Wednesday, February 29

a thousand years


Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid
To fall
But watching you stand alone
All of my doubt
Suddenly goes away somehow

One step closer


I have died everyday
waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more


Time stands still
beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything 
Take away
What's standing in front of me
Every breath, 
Every hour has come to this

One step closer

senyum maxima

mula-mula senyum sebab ada email masuk dalam yahoomail.ok..fine!setakat email masuk pun nak kecoh ke...taktaktak...ni email pasal LI time cuti nanti.walaupun ia cuma email pertanyaan,tapi ia juga bermakna surat saya sudah dibuka dan dibaca.tadi kita dapat email dari MINT aka agensi nuklear..perghh nebes bila melihatnya

enFA sudah mengajukan either kita interserted atau tak mahu berLI dengan projectnya.project agak menarik sebab mengkaji kehadiran radioaktif...fuhhh adrenalin bergerak laju.mana la taw ada kaitan dengan LYNAS yang tengah dok kecoh tu.untunguntung sedap juga otak ni terima ilmu baru.....semoga enFA akan menreply la surat terima tu.harapharap die provide elaun sekali.....amin

kemudian senyum lagi.sudah la cuaca penang semakin panas.barangkali mahu hujan kot.dalam keadaan peluh menitik laju,kita menuju ke sendut...tiba-tiba terselisih dengan mrBlackStripper bersama yellow handkecief......mak aihhh mata nakal sangat laju benar kalau nampak yang menggoda jiwa....ok.sila gatal lajulaju!

Tuesday, February 28

mandi manda

untung la kalau makhluk lain pulun nak mandi waterfall
tapi kita mandi dekat lab je.ni gara-gara lab filter press la,tak pasal-pasal kita serta kumpulanempat basah bersama air campur calcium carbonate.pasal galak sangat mengacau bancuhan,habis tangan kitaorang kasar-kasar belaka.

apa punya malang la,sudah la enF yang incharge experiment ni bercuti-cuta.at last kumpulanempat tergapai-gapai mencari bantuan.so,kiteorang pun maen belasah ikut suka je bikin experiment.dengan machine yang guna once in a year memang teraebk la.habis berspider web bagai mesin tu...jammed tak jammed la jugak pump tu.maka terpaksa la enH mengetuk saluran pipe tu gara-gara water tak flow bila suis sudah on.

apa yang sedihnya,ntah macam mana kumpulanempat boleh tak noticed yang air dalam mixer sudah habis.nth bila ia mengalir kumpulanempat buntu dan blur.memang terbaek....sudah lamenimbang mixture bagai tu nak sampai sejam....haiiish

missE hampir give up.surrender pun ada juga...tapi apa daya,atas dasar hebat maka kumpulanempat terus buat experiment sesuka hati.dan hasilnya result semua ada la ciptaan nafsu semata-mata.mujur enH memahami.dia pun tak nafikan experiment kami sedikit rumit.tara nak cari moisture content pun kami buat ikut suka

maklum la sudah lebih enambulan tidak masuk lab,maka lab pertamakita consdider sebagai gagal.harap-harap ni bukan la tajuk untuk viva.kalo tak memang kita fordroll masa sendiri la gamaknye...semoga tipu helah untuk experiment kali ni berjaya.risau pun ada jugak.bila da lama tak buat lab repot maka hati tu mudah saja gundah gulana

Saturday, February 25

human behaviour

manusia ni sikap dia unik.
ada yang cepat cool...ada yang cepat hangat
tapi tu kadang-kadang depend pada peribadi makhluk tu

ada yang species walaupun kena teruk,tapi die tak suka balas semula
barangkali die lebih mengamalkan sikap memaafkan dan melupakan
itu yang kita dok thumbs up laju-laju

walaupun teruk die kena,tapi orang kalau dalam hidup ada pegangan
resepi kehidupan pasti sukses

Friday, February 24

what a wonderful world


I see trees of green, red roses too
I see them bloom for me and you
And I think to myself what a wonderful world.

