Wednesday, November 30

please be nice

dear disember,

sila menjadi baik untuk kita since macam-macam benda nak kena settle down time disember nie.tak kisah la dengan lawatan industri ke,report pasal waste product ke,latihan terakhir bersama MCK yang terakhir before annual camp ke,test mencabar jiwa ke dan paling penting minggu pulun study....arghh!...semoga kita tak meronggeng banyak time study nanti kalau tidak baik tukar jadi ronggeng week je.

adeyh....nak cari tempat industrial training lagi,resume lagi,job interview lagi....huaaa kuatkan diri nie untuk kita buat semua.harap penyakit stress tak muncul...tolong tolong

harapan paling penting is kita harap kita dapat control nafsu makan.hehe....ok disebabkan cuti dari MCK agak lama,maka harus dan perlu untuk kita tidak meng'increase'kan lemak-lemak yang sedia ada




~jadual kerja MCK sidang  depan da keluar....layan je la~~

Sunday, November 27

latihan lagi~~p2

bila badan da rehat 2minggu++...maka penangan latihan sabtu memang melekat.maklum la lemak-lemak yang tersimpul rapi mula terburai.angin dalam badan mula hadir sebagai gas metana..mantop tak mantop la.badan mula mencapai tahap ringan yang hebat.penangan lari 10s,15s n 20s tawaf building terpacak..~memang kita suka pun

akibatnya,tahap jalan secara terkengkang bermula.bila otot da buat kerja...badan jadi merana

sunday blues~~
 untung la latihan jasmani pagi tadi antara yang terbaek dari selalu.setakat 'jadi unta','darling carry','fireman carry' dan lari-lari...nenek aku pun boleh buat ko tahu! ..cuma....cuma tu harus*...setelah selesai segala acara enZ beri arahan pada gang soljer thundercat melepaskan kasut masing-masing dari kaki yang chanteq itu

erkk....balik berkaki ayam?...habis la kejelitaan kaki kita..barangkali niat enZ mahu beri terapi pada kaki kot.maklum la setelah puas melaksanakan segala task yang merepek meraban tu kaki kena laa kasi chance berehat...ye dop?...waima sekalipun,layann je la...heabt tak heabt sudah berkaki ayam disuruh berlari pula sambil membimbit kasut tersayang...memang sayang enZ ketat-ketat la!...orang kurang akal pun jalan pakai selipar.tapi abang n kakak soljer ada kasut pergi cabut.

rela tak rela la juga hati nie mengiyakan segala kejadian...adeyh~

kelas siang tadi boleh jugak la layan.mana tidaknye bila berlajar di bawah pokok bertemankan angin sayup-sayup,confirm mata layan.tapi mana boleh tido,kalau tak free-free dapat balingan biji saga..erk..kelas perintah nie mudah je.pada mereka yang suka bertutur pad tune yang maksimum,maka automatiknye anda LAYAK!nasib kita tk kena tadi,kalau tak memang suara lunak nie confirm sayup-sayup kedengaran..*sigh

.
.
.
.
.
.

siapa kata 'hakka'  untuk kumbang je?sila angkat jari telunjuk ke langit,lalu cecah ke lantai dan berputarlah mengikut arah jam sebanyak 10kali..faham!...bunga yang mekar di taman pun boleh buat taw,dengan gaya yang paling meleps sekali..jadi impossible tu tak mendatangkan apa kesan pun ok!


~sekian

latihan lagi~p1

seperti biasa la kan weekend macam nie selalunye makhluk lain akan side roll masa sendiri atas katil bersama tilam empuk,tapi kita rolling atas padang berturap.apa yang bezanye berbumbungkan awan dan beralaskan tar....sedap~~

saturday blues~
memang sabtu yang penuh emosi sebab warga MCK sudah emosi masa sendri.adeyh waktu matahari mula terpacak tiba-tiba cikM sudah berleteran dengan word yang sehelai pun tak lekat kat otak kita.mana tak nye penangan patah seribu dalam hati banyak membantu dalam baris.tak kisah la cikM nak menabur berape juta perkataan pun kita tak kisah.sebab dari awal pertama mula,kita da "off-mind"...segala pemikiran normal da tinggal kat o23...ngee~

akibat pentadbiran si garis tiga terlalu hebat,maka tak pasal-pasal kena tawaf padang berturap sambil menjulang 'sayangKamu'...sabo je la.dalam hati nie memang melayan patah seribu tak sudah-sudah.tapi dalam ketika tu dok cari idea macam mana nak elak semua nie...pergh memang rezeki bila ada yang terkorban,maka dengan pantas kita menwarkan diri tanpa arahan..fuhh taktik berkesan..XD

mostly,kelas kali nie more how to face with our examination yang hari jadinya end of january.hebat tak hebat...awal gilerr da revised.harap-harap terlekat la dalam kepala.sila save ketat-ketat wahai enOtak.....T__T



~samb...

