar tak sedar da jam 12,sudah la baju belum iron,kasut belum shine.haishh

jam sudah 2pagi,baru mahu tidur,di cari name tag hilang masa sendri,puas selongkar bilik hampir 20minit baru ketemu..nasibnasib.semenjak siang tadi aku sudah diuji hampir 3DS,dan 2 DS dengan separuh jalan,DS ke 3 baru full,sudah la utusan aku sampaikan sampai 4kali.kata Ain suara aku dengan hingga ke khemah belakang sana..memang rare.soal markah aku tak ambil kisah


mohon ujian kawad semua ok. ^^

Thursday, January 24

anda mahu lagi?

lebamlebam ronda MT sambil berselawat hari tu masih ada.mohon ia bukan lebam yang kekal.

minggu ulangkaji dengan rasminya telah tamat dan hari peperiksaan sudah mula iaitu hari ni.cuaca yang redup dan sayupsayup..syukur.ujian pertama malam tadi membuat orders setelah selesai tinjauan di Padang NewZealand.mujur cuaca redupredup juga.syukur.harap sewaktu proses menggali nanti ia begitu juga dan tidak hujan.insyaAlaah.

pagi tadi selesai ujian kedua iaitu weapon test secara practical.malam esok baru weapon test secara teori.namun test yang paling nebes adalah membaca orders.ia umpama kau membuat presentation di hadapan pegawai.cuma yang rarenya ko membaca orders di padang yang lapang.moga berjalan lancar.

team penilai tahun ni berlawan dari tahun lepas.kalau dulu jurulatih banyak orang lama,sekarang jurulatih banyak yang tak muda.kalau dulu pegawainya banyak mudamuda,tapi sekarang banyak da tak ada rambut di kepala.walau tak ramai tapi nebes tu ada.kalau ada punishment kita layan kan saja.aku pun tak kuasa nak fikir apa.

Tuesday, January 22

is it funny?

well..well..well
aku bukan nak buat lawak.bukan juga nak melawak.menjadi peserta raja lawak sama sekali tidak

puas ronda satu transportation parking petang tadi.kalau berlari syiok juga.tapi sambil berguling di selit dengan berselawat.walaupun perjalanan agak panjang,namun berkat selawat rata-rata ramai yang tak rasa pening.kuasa selawat.subhanallah...namun ada hati yang sakit dengan tindakan itu.barangkali jin atau setan dalam badan sedang panas pabila dengar selawat kami.

kejadian sebelum berguling tadi,kami semua di dedahkan dengan hal kerohanian. pembelajaran solat ketika perang.ilmu ini kalau tak dituntut rugi.ia perkara baru.selain dari persediaan mental,fizikal,kerohaniaan itu penting.namun masih ada yang tertidur.haishh kalau setan da gayut kat mata,tapi iman tak kuat nak melawan,itu parah.

kepanasan setan di badan Muthu semakin menjadi pabila kami diberi masa kurang dari 30minit untuk solat magrib lalu baris semula besama baby yang beratnya aku sendiri tak pernah ambil tahu.tak cukup tekan batu waktu jalan tar sedang panas,pedihnya masih rasa,malam bersambung lagi bersama baby yang dari tadi sedia dibelakang.mujur pinggang tak patah,tapi aku tak tipu kalau tangan da start ketaq.lantak p laaa.mujur ada air kerbau menjadi pembakar semangat aku..weeee

keadaan itu tak bertahan lama.seorang demi seorang mula rebah.pegawai pun mula turun padang.jurulatih hanya lihat dari jauh...rebahnya mereka mungkin sakit untuk mereka,tapi untung buat kami di baris.itu tanda boleh pulang awal

semoga masa bergerak pantas.otak ni da mula masuk air.
hal lain aku tak mampu ucap dengan kata.
semoga ia bermula dengan baik dan berkesudahan dengan baik
mindset yang baik membantu aku untuk pergi jauh

Monday, January 21

1.5Litre

sudah tiga hari latihan bermula.masa itu bagai terlalu lama.maklum la kau bekerja sampai peluh keringat semua nak keluar semula.

sudah dua malam kami akak,abang dan adik asykar dikerah minum air masak 1.5L sekali jalan..aiyoyoyo..kalau kasi peluang seharian sambil jalan tengok pemandangan konpem habis tapi ni lain,selagi kau minum air tak habis,selagi tu kau tak akan di lepaskan

sememangnya,perut jadi kembung,pesta belahak,sendawa serta kentut atau sebarang aktiviti yang mampu mengeluarkan angin dari badan akan berlaku.time tu malu sendawa kuat,aku memang tak boleh cover.time tu jugak la kau akan rasa nak muntah segala,air sampai keluar ikut hidung itu tidak rare.kesan yang tak boleh blah,bila mana kadar kekerapan ke jamban berkuasa berkali ganda.syioksyiok tidur,ke lepaskan air yang bertakung tu...haishh



p/s:dia tiada.pulang sebentar atas urusan rasmi.tapi ada dia yang lain jadi kasih pengganti.maklumla musim begini kau akan kerap rare.lebih lagi kalau otak da penuh air >_< 