I see skies of blue and clouds of white
The bright blessed day, the dark sacred night
And I think to myself what a wonderful world.

The colors of the rainbow so pretty in the sky
Are also on the faces of people going by
I see friends shaking hands saying how do you do
They're really saying I love you.

I hear babies crying, I watch them grow
They'll learn much more than I'll never know
And I think to myself what a wonderful world
Yes I think to myself what a wonderful world
 
 
 
 
 
 
"No man can tell whether he is rich or poor, it is the heart that makes a man rich. He is rich or poor according to what he is, not according to what he has."
 
 

Thursday, February 23

eksesais hancur badan 9

bila kata-kata tak mampu ungkap segenap perasaan
jatuh chenta  



eksesais hancur badan 8

16February

sedarku pagi ini lebih awal dari biasa.waktu menunjukkan 0430H...mak aiih awalnye.maklum la kau harus bersiap 0530H kau akan mulakan langkah ke kawasan musuh.kedudukan harus diambil awal,agar musuh tak sedar kehadiranmu.

hari ni aku mendapat taha baru.aku seorang runner.membontot platun komandan tak kira dimana jua.macam Digi,sentiasa bersama.

tahap adrenalin pagi tu terlalu tinggi.rasa seperti nak pergi perang sebenar je.dugaan pagi tu agak besar aku rasa.kau bayang saja la,sudah la taktikal.maka sebarang penggunaan cahaya adalah terlarang.berpandukan anak mata ni la aku berjalan.posisi kami terlalu rapat antara satu sama lain,sebab takut terpisah.beberapa kali aku terjatuh sebab gagal membezakan kawasan tanah rendah dan tinggi.walaupun sakit,aku terpaksa akur

apa yang jadi pagi tu semua ada hikmahnya barangkali.cuba bayangkan kadar acceleration pagi tu lagi tinggi dari jalan waktu siang.terlalu laju,bagai orang kena sampuk je yang tunjuk arah tu.aku pun pelik kenapa la kalut sangat.nak sampai awal punya pasal last-last kami sesat di tengah ladang sawit....hameeek kaw...kalut sangat sampai terlepas simpang.dekat 200meter la jugak.tak pasal-pasal patah balik

walaupun sesat kami dapat ambil kedudukan dalam waktu yang dijangka kan.aku dan platun komandan menunggu ditempat yang sama.kami menunggu sampai jam menujukkan 0700H.

tepat!tembakan GPMG menggegarkan subuh padang meha.akak dan abang soljer mulakan langkah.walaupun sepatutnya mereka crawl,atas dasar berani yang PGB maka semua berjalan  merentas kubu pertahanan.aku yang melihat dari belakang sangat terkasima...akibat terkasima melampau,aku nyaris terlanggar vavi hutan  yang berjalan laju merentas semak.
aku,semboyan dan platun komandan berhati-hati selepas itu

masa berlalu pantas.dengan hujan turun rintik-rintik.rumput yang licin lagi lembap...30minit...selesai!
thunderflash  berwarna hijau dilepaskan.tanda tembakan dihentikan.thunderflash kedua dilepaskan tanda atur semula.semboyan dan sarjan sibuk sekali mengira anggota dan melaporkan keadaan.

perkataan "seroja" dikhabarkan.tanda perang sudah tamat



sekian....

Tuesday, February 21

kalau itu takdirnya

dulu kita pernah menanti
menanti suatu yang tak pasti
menanti dan terus menanti tanpa ada rasa benci
cuma entah berapa ketika rasa buhsan itu muncul tanpa disedari

malam tadi kita berjumpa
setelah sekian lama
buat pertama kalinya
dia muncul tanpa kita sedar
dia hadir tanpa kita undang
dia lalu tanpa kita tunggu

dua kali ia berkelip
mata kita terpaku seketika
terkejut barangkali
semua itu sudah terjadi

tahi bintang terima kasih akhirnya dapat juga kita lihat anda
bukan sekali tapi dua ....^_^

eksesais hancur badan 7

masa berlalu pantas.terlalu cemburu untuk akak dan abang soljer.semua pakat kalut sebab model tak siap lagi.sudah la ada panglima mahu datang.katanya nak lihat persembahan orders.barangkali eksaited nak dengar apa yang platun komandan nak merapukan..huhu

gara-gara tak sempat nak siapkan segala,maka tak sempat untuk makan tengahari...pergh gila sadis.kata seksyen komandan makan harus jadi perkara terakhir.sama ada rela atau tak aku harus redha.sudah la lauk tengahari ni menguji selera...sabo je la.terpaksa aku korek bagpack yang berselut itu mencari secebis makanan...alhamdulillah nasib ada baki choki-choki..itu la peneman setia yang ada..

sewaktu orders di sampaikan,prebet-prebet lain mengambil kedudukan sentri...walaupun time sentri ni kau boleh ambil peluang untuk membuta,tapi ia tetap tak selesa.hampir dua jam pada posisi meniarap.habis semput jantung ku terasa..hari ni memang rezeki.apa yang terjadi kau harus terima.kau bayangkan saja,sudah la perut berkriuk-kriuk kelaparan,tiba-tiba hujan turun membasah bumi.kata soljer!,tak kan kau nak tutup badan pakai ponco.tak regardless la namanya,jadi walau hujan turun menimpa,posisi kau masih sama.meniarap dengan nato atas kepala sambil memeluk erat weapon rapat ke dada

eksesais hancur badan 6

kalau dulu cintaku di padang meha bersama lembu dari new zealand.
sekarang cintaku berputik semula bersaksikan mortar


14February

kalau sebelum ni asyik clearkan bound,hari ni sudah ada contact pula..(contact merupakan satu tempat yang memang ada musuh,tapi jumlahnya sedikit.apa yang menarik kau akan main tembak-tembak dan cara berjalan kau akan menjadi ganjil gerak dan genap gerak...posisi ulat bulu)
 .
.
.
.
siang berlalu pergi.kulit mula berubah wajah.walapun kau da touch up lebat di rupa,kalau nak burn tu burn la jugak.tona muka mula berubah.dalam hati memang target nak tenyeh garnier puas-puas kat muka biar putih semla.mungkin tak banyak,tapi at least cerah la sedikit...huhu

langkah terus di atur.hari ni kami ke harbour terakhir.syukur...ini bermakna penghujung camp kali ni hampir ke penghujung.lafaz sapi golek yang selalu aku sebut semakin hampir.telinga aku hanya menanti "seroja"...perkataan kemenangan bagi segenap lapisan peringkat


15February

pagi ku masih tak berubah...cuma pagi ni tiada lagi mara.segalanya hanya persiapan menyerang Lanunland pada pagi 16February..segala perjalanan kami hanyalah untuk semakin dekat dengan kawasan Lanunland...lokasinya tak jauh mana.ada la dalam 1km.bila sudah dekat,maka segala jenis aktiviti harus menjadi rahsia.siapa tahu ada pasukan risik mengintai kami

aktivity siang ni mudah saja.kau harus siapkan model sebelum menjelang 1500H.biasanya model ni akan platun komandan guna masa baca orders nanti.basicly dia akan explain segala perancangan nak attack kubu Lanunland nanti.sementara platun komandan,seksyen komandan dan tinjau pergi tinjau.prebet yang tertinggal bertemankan sarjan lagi sibuk membikin model

waktu kau buat model ni kau akan terkenang zaman kanak-kanak yang cute lagi sweet.kau akan bermain dengan tanah membuat bukit,menanmpal lumut pada tanah yang kau bikin membuktikan tanaman hijau,membuat sungai menggunakan kapur...semua itu terlalu indah walaupun ia tak sesuai dengan umur bagi menikmati semua ni

