Thursday, August 30

ke tigalima kali

29080800H2012

heuheuheu...hari yang singkat.motif?..masa d spent untuk repot.gila xcute ok.pungkok naek panas akibat tekapan hebat pada kerusi hijau ni.nak wat camne,dapatSV cerewet.suruh aku buat repot macam FYP je.macam thesis siap bagai.ada je xkena.bayang je la,table 12data suruh aku insert.memang motif sangat.sudah la satu table ada 14o++ reading.memang juling itik la.

petang tu untuk berapa kali aku tak ingat.aku email lagi pada enFoxtrot,ku fikir sudah selesai.rupanya harapan punah.ada saja yang kurang.yang lebih tu memang tak la kan.siap cakap lagi Awak rasa sempat tak siap ni ,aku stress bebeno la eh.nak tu tanya aku camne aku kira jawapan ni.sudah terang lagi bersuluh bila aku siap provide theory untuk calculation...arghhhh

bayang je,ada membe call enFoxtrot soal building masalah,katanya mahu result,beliau enF yang tak taw ape,terus roger aku untuk email data tu.aiish,kalau la aku bagi info palsu bukan beliau taw pun.muahaha

tak kisah la...asal lagi sehari je intern,buat aku tak sabar nak cabut.bukan apa.kalau la result aku tu silap,mampuih kena gammaray nanti > <'



walau stress dengan repot,ia makin hilang bila mana pulang tadi aku ketemu Aulia...haha...gatal tu harus bilabila XD

Wednesday, August 29

ke tigaempat kali

28080800H2012

oOoOoOo..bila mana tugasan mengedit repot kembali berterusan.baru la aku ngerti bahawa enFoxtrot seorang yang cerewet.ada saja tak kena.sampai diberi aku contoh repot RIA(radiological impact assesment),dan secara tetiba gastric terus naek kepala.akibat stress itu,sudah beberapa kali aku beriberi.pergh penangan stress repot sangat dasat.menjadi pedoman untuk diri bagi persediaan repot FYP nanti...heuheuheu

bila sudah stress,aku sanggup ikut double S p B13 untuk prepare TLD chip untuk env monitoring..heuheu..punya la lama kami lepak sana.kerja nya sat je.akibat hilang yang terus menerus,tetiba enFoxtrot call tanya kami p mana.haha..mujur ada di sekitar.cara kami sembang macam benda tu susah sangat je.walhal kami bercanda dengan pacikpacik lab..ngeee

motif asal panggilan enFoxtrot menyatakan soal makan tengahari di luar..oooyeah dia nak belanaj.kami hampir terlupa.apa lagi terus jalan lajulaju panjat bukit menuju B15.yang pergi..aku,enFoxtrot,enMail,Sufi dan Suhail.ok kereta ngamngamsooi!

balik dari makan aku baru continue dengan repot.grammar yang memang haram jadah aku sangkut.lebih kurang jam 5 aku sent pada enFoxtrot.mujur dia tahu aku harus pulang awal.maka dikatanya esok saja aku repair report tu semula...ngeeee

oooh ku sangka Aulia sudah tamat intern.kalau da gatal tak boleh buat apa.elok ja petang tu di melintas depan kereta.gerak langkahnya menuju ke surau...alolo sweetnya >_<


Monday, August 27

ke doubletiga kali

27080800H2012

bila mood cuti masih menyelubungi diri ia memang tak cute.setelah lebih dari seminggu bercuti malam sebelum masuk ofis baru aku start belekbelek repot yang da lama berkulat.adeyh sudah lama tinggal banyak ilmu semakin hilang.

pagi tadi sengaja aku lengahkan diri membeleek repot.di edit mana yang rasa cacait.sedang aku leka,tak sangka enFoxtrot datang menerpa.ditanya soal borang yang harus di isi.maklum la borang penilaian itu penting ok!alangalang enFoxtrot da mai,aku hulur je la segala jenis kertas yang perlu di isi.sebelum beliau datang aku sempat submit repot berkulat.hal ini terjadi hampir jam 9.

kedatangan enFoxtrot untuk mengkritik repot kulat ku.aku sangka sudah boleh save dalam CD untuk hantar pada BMI.namun harapan ku melurut bila mana ada saja yang kurang.ini la kerja..permulaan yang tak berkesudahan...aduyaai...maka ku turutkan apa yang di mahukan.

