Tuesday, December 31

tutup

311213 TUTUP!

365hari hampir sampai hujung

2013 penutup untuk satu cerita dan pembuka untuk satu perkara

final exam as Env Tech Yr 3
viva FYP Env Tech
last annual camp as Senior Kadet @ Peg Kadet Kanan
last pegang weapon and menembak dengan peluru hidup..trimas 221 sebab setia dengan aku
tauliah di sabah sebagai Young Officer
dapat jejak sabah
konvokesyen sidang 5 bermasa gang Technologist
penanam anngur untuk 3bulan++
makan malam rejimental sebanyak 2kali as civilian and officer
dapat jumpa Sultan Selangor n Sultan Kelantan n tengok dari dekat
mungkin tahun akhir setelah 5tahun menapak di penang tapi kalau dapat kerja sana memang jodoh la gamaknya
sudah 2 bulan menjadi employee walaupun dalam field berbeza


semoga 2014 dapat beri kisah menarik
misi 365hari siri 2 akan bermula 01010000H2014  (=

Thursday, December 26

9tahun

26 disember
pada siapa yang ingatan masih mekar,tarikh ini pertama kali malaysia terima tsunami
mungkin pada yang tak rasa seperti aku mungkin tak paham bagaimana traumanya mereka

tapi kisah 9tahun lalu aku buat aku rasa apa itu earthquake
aku tak tipu kerna ini pengalaman pertama dan aku masih ingat lagi bagaimana,dimana ini terjadi

9tahun lalu aku di library awam menelaah pelajaran (*ayat poyo) 
aku lihat air botol bergerak dan aku mula merepek ingat aku ni bergetar masa sendiri ke
sebab aku di 2nd floor,so aku rasa sedikit pergerakan..aku cuba calm sebab aku tak pernah sangka itu earthquake pertama aku rasa
 kurang dari seminit aku mula rasa pening dan mual

di rumah aku khabarkan pada apak dan bonda
dan tengahari itu berita di tv swasta gempar dengan tusnami yang melanda
perihal gegaran turut dikhabarkan
ya..itu pengalaman pertama aku merasai eatrhquake  

Wednesday, December 25

gagal

well aku sedikit rare hari ini bila menggunakan confession page untuk luah rasa pada Mr NES
haish nk cakap direct segan..tapi hint tu pernah la kasi

well confession aku telah di post setelah aku email admin page secara peribadi
aku taklah galak sangat nak jadi matair die ke..apa ke
tapi saja nak tengok reaction die macam mana

well cuba kau bayang kalau dapat post cenggitu
mahu kau tak terpikir-pikir ke..tercari-cari siapa punya angkara
tipu la kalau kau cakap boleh duduk diam macam xde pape kan

well Mr NES menjadi orang terawal meninggalkan komen setelah post itu terpapar
to be sad bole pulak die sangka si confessor tu gay
sedeyhnye rasa..apakah ayat aku terlalu masin ke sampai nak beza jantina confessor pun tak taw
hasihh

well aku tak putus asa sebab aku siap private chat untuk bertanya perihal confession itu
and die masih bertegas penulis itu seorang gay
Mr NES siap cakap confession itu seperti main-main
damn aku memang gagal part ngorat anak orang ni

Sunday, December 22

puiih

tolong jilat balik ludah kau tu!
ye yang kau ludah soal kerjasama tadi

tolong jangan bicara dengan aku jika kau tak paham erti teamwork,kerjasama,one team
tolong ok...aku minta sangat-sangat

aku memang meluat kalau orang ludah perihal kerjasama walhal yang meludah itu sedang kerja seorang diri dan syiok sendiri

kalau kebiasaannya stokin aku bubuh kat kaki
kau jangan test aku kasi stokin tu duduk dalam mulut kau

puiih la

Wednesday, December 18

bengang

petang tadi senior department aku bukak cerita
katanya bos pernah complain aku ni slow n lambat pick up,harus di ajar berulang kali baru paham

ok di situ aku sudah berangin semacam
aku tahu mesti orang pikir aku harus belajar untuk terima
well itu kekurangan aku.aku tak nafikan

tapi cuba kau fikir.aku belajar selama ini dalam bidang sains..well aku juga bergraduasi dalam bidang environment.aku belajar perihal udara,air,pollution
tapi aku bekerja dalam bidang yang sama sekali tidak ada kaitan iaitu purchasing
ok aku seorang purchaser

hari pertama aku lapor diri..kurang dari 30minit aku nak panaskan kerusi bos sudah panggil turun training new software
fine aku yang masih blurr natang purchasing nie mende turutkan saja
tauke software bercerita dengan semangat siap demo macam mana nak guna
memang gila training separuh hari dan aku rasa nak maki

tak sampai sebulan kerja aku kena take over kerja senior department aku yang MC sampai 3minggu.come on people bole bayang tak budak environment buat kerja purchasing dan bos expect aku bole laju macam die yang ada experience 9tahun

aku jawap simple dengan senior department aku

This is my first job..my first time..my first experience..my first bos yang rare and what can u expect from me? 






p/s : aku yang tadi rajin nak balik lewat nak buat kerja terus pack all d stuff n balik.lantak la keje bertimbun sebab mood aku da padam

Wednesday, December 11

dulu lain,sekarang lain

kalau dulu aku harap sangat jumaat lambat sampai sebab sabtu n ahad ada training

tapi sekarang bila isnin da menjelma aku harap cepat la jumaat

kalau dulu aku harap masa berlalu perlahan sebab banyak benda aku tak cover lagi

tapi sekarang aku harap masa berlalu pantas biar tuptup aku taw masa untuk balik

kalau dulu tido lambat pun takpe,sanggup mata panda

tapi sekarang tido mesti awal,kalah orang p skola pun ada

kalau dulu aku harap sangat 1bulan tu berlalu lambat,nanti tuptup da final exam

tapi sekarang aku harap cepat la hujung bulan biar ongkos sudah masuk


haish...dulu n sekarang memang tak sama

Monday, December 9

gagah

aku mahu jadi manuisa tampak gagah di hadapan dunia

aku mahu jadi manusia yang hatinya gagah menerima segala cerita

walau aku tahu kebenarannya bukan seperti yang aku mahu
tapi aku mahu nampak kuat
bukan nampak jadi kuat

kisah hidup bukan seperti yang aku mahu
tapi aku harus yakin setiap yang terjadi pasti ada sebabnya
cuma aku kena belajar jadi yakin

kalau langit tak selalunya
inikan pula hati manusia takkan selalunya ceria

Sunday, December 8

sunyi

sunyi...bunyi krik krik

aku semakin sunyi dengan kata-kata untuk dibahas
sunyi dengan idea untuk dikongsi
sunyi bersama penghayatan hidup

diberi waktu untuk bernafas
diberi peluang untuk hidup
diteruskan kerana umpama janji rutin

aku semakin gagal menghargai apa yang ada
aku semakin buta mencari apa yang mahu
aku semakin jauh dari kenal siapa aku

dan aku masih mencari motif apa aku menulis post ini

untuk waktu ini aku perlu manusia untuk berada dihadapan aku melihat airmata gugur  berderu tanpa ku tahu apa sebabnya

gila

Saturday, November 30

tugas

bonda aku pernah cakap


"kita bekerja bukan kerana gaji sahaja,tapi untuk syarikat juga.Jatuh bangun syarikat pada tangan pekerja" 




dalam..serius dalam
jujur aku kata bayaran aku tak banyak mana
kalau hidup di bandar ini aku sudah masuk kategori lagi bawah dari miskin

bila bekerja banyak benda kita nak tengok lihat
lebih-lebih lagi keberkatan dalam titik peluh kita

cuba bayang waktu bekerja itu kita dibayar,tapi kita tak buat kerja yang dipertanggunggjawabkan
tengok macam remeh kan.
tapi kalau waktu kerja kita membuta
waktu kerja kita menguloor
mana nak datang berkat tu

yeaa kita selalu lupa dan leka 

Wednesday, November 27

Si Pendengki Bahagia

semalam aku medical leaves
puas suruh badan beryahan tapi tak berdaya..lalu aku gagah jumpa Si Pendengki Bahagia minta balik awal

semalam aku direct jumpa doctor untuk minta MC
doctor yang dengki bagi MC half day je
tapi memang aku keje half day pun semalam

hari ini aku isi form sebab keje half day semalam
hari ini aku isi form minta medical claim dengan company

hari ini aku kena minta sign dari Si pendengki Bahagia untuk leaves semalam
Si Pendengki Bahagia tanye punca dan aku jawap setiap pertanyaan
tapi paling rare bila die tanya lunch jumaat ni aku free tak?

erk...aku terkasima campur blur melampaw
Si Pendengki Bahagia ajak lunch bersama di mall berdekatan
apa ke hal ni..aku macam bermimpi

tapi seperti biasa tone Si Pendengki Bahagia memang macam nak gaduh walau tajuk topic ajak lunch bersama
haishh

aku pun on je..kalau dia belanja memang save la aku
 sudah la esok makan percuma

Saturday, November 23

slumber jee

akhirnya setelah tiga tahun aku luah secara sengaja tapi dalam keadaan ayat berlapik


"kalau aku cakap aku pernah suka kau,pasti kau terus buka mukabuku matair kau kan"


aku memang slumber dalam memberitahu rasa suka
sebab aku tahu suka tak semestinya kena bersama



kata Yuna d' ofismate


" jodoh tak semestinya kena berpacaran
kalau kejap lagi kau isi minyak kat petrol depan tu,ada yang kenyit mata
boleh jadi dia jodoh kau selamanya "

Wednesday, November 20

kecewa

Ya jujur aku sedang kecewa
rasa mahu nanes puas-puas

Ya aku sedang kecewa
aku hilang fokus bila buat kerja

Ya aku sedang kecewa
sakit kepalanya hingga hilang selera makan siang tadi

Sejak menerima kiriman email semalam
hati aku gundah gulana..rasa tak puas hati semacam ja

Ya aku sedang kecewa kerana tidak berjaya dengan temuduga kelmarin
rasa kecewa itu buat aku balas email bertanya kenapa tidak memilih aku
mungkin orang kat aku tak malu
kalau orang da tak nak kita redha je la

itu orang lain

aku tanya untuk kepastian..aku tanya untuk lerai rasa kecewa


memang pedih menerima email yang berbalas itu
aku guna kuasa psiko seolah memohon simpati
menunjuk rasa keinginan untuk memilih aku kerja di situ

aku belajar untuk redha mungkin bukan rezeki aku
mungkin bukan jodoh aku di situ

Tuesday, November 12

wake up la

ada ketika aku akan rasa terlalu down
tahap down hingga aku gagal berfikir dengan normal
hingga terbawa bila berjalan..tiang tersergam indah pun aku tak nampak

ada ketika bila aku terlalu down aku diketemukan dengan orang asing
terlalu asing.pertama kali bersua
memberi kata semangat untuk aku percaya mimpi itu boleh menjadi nyata
kata semangat buat aku lihat dunia dalam sudut berbeza
kata semangat buat aku ukir senyum sampai telinga
kata semangat menjadi motivasi untuk aku

terimakasih Tuhan
walaupun kadang-kadang aku terlupa Tuhan itu ada
tapi Tuhan tak lupa memberi bantuan tika aku perlukannya





#nasibla dalam bos SiPendengkiKebahagiaan =_="

Monday, November 11

hariku

aku curi ayat ini dari teman fesbuk
dengan tak minta izin..sebab tu namanya curi
kalau minta izin bukan curi la weyh



beza antara jadi student and jadi pekerja:

1.waktu tidur
*dulu masa student waktu tidur mmg x betol..kdg2 tido lps subuh,stay up sbb tgok movie,tp bila dah keje waktu tidur teratur,cukup 6 jam tido..lepas subuh dah xkan tido dah.

2.duit
*dulu masa jd student x reti syg duit..kalau shopping guna duit PTPTN kemaen lagi..tapi bila dah keje,haaa,pandai dah syg duit..dah tau bezakan kehendak ngan keperluan.

3.online
*mase student dulu,byk spend masa kat o9..xkire la fb,twitter and donload segala movie or series favorite,tapi dah keje ni o9 pun kurang apetah lagi tgok tv..

conclusion:kualiti hidup meningkat bila masuk alam pekerjaan.. (tapi ni refer utk diri aku sendiri,korang pulak mcm mane?)


haaaa...aku nak jawap
nasib kita sama..
aku juga sudah jadi manusia yang mana pagi hari bersesak di jalan raya untuk mencari rezeki
dan bersesak di petang hari untuk pulang

baru aku rasa rimas rupanya hidup di kota sebab jalan sentiasa sesak
mahu keluar simpang rumah pun sudah sesak
naik jemu aku dengan sesak ni

Friday, November 8

lady boss

hari-hariku macam duduk kat lapang sasar
berlatarbelakangkan bunyi gpmg yang meletup tanpa henti

kadang-kadang aku ada background suara seperti Cik Rahim
nyaringnya...perghhh
kuatnye...fuuhhh
tunes...walaweh

aku siap cakap dengan akak yang same department dengan aku,
kalau aku lari dari company ni bukan sebab kerja
tapi tak tahan dengan suara lady boss

tak payah susahkan diri kerja kat kilang ketuk besi
duduk ofis siap aircond pun eardrum aku bole jahanam

ini la dunia aku sekarang

Tuesday, November 5

minah romeo



you are the first navy men i met kat sabah
 walaupun time tu dahi you berbelang
muka you hitam berkilat
i tetap nampak muka you je time kawad 

tak kisah la kalau i nak ngorat you
walau i da tahu siapa you

tak kisah la i tahu sapa matair you
siapa sangka time you hitam berkilat ada yang usha you



dari:
minah romeo 

macam biasa je

hidup aku ni sukar tu takla
hidup aku ni susah pun tak
hidup aku cuma sederhana
tidak kaya tapi berharta

harta tu tak semestinya harus wang ringgit
aku tahu manusia sekarang banyak da jadi hamba wang
sebab itu dalam mengejar kemewahan,kesenangan..nilai nyawa seperti tiada

zaman sekarang kalau nak jadi kaya ambil nyawa manusia lain sudah semacam trend biasa
zaman sekarang bila nak kaya perihal maruah sudah sama level dengan nyawa

ini la zaman sekarang bila wang naik no 1

satu benda aku tak paham.manusia bila banyak wang mula nak sombong tak kena gaya
apakah dia lupa sebab banyak wang tido malamnya tak lena

bukan niat aku nak jadi Si PendengkiOrangBahagia
cuma aku tak paham kenapa

bukan niat aku nak jadi Si PenuduhMelulu
sebab aku tahu bukan semua sedemikian rupa

Sunday, November 3

sulit & confidential

perihal mencari kerja ini sulitnya seperti mencari jodoh
aku selalu diberitahu bahawa ada banyak kerja kosong diluar..kenapa tak dicuba
 ya itu benar

tapi realitinya yang mencari kerja,memberi kerja dan mencari pekerja
itu soalnya
mereka itu manusia.bukan Tuhan atau separa Tuhan.bukan robot
kalau aku punya kuasa paksa mereka pilih aku sudah lama aku dapat kerja

kuasa itu tak ada.usaha dan tawakal je ada
kalau berpuluh resume aku hantar tapi cuma terima panggilan satu atau dua
itu salah siapa?salah aku ke?

sebab itu ia sulit.macam jodoh
di luar sana ramai saja laki-laki yang ada
aku boleh pilih mahu yang mana
tapi soal hati,soal suka bukan boleh dipaksa

kalau sudah takdir sampai sekarang belum ada aku nak buat macam mana
takkan aku kena buat banner promote diri pula
kena tunggu aku gila jika mahu ia ada

cuba bilang pada aku apa caranya
sulitnya mencari kerja
sulitnya mencari jodoh
sebab ia sulit aku serah pada Tuhan untuk beri yang terbaik
aku percaya Tuhan ada jalan cerita untuk aku

Saturday, November 2

environment

aku dan environment baru perlu disebatikan
environment itu aku perlu cipta
environmnent itu aku tak boleh biar mereka cipta

sebab aku mahu cipta environment arah kebaikan
cantik..indah..lurus..nyaman

kalau aku biar mereka cipta,aku gusar
aku takut
takut ada cacatnya..takut ada celanya

environment ini biar aura positif yang cipta
baru aku gembira..gembira dalam environment yang aku cipta

biar mereka kata aku tamak,aku gila
aku tak peduli asal bahagia
bahagia aku untuk aku
bahagia aku bukan untuk mereka

aku cuba bertahan sebab kuat itu dari Dia,dari aku
mereka menjadi pasukan sorak untuk aku

Thursday, October 31

november

hari ini sudah 31 october

esok sudah 1 november
esok hari jumaat
hari pertama dalam november

kalau dihitung dari july sampai october da 4 bulan

semoga urusan esok dipermudahkan
semoga barakah hari jumaat semuanya berjalan dengan baik

november please be nice

semoga bermula dengan baik dan berkesudahan dengan baik
moga dipermudahkan dalam segala urusan
inshaAllah

Saturday, October 26

syak wasangka

semalam Bajet 2014 telah dibentangkan
semua sedia maklum harga gula dinaiikan lebih dari 30 sen
mungkin sesetengah pihak lihat jumlah ini kecil.tapi kalau dikira-kira banyak sebenarnya
takpa la..PM pun da cakap kurangkan gula dalam minuman,lebihkan manis dalam senyuman


aku dan adik buat rare memborong gula di pasaraya
malam tu aku cuma berjubah hitam dan bertudung sarung
itu gaya si pemalas terlampaw

aku tertonggek-tonggek di satu lorong kedai.sebenarnya mencari gula sebab ia tersorok di dalam sana
sambil tu aku lihat jika ada plastic yang bocor sebenarnya
jumlah gula 7paket selesai dan aku bubuh di plastic agar mudah dibawa

tiba di kaunter bayar aku terdengar satu conversation kurang enak
kata akak cashier kepada teman cashier lain seperti ada orang sedang usha barang.mungkin mahu songlap rasanya.

tapi jadi aneh bila aku tiba di kaunter rakannya kata "tak baik ko prasangka weyh.tak ada apa lettew"....aku rasa sesuatu tak kena.seperti ia menuju pada aku

mungkin kerna aku berjubah,akak cashier tu rasa aku nak sorok barang disebalik jubah tu
gila narrow minded..memang la aku lama kat lorong tu sebab gula kau ada yang bocor
ini la pertama kali rasa orang anggap kita nak songlap barang hanya kerana aku berpakaian sebegitu

temuduga

menghadiri temuduga memerlukan satu persediaan rapi
tapi sampai satu masa aku memilih untuk redah je kerana setiap penemuduga berbeza
masing-masing punya character tersendiri

dalam banyak-banyak soalan yang diajukan
ada satu soalan buat aku blur tiba-tiba



 Si Penemuduga : ooo status you single sekarang
                                Umur pun masih muda
                                Bila maw kawen?
(Si Penemuduga ialah seorang amoi yang aku syak belom berkahwin berusia sekitar 30-an)

aku masih cuba mentafsirkan soalan itu
sama ada itu soalan sebenar atau aku tersalah
berfikir sejenak

Aku : macam mana maw kawen,saya pasangan pun tak ada

Si Penemuduga gelak seronok dengan rakannya
Aku fikir mujur aku tak study kuat untuk temuduga ni sebab aku tak jangka soalan begini pun ada




#sejak Mr NES tahu status aku,dia sudah kurang berani untuk replay chat aku.apakah Mr NES sudah tergugat?mungkin diberi amaran oleh matairnya?sudah tahu aku meminatinya?
aduhai sudah kurang teman merepek di alam maya ni 

Tuesday, October 22

jatuh hati

salahkah kalau aku jatuh hati?
cuba bilang pada aku akta mana yang kata ia salah

salahkah kalau aku jatuh hati pada orang yang sudah dipunyai?
cuba kata kitab mana berkata begitu

kalau hati aku ni boleh dikawal guna remote control memang lama aku buat
hati dengan otak bukan duduk sebaris

kalau mulut aku asyik nafi tak,belum tentu hati aku kata perkara yang sama
kalau kau tanya aku kenapa jatuh hati pada orang yang sudah berpunya..aku tak ada jawapan
walau dari awal aku da tahu die da ada yang punya

tapikan mesti kau jatuh hati sebab die ada sesuatu yang istimewa
sesuatu yang orang lain mungkin tak nampak atau tak ada tapi dia ada

hai hati..kenapa la kau suka jatuh pada tempat yang salah

 kalau kau rasa aku ni gatal dan mencari pasal silakan sebab aku tak ada remote control untuk kawal semua itu


#MrNES tiba-tiba tanya aku punya matair atau tidak.katanya cikaro yang suruh tanya.tapi aku rasa itu dari dia.kenapa?..aku taktahu 

Sunday, October 20

tersirat

aku dan bonda naik keretapi menuju ke kota raya
dalam perjalanan seorang ibu bersama bondanya dan dua anak masuk di stesen Bandar Tasik Selatan
aku syak mereka baru sampai dari negeri selatan..mengikut perbualan mereka menuju ke rumah Pak Long di Sg Buloh

anak kecil ibu ini merengek dari tadi dan aku lihat ibunya sedang menyusu dengan relax
mujur ini coach wanita.tapi di coach wanita ini ada dua orang lelaki seorang warga asing dan seorang warga tempatan
aku tak pasti sama ada mereka tak pandai baca atau tak reti bahasa
pedulikan

aku kata pada bonda betapa relaxnya ibu itu susukan anak tanpa rasa segan
ujar bonda " Seorang Ibu tak akan ada rasa malu demi anaknya "

kata bonda ringkas dan padat punya maksud tersirat 
 

Saturday, October 12

terpaksa

ada dua manusia sedang senyum
satu senyum rela..satu senyum paksa

yang senyum paksa sedang cuba senyum rela tapi gagal
yang senyum paksa sedang cuba gembirakan jiwa tapi tak berjaya
yang senyum paksa puas berfikir bagaimana nak senyum gembira tapi belum temu jawapannya

tapi yang senyum paksa rasa mungkin perngorbanan kena ada baru dia akan senyum walau dia tahu dia tak rela.dia terpaksa.tapi keadaan memaksa dia tak mampu nak buat apa

ada ketika untuk melihat orang lain gembira pasti ada jiwa terseksa
dan jiwa yang sedang seksa itu dia

atas perihal itu dia mula tak suka kisah hidup yang sedia ada
kalau dia pergi katanya larikan diri
tapi apa daya tak ada yang mengerti permintaan hati

Thursday, October 10

kenapa

kau mungkin rasa aku tak cuba untuk selesaikan apa yang jadi
kau mungkin rasa aku lari dari menyelesaikan
kau mungkin rasa aku sedang biarkan ia tergantung

tapi kau perlu tahu aku sedang lupakan ia dan anggap ia tak pernah berlaku
macam aku kata benda remeh in tak perlu biar lama-lama
bende remeh ini aku tak mahu lekat dikepala
kalau kau rasa aku kejam silakan sebab aku tak boleh halang kau dari berperasaan apa pun

aku begini sebab aku tak mahu sakit
sakitnya bukan pada hati.tapi sakit yang aku sendiri tak sudi nak kongsi
mungkin pada kau jika sahabat susah senang harus dikongsi.tapi ada juga aku perlu pilih berdiam sebab aku malu dengan kekurangan yang ada pada diri
sebab jika aku beritahu apa sakitnya umpama aku menagih simpati
tidak aku tak mahu..aku tak sudi

jangan kau risau marah ku tidak berpanjangan
bila aku lena dan buka mata semula aku dah lupa apa jadi semalam,unless la kau cuba ingatkan aku semula
marah untuk selamnya tak ada faedah kerana setan lagi berpesta dengan situasi itu

pada aku hidup ini cuma sekali.dan hidup ini akan ada akhirnya
buat apa aku penuh hidup dengan masalah.berhibur dengan kehidupan itu lebih baik

kata orang kita kena toleh belakang untuk jadi pengajaran
pada aku jalannya ada didepan.jalan di depan lebih berliku

meluahkan

antara kita punya cara tersendiri dalam meluahkan sesuatu
sesuatu itu mungkin perasaan
perasaan itu mungkin berbaur ketidakpuasan atau kegembiraan

ada yang memilih untuk berbicara.kerana padanya bicara itu mampu menjawap setiap persoalan
ada yang memilih untuk berdiam.kerana padanya berdiam itu lebih baik agar tiada pihak terluka.
ada yang memilih untuk menulis.kerana padanya jika dia bersuara lain pula pemahamannya.
ada yang memilih untuk mengarang.kerana padanya biar berat itu dia tanggung sendri.mungkin dengan menulis dia jadi lega

ada yang berpendapat bila kita berhadapan dengan masalah kita perlu selesaikan
sebab jenis aku suka diam..buat tak tahu..tak ambil tahu dan lupa
mungkin nampak seperti lari dari masalah
tapi kalau aku berterusan memikirkan dan akhirnya menjejaskan kesihatan buat apa kan

kita kalau sakit yang rasa tu diri sendiri.orang lain cuma mampu lihat
sakit itu tak semestinya sakit hati.tapi sakit itu yang boleh buat kau tak bangun satu atau dua hari

well manusia mana mahu nampak lemah dimata orang lain.dia sentiasa mahu nampak gagah walau sebenarnya sakit itu ada dan dia sedang mengatasinya

hal ini tidak pelik sebab aku warisinya dari bapak

semerbak

Jam 4pagi aku sedang nyenyak tido rasa sesuatu berat dan berbulu sedang berjalan
mujur tak sakit jantung rupanya Gary,apa lagi aku jerit laaa
aku paksa adik aku ambil Gary dan letak diluar
adik yang sedang mamai turutkan saja,tapi Gary berdegil untuk tak keluar
fine!

Jam 5pagi,alarm belum berbunyi da aku bau something rare
adik aku sedang bising-bising di pagi hari
ku tanyakan bau apa ini dan kenapa
cis Gary sudah keluarkan najis yang cair tapi pekat

paling menarik bila najis ini di sebelah adik laki-laki yang sedang tido nyenyak
tidonya buas maka najis cair itu sudah terkena tangan dan beberapa permukaan tilam
aku terus amik Gary dan letak diluar
aku tahankan diri tak buka pintu walau aku tahu Gary sedang merayu untuk masuk

hari ini aku pilih untuk boikot kat Gary.sebab najis cair dia habis satu rumah ada pencemaran bau
ini bukan kali pertama,masuk minggu ni da tiga kali.dua kali di katil bonda dan bapak

siap kau Gary..lepas ni kau tido luar
hahahahahahahaha

buta

manusia itu mungkin aku
manusia itu mungkin bukan aku

manusia ni penuh ego..terlalu ego
dipengaruhi dengan ego..bila da ego mula jadi buta
bila ada depan mata,menghargai itu tiada
kalau wujud itu seperti hembusan udara je
ada tapi tak nampak

bila da jauh mula terbayang di jiwa
mula nak terasa hilangnya ia
mula nak rasa rindu

selama ini bila aku di situ pernah kau nampak
aku berpendapat untuk buat tak tahu dan tak ambil tahu
kalau aku terasa pun aku malas nak ambil tahu
kalau ada sekulit rasa aku buat tak tahu
sebab aku tak kuasa untuk melayan kerenah manusia

kenapa?..sebab aku ego
bila aku ego aku jadi buta
dan aku pilih untuk buta agar ku tak salah dalam menilai nanti

lebih baik aku pilih jadi buta..jika kejam pilihannya aku tak mahu ada jiwa terseksa

Wednesday, October 9

adaptation

aku da habis sekolah
kalau sebelum ini aku selalu mingle dengan mereka yang hampir sebaya dengan aku
cara berbual yang agak sama,cara percakapan agak sama
mahu bahan,mahu kutuk,mahu perli memang slumber
walau aku tahu pasti ada yang terasa aku butakan saja mata
kejam kan?..

sekarang aku kena belajar untuk mingle dengan orang yang jauh lebih berusia
mungkin seusia bonda aku
well jika aku dalam environment bekerja,ak kan aku nak panggil unty atau mungkin macik
nampak tak sopan pulak..nak panggil akak..mungkin
aku kena biasakan

kalau waktu belajar topik bicara pasti gosip,gosip,gosip dan gosip
tapi bila kita dah bergaul dengan akak-akak,aku kena tahu topic apa sesuai bicara
well kalau kita jumpa akak bisnes..kena tajuk bisnes
kalau akak spa..kena sembang produk kecantikan
kalau tak pandai sembang,aku kena jadi bidan terjun sembang la jugak

nampak tak..satu langkah aku kena maju lagi tu rasa selesa dengan kehidupan baru
heuheuheuheu...

Thursday, October 3

deria

manusia ini ciptaannya unik
punya istimewa
punya keunikan

manusia ini ada deria
sesuatu yang tak dapat ditafsir dengan kata

manusia ini punya rasa
bila ada yang tak kena pasti mengganggu jiwa

Tuhan cipta manusia walau tak sempurna,tapi kita saling melengkapi satu sama lain
ketidaksempurnaan itu buat kita istimewa

Tuesday, October 1

pernah

aku pernah jatuh chenta
kerana chenta diriku bahagia

aku pernah jatuh chenta
kerana chenta diriku merana

aku pernah jatuh chenta
kerana chenta aku rasa hidup sempurna

aku pernah jatuh chenta
kerana chenta aku terseksa

aku pernah jatuh chenta
bukan sekarang..tapi dulu
kerana kisah lalu aku masih hebat berdiri
aku dan dia masih baik..tapi bukan seperti dulu

dia pernah hadir dalam hidup aku

Thursday, September 26

kuiz personaliti buat Si JobHunter


Anda Pencari (Seeker)

Anda cekap dan boleh diharap serta penuh bertenaga untuk memastikan kerja-kerja diselesaikan. Menguruskan pelbagai tugasan pada sesuatu masa merupakan salah satu daripada kepakaran anda.
Anda juga cenderung untuk menjadi agak romantik. Malah, kadang kala tiada apa yang anda ingin lakukan selain melarikan diri ke dunia impian anda sendiri. Anda penuh dengan kreativiti dan suka mendapatkan ilham daripada pengalaman baru yang menarik.
Buat masa ini, kehidupan mungkin kelihatan agak tertekan. Sukar untuk merasakan seolah-olah anda akan mempunyai masa untuk diri sendiri.
Apabila kehidupan tidak berjalan dengan begitu baik, adalah penting untuk anda beringat untuk memanfaatkan kekuatan dalaman anda dan yakin dengan diri anda. Sebagai Pencari (Seeker), anda sukakan pengembaraan yang akan mengubah sesuatu dengan ketara dan mencabar status quo anda. Belajar untuk mengesan detik-detik tersebut apabila anda memerlukan sedikit kelainan dalam hidup anda, dan memikirkan cara untuk mengintegrasikannya dalam rutin harian anda. Kekalkan inspirasi anda dengan gabungan pelbagai aktiviti, dan luangkan masa untuk hobi-hobi yang membolehkan anda menerokai sisi kreatif anda.
Mempunyai hubungan yang penuh kasih sayang merupakan satu daripada rahmat yang terbesar. Kehidupan di rumah yang kukuh merupakan sumber kekuatan dan sokongan yang amat besar. Pastikan anda menghargai pasangan anda dengan sewajarnya. Mengatur waktu khas untuk meluangkan masa berdua secara tetap sentiasa berbaloi.
Bagi anda, memulihkan keseimbangan bermakna memberi diri anda peluang untuk memproses segala-gala yang melintas dengan laju dalam minda anda. Memperuntukkan waktu yang tenang untuk renungan boleh menjadi sesuatu yang amat berfaedah.
Anda mengambil berat tentang orang-orang di sekeliling anda, dan jika mereka gembira maka anda pun gembira. Anda tahu bahawa kehidupan ada pasang surutnya, dan ingin mengekalkan keseimbangan yang sihat bagi kedua-duanya. Kesudahannya, anda mempunyai pendekatan yang amat baik bagi kehidupan. Anda tahu yang kebahagiaan sebenar datang daripada orang dan bukannya daripada barangan. Ia adalah perkara-perkara yang anda tidak boleh meletakkan harga padanya.

Wednesday, September 25

jodoh pasti bertemu

senarai semak setelah dua minggu lebih menyemak di penang
datang dijemput,pulang dipersilakan

pertama : mini MMR
[bbq bersama jurulatih yang telah bersama dengan asykar thundercats selama 3tahun]

kedua : konvo
[upacara konvokesyen ke 48 dan aku disidang 5 bersama gang engineering,sains gunaan dan teknologi]

ketiga : MMR aka Makan Malam Rejimental
[motif nak sambut aku dan thundercats yang da jadi officer,upacara berprotokol bersama VC]

keempat : skroll
[pemulangan jubah serta penyerahan slip berkaitan sebelum diberi slip akademik dan kokurikulum]

kelima : picta
[pre-konvo,konvo,post-konvo,mmr,post-mmr...acara gila kamera itu normal.muka walau takchomel itu tolak tepi janji gaya mahu ada]

keenam : buang masa
[hadir ke penang bukan sebagai pelajar rasanya berbeza.hampir setiap hari keluar dan berlegar.gaya seorang manusia tanpa arah kehidupan.bina ikatan bersama teman kerna ini perjumpaan akhir]

ketujuh : scandal
[kata mak anggap ini macam majlis kawen,maka aku bergambar dengan sakan dan tak malunya.bagi majlis MMR,misi bergambar dengan PK Gila,Mr NES,Oc,Dp dan rahsia berjaya.setiap dari mereka punya cerita bila aku lihat semula muka mereka.perasaan itu pelbagai.mungkin luar nampak ceria,tapi dalam tak keruan.mika luar nampak biasa,tapi dalam ada ketidakpuasan..mungkin]

kelapan : rapid
[aku dan 2 lagi berjaya jalan kaki dari padang kota lama ke gurney dengan masa sejam lebih.impian nak naik bus rapid percuma berjaya.memang cita-cita pulang ke utara menjadi tourist berhasil]

#aku masih tak sempat mencari lukisan dinding.lain kali aku datang bagi urusan istimewa ini =)

Sunday, September 8

masa untuk bangun

dua bulan lebih aku rehat.sejak pulang dari sabah,aku cuma terperap di rumah tanpa ambil peduli perihal dunia luar.

dua bulan sudah terlalu lama.aku kena bangun.jika aku terus selesa bagaimana mahu berjaya.
cita-cita besar mahu miliki kereta mewah,rumah agam besar,tapi aku masih duduk diam pegang remote control cari drama melayu

dua bulan aku dirumah,amma dan apak sudah risau dan tak keruan.lihat anak masih sedap dengan comforter,sedangkan orang lain sudah mencari rezeki sebelum ayam mula berkokok
mujur amma dan apak tidak timbul isu yang paling aku meluat,kawen..tipu la kalau tak bunyi walau sebesar kuman,kalau ada pun dari suara halus teman amma dan apak

dua bulan dirumah sudah lama....aku kena maju kalau mahu berjaya.kalau tak aku bakal menyesal

Tuhan aku ingin bekerja,
aku mahu mencari rezeki
bantu aku Tuhan
aku mungkin tak pandai,tapi aku tahu Kau punya rancangan baik untuk aku
tolong aku Tuhan
...amin

Tuesday, September 3

si kucing


Dia sudah pergi
Dia sudah tiada
Dia sudah mati
Bukan reka cerita
Tapi ini kebenarannya
Dia pergi tinggalkan kami
 
pertama kali aku lihat kucing mati dalam rumah
pengalaman baru..mungkin ada yang rasa biasa,tapi saat akhir hayat brownie pilu hati melihatnya
dia cuma haiwan dan seekor kucing
cara dia mati tak mudah..beberapa kali tubuhnya seperti kekejangan..menderita sebelum di cabut nyawa
 
aku terfikir,kalau brownie  itu matinya susah walau cuma haiwan.inikan kita manusia
ada ketika kita terhanyut dengan kemewahan dunia 
 
saat berhadapan dengan kematian bukan perkara mudah
tingkah laku semasa hayat kita akan tentukan bagaimana kesudahan riwayat kita nanti 

Tuesday, August 20

rejekey

rezeki kalau kita tak cari ia tak ada
rezeki ini kalau kita tak berusaha takkan dapat depan mata
rezeki itu ada di mana-mana

ketemunya mungkin ada,cuma kadang tu kita tak perasan
mungkin ia datang tanpa kita sedar
dipinjamkan nyawa untuk bernafas itu rezeki
dapat perlindungan dibawah bumbung itu rezeki

mungkin rezeki mencari kewangan sendiri belum jumpa
lambat atau cepat Dia pasti ada perancangannya
tapi itu tak bermakna kena berhenti berusaha

cuma bila dapat rezeki lebih jangan sorok sendiri
bersedekahlah dalam pelbagai cara
jauhi rasa sombong dalam diri

hidup ini untuk diberkati,bukan dibenci

Tuesday, August 6

gila rare

security question

"namakan orang yang paling anda minati?"

aku replied...Mr NES!



*sungguh tak berdosa perasaan begitu.gatai di sabah masih tak padam


ini quote Mr NES...permukaan nampak tenang dalam air berkocak teruk 

Tuesday, July 23

sabah jatuh hati 6

aku malas nak taip.
ini kisah di padang kawad

pemeriksaan barisan  


berjalan lalu..ok muka serius semua
sapa best cadet dapat pedang..huhu

daulat tuanku!..3kali aku jerit kuat-kuat.rasa awesome
penghormatan dari jurulatih..ini moment sayu + gembira
front view keluar medan.pic time hari 6July tak ada.ini waktu latihan.kalau ada serius ini nice =)




*trimas Faizal K Photography
chanteq gambar.sbab tu kena curi =p 


sabah jatuh hati 5

enam julai dua ribu tiga belas

satu tarikh mencatat memori.konvokesyen pertama

penantian selama tiga tahun.alhamdulillah aku selamat di commision kan (kesat air mata*)

pagi tu aku bangun agak awal sedikit.bersiap dengan no1 perlu kesabaran tinggi.maklum la hari ni kan hari aku.mesti nak jadi terbaik.sambil tengok cermin,tatap muka sendiri.macam nak baaling penumbuk pun ada tak percaya woo

pagi yang indah.rezeki cuaca tak panas seperti selalu.redup dengan angin tiup lembut.jantung time tu da macam apa.macam ada pertandingan perbarisan je.beratur sepanjang yang boleh.keluarga merata-rata.semua datang dari jauh nak tengok upacara agung.dikelilingi dengan asykar pelbagai rupa.pelbagai pingat di dada.pelbagai pangkat di bahu.

asal orang lalu je nak amik gambar.well femes sat. (i is perasan*)

perbarisan masuk padang bermula.
aku doa dalam hati moga ia dipermudahkan.cuak.teruja.gembira..perasaan bercampur baur
music di mainkan..perghh bunyinya da macam apa.bayang saja band yang iring pagi tu gabungan darat dan laut.mengikut info band paling besar dalam sejarah...fuuuh

menunggu ketibaan
cuaca redup.berangin.selalunya waktu cenggini peluh da bersepah kat muka.rezeki tak ada pagi ni.sejuk sampai aku menguap.
to be honest ketibaan pagi itu agak lama dari latihan selalunya.ketibaan yang Timbalan Yang di-Pertuan Agong dinanti dengan penuh sabar.

pemeriksaan barisan
ketibaan yang dinanti selesai.Yang di-Pertua sudah naik kenderaan untuk pemeriksaan.ok muka kena serius terus pandang hadapan.time Sultan lalu depan mata aku usha pelan-pelan.perghh pertama kali nampak Sultan.real dan dekat.kacaknya... (batak sebentar*)

berjalan lalu
apabila parade komandan memberi arahan ke kanan pusing,saat paling mendebarkan sudah tiba.padang kawad...fuuh penuh sekeliling dengan manusia.sepanjang kami berjalan dan lintas lalu,aku dengar aku suara keluarga memberi ucapan tahniah kepada kami.setiap penjuru kami lalu pasti ada kata semangat.aku duduk paling tepi sure la dengar time tu memang terharu.tapi aku jalan dengan penuh serius dan aku bayang seperti tiada orang di sana.well kalau kau lihat keluarga yang ada mahu tak gugup jantung.itu la muka paling serius pernah aku buat.ini sangat rare sampai emak pun tak cam aku..sobsobsob

titah Tuanku
"dengan ini beta tauliahkan pegawai muda..." (akuissebak*)
tipu la siapa yang tak duduk dalm baris pasti akan tachink dengan titah itu
nak kata sedih ke..gembira ke..entah la.cuma aku tak sangka aku mampu bertahan. (tepuk bahu*)

keluar medan
satu lagi moment sedih dalam perbarisan ini.jurulatih yang ajar aku selama ini memberi penghormatan pertama diiringi lagu perpisahan..perghh segala ilmu di curah,segala pengalaman di beri aku akan pahat dalam hati.

aku duduk di barisan belakang,bila keluar medan aku berada paling tepi dekat dengan grand stage..fuuh flash kamera bersepah-sepah.da macam artis pun ada.ucapan tahniah dari keluarga tak putus-putus aku dengar.another moment yang tak tergambar.
konvo bulan september belum tentu aku rasa semua ini

masa berlari ke dewn watikah...

Thursday, July 18

sabah jatuh hati 4

sejak di beri amaran oleh CI,hampir setiap malam aku buat water drill.air garam pun aku telan sekali.memang rasa nak muntah balik air tu,ye la tidur dengan perut kembung 1.5L...sapa larat wooo.malah aku paksa diri untuk poop sekali..memang nampak seksa,tapi dari esok pagi aku goal lagi,tak masuk parade...sapa nak weyh.

after all 3 years,kalau aku tak dapat masuk parade,itu satu benda paling sadis sekali.tak kisah la aku hitam kena jemur hampir dua minggu.itu benda paling agung kau akan rasa dalam hidup.sekali je pun..lepas ni tak ada da.bab makan..pergh trimas pada akak asykar yang akan paksa aku makan jam 5.30pagi.kalau kat semenanjung aku da rasa macam bersahur pun ada.

syukur aku tak tumbang..cuma satu hari tu tiba-tiba rasa nak muntah tengah padang kawad.dia punyabelahak..ok tahap memalukan.aku yang berada di baris ke-4..orang barisan pertama boleh dengar belahak aku dengan terang dan jelas.itu belum aku tanya orang di barisan sebelah.sure die akan keliru dengar bunyi apa memecah sepi tu..sebab da tak tahan nak terkeluar,stap suruh aku jatuh kiraan sendiri..adeyh kena usung lagi.yang tak bole blah masa tu da nak keluar medan..dugaan

alhamdulillah..aku tak jatuh hingga hari kejadian.cuma lepas parade siang tu,malam tu aku kena p klinik kat sana.tiba-tiba tekak perit semacam.suara da mula tenggelam.barangkali kesan main hujan kelmarin dan siang tu selepas acara bergambar..aku kena cepat ambil ubat,bukan apa risau tak boleh naek belon.tak balik semenanjung la nanti

Tuesday, July 16

sabah jatuh hati 3

aku tiba di sabah pada hari rabu,tapi aku hanya di beri peluang untuk masuk baris pada hari sabtu
maknanya selama menunggu ke hari sabtu aku hanya duduk di bawah kanopi melihat jauh mereka berlatih.to be sad aku terlepas untuk kawad raptai PTD dengan berpakaian one dress.

petang jumaat ada latihan kawad mengikut uni masing-masing.awan gelap sudah muncul tanda mahu hujan,tapi kawad harus berlangsung
dan pertama kali aku masuk baris di sabah,baru jalan beberapa step...booom! aku da jatuh
itu lagi sedih

rasa sesal tak work out di semenanjung datang bertubi-tubi.sudah la mai lambat,baru masuk baris terus jatuh..aku malu

esok latihan kawad penuh.aku masuh baris dan duduk di kontinjen ke-2.senang cite add-hoc la
ok..semuanya bermula baik..namun baik itu tak selamanya.kaki aku tiba-tiba kebas semacam.aku gerakkan anak jari kaki.goyang punya goyang tapi masih kebas.minta pada stap untuk ketuk dengan tongkat,kau bayang la tongkat tu kalau keadaan normal bila kena ketuk,sakitnya perghh tapi hari tu tak rasa apa

parade komandan sudah beri arahan ke kanan pusing.tandanya akan berjalan lalu.since aku ni kontinjen ke-2,maka aku kena tunggu kontinjen pertama settle dulu.ok agak lama.sudah la berjalan perlahan,ada 12 detachment..waktu tu aku mula nampak kuning..semacam punya cahaya...baaam!tak sempat kasi signal terus jatuh

jatuh yang rare..weapon masih aku peluk erat di rusuk kanan,mujur tak tertusuk benet.
aku cuma dengar setiap bicara sekeliling,tapi tak mampu bikin apa

malu sungguh waktu itu.aku kecundang lagi

malam itu gang tumbang yang kecundang siang tadi di panggil CI
ok..seriously itu bad signal
CI bagi amaran,kalau kami tumbang lagi esok secara automaticnya kami tