Friday, March 30

benarkah?




sejauh mana kebenaran itu aku tak pasti..berapa kali aku cuba untuk sedar aku tak mampu.belajar untuk terima kenyataan,belajar untuk terima hakikat sebenar,belajar untuk terima realiti.bukan aku tak mahu mengaku,kekadang itu terlalu berat rasanya.terlalu sukar..mungkin ada yang kata aku syok sendiri,tapi tidak.aku hampir tak percaya,sehingga bila di minta untuk aku tulis berapa umur ku terasa penat sekali menaip doubletwo..>_<''




nak cari mana?

adeyh ni la akibat kalau ada training kau buat training masa sendiri.orang sibuk joging,kau marathon membuta.at last sapa yang sakit,diri sendiri jugak.baru lari sikit da mula minta nyawa...lagi tak jauh mana da minta CPR..lari tak laju mana da mula nampak bintang...aish time tu la mula nak menyesal.asal lunch je telan ikut suka,semua ikut nafsu bukan ikut keperluan...da lari sikit baru la rasa badan da berat la apa la...ishishish  =.='

stamina da luntur weyh...tetiba rasa luka lama muncul semula.mula la jalan seretseret.siang tadi baru pusing satu tasik,mula la kaki rasa tak jejak tanah.nak cramp tetiba la...oit akak,weekend ni enamlap kot.tak kan nak pengsan tengah padang...huaaaaa
*rasa nak nanes lajulaju >_<



oOoOoOo stamina...OoOoOoO kekuatan hadirlah..aku tak sanggup nak gagal macam aritu ='(.....plizplizpliz

Wednesday, March 28

unexpected

apa rasanya bila kau tengah tenyeh-tenyeh mata satu mesej masuk dalam inbox.mesej tu kasi taw yang membe kau baru lepas accident n kat ICU..>_<

ok terkasima..nak pengsan..terkedu..baru petang semalam kau kutukkutuk die..perliperli die..usikusik die..sepak kaki die..tengok die senyum nampak gigi...tapi pagi ni kau dapat badnews dari die..

tiada senjata yang lebih hebat selain dari doa.tu kau mampu buat sebab segala ketentuan Allah yang decide.berdoa semoga dia cepat sembuh dan dipanjangkan umur untuknya......insya Allah  =)





arini ayah saya fly ke HK.semoga perjalanan ayah selamat.
selamat pergi dan selamatpulang =)

Sunday, March 25

speecless sunday

nasib setiap orang memang berbeza.kalau kita rasa hidup kita da parah sangat,sebenarnya masih ada yang lebih parah kat luar sana.kalau kita rasa kasih sayang dari parents kita macam sampai tak sampai je,sebenarnya ada yang mencari kebahagiaan walau cuma secebis.

waktu cabut color tadi,aku dapat color jingga.maka dalam kumpulan aku ada lima adikadik yang baru aku kenal....jem,joti(nagajothy),hakimi,danial dan zaitul.perkenalan kami bermula dengan ice breaking.kumpulan aku sedikit malu.kalau yang kakak da malu,maka si adik semakin malu.




ringkasnya,apa aku bole kata,adikadik bakti park ni lain dari yang lain.mereka hanya insan yang lahir dari keluarga yang tak sempurna.mungkin ada yang tak kenal sapa orang tuanya.bila aku bertanya tentang nama,hanya nama sebutan yang mereka tahu.berat lidah nak tanya mana bin atau binti?..tapi kami sudah di warning awalawal untuk tak sentuh bab family.
itu soalan terlalu sensitif.



walau aku punya banyak persoalan,aku harus simpan.terlalu pedih bagi adikadik ni..waktu MC bercakap di depan,tiba-tiba jem menangis.aku dan lainlain terkelu,panic!..kata rakannya dia teringat emaknya..='( ...



