Friday, November 18

speechless~

mula-mula kita tak tahu sama ada kita patut marah atau sedih atau kecewa.yang kita pasti rasa geram dan sedikit terguris tu muncul tak semena-mena.

senang cerita...kita dan tuzki aimi rasa kami diperdaya dan terpedaya.mana tidaknya,ingat kan FN hanta text ingat nak ajak lepak sama-sama,maklum la sudah lama tak bersua,tapi rupa-rupanya lain pulak ceritanya.bila HH datang jmput dengan kenari putihnye,ingatkan nak bawak jalan jauh entah kemana.tapi rupa-rupanya singgah di restu meniggalkan FN dan menruskan perjalanan ke tekun pula

dalam hati kita dan tuzki aimi mula rasa ada yang tak kena.FN cuma pesan,"angan kata apa-apa just tadah telinga je"...dupp dapp dupp dapp...apa benda pulak nakjadi nie.memang seram sejuk jugak la rasa bila kami ditempatkan dengan meja yang agak asing warganya.
.
.
.
.
wawa,si gadis petah yang kita kenal 2tahun lalu memulakan bicara.pabila kata-kata mula dilontar...SAH!memang nak jual produk dan kami bakal jadi kambing hitamnya.rasa amarah tu kita pendam dalam-dalam.mana taknya,kalo nak minta diri memang da terlambat la kan,jadi nak tak nak dilyankan saje.setiap kata-kata wawa diterima dengan anggukan oleh kita.tapi setiap kata-katanye sepatah haram tak masuk telinga.sekadar melayan perasaan yang bermain dalam jiwa.

muka penuh yakin dan paham kita lontar laju-laju.ingatkan hanya wawa berkata-kata,tapi silap,sifunya ada bersama iaitu Lan.selesai wawa bercerita,Lan menyambung episod seterusnya...adeyh dalam hati memang da sumpah seranah bila la mamat nie nak tamat cerita.mana taknye,tak kisah la sama ada nak keluar buih sabun dari mulut Lan ke,memang kita tak berminat langsung dengan produk tu.tak kisah la in term of education ke,apa ke...memang ke laut la gamaknye.

Lan sedaya upaya memujuk kami.tuzki aimi sejak mula sudah memberi reaksi yang dia memang tak berkenan dengan apa yang terjadi.tapi kita layan kan saja mainannya.masuk telinga kana,keluar telinga kira.berapa buih ayat bunaga yang Lan da lontar pun kita tak pasti.bila di tanya faham ke tidak..kita YA kan saje.walhal dalam hati nie dari mula nak buka langkah berlari.tapi membe punya pasal,ku telan saje semua yang terjadi

.
.
.
.
tapi kesimpulannya,pendirian kita tetap sama.tapi pening jugak la nak bagi alasan apa.walau kita tahu Lan rasa sedikit kecewa kerana keinginan untuk dia bertambah kaya semakin tidak keciuman.nasib la...da kalian pekena kan kami,memang tak la kami terpedaya.tak kisah la kalian  nak tunjuk cap halal dari siapa ke..kalau hati rasa terpedaya...selamat jalan kita kata

No comments:

Post a Comment