Wednesday, November 23

pemikiran diri sendiri

it doesn't matter la sama ada kita nak perah otak dengan cara yang macam mana.setiap antara kita ada cara tersendiri mahu gambarkan satu perasaan.perasaan tidak semestinya harus diluah dengan kata-kata,tapi body language sudah cukup mentakrifkan segalanya.

memang la time dekat sekola cikgu bahasa ajar tulis karangan dengan cara yang sama.tapi,the way kita memperlebarkan karangan tu boleh jadi macam-macam version.lebih-lebih lagi kalau ada yang sudah tersasar dari tajuk.tak kira la kita buat rangka yang sama dengan teman sekelas lain,tapi hasilnya tetap berbeza sebab pengalaman yang kita lalui tak sama.

tapi boleh jadi kita dapat pengalaman yang sama tapi cerita berbeza.boleh jadi ia terjadi sebab penerimaan kita berbeza.boleh juga jadi kadar otak kita meng'interpret' adalah berbeza.dan boleh juga jadi bahsa kita tak berapa nak jadi

otak kita berfungsi begina.anda pula?

Saturday, November 19

penat masa sendiri

sudah 2 malam tido kami bertemankan bulan dan bintang.tapi malam ke-3 itu,malam terakhir kami menginap di tengah-tengah ladang sawit,tanda-tanda kemunculan bulan mahupun bintang sedikit samar.apa yang bermain dari tadi hanya kepulan cahaya di awan gelap menunjukkan tanda mahu hujan.

memandangkan esok merupakan hari serangan yang bakal kami lakukan,sememangnya kami mengharapkan sedikit ruang menghilangkan kepenatan.thundercat soljer diberi arahan untuk mendirikan khemah kurang dari satu jam.so,apa lagi bertungkus lumus la semua.tungkus tak tungkus,lumus tak lumus la jugak.disebabkan jumlah ladies di kalangan thundercat soljer agak ramai,maka banyak sangat idea collision yang terjadi.yang tak boleh blahnye,dalam kesempitan ruang ini,masih ada yang cuba mencari keselesaan.aiyoo,kalau rasa nak selesa tido kat katil rumah je la.

idea collision di antara ladies,memang banyak kerenahnye.waktu dan ketika itu kita dapat lihat penyatuan hati sama ada mantop atau layu.kecoh tak kecoh la jugak.sebab kan sikap kami yang agak slow macam kura-kura,maka YOP sudah mula sakit mata.di suruhnya kami berkumpul di satu kawasan.selesai berkumpul kami di arahkan untuk down!..so ape lagi front support position la kan..arahan seterusnya kami diminta untuk side roll ke kiri ke kanan..gila!tempat tu da la berbatu-batu,terpaksa la di layankan.tak cukup tu,kami di minta crawl laju-laju pulak.memang telan pasir la kan.
kalo ditengokkan umpama kura-kura mahu pulang ke lautan.

disebabkan kami tak mahu mental down,maka dilyankan saje dengan hilai tawa gembira.tak kira apa jadi,ukiran snyuman harus terpancar...cuma dalam kegirangan kami menikmati semua itu,ada pihak mula "mental"...rupanya,sumpah macam nak histeria.dah la kita sama line dengan dia,cuak tak cuak la juga.biasa la,bila emosi mula bercampuran,kegagalan untuk adapt dengan keadaan menjadi satu kepayahan.
.
.
.
.

mujur malam tu hujan turun rintik-rintik sahaja.rintik tak rintik,basah juga baju kita.khemah berjaya juga kami dirikan,tapi tak lah sempurna mana sekadar cukup menjadi tempat perlindungan.kasihan kerana ada terpaksa tido dalam kebasahan,sebab ada lubang yang kami terlepas pandang.nak jadi cerita,mereka yang terpaksa menjadi sentri malam tu,tiada ruang untuk berteduh.nak himpit ruang yang ada memang da tak muat da.so,kita gang BK terpaksa built up lagi satu khemah.tapi khemah kami memang unik sedikit.dengan sedikit ruang dan kelimitan ponco kami gagahkan juga akal nie mencari idea.

gila tak gila la jugak.tali hujung khemah kami pacakkan saje di mana tempat yang bisa.asal boleh berdiri sudah mencukupi.boleh pulak satu tali tu kami pacak pada nipah yang sudah keguguran.YOP yang melihat keadaan itu,tak habis-habis sumpah seranah kami dengan menyebut kami gila!...lantak la apa nak jadi,janji dapat tido.tapi dalam kedaan macam tu juga la,nyenyak tak nyenyak kita tido sampai ke subuh.


p/s:zikir YOP:kadet gila...kadet gila...T_T

Friday, November 18

speechless~

mula-mula kita tak tahu sama ada kita patut marah atau sedih atau kecewa.yang kita pasti rasa geram dan sedikit terguris tu muncul tak semena-mena.

senang cerita...kita dan tuzki aimi rasa kami diperdaya dan terpedaya.mana tidaknya,ingat kan FN hanta text ingat nak ajak lepak sama-sama,maklum la sudah lama tak bersua,tapi rupa-rupanya lain pulak ceritanya.bila HH datang jmput dengan kenari putihnye,ingatkan nak bawak jalan jauh entah kemana.tapi rupa-rupanya singgah di restu meniggalkan FN dan menruskan perjalanan ke tekun pula

dalam hati kita dan tuzki aimi mula rasa ada yang tak kena.FN cuma pesan,"angan kata apa-apa just tadah telinga je"...dupp dapp dupp dapp...apa benda pulak nakjadi nie.memang seram sejuk jugak la rasa bila kami ditempatkan dengan meja yang agak asing warganya.
.
.
.
.
wawa,si gadis petah yang kita kenal 2tahun lalu memulakan bicara.pabila kata-kata mula dilontar...SAH!memang nak jual produk dan kami bakal jadi kambing hitamnya.rasa amarah tu kita pendam dalam-dalam.mana taknya,kalo nak minta diri memang da terlambat la kan,jadi nak tak nak dilyankan saje.setiap kata-kata wawa diterima dengan anggukan oleh kita.tapi setiap kata-katanye sepatah haram tak masuk telinga.sekadar melayan perasaan yang bermain dalam jiwa.

muka penuh yakin dan paham kita lontar laju-laju.ingatkan hanya wawa berkata-kata,tapi silap,sifunya ada bersama iaitu Lan.selesai wawa bercerita,Lan menyambung episod seterusnya...adeyh dalam hati memang da sumpah seranah bila la mamat nie nak tamat cerita.mana taknye,tak kisah la sama ada nak keluar buih sabun dari mulut Lan ke,memang kita tak berminat langsung dengan produk tu.tak kisah la in term of education ke,apa ke...memang ke laut la gamaknye.

Lan sedaya upaya memujuk kami.tuzki aimi sejak mula sudah memberi reaksi yang dia memang tak berkenan dengan apa yang terjadi.tapi kita layan kan saja mainannya.masuk telinga kana,keluar telinga kira.berapa buih ayat bunaga yang Lan da lontar pun kita tak pasti.bila di tanya faham ke tidak..kita YA kan saje.walhal dalam hati nie dari mula nak buka langkah berlari.tapi membe punya pasal,ku telan saje semua yang terjadi

.
.
.
.
tapi kesimpulannya,pendirian kita tetap sama.tapi pening jugak la nak bagi alasan apa.walau kita tahu Lan rasa sedikit kecewa kerana keinginan untuk dia bertambah kaya semakin tidak keciuman.nasib la...da kalian pekena kan kami,memang tak la kami terpedaya.tak kisah la kalian  nak tunjuk cap halal dari siapa ke..kalau hati rasa terpedaya...selamat jalan kita kata

Thursday, November 17

mengong masa sendiri

sejak balik dari latihan pra-annual camp nie,pemikiran kita masih lagi rasa terawang-awang.nak kata mereng tu tak la sangat,boleh jadi culture shock sedikit barangkali.mana tidaknya,bila mana terpisah hampir seminggu dengan dunia luar ibarat kera pulang ke bandar.masih rasa badan nie sedang menikmati detik 6hari tanpa kehidupan yang tiada susunan.5hari 4 malam tak mandi weyh,dengan tido bertemankan bulan dan bintang.badan beralaskan ponco bagi menutup permukaan tanah.dengan surrounding yang kita sendri tak biasa.