aku jumpa satu gadis kecil,teoh namanya.kecil dan chumel.pabila aku pegang tangannya,ia seperti berat untuk dia  lepaskan..sadis hati nie...mengharap perhatian dari pelawat macam kitaorang.erat dan rapat,itu cara pegangnya.sama macam joti.pegang seperti tak mahu lepas..cuma tengahari tu ku lihat joti semakin pendiam.seperti merasai sesuatu.mungkin ingin bercerita tak tahu bagaimana nak mula.dia mula menyendiri..



airmata akak soljer hampir gugur tatkala melihat adikadik bakti park.melihat mereka buat aku insaf betapa beruntungnya aku dilahirkan dalam keluarga yang bertuah.dalam hati kecil ni berdoa agar adikadik ni mendapat kehidupan yang baik dan mampu diterima dalam masyarakat.semoga mereka bertemu jalan bahagia.....insya allah  ^_^


[bila perasaan tak mampu gambar dengan perkataan...aku tak berdaya] 

Thursday, March 22

soalan susah

semua ni jadi time kelas mass transfer tadi.soalan yang buat kami semua tak gerak kepala walau sesaat.barangkali mula terpikir,paling tak pun tersedar dari lamuanan.soalan nya ringkas tapi banyak mana tersirat.

kamu focus tak apa yang saya ajar?

seberapa focus kah kamu?...100% focus?..100% tak focus?..50:50?..tak tahu? 

so,siasia apa yang saya ajar all this while....=_='' 

[ayat asal dalam english tapi sudah di translate semula] 

kita pun tak tahu nak pilih mana. 
terdiam  >_< 

Tuesday, March 20

imaginasi

sampai satu ketika,dewan kuliah H menjadi semakin sejuk dan bertambah sejuk.akibat terlalu sejuk tapak tangan bersalut lotion gagal memutar tombol pintu.kau,aku,dia dan mereka sudah tersangkut dalam dk H.sudah la lapar...ok mungkin bole tahan lagi.sudah la letih akibat experiment yang panjang petang tadi...ok gagahkan diri.mata seperti mahu terpejam.malam semakin lewat,setiap detik dan masa mula bergerak...kau,aku,dia dan mereka masih di dk H.selang berapa ketika,pundi kencing mula menendang laju.ketinggian suhu menggagalkan misi untuk kau terus bertahan dari terkencing....sampai satu ketika kau tak berdaya.keliling kau hanya kerusi cap polyster,tapi di sudut dinding itu ada kerusi yang punya span di kelilingnya.mahu di tahan kau tak daya,mahu di lepas kau tiada tempat jua.....kerusi cap span terpaksa aplikasikan concept absorption.jika punya pilihan tak mengapa,tapi tiada...........misi pelepasan berjalan lancar.lega  9_9'

Monday, March 19

muntah!

kebiasaanya hal muntah nie terjadi bila tahap stable pada akal dan fikiran sudah kurang balancing nye.pabila terlalu banyak perkara yang bermain di minda dan kata-kata tak mampu express kan semua ni,rasa pening melampau dan rasa nak muntah teramat mula bermain di minda.tak perlu nak side roll di padang berturap mahu pun forward roll di rumput menghijau,setakat menghadap lab repot yang last minit baru nak buat,ini teknik terbaek pada mereka yang mahu tekak loya lajulaju. di tambah juga rasa sesal yang tiada membawa manfaat sama sekali.kalau rasa hadap lab repot tu tak cukup loya,sila bukak buku law dan jawap soalan tutorial yang harus di submit esok hari.berbekalkan jadual yang padatnya seperti kuih talam,maka teknik ini mungkin bertambah owesome!