eksesais hancur badan 5

senja mula berlabuh.malam mula menjelang.malam ni kami di harbour baru,ia tetap sama bersaksikan pohon sawit.apa yang sedih mulai malam ni,kami harus tido satu pokok dua orang.risau pun ada juga,ni semua gara-gara permintaan penguji.tak kisah la jarak antara aku dengan pokok sebelah tak jauh mana,tapi di tengah ladang ni macam-macam boleh jadi

sarjan din khabarkan bahawa penguji memasang misi mahu mencuri weapon kami.aduhh kau bayang je la bila da letih,apa jadi pasti kau tak sedar.puas aku dan GG kina memikirkan cara nak hide weapon kami.last-last kami silangkan weapon pada badan buat jadi bantal pelok medan.walaupun ia tak seempuk bantal di kamar,tapi tu da kira masyuk la aku rasa.

malam ni taha bertaut semula.tugas ku sebagai prebet biasa tamat.kali ni aku mendapat amanah sebagai IC mortar..perghh mortar pulak.mujur aku tak keseorangan,akan ada teman yang berganding dengan ku.tapi serius tak bole blah bila krewnya merupakan mrA...bergabung lagi kami berdua....gila lawak.

bila sudah bersama,maka dia mana ada dia,maka akan ada aku  >_<''

eksesais hancur badan 4

13February

pagi ku masih seperti semalam.tiada yang berubah,cuma taha di bahu sudah tercabut.
pagi ku masih lagi bertemankan pokok sawit.mungkin lokasi berbeza,tapi background masih serupa.segala kelengkapan sudah terkemas.dedak juga sudah terhidang...hari ni berbekalkan roti dan mee goreng sebagai pembuka selera.tak tahan perut aku,makin masuk medan,makin sedap juadahnya.

walaupun kami di medan,tata tertib makan masih terjaga.jurulatih masih makan secara berhidang.pinggan tersusun rapi seperti kau sarapan pagi di rumah,kerusi semua siap sekali.

tugasan hari ni masih seperti semalam.ada dua bound yang harus di selesaikan.aku harap bentuk muka buminya lebih baik dari semalam...cuaca juga biarlah redup dan berangin..selesai menampal make up pada muka...langkah mula tersusun

.
.
.
.
.

bound hari ni selesai.mujur tiada yang sesat seperti platun semalam.

makan tengahari ni di kawasan rumah orang.ada tetamu yang hadir iaitu penguji.waktu stand too tadi agak malang buat seksyen kami,sebab Mejar Nan tak sudah-sudah bertanya soalan.sempat pula dia promote kami untuk teruskan perkhidmatan soljer ni.aku yang dari tadi mahu lelap sebentar gagal..sudah la posisi tiarap da habis baik.bila diganggu maka kebolehan mata terpejam hancur

langit mula menjadi gelap.tanda hujan mahu turun sangat tinggi.hatiku mampu berdoa semoga angin membawa awan gelap pergi.bukan tak mahu bermain hujan,tapi aku tak sanggup pikul beg berat.walaupun sudah duaharisetengah aku tak mandi,tahap gatal pada badan masih terkawal

Sunday, February 19

eksesais hancur badan 3

malam bersejarah dalam hidup
sarjan din tiba-tiba naek hantu,,,walaupun nada suara die tak keras mana,tapi aku yakin sudut hati kecilnya kecewa.bersaksikan pohon sawit kami semua menanam janji masjid.tapi sarjan din berharap ia bukan la umpama menanam manis tebu di tepi bibir

punca nya mudah je,kami tertinggal buku pertukaran jawatan.menjadi tradisi pada penjawatan lama akan menulis wasiat untuk penjawatan baru.nak jadi cerita buku tu hilang masa sendiri....tapi jumpa pula hari paginya..huhu

teruk tu tak ada la sangat.semuanya mainan mental.kalau kau kata teruk maka teruk la jadi.kalau kau layan,pasti kau mampu ketawa masa kau kena punishment tu.walaupun penangan comando rest masih terasa,aku sempat juga la tido time tu...hehe...mujur ada nato di kepala,tak la terasa sangat kerikil batu itu.

beban bahu sebagai lans koperal terlepas sudah...kini aku prebet biasa

eksesais hancur badan 2

12February

bangun pagi aku sedikit awal.barangkali masih tak dapat adapt dengan suasana baru.aku sarung stokin,cuci taek mata,cuci taek gigi kemudian kemas tempat beradu.semuanya kami lakukan sebelum fajar menyinsing tiba

awal mula pertama mula,aku diberi tanggungjawab yang sedikit berat pada bahu.memakai taha yang ada huruf "v" satu baris.aku seorang lans koperal,menjadi pembantu kepada koperal.tugasnya tak la payah mana.seperti penolong kelas membantu ketua kelas je.apa yang membezakan ialah weapon yang aku kena pikul.kalau orang lain bawa weapon berat 2kilo,aku kena bawak 7kilo....mak aiih nasib..nasib
sudah la begpack aku bertambah berat dengan bullet yang sudah hampir tujuh kotak kesemuanya.

selesai berkemas kami semua mendapat dedak.dedak mee goreng,sangat enak untuk tenaga hari ni.aku di maklumkan bahawa laluan mara kami sedikit terbuka...ok!bukan sedikit tapi memang terbuka.di lereng bukit pokok sawit...tapi sawit yang baru nak muncul...kau paham je la,dengan cuaca khatulistiwa...memang jadi anak mami la lepas nie...>_<''

tugasan hari ni harus clearkan dua bound.(bound ialah suatu tempat yang disyaki ada musuh)..bound pertama hari ni sangat mencabar.kawasan tanah tinggi..walaweyh,dengan matahari dok pacak atas kepala semua harus daki mengikut paksi.mujur lokasi ku di tepi sekali,maka aku dan cikgu terkecuali dalam pendakian ini.malang bagi yang lain

akak dan abang soljer yang lain harus gagahkan diri juga.ada akak soljer cuba mendaki tanpa putus asa walau kecundang beberapa kali.kasihan melihatnya....naik...jatuh..panjat lagi...jatuh...cuba lagi..jatuh...akhirnya da macam kura-kura terkapai mencari bantuan.....kasihan

dalam terik men'clearkan bound,boleh pula ada yang menjerit tak tahan nak terkucil...geli hati kecilku ini...akhirnya selesai juga bound pertama.maka kami disuruh rehat...mana taknyaramai pula nak terkucil time ni.barangkali ada yang malu nak bersuara tadi

perjalanan diteruskan untuk dedak tengahari...walaupun makan di tepi tanah tertinggal,itu semua buat aku jadi regardless,asalkan perut ku berisi

matahari masih menapak lagi...langkah terus tersusun ke harbour pertama
(harbour ialah tempat berlabuh,dimana port ko akan berehat membuang lelah dan memejam mata.pentadbiran juga dilakukan kat sana)

eksesais hancur badan 1

11February

orders selesai dibaca oleh platun komandan.segala perancangan untuk operasi kali ni sudah di sampaikan.akak dan abang soljer berharap semuanya berjalan lancar dan berhasil dengan jayanya.dalam hati kecil ku sedikit gusar membayangkan bagaimana hari-hari yang bakal mendatang.

perjalanan bermula agak lewat,sehingga kan pacik bus yang menanti ketibaan kami.dengan berbekalkan 10minit kami dikerah untuk beribadat,makan petang,membuang segala najis dalam badan dan bersiap untuk bertolak.sumpah aku cakap time tu haru macam kami nak dihantar pergi perang pun ada....huhu

bus mula berlalu.fasa medan mula berlabuh.tido malam ku yang selalunya beralaskan tilam dunlop sudah berganti menjadi rumput-rumpat dan batu-bata.sesi tido malam bertemankan bintang dan bercahayakan bulan,bersaksikan pokok sawit bermula.gang thundercats kena campak kat satu ladang sawit yang di beri nama ladang dublin....pergh terasa di oversea tiba-tiba walaupun cuacanya masih khatulistiwa