Saturday, January 19

pesan emak

acap kali jika pulang ke rumah macam-macam pesanan emak tinggalkan
tak perlu bertentang mata,dengar suara dengan panggilan emak akan sentiasa tinggal pesanan
kasih ibu membawa ke syurga
cuma kadang tu aku terlupa

pesan emak mungkin ringkas..tapi maknanya sangat mendalam.harapan emak sangat menggunung

emak selau pesan.
kita di usia muda kena jaga tingkah laku.jangan buat silap
sebab?..ya kesannya nanti.mungkin bukan sekarang,tapi akan datang.
mungkin bukan pada kita,tapi keturunan akan datang kita
kata emak..setiap perbuatan kita yang kurang enak ada pembalasannya.
bagaimana?..ya.kita mungkin tak perasan.
tapi itu hakikat. Allah itu sentiasa mengingatkan hambanya yang lupa.
bagaimana ingatanNya.hanya Allah yang maha mengetahui



p/s:latihan ac suda mula.aku dan dia siap main senyum soroksorok.auuw gatai
bila org lain sedang sibuk bukapasang weapon,dia panggil aku..alasan suruh adjust membe aku untuk dia
tak kelas sangat taktik tu.kalau mahu bilang rindu khabarkan saja..aku tak menolak pun...^_- 

Thursday, January 17

harga tiket

jujur aku akui,kerajinan untuk pulang demi annual camp belum tiba
walau sudah bertapa hampir 5hari tapi mood itu masih malas
kenangkan duaminggu akan datang aku bakal kekurangan kadar pejam mata
maka aku gunakan waktu di rumah untuk pejam puaspuas
sememangnya duaminggu akan datang aku akan balas pejam mata ini bertubitubi

siang tadi aku ke hentian.niat mahu beli tiket untuk pulang.sama ada suka atau duka,tugas itu harus di galas juga.

nasib yang bertuah pabila harga tiket cuma rm35 dimana ia sama jika aku naik dari hentian di Kolompo.aku siap nyatakan pada bradeer tiket apakah itu harga tiket sebetulnya..maklum la selalu aku beli rm40.bukan tiket lastminute pun..aku musykil..malah brader tiket siap persoalkan..tak kan saya nak ambil lebih dari yang system tulis ni?..aku diam..waa jujurnya

jual beli tiket selesai

aku pulang dahulu di ikuti adikku selang 4hari.tiket beliau belum di beli garagara agak cerewet untuk urusan jenis pengangkutan dan jam bergerak.beliau telah usha tiket bermula dari kaunter paling kehadapan.walau destinasinya sama seperti aku,tapi mengejutkan pabaila akak tiket dengan selamba mengkhabarkan harga tiket ialah rm45...tudiaaa punya make up.adik berlalu ke kaunter sebelah.baik ada pengurangan,rm 43..ishish dasat sungguh...adik berlalu ke kaunter sebelahnya lagi,rm40..nampak mainannya.ke kaunter seterusnya,ok harga tiket rm43...erkkk apa kehaiinya yob?

nak kata agak musykil memang tipu,sebab kami terlalu musykil.tiket aku cuma rm35 dan lokasinya adalah kaunter paling hujung dan terkebelakang.pelik.jarak antara kaunter walau di pisah oleh dinding plaster harga tiket adalah berbeza 

Friday, January 11

tiga jatuh

seperti semester lepas..paper terakhir aku keluar awal.haish
harap-harap resultnya tak sama macam paper terakhir semester lepas yan aku keluar awal juga...>_<'

perkara yang lalu jangan di kenang...hidup diteruskan

tarik nafas panjang...viva cattle farming serta viva individu selamat di lakukan
normal la hasil kerja di reject..maka slide cattle farming perlu ada penambahbaikan

viva individu..pagi tadi baru decide nak buat petang hari yang sama
tengahari sesudah lunch baru aku buat slide
memang setail teroq..slide sebelas halaman siap
 bagaimana dipersembahkan aku hanya biar waktu dan kata-kata yang bakal lahir tentukan

tajuk fyp masih belum terungkai
aku,wajik dan drS masih belum ada kata putus untuk tajuk fyp
walau ada beberapa idea sudah dilontar..permasalahan akan timbul juga
pembacaan serta research lebih mendalam itu harus untuk tajuk menarik
kelihatannya seprti tiada bantuan dari postgrad..bergerak la sesendiri yang mampu

mohon..masa itu masih ada
ilham itu akan muncul
peluang itu menjadi cerah
mohon yang baik


mood:pulang dulu bagi persediaan exam asykar pula.aduyai...
mencari persediaan mental dan fizikal 

Tuesday, January 8

dua jatuh satu bangun

mujur pagi tadi tidonya tak lena.maklum la dengar pengalaman mereka yang terlajak tido lalu terburn paper itu nightmare.
buat masa ini sudah dua manusia yang melaluinya...fuuhh
maka pagi tadi selesai kertas audit

semalam..pengunguman supervisor untuk fyp sudah keluar
dengan rasa agak nebes..ok nebes terlampau aku download file dan buka
tuup!..scroll punya scroll jumpa nama...ok..baek..ok..baek..
nak senyum ke nak nanes..perasaan gundah gulana
mungkin ini rezeki.pernah terdetik nak buat fyp bawah drS..Allah da makbul..alhamdulillah

1st meeting belum lagi.tapi drS da minta usha apa itu Environmental Forensic...heuheuheu
baru beberapa hari lepas aku usha porgram ijazah lanjutan berkaitan subject ni..heuheuheu
 ijazah lanjutan?..insyaAllah.buat masa ni tak ada perancangan.tapi aku da usha jadual kelas,yuran,subject..cuma form je tak isi...heuheuheu

moga-moga urusan fyp dipermudahkan.kalau tajuk dri drS harap aku akan totally have fun dengan ia.perform sehabis boleh..weee

Project MAS...ayoyo..selagi tak settle..perihal untuk pulang kampung halaman masih tertutup hatinya...mohon semua berjalan baik..biar la ia bermula dan berkesudahan dengan baik...amin

Sunday, January 6

panah asmara

bila mana sepatutnya aku harus bergelumang bersama nota-nota audit dan noise serta kertas exam past year...namun ia tidak menjadi yang aku inginkan.
pabila malam ku itu aku isi menonton drama cap korean itu tak harus terjadi

maaak kiah oit!..walaupun hanya menonton drama yang sudah lahir pada 2006,aku merasakan ia masih belum terlewat
seducing mr.perfect...itu cerita aku tonton tadi
lembut tak lembut nya hati akak soljer ni..boleh juga kesat mata.well mata masuk habuk out of sudden

terimakasih kerana membiarkan Daniel Henney memegang watak hero
mak kiah oit!...aku dari tadi sengih seorang diri melihat kecantikan hero itu


ohmykiah..sumpah mimik begitu make my heart melt >_<' 

again!..ohmykiah...sumpah beliau sangat cantik..jantung aku sedang bergolek pantas

 berlatar belakangkan lagu panah asmara cap afgan memang sesuai sangat as aku scroll down google image sambil ruang search bertaip Daniel Henney

akibat angau terlampau aku telah follow instagram beliau.harap maklum XO 

Friday, January 4

satu jatuh dua bangun

The world is ahead...left your home behind


permulaan dua ribu tiga belas
permulaan januari
permulaan minggu pertama
 permulaan examination semester V

satu pertama berjaya di tumbangkan
Ya!paper design wastewater
apa perasaan?..jangan tanya
kenapa?..jangan sibuk

perasaan bercampur baur paper pertama di tumbangkan dengan satu kisah wayang cap GSC
okeyh la tu..setelah agak lama tak menonton screen besar,aku yang asalnya cuma bertanya cerita itu pada TS,tak sangka beliau ingin menonton sekali lagi...maka set


baik..bagi aku yang agak minat kisah epic,kena tahan untuk menghabiskan kisah ini lebih duajam pun tak kisah.
best ke?...well aku nanes tigakali.dialog yang lahir tu tetiba aku rasa seperti jujur..maka matamasukhabuk kot.adesadesades.
baik..cerita ini buat aku berangan if its really happened.elok sangat la dengan aku yang kuat berangan ni
tapi aku tetap tak puas hati sebab kisah ini ada sambungannya.melihat pada endingnya tadi buat aku rasa nak muntahkan balik bertih jagung tadi....arghhh serius tak mahu angkat pungkuk dari A09




movie da..jalan da...belaja?
audit..noise 


Tuesday, January 1

moshimoshi 2013


semalam kisah indah aku dan mereka
mungkin ia tak seberapa..tapi kisah itu aku akan ingat
penutup 2012..Ya mungkin ini yang terakhir aku celebrate tahun baru di rantauan
kisah akan datang masih belum pasti


terima kasih kalian
terima kasih kerana telah hadir dalam kisah hidup aku

bercerita dari tahun lepas sampai ke tahun baru
beli makanan dari tahun lepas sampai tahun baru pun masih belum selesai
baju yang pakai dari tahun lepas samapi tahun baru pun masih tak bertukar ^_-

semoga relationship ini tak putus sampai sini
sobsob sedih pulak..lepas ni lagi satu semester..entah bila bersua lagi

THEM <3'