jujur kita cakap,sebagai seseorang yang membesar dengan bangunan-bangunan tinggi di sekelilingnya,keriuhan deruman kereta serta hiruk-pikuk sikap manusia.semua yang berlaku ada kalanya terlalu asing untuk kita.sepanjang kita hidup,tak pernah kita join camping segala nie,kalau ada pun semua jenis duduk dalam bangunan yang ada penghawa dingin.semenjak join MCK nie pendedahan kehidupan lain memang mengujakan.

memang pada mulanya kita join sebab kita nak uji ketahanan mental dan fizikal diri,apakah mampu kita face off semua ini?so far,alhamdulillah masih mampu.sebab lain kita join MCK juga sebab kita nak lupakan en.kambing,ye la bila diri ini disibukkan maka tidak ada ruang buat akal untuk teringat kat en.kambing.jadi akibat dari semua sebab yang tidak ada penyebab,tahap hati kayu itu makin terpacak pada diri.tahap perasaan itu tiada,tahap interested pun macam tak kisah.barangkali bukan dalam agenda untuk masa ini.

.
.
.
.
cerita 5hari 4 malam bersama thundercat soljer memang terlalu banyak isinya.
tak semua rasa mampu diluah dengan kata-kata
pengalaman yang kita terima banyak memberi kesan pada jiwa
pada ketika itu kita mula mengenal apa itu perasaan,macam mana nak kawal perasaan dan akhirnya jadi tak ada perasaan
kekuatan mental menjadi kunci utama
tak perlu badan yang sasa jika gagal mengawal emosi diri untuk jadi sempurna

.
.
.
.
ada waktunya.,bila kita sudah terlalu letih,ukiran senyuman masih mampu terpancar
bila mana badan mula keletihan,datang pula si pendengki menguji ketahanan bagaimana kita masih mampu bergelak tawa dan menikmati apa yang dikurniakan
bila mana rasa badan ini mahu menyerah,dikuatkan jiwa untuk terus sampai penghabisan
bila mana kita melihat dia,rasa tercabar mula tersemat dalam jiwa





p/s:kepada thundercat soljer dan seksyen kita,korang ajar kita banyak benda.korang memang mencengkam jiwa

gila masa sendiri

pagi sabtu (121111) merupakan kemuncak bagi segala perjalanan 4hari yang entah berapa kilometer pun kita masih sangsi.mengikut jadual,gang soljer bergaris dua di bahu nie akan attack kubu pertahan soljer bergaris tiga.jadi sebelum serangan kami harus menyediakan kelengkapan agar operasi berjalan dengan jaya.

di satu bahagian,YOP selaku trainer pengiring kami sedang rancak membelek walkie talkienye.maklum la itu saje perhubungan yang paling murah dimana hanya memerlukan bateri tanpa caj perkhidmatan.entah mimpi apa di siang hari,YOP mula merasakan bateri walkie talkie nye umpama nyawa di hujung tanduk.kalau nak charge time nie gamaknye tak sempat la kan.lagi pula mana nak cari plug di tengah-tengah ladang sawit nie

akibat kadar malang pada pagi itu mncul dari mana pun kita tak tahu,YOP meminta ihsan kita untuk memastikan bateri walkie talkie itu penuh semula.tapi.....mana nak cari plug.YOP memang gila,dalam soljer mana ada kata "tidak",mesti usaha dulu baru beri alasan.jadi atas dasar gila yang sudah jangkit kat kita,dengan pulunnye kita rapat kan bateri tu pada tubuh-tubuh yang berdekatan.mana tahu la cas-cas pada badan mampu beri bantuan

YOP dengan suka nye ketawa berdekah-dekah di atas kegilaan kita...adeyh sapa yang gila pun kita tak pasti.


p/s:sebenarnya bateri walkie talkie tu penuh je cuma cik BMM yang pegang walkie talkie lagi satu terlupa nak press button "on"
~sekian

Tuesday, November 15

sengal masa sendiri

maklum la kalau akal tu sudah tertinggal maka kewarasan akal bertindak normal memang ke longkang la gamaknye.selalunye akak dan abang soljer yang berpangkat sarjan kat luar sana letak pangkat dengan lengan

tapi.....kita letak pangkat dekat rupa.bila semangat meluap-meluap tali khemah pun boleh kita hambat.maka dengan rasminya bercalar tiga di bawah mata..

atas dasar itu..dapat la nama rambo sebagai nama medan.







p/s:looking forward untuk susunan ayat yang lebih baeek...T_T 

Monday, November 14

realiti masa sendiri

agak lama kita tak hupdate belog nie.atas tugasan sebagai soljer simpanan,terpksa kita meninggalkan apa itu kehidupan dan hidup dalam fantasi.6 hari hilang tanpa teknologi,tanpa makhluk selain geng soljer simpanan...banyak benar kelainannya,nak taip kat keyboard pun rasa gagap,nak bertutur kata pun rasa tak sopan

disebabkan lama sangat duduk hutan,nanti la kita sambung macam mana kehidupan bila terputus hubungan,maklumla mimpi-mimpi hutan masih dalam bayangan.terlalu banyak yang ingin di ceritakan buat kenangan dan pedoman masa depan...=D

Saturday, November 5

salah siapa?

uisshh macam mana nak start nie...
kalau tak cakap salah
kalau cakap takut tak boleh terima pulak
kalau tak cakap hati merana
kalau cakap dia kata kita takde hati perut pulak
kalau tak cakap nanti ngata belakang pulak
kalau cakap kita pulak yang dipersalahkan

susah la ada suara kena simpan
ada hasrat kena pendam
ada keinginan kena diamkan
ada kemahuan kena ketepikan

eeehhh...apa awak ingat kita ni tunggul ke
awak rasa kita tak ada angan-angan ke

kenapa la awak tutup pintu hati awak tu
awak tahu tak betapa dalamnya luka yang kita pendam tu

awak awak awak
kita hanya mampu nanes dalam diam je mengenang semua ini...T__T

Friday, November 4

hati ini

jangan kita sangka mereka yang gagah di luar itu hatinya gagah seperti musclenya
sedangkan hatinye lembut macam caramel cake

tapi jangan di sangka yang lemah gemalai dari luar itu sama seperti dalamnya
realitinya dia lebih keras dari kayu meranti

jangan ingat yang berjalan ganas itu tidak ada perasaan...barangkali kesetiaannya umpama bulan dan bintang yang hadir di malam hari

tapi jangan disangka si wajah ayu itu tetap tunggu menunggu kumbang pujaannya..boleh jadi die sedang bermain mata dengan kumbang lain atas kelebihan yang dia miliki


kepada en.Doktor,
kita suka awak dari dulu lagi...lama da..kalau kita kira-kira ada la 4..5 tahun jugak.
kenapa suka en.Doktor?..sebab awak da impress jiwa kita
kalau en.Doktor nak tahu kata-kata pada ketika itu sangat rapat dan padat tapi maksud mendalam
sebab en.Doktor cakap "maaf,aku x sengaja"....ohtidak.com....tiba-tiba kata-kata itu masih terngiang-ngiang

jiwa kita memang gila..sebab suka pada perkara yang simple
sebentar tadi selepas ym dengan en.Doktor walau hanya sepatah dua..bertanya tentang hidup dan pelajaran kita...huaaaa
jujur kita cakap,kalau senyum tu boleh xtend lebih dari telinga memang buat da
scoooby doo b doo...i like u!


bye en.Doktor...selamt bergumbira dengan patient kamu!
(en.Doktor da mula msuk hospital dan dia sangat bahagia utk perkara itu)

Tuesday, November 1

01.11.11

mood:hangin tak tentu hala sampai fuse dalam minda nak terbakar je

dear november tolong la baik dengan kita

walaupun kita tahu november nie banyak sangat nak kena korban since raya korban pun jatuh time november
dengan latihan lanjutan next week..dengan stamina macam h*****..dengan cuti sat je..
dengan test nye..dengan projectnye...dengan presentationnye..dengan tutor nye..dengan field worknye...

paling tak suke dengan last minute punya kerja..da taw setelah beberapa jam maw kelas..memang gila suke

dengan esok baris pginya..dengan nak dengar bebelan gang calit 3 di bahunya

dengan ini di istiharkan kita sangat stress dan mental dengan TERUKnyeee


~sekian