#kepada redbull,ku harap aku bulleh bertahan sehingga kata-kata terakhir.sengal badan akibat menjadi airbone masih terasa sampai sekarang...=_=''

Sunday, March 18

si kaki bangku

itu la masalahnya kalau kau lebih cenderung menjadi pelajar pasif.paling command pun ulat buku tahap dewa sampai nak bersukan satu jenis permainan pun kau gagal.terlalu banyak akibat atau lebih mudah impak yang tanpa kau sedar beri kesan mendalam.jadi bila ada pertandingan sukan kau tak mampu wakil peringkat sendiri mahupun desa,tapi jangan la mimpi sampai nak ke Masum sana.memang tak la!..tapi apa aku boleh cakap,walaupun aku kaki bangku,aku mampu berlari waktu matahari atas kepala,rasa la neuron-neuron otak bertindak laju,kalau tak pun muka keras macam bubuh masker.







*aku mungkin tak kecik,tapi nak kata besar tak la juga,tapi bila orang lain sibuk menampar,menjaring mahupun menyepak bola.aku hanya mampu jadi barisan pertama untuk tarik tali...kau ada?...XD

Saturday, March 17

tersentuh

matahari menapak tinggi.lemak di perut mula berlaga.petang ni sukan tiada,tapi di ganti dengan ukur baju.walaupun aku da kerja setahunsetengah,tapi baru hari ni aku ukur baju kerja.ok lagi setahun tengah baru pakai.harap siap cepat...>_<'...melangkah masuk dalam pejabat,setiap dari akak soljer di provide dengan sehelai borang.nama di isi,number badan dan number telephone...selesai..beratur..tunggu punya tunggu turn aku pun sampai.tali tape mula dilempar pada badan.tapi diri aku rasa tak selesa.kekok teramat...kenapa?mana  tak nya kalau pacik-pacik yang ukur kau suka?confirm la tak kan.tapi itu yang datang aku tak punya pilihan.habis kantoi segala ukuran.dari atas sampai bawah.....malu!...sumpah tak suka..=_=''

Friday, March 16

:: skype ::

zaman sekarang ni da maju.kalau dulu kau kena berhabisan beringgit kredit demi sebuah panggilan.tapi sekarang banyak da free,yang penting kau ada internet connection,semuanya jalan.tak kisah la kau nak call ke or videocall.pilih la berapa jam kau suka,sampai muntah telan muntah pun tak pe.sampai kau naik meluat tengok muka kat screen lappy pun tak heran...janji kau bahagia...senyum sampai telinga kira fine da...=)

baru siang tadi dok sebutsebut name kambing.then dari siang tadi nampak kambing appear online kat pesbuk...di sebabkan kegatalan diri yang melampau...aku pun tegur die.ayat yang simple dan mudah..."SOMBONG!..><   "..ok sangat padat tapi ringkas..kau ada?
atas dasar ayat yang hebat terus die kasi pesbuk videocall,namun atas kebijaksanaan yang kurang,aku harus reject call itu sebab tak install pada bubu.so dengan kuasa veto,aku suruh die call through skype.

suddenly...dalam kegirangan melayan radio dan jiran tetangga yang buat lawatan...muka kambing terpancar kat screen..ok,dengan gaya cool,aku capai earphone.senang sikit...aku jawap call..ok kambing buat videocall...cuma sedikit jilaka die tayang kepala die je garagara aku tak buat videocall...haha
tapi mengikut dp skype nye..seperti ada perubahan pada rupa.barangkali mahu kelihatan matang,tapi pada aku ia lawak lajulaju

perbualan tidak berlaku lama garagara membe kambing memekak dan buat kacau...cisciscis.tapi kan aku rasa cam fine and cool.maknanya aku da berjaya menamatkan segala rasa nonsense dalam jiwa...yeaaa!..i made it at last.punya la lama,at last sukses

kalau dulu rasa nak sedih tertonggeng-tonggeng...sekarang tak lagi.barangkali aku tak ambil port semua nie dan aku mahu focus pada benda laen...yippie




~sekian

berubah

semakin lama kita dapat peluang bernafas,topik perbualan juga tak sama.mungkin ia bermula dengan apa yang awak nak jadi bila nak besar nanti? dan sekarang ia menjadi awak nak cari "future" yang macam mana?...argh menjadi dewasa itu macam suatu kenyataan yang nak telan tu perit,nak luah tu sakit.mana taknya,ce kita fikir limatahun dari sekarang posisi kita mesti da lain.semua akan mula haluan dan kehidupan masingmasing.menjadi apa,sebagai apa semua itu masih kaburkabur.sudi atau rela semua tu kena face off jugak...memang dalam hidup perlu ada anjakan,cuma masalahnya apakah sudah sedia dengan anjakan tu?.....hurmm




Tuesday, March 13

:: percaya ::

aku percaya untuk setiap .......
perkara punya cerita
punya sebab
punya akibat
punya kesan
punya kesimpulan

aku yakin untuk setiap....
hal yang akan terjadi
yang sedang terjadi
yang baru nak jadi
yang telah terjadi




:: aku pasti mencipta senyuman mahupun menggembirakan hati orang lain itu perkara baik walau untuk perkara mudah.aku tahu tidak wujud sedikit kerugian kerana semua ini sedekah ::



"Life is like a bicycle. To keep your balance, you must keep moving."

Sunday, March 11

.......................






:: Meminati 'seseorang' bukan bererti kamu perlu memilikinya! Cukup sahaja menjadikan
 beliau sebagai Inspirasi menjadikan anda lebih baik dari sebelumnya ::






Friday, March 9

jejalan

hidup ni umpama mencari pengalaman,mencipta kehidupan.kau hidup hanya sekali,ko muda tidak berkali,so buat sesuatu yang kau tak jangka mampu bikin kau tersenyum sendiri sambil minum secawan kopi di hari tua.

nak jadi cerita...di sebabkan sikap kami yang suka buat sesuatu tanpa rancangan rapi,maka hasil nya kami sendiri rasa nak pengsan dan senyum tak kering gusi..XD

selesai kelas statistic,kita dan mucheys terus berlari ke eureka.asalnya sudah berjanji dengan d'dela nak berkumpul di sana.dari jauh bus kontot bersalut copper sudah tersergam indah.maka misi berlari terus berlalu dan berharap berakhir dengan lancar...nak jadi cerita,ramai pulak makhluk yang mengisi ruang kosong sampai tak tinggal sikit pun buat kami.nekad punya pasal,kami naek jugak walaupun terpaksa bersila di tepi tangga...

bus mula bergerak...menuju ke campus budak mesin..fuhh makan masa empatpuluhlimaminit la jugak.asap tak asap...kebas tak kebas pungkoq ni menahan...tapi layan.niat di hati mencari buku,niat di mata mencari kumbang,niat di perut mencari makan...niat sebenar kami pun tak pasti.mungkin lebih kepada mengisi masa lapang....setelah berapa ketika akhirnya tiba......

jejak je kaki,pergh muka semua terkasima.umpama tercampak di ladang sawit,di tengah tanah lapang.mujur ada teman yang belajar disitu.misi pertama makan
.
.

.
.
masa berlalu perlahan...alahai nasib.sudah la kebuntuan datang bertalu-talu.tak tahu nak ke mana.apa yang kami pohon masa bergerak pantas dan bus mengunjung tiba....kami mahu pulang!

ku fikirkan semua ni hanya sementara,tak sangka lagi dasat rupanya.time kami dok tunggu bus nak balik,bajet la ada space nak beralas atas kerusi....namun mimpi semua tu.sudah la kali ni bilangannya semakin bertambah.terpaksa pulak berhimpit-himpit.perjalanan pulang umpama p kenduri.dapat la bersembang dengan researcher yang belaja phD serta master.ok la bertambah kenalan




#akhirnya kita dapat juga motif p trans,semata-mata nak amik kembaran akak dan abang soljer kat sana...memang superb la!...terasa kedatangan tu ada makna...^_^

Wednesday, March 7

mampu ke?

kau tahu tak,tak kira la berapa hard kau cuba mix water and oil ia tetap tak nak bersatu.berapa tinggi speed kau bubuh,kau tetap gagal.berapa tinggi level confidence kau bubuh,ia tetap tak mampu reach target yang kau nak.

