Wednesday, December 24

batas

tengahari itu aku beratur membeli makanan
beratur dibarisan yang agak panjang walaupun ada tiga kaunter
perkara biasa bila hujung bulan dan kau beratur die restoran makanan segera
kau boleh bajet berapa ringgit kau habiskan untuk nafsu hari ini

kakak bertudung hitam,berkemeja biru menyatakan kepada rakannya bahawa rakan sekerja tetap rakan sekerja dan tak boleh jadi rakan baik
aku kunyah setiap perkataan yang aku dengar dan aku nampak logiknya di situ

mengenali seseorang sebagai rakan dan rakan sekerja penerimaannya berbeza
mungkin sebagai kawan,kau boleh anggap dia teman terbaik,tapi belum tentu dalam urusan kerja dia seorang yang sangat boleh di harapkan.
sebab tu bukan semua rakan sekerja boleh jadi bahu menangis
tapi bukan maksud aku tak boleh langsung.ada juga individu yang boleh menjadi rakan baik dan rakan sekerja cuma peratusan tu kecil

Wednesday, December 17

tidur


tidur malam kelmarin aku bermimpi
pada firasat aku pertama kali aku bermimpi tentang dia
ya dia yang aku pernah angau sekejap
namun bila dia enggan melayan inbox fesbuk aku jadi meluat
menyampah pun ada.sebab aku boleh nampak status seen namun dia tak menyahut

walaubagaimanapun kehadiran dia dalam tidur malam ku memang sesuatu
aku terus terjaga dari mimpi
dalam mimpi tu dia sempat berkata
"kalau aku tahu kau da lama suka aku kan bagus"kata dia

eeh eeh kau dah kenapa NES cakap macam tu kat aku
tapi sayang itu cuma mimpi