bertemankan waterbottle itu la bekalan air yang ada.bersalurkan air parit,itu yang menjadi punca untuk kami cuci taik mata dan taik gigi.di sebabkan aku sudah sarung uniform la aku rela dengan semua ni.nama pun kerja,aku tak punya pilihan...kalau la aku berpakaian biasa belum tentu aku mampu.....jujur

tak dapat ku bayangkan peluang untuk mandi dengan enak harus di simpan dalam memori

Friday, February 10

terpekik terlolong

pagi ni padang minden bergegar dengan pekikan akak-akak and abang-abang thundercats
ni gara-gara memberi arahan tanpa anda makhluk di depannya
wayang semata-mata
maklum la..nama pun ujian

malang betol nasib sebab aku antara  makhluk awal
baru pakat nak menelaah pagi tu,tapi apa daya

jerit punya kuat sampai nak terkeluar anak tekak
batuk tak batuk la jugak...aisyh..
mujur DS bagi cokelat,sedap gak tekak nie

gara-gara silap bagi arahan,mahu tak berkali-kali aku terpekik
exam selesai

exam seterusnya di fasa medan
yang ni paling kena kuat...kalo la tenaga aku sehebat sapi memang akan aku gagah
kalo roh sapi boleh inject dalam darah,memang aku buat lama da

aishhh....berapa kilometer punya perjalanan aku tak tahu la
kalau naek kenderaan sedap gak..tapi nak jalan kaki
sama ada suka atau tak,layan je la

kata soljer!,takkan tak mampu kot
aku harap gang thundercats tak mental,sebab tu boleh effect kat aku
kalau mereka menggila aku boleh tahan lagi malah lagi suka

aku berdoa semoga segalanya baik,dan urusan kami dipermudahkan
aku harap bumi berputar pantas dan urat kaki aku lasak melangkah
hanya doa berserta kekuatan mental dan fizikal aku pohon
insya allah

....amin



"biar lembik tapi mantap"

Thursday, February 9

peluh menitik

waktu menunjuk jam 1300H
time tu matahari sedang rancak mengambang
waktu tu juga la turn aku menjadi mangsa ikan salai

dengan beralaskan helaian peta yang besarnya dalam satu metre square,aku gagahkan diri baring tertiarap
mujur dapat DS yang diminati ramai atas keramahan dan kebaikannya
cuma tak sanggup buat kerja teman mentari mengambang je la

cuba kau bayang bila air peluh kau mula membasahi kertas soalan
ok!itu tak cool dan cute ok
habis kertas tu kembang beribu...kembang bukan sebab air tumpah..tapi peluh menitik

cuba kau bayang bila matahari mula mengambang
otak kau turut cair seperti peluh tadi

aku tak pernah sangka bila join MCK mampu bikin aku gila tak keruan
cuba kau bayang kalau lokasi kau ketika itu sama aras dengan pencawang
sama ada kepunyaan maxis atas celcom aku tak pasti
tapi yang penting aku berada di puncak

melihat ciptaan hutan yang indah lagi nikmat
chanteq sekali...=)

cuma nak sampai ke tempat tujuan kau harus mendaki...itu aku tak sanggup
bila mahu pulang kau gelongsor je
mahu atau tak kau tiada pilihan



malam ni test weapon...kemampuan akal masih berehat lagi
aiiish..

hebat terlebih

kau tahu tak kekadang dalam hidup kau mesti ada target
ada ketika target kau melebih dari kemampuan
tapi boleh jadi target kau tu tersasar jauh,then tak kena gaya,tak kena tempat

terimas buat bumi...settle sudah tiga kali ujian untuk satu hari punya cerita
ujian yang lebih pada amali kurang dari teori
teori yang kau pelajari dimuntah dalam amali

tapi ia perit kalo kau sendiri tak paham apa yang kau tengah merepek
selesai marching...selesai weapon...selesai taktik

ujian ni tak sama dengan ujian dalam dewan peperiksaan
bunganya lain macam sikit...kalau ada kesilapan sedikit..time tu juga kau dapat azabnya

tapi dalam MCK kau sendiri di ajar untuk regardless!..yang penting kau layan je apa jadi
biar la..biasa la hidup ni banyak cabaran,cuma in term of apa je menjadi permasalahannya

beberapa jam lagi dua kali ujian tengah menanti
ujian sedikit perit bila kau dipaksa menjawabnya di tengah-tengah padang ragut new zealand
kau tengok iklan fernleaf pun kau boleh bayang betapa lapangnya padangnya
cuma bezanya cuaca di malaysia sedikit berbeza di new zealand

esok perubahan color mula menanti
aku harap berjalan baik...dapat DS kacak pun syiok gak.baru semangat membara

aku cuma nak pesan..dalam hidup nie kau kena pandai menipu.jangan kasi kantoi
sebab tu ada undang-undang MCK cakap menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya

berapa punya ketat sendiri pilihlah...^_^'

Tuesday, February 7

cinta berputik

hari yang tenang bila kau kena hantar di padang new zealand
padang yang penuh sapi hitam yang besar macam seladang
hari matahari mula mengambang

memang da nasib badan bila ujian kali ni tiga kali alpha harus bersama
bertambah malang bila dua kali alpha kena  kena baring seiringan gara-gara kantoi dalam orders
bertambah malang bila kau disuruh terlentang dibawah sinaran matahari mengambang
waktu pada ketika itu menunjukkkan 1300H...sila seronok laju-laju

cintaku bersama mrA berputik
bersaksikan padang new zealand yang seperti padang masyar
bertemankan kilauan cahaya
bersaksikan tumbuhan rendang
sambil didengar kan alunan music balada

syahdu rasanya...bertambah syahdu bila kau tak mampu mengalir sedikit air mata bila kau di suruh regardless!
sebagai OC...panas terik itu perkara normal...>_<''

kebahagiaaan semakin terpancar bila dara dan uda kena baring seiringan




~sekian

Monday, February 6

kerehatan akal

ada ketika bila kau mula bertindak luar tabi'i setiap perkara yang terjadi kau tak akan cuba untuk kekal dalam diri.
bila ia tak melekat di jiwa dan tak bertaut di hati,maka ia berbekas pada diri.
bila sampai suatu masa kebolehan akal kau nak interpret maklumat dengan jaya itu gagal ia tak bermakna nyawa kau sudah terkapai-kapai

cuma...kau da tak sanggup nak ambil  port untuk apa situasi
kau hanya mahu bumi berputar laju,masa bergerak hebat..pergi tanpa menunggu kau walau sesaat.

maaf!..bila aku terpaksa mind set kan diri dan berubah dari normal change itu tak seronok
tapi no matter what,aku harus tuned otak ni,jika aku choose untuk normal change,aku fikir boleh gila otak nie

untuk seminggu pertama ni saja sudah cukup membuat aku jadi hipokrit
kau tak bertindak,tapi hanya melayan apa yang flow di depan...sebab?
ni la satu keadaan bila otak ko berehat dengan sekuat hati
hanya tubuh yang tergedik-gedik

keupayaan untuk aku bercakap dengan cara yang lebih sopan itu hilang masa sendri
kenapa?aku tak tahu..tapi aku cuma harap bila semua ni selesai aku mampu jadi diri sebenar

kau yang baca ini nampak betapa penulisan ku sedikit berbeza,tiada merapu
tiada bunga..ia lebih kepada kata yang bagi aku sedikit kasar dan berlainan rupa

maaf.!...esok ujian menguji tahap ilmu di dada bermula
tapi entah kenapa kebolehan akal untuk bergerak dengan efective tiada
seperti otak ku mati









~sekian