gara-gara stress dengan repot berkulat itu,aku spent masa agak banyak pada game online.walaupun wasting..aku puas! ><..repot berkulat siap.malah sengaja aku lengahkan untuk submit esok hari.maklumla mood nak repair hilang.

hari yang agak sedih bila cafe masih tutup.malah di ikuti oleh kedai serbaneka berhampiran.mujur ada kacang melekit peneman perut.mahu saja aku jerit.sudah la stress..lapar pula tu.kalau ku tahu begini nasibnya,baik aku continue je puasa..huhu...nasibnasib

siang tadi penyelia Sufi dan Suhail datang.begitu rancak perbualan mereka.harus aku jelaskan ya bukan aku pasang telinga,tapi da bilik aku sebelah bilik enFoxtrot memang dengar jelas sekali la..hehe...nasib baik la penyelia aku tak datang.ku lihat bual bicara enFoxtrot seperti sudah tercatit dalam skrip..ngeee...takpe la..minggu ni sudah minggu akhir intern.apa punya nasib kita layan je.

entah kenapa aku sedikit musykil bila enFoxtrot begitu beria-ia mahu kami present soal projek dan repot berkulat ku pada pengarah...oh minta tolong sesangat.aku sudah kesuntukan masa dan sangat tak sabar nak settle semua ni.malah beliau suruh aku prepare slide.mana taw presentation itu boleh on bila-bila masa...arghhhhhhh >_<


ramai gang intern dari uni lain sudah tamat latihan.boleh jadi Aulia pun ikut sama.ku lihat sewaktu punch card tadi,bilangan kenderaan budak intern semakin merosot...jiwasepi XD

Saturday, August 18

ke tigadua kali

15080800H2012

kerja sampling...kerja baca data TLD sudah hampir selesai.misi sekarang lebih kepada pembacaan dan pencarian idea baru bagi mengarang repot.

memandangkan esok da mula bercuti,maka misiku hanya satu untuk settlekan repot projek.maklum la kalau da cuti tu memang berat nak buat kerja office bagai ni...huhu

hampir seharian aku menghadap pc.dengan harapan idea datang membuak-buak...mujur.walau page tak banyak aku rasa aku da buat sehabis mungkin.maklum la repot projek tu macam pride.kalau elok ko buat,maka akan elok la persepsi orang yang bacanya nanti.walaupun aku harus hantar repot lewat dan kesannya sijil lewat,aku tak kisah la asalkan semua semakin selesai.

syukur,petang tu sebelumpulang sudah selesai.barangkali aku perlu touch up sedikit kasi lawa...baru boleh bagi kat enFoxtrot.harap dia suka

Wednesday, August 15

ke tigasatu kali

14080800H2012

huehuehue.....proses membuat report masih dalam progress..masa yang bole dibuat sebentar sengaja aku lengahkan..motif? MALAS!
memang tak bermotif langsung.so siang ni aku berable siapkan lebih dari setengah page discussion..fuhh
tapi tu belum edit lagi since tetiba idea stuck kat awan mana aku tak pasti.

sekali lagi,bagi membuang waktu ku ikut Double S baca TLD dekat lab.walaupun lokasi agak jauh dengan cara berjalan seperti anak labi-labi,perjalanan ke B32 ambil masa hampir sepuluhminit.tapi agak berbaloi bila aku dapat ambil udara sambil cuci mata pada brader kaunter AMP  tu..hehe..penyakit gatal itu harus ya.
cuma bila bulan puasa nya level masih kurang..

begitu la hari-hari akhir dipersiakan.kalau la aku hantar awal,sure pihak BMI mampu proses dokumen ku dengan kadar segera.tapi aku da malas membuak-buak nak wat camne...

ooo..projek Suhail semakin selesai since beliau sudah letak alat untuk 24hrs monitoring.esok beliau sudah boleh collect alat dan tabulate data.sekarang tinggal Sufi yang masih terkapai-kapai dengan projeknya...

ku lihat akak-akak disini topic nya rata-rata soal kueh.maklum la,ni semua kes kuih tunjuk.maka masing-masing menyatakan level ketahuan soal memilih kueh yang bagus.adeyh buat bukan reti,tapi sembang macam pro....huuhuuhuu.tambah pula tengahari tadi ku lihat ada bungkusan besar berisi kerepek tersesat di surau.untuk buat sedekah ke?..aku sangsi




cuti semakin dekat.mana Aulia ya.ku hanya lihat rakan sepejabatnye saje.tak kan die sudah tamat latihan...hurm

Tuesday, August 14

ke tigakosong kali

13080800H2012

heuheuheu...jari jemari semakin letih mengedit graph dan data yang bersheet-sheet itu.plan B29T tu pun kena edit,ye la baru aku noticed yang aku buat monitoring kat existing building...arghh
ambil masa tak sampai setengah hari.kerja yang boleh siap cepat ku lewat-lewatkan.setelah ditanya pada pihak BMI,katanya kalau aku nak sijil cepat aku da boleh submit report tu by dis week...

pergh kalau repot da submit,itu tanda aku da boleh goyang pinggul..ngee
result semua da settle.appendix siap da ready,tapi ilham menaip ayat diskusi masih stuck...adeyh..mahu saja aku upah sesiapa hanya untuk menulis discussion.aku bab merapu ayat serius memang lampi sekali.
gara-gara menunggu idea jatuh ke pc masih hambar,maka ku follow double S p baca chip TLD.walaupun harus berjalan jauh dari B15 ke B32,aku tak kisah.asal aku tak tersekat dalam office.

menghabiskan waktu petang dengan membontot double S,sampai ke bunker pun aku p.walaupun aku sudah rasa nak muntah last week kesan terkena sources,tapi aku tak kisah.mujur semalam aku cover sikit diri ketepi,jadi rasa kurang selesa pada badan kesan cesium 37 tak la hebat sangat..

tuptaptuptap...da dekat pukul 5,dengan discussion tak siap,aku balik office shut down pc dan pulang.

aku punya enamhari saje lepas ditolak hari cuti...ngeee.kalau nak ikutkan 5hari je,tapi since lecturer double S nak mai,maka cuti dipotong sehari...sobsobsob

Monday, August 13

ke duasembilan kali

10080800H2012

heuheuheu...misi ambil alat hampir selesai.hari ni aku dan Double S ambil alat yang kami letak semalam kat B29T.since ambil alat agak lewat,maka lepas pulang ke office,aku terus cabut pulang ke rumah.niat download data ku tangguh sehinnga selesai rehat jam 3.misi download data bermula.dengan convert file bagai semua dilakukan.

aku tengok result...mak aih awat la bacaan ni dok tinggi kat bilik pengarah.lepas ni konpem pengarah minta tukar bilik.tapi nak camne,duration hour die lebih dari 24hrs,mencecah 27hrs...tu yang tinggi bebeno.
petang itu sewaktu Double S ke SSDL untuk download data,aku tak follow.memang tersangat rugi.ye la next week je last depa p sana.aku dengan tak taw konsep bagai tercangak kat office.tapi kerja edit data masih tak selesai dan ku tangguh ke minggu berikutnya

letak alat semakin habis...misi karang ayat akan bermula.moga diberi hidayah untuk goreng ayat ni semua.mohon jadi sedap dan rangup...>_<

Friday, August 10

ke dualapan kali

09080800H2012

hari yang masih serupa seperti semalam.menanti jam 11lebih untuk misi monitoring 24hrs ke B29T.
sementara menanti waktu itu,kerja anilisis data aku buat.walaupun hanya enampoint,tapi ia cukup buat mata berpinar.bila mana harus aku calculate data serta create graph dari data import...arghhh.mahu setengah hari aku settlekan.dapat pula pc yang immune pada virus pada tahap sedih.

sebelaslebih aku dan Double S menuju ke lobby.tetiba kelibat enWan dan enMalik muncul dengan motosikal...arghhh rasa nak jerit pun ada.aku nak tumpang sape ni.mujur locationnya boleh ikut shortcut.so kita orang jalan kaki la.beberapa point terpilih di B29T di monitor.

gara-gara stress melihat data-data yang masih belum di discuss,aku jadi serabut.kalau sebelum ni lab repot dibuat dalam kumpulan,ini berseorangan memang rasa nak terkangkang la gamaknye.bahan bacaan sudah aku kumpul.maklum la mana taw bole bantu untuk ayat-ayat discussion anti.hurmm

keputusan monitoring di B32T amat seram.walaupun tidak la capai tahap terlampau bahaya,tapi bahaya nya masih ada.mana taknya,B32T kami buat monitor sebab ada workers complain depa rasa letih malah kurang selesa.bila graphnya sudah awesome melampau,maka otak ku jadi lemau mahu berfikir.

soal TLD yang sudah dianneal siang itu dibiar hampir 4-5jam.setelah itu petang itu diexposed selama 1minit dengan cesium.mujur lokasi dekat,maka aku pun follow double S.proses yang nampak mudah tapi rumit.hari ni aku masuk bunker lagi.since source belum on so still selamat la kalau nak berposing bagai dalam bunker tu.setelah di exposed,semua seperti biasa sehingga aku balik office rasa pening serta loya...sudahh ni pasal aku diri depan pintu la tadi.source walau sekejap,effect dia masih ada.padan la Suhail refused untuk masuk ke bunker ambil TLD tu.

petang tu balik rumah penangan cesium sudah mengalir pada diri.rasa letih dan lesu bercampur baur

Thursday, August 9

ke duatujuh kali

08080800H2012

hari yang mendatar.
gaya seorang budak intern menjejak kaki bila waktu hampir saje jam 8.buka lampu diikuti switch on pc.mencari bahan bacaan buat rujukan untuk laporan projek...
ooh nood nye aku.menjadikan pacik google sebagai pencari setia.segala jenis laman yang wujud ayat Radon terus ku tekan bertubi-tubi.
mata terus bersinar tatkala seharian membaca.diam mebisu cuba mengisi ilmu...pabila stress cake game online menjadi kunjungan.

sedang aku leka,enFoxtrot datang menjengah.dengan gaya confident aku tunjukkan bahan bacaan yang aku jumpa.malah beberapa penerangan aku beri....perghh awesome tu.kalau aku goreng pun belum tentu dia tahu.hakhakhak

ada ketika aku keliru.maklum la enFoxtrot tak semak pun hasil kerja ku.malah beliau menerima dengan sebulatnya.siap tanya opinion ku soal penyelesaian masalah ini.ku suara kan pada emak.takut la jika langkahku ini silap.emak sedikit risau.takut la kami dibuang negeri nanti gara-gara penyebaran dakyah palsu...haha

waktu iftar ku tanyakan pada ayah.adeyh katanya itu la kerja.boss bukan tahu ape pun.yang dia tahu siap dan ada.macam kita buat itu tolak tepi.malah kita harus proposed pada boss...tambah ayah lagi,kalau nak semua boss suap,baik tak payah hire pekerja.biar boss sorang buat semua.....terdiam

keputusan monitor 24hrs di B32T sudah dimuat turun...pengiraannya belum bermula

Wednesday, August 8

konklusi

hal ini sudah lama ingin dikatakan
setelah misi pencarian purse aku yang tak berksesudahan,aku buat konklusi ia hilang..
dimana?bila?macam mana?....aku tak tahu
sudah la banyak item tersayang yang terkandung disitu,tapi apakan daya....bukan rezeki
ni semua careless puinya pasal la

kandungan purse cekelat cap Siam
1.atm card
2.lesen L
3.Lesen P
3.matrix card
4.card kesihatan
5.wang yang aku tak pasti jumlahnya
6.card sampingan
7.cincin pemberian enKP
8.gambar peribadi
(sekian..ini aku ingat...tapi sadis wooo banyak card penting)

mujur ada purse kedua,tapi itu hanya cover card wajib ada seperti identity card,atm card dan lesen....argh mana hilang aku sangsi....sobsobsob


nasib bek mata baby ni hijau,aku mata cekelat je  =_='

ke duaenam kali

07080800H2012

perancangan project Sufi dimulakan.menuju ke B13 untuk letak TLD di piring lead.tujuan untuk anneal process.so pocess ni akn delete apa-apa info yang terlekat kat chip tu.walaupun ia chip baru,annealing masih perlu bagi minimise kan error.di B13 juga aku khabarkan soal monitoring 24hrs di building critical.ada dua building terpilih,satu mencatat reading yang terendah dan otherwise.

since enFoxtrot bagi greenlight dekat aku nak start bila,maka aku plan nak buat esok je.tapi out of sudden die suruh buat hari ni juga.mujur die da tetap kan pointnye,maka sedikit mudah kerja ku.
gara-gara aku x punya kenderaan,ia semakin masalah.maklum la pergerakan ke B32 agak jauh dihujung sana.maka aku call enWan untuk minta pertolongan.gagal!...panggilan pada enPeas.mujur dia bersimpati.walaupun agak lewat jam 3 aku dont mind.maklum la 24hrs ak tak risau sangat.

petang tu letak alat di B32.agak sukar buat kerja bila ada tak beri commitment.alat itu untuk lebih accurate harus letak di centre bilik,tapi di pejabat am letak dekat dengan dinding.kemunculan enFoxtort yang aku tak tahu complain soal ini.gara-gara akak kerani tak kasi kami letak di tengah bilik dengan alasan ramai yang keluar masuk,maka enFoxtrot lapor pada boss nye.tak boleh buat apa...harus redha.

6point terpilih termasuk surau.mujur bukan ditandas kerana aku yakin bau hancen tandas mampu influence data alat.hakhakhak.enPeas yang tak sangka lihat kerja kami agak sibuk berasa kasihan.dalam kesuntukan masa,projek ke-3 masih diteruskan.aku yakin ia tak mampu siap.tapi apa daya,sudah kerja redha je la.ku nyatakan pada enPeas bahawa aku seperti RO sudah gayanya.buat projek bagai ini untuk kegunaan enFoxtrot di masa depan.emak berkata seolah kami dipergunakan untuk kesenangan depa.aku kata biaq la,nama pun kerja.barangkali tidak diberi gaji sebab itu emak persoalkan...huhu

selesai letak alat,aku pulang ke ofis,manakala Sufi,Suhail dan enFoxtrot kalut untuk projek TLD....

Sunday, August 5

reunited again

after 5years baru ketemu semula.iftar bersama cekalianz memang mengujakan.

terlalu awesome bila mana kau da lama tak bersua dan terlalu banyak cerita kau tak tahu.manusia berubah,maklum la umur semakin bertambah..ok itu true!
lawak pun ada jika yang berchenta zaman sekola teringat kisah lama.bila disakat mampu mengukir senyuman di jiwa.biasa la zaman remaja,chintan chintun itu lumrah.

aku mungkin tak berapa femes dalam cekalianz,tapi mungkin nickname yang menarik buat depa still ingat aku.huhu
semua semakin berjaya dalam hidup.maklum la people change kan.

after a long meeting aku diaju satu soalan yang buat aku terkasima
Tr** setelah 5tahun kau takde boipren ke?....dan aku muka troll lajulaju.
argghhhh apa punya soalan kau tanye ni.maka aku keluarkan statement Shan

"mungkin aku perlu buat statement yang aku tersangat busy sehingga tak sempat nak cari" 

hakhakhak gelak besar.aku tanya kenapa?..and dia kata nothing..saje je
[fine.anda buat jantung saya berdegup kencang] 



bilamana aku tak mampu nak gambarkan feeling itu in term of word ia gilak
arghhh....malam ni sudah cukup duaorang tanya soalan sama..plizpliz...make dis clear
takkan la chenta zaman sekola berputik semula...huuhuu

pulang dalam keadaan jantung berdegup laju aku keliru.i'm sweating u know...haish

perkembangan rakan-rakan sangat awesome.ada yang sudah mula kerja..ada yang sambung master...ada yang masih belaja




notakaki:
1.aku ceritakan soal ini pada emak.kau bayang je la bilamana emak terus setuju kalau si dia itu calonnya...haish...kalau ya risau anaknya tak laku jangan sampai begitu sekali.bila mana keeksaitednya dikongsi dengan ayah...aku malu  >_<'
2.jiran lama siap beri aku nasihat..kau tak perlu mencari.sebab akan ada nanti (sambil jari menuding ke arah cekalianz guys)...weyh i smell something fishy u know...huhu
3.baik aku tolong pass kan duit si dia masa bayar tadi(kiranya kami bayar samasama la)..hurmmm kami da lama tak contact kot.malah masa zaman sekola bercakap kurang sekali.tapi sembang dengan die buat aku seperti tak percaya...ohtidak.harap saya bukan la syiok sendiri....huhu 
4.enDoktor ada tadi.dia diam saje.kurang berkata-kata.... 

ke dualima kali

030800H2012

hari yang mendatar.since letak alat di Degil sudah tamat maka tak ada sampling hari ni.
dengan ketiadaan enFoxtrot maka aku buat kerja syiok sendiri.perkara lain tak ada selain selesaikan repot.nak buat tu tak la banyak mana,cuma bila mood malas tu berluap-luap,aku tewas.

since hari ni hari jumaat,maka aku nanti kan waktu lunch yang sedikit awal.ku sia-siakan pagi tiu dengan melayar page-page yang tak sempat di block lagi.maklum la semalam seharian tak masuk office,maka hari ni bersantai je la.
kelihatan enMalik berkunjung ke B15,maka aku suarakan padanya bahawa next week proceed semula dengan project aku.since aku kena buat monitoring untuk 24hrs pula,untuk locationnya aku masih belek.

gayaku umpama RO memang tak leh blah.haha...kelmarin petang enFoxtrot siap bagi aku pelan each building kat agency ni.setail kot.benda tu kan sulit,tapi aku perlu untuk buat perancangan monitoring.maklum la aku nak tengok pattern air quality untuk result seharian pula.

misi untuk report masih berjalan.hal discussion belum dimulakan,since pembacaan teoriku masih lemah.sumber bacaan sudah ada.tapi mood membacanya masih hampeh...=_='

terima kasih cakemania kerana membantu aku mengisi waktu yang tak lapang...

Friday, August 3

ke duaempat kali

020800H2012

cuaca diluar sudah mula gelap.aku keliru apakah musim jerebu atau tanda hujan mahu turun.
perjalanan dari B15 ke B13 dimulakan.mujur cuaca redup,suasana sejuk tak la rasa meletihkan.bergerak awal kerana mahu berjumpa drSyafie soal next project kami.namun sedang asyik berjalan telefon berdering.

panggilan itu dijawap.terpapar pula di screen phonenumber yang tak aku kenali.

Penelefon:helo..bole saya cakap dengan Cik SJ
PenjawapPelefon:ya saya...siapa ya?
Penelefon:awak tahu tak hari ni ada Program untuk budak intern kat B11
PenjawapPelefon:oh ye ke...nama saya ada ek..saya tak tahu pulak
Penelefon:baik..sila datang sekarang ya..di B11...saya tunggu
...teet....teet....teet....

aisehhh aku baru ingat nak lari.kena p juga.maka dari B15 ke B13 ke B11.mujur laluannya turun bukit.pergerakan sedikit pantas bila aku tak berbaju kurung...
selesai mendaftar ku lihat acara sudah mula.

Program Pelajar Latihan Industri ni satu program wajib.bila mana setelah sebulan baru kau di exposed tempat apa kau bekerja sebenarnya.malah ada di selitkan scope kerja yang boleh aku pohon di agency ni.kelihatan agak menarik jawatan sebagai RO(research officer).starting gaji hampir 2k serta elaun tambahan lain juga disampaikan....separuh hari mendengar taklimat dalam kondisi sejuk buat maskara yang bergayut dimata rasa nak jatuh je.

ingin saja mata dilelap.maklumla taklimat ni umpama mendengar bedtime story pun ada.
tengahari tu kami dilepas awal.tapi harus berkumpul semula untuk visit pula.
pulang ke office terus aku shutdown pc dan ambil barang penting.takutla petang ni habis lewat

seperti yang aku jangka program tamat lewat.bayang je la ke lokasi terakhir pun sudah jam 5.orang lain sudah berpusu-pusu mahu pulang.maka taklimat paling ringkas oleh S*DL yang makan masa tak sampai limabelas minit.kata pacik bus,kami ni umpama lawat kawasan...haha

ada jugak tempat lain yang sangat menarik.aku siap dapat masuk dalam bunker untuk lihat sources.maklum la bukan semua berpeluang.nak pula hari ni maintanance,so mesin tak operate la.kalau nak masuk ni hanya budak 18tahun ke atas.malah wanita mengandung sama sekali dilarang.ada kawan ku sedikit gusar untuk ke dalam.takutla ada radiasi yang terlekat membahayakan diri...hurmm

melihat sources secara dekat sangat awesome.cuma bila mana aku pulang melihat sources dari reactor terasa sedikit letih.mujur tak tumbang.rasa exhausted pun ada.
intern di sini buat aku gain knowledge soal hal yang aku tak tahu.maklum la sebelum ni kita tends untuk dengar rumors,sekarang kau tanya je kat depa.hal ini memang depa arif.
pendapat soal penggunaan nuclear power plant juga ditanya..malah pembuatan boooom juga ada
dasatdasat pertanyaan sekarang....

ke duatiga kali

01080800H2012

welkem august!sudah sebulan da since tarikh aku registered intern pada 02072012...huahuahua
masa berlalu pantas terlalu cemburu pada ku
tapi aku rasa intern ni macam da lama pun ada...hehe

so aktiviti pagi hari dimulakan dengan letak alat dekat Degil.melihat kelibat tigabudak bertag nama color biru memang sure orang taw tu mesti budak intern.berbekalkan alat,stand alat dan notis kerja bermula.beberapa blok dipilih.hari ini diselia oleh enPeas

berkumpul di B15 sebelum ke Degil.masuk je sudah kelihat kelibat enFiq yang kerjanya nak usik orang je.ada saje akalnya.mencari enPeas aku terus keluarkan kata-kata bahawasanya ada sedikit perkara yang ingin aku tanya.muka serba tak selesa.maklum la ada saje persoalan ku tiap kali ke B15 tu...hehehe
biasa la soal sampling.aku masih baru tentang hal ni.maka perlu penunjuk arah.

pulang ke office meneruskan perjuangan repot ku.setelah yakin dengan calculation baru aku tanya pada enMail pendapatnya.sedikit diskusi dan tunjuk ajar berlaku.kalau aku tanya enFoxtrot belum tentu dia mampu jawap persoalanku.selesai perbincangan aku repair data yang cacait semula.
petang itu sebelum pulang baru ketemu enFoxtrot.gara-gara sibuk berjumpa contractor dari Pakistan itu,payah untuk bertemu dengannya.

perbincangan soal lanjut hal repot.katanya aku perlu buat monitoring sekali lagi selama 24hrs pada lokasi yang ada bacaan paling tinggi dan paling rendah.hal itu perlu untuk aku discuss soal kenapa terjadi begitu.
perghh ku sangka sudah selesai,tapi masih ada lagi.diberinya aku pelan setiap bangunan di kawasan aku bekerja.katanya itu  hal sulit.jika tersebar bole durjana dirinya...huhu
kalau kau harus lepas duakali pakguard itu tanda tempat ini dikawal rapi

Wednesday, August 1

ke duadua kali

31070800H2012

walaupun ketiadaan enFoxtrot yang sibuk ke Gembeng,ia tak bermakna aku harus bermalas-malasan.
memandangkan masih ada repot yang aku hutang pada beliau,harus aku siapkan
rutin letak alat masih berjalan sepert biasa.hari ini dikelolai olek enMalik.

selesai letak alat,aku dan double S pulang ke office.menyambung kerja yang belum sudah.

tengahari itu,sebelum waktu rehat enFoxtrot pulang secara tiba-tiba.lalu soal lain tiada melainkan progressss kami terhadap kerja yang ditinggalkan.perbincangan soal projek TLD dibuat antara kami,sebelum perjumpaan bersama drSyafiee bagi pertanyaan apa yang tak difahami.
lebih macam brainstorming la jugak..
walaupun agak stress melihat calculation repot,mujur enFoxtrot buat pengunguman tarikh cuti raya

ooohsayabahagia.com bilaman cuti ku hampir seminggu lebih.sudah la masuk semula minggu akhir aku tamat intern..maknanya tarikh penyerahan repot semakin hampir.adeyh gundah gulana pula rasanya.aku harap repot ini dalam versi english,jika tidak memang aku pening laju-laju.
soal SOP sudah ku serah.namun masih ada yang kurang.takpe la...settle repot dulu baru sambung SOP.
soal TLD kita biar double S yang harung.




notabawah:pulang dengan senyum lebar ke telinga itu tandanya aku baru terserempak dengan Aulia...hakhakhak
walaupun mukanya takmaw senyum dan nampak kerek,tapi ia chumelz...duakali uoolz jumpa die..
ohtidakgatalnyasaya.com
dis weekend beriftar bersama gang Cekalianz...sudah hampir 5tahun tak berjumpa
mogamoga ukhwah terjalin semula...weeeee