tapi jangan kau samakan hati manusia tu macam water and oil.manusia ni walau keras mana pun,kalau kau bagi die telan softan plus clorox hari-hari confirm cayaq kot hati dia.kalau kau rasa macam tak sukses lagi,tak lain tak bukan level of egoistic la yang tinggi sangat.tapi jangan risau,tak lama lagi memang hilang la semua tu.kau cuma perlu doa dengan ikhlas je.mana taw bila kau ikhlas,mudah sikit doa ko tu dapat keberkatan then termakbul...yang penting kau kena yakin.

kalau usaha kau sehebat gunung everest,tapi level of confidence ko 5% mana mampu...goyah je kot 

Tuesday, March 6

missed call

siang tadi screen kita terpapar lagi missed call
mungkin ia missed call dari teman-teman,tetapi setelah di semak ada number yang tak dikenali
number pejabat barangkali....hati kita berdegup apakah tempat intern
so,kita pun redial la semula...toot..toot...toot..toot....panggilan tak berjawap

ganggan diletak...panggilan di sambung lagi...toot..toot...toot...
satu suara akak gadis di hujung talian
kita pun soal selidik la sapa di hujung talian dan atas urusan apa panggilan dibuat
kata akak gadis mudah je..."ini number dari naza berhad"....

.......panggilan tamat.....



*semalam dapat missed call dari bank...siang tadi dapat call dari naza....harap-harap esok dapat call ejen kereta...untung-untung ada makhluk nak hantar toms harrier ke...XD

ia tak sama

everything have change
things was'nt like before

people change
character change
age change
the way u talk change
the way u see thing change

environment change
climate change 

semua sudah change
sometimes rasa akward dengan change ni
nak kata owesome tu ada la jugak

maybe i just need more time and space 
nak adapt with all these changes 

Monday, March 5

missed call

sebenarnya if ada incoming call dari number yang tidak di save pemiliknya bila muncul pada screen mampu bikin jantung berdegup kencang.kalau la ia incoming call yang dinanti-nanti dan ternanti-nanti fine la jugak kan.tapi bila incoming call dari yang ak di ingini maka sedikit gerun rasa pada diri...penangan mood gegar pada phne maka satu incoming call sudah jadi missed call..so,dengan rasa gagah dan jitu kita re-dial number office tu mencari dari mana munculnya.

call berjawap.seorang amoi di hujung talian..tapi amoi tu cuma on behalf pada pemilik number berikut.apa yang di minta cuma perkara mudah..nama,phone number dan identity card number..kita bertanya dari mana asal panggilan ni...jawap amoi tu mudah saja..."dari __*MB bank"....jawapan yang terlalu mudah tapi bikin jiwa kita jadi tak keruan...berbagai persoalan dan pertanyaan berlegar untuk attach pada sel otak......


ganggang telefon mati..... 

Sunday, March 4

speechless sunday

hidup ni satu perjudian
kau tak mampu tahu sama ada kau akan menang dalam pertaruhan itu atau sebaliknya
kekadang kau sendiri tak pasti sama ada pilihan kau itu benar atau tidak
cuma keyakinan itu yang membuatkan kau sendiri terus bermain
kalah atau menang kau tolak tepi....sebab kau da terjerumus
kau tak bisa lari dari ketentuan itu
ia sudah tersurat


ada ketika kau tak mampu mengetuk pnitu hati mencari jawapan untuk setiap persoalan
sebab?...kau terlalu selesa dengan apa yang kau ada
kau tak mahu ia berkurang...ia bertambah
tapi kekadang dia tak faham...desak dan terus mendesak sampai kau rasa nak muntah hijau
soal hati...soal suka...soal perasaan...itu semua perjudian
sekali kau da terjun ke lembah itu...perit kau rasa..duka kau telan.walau kekadang madu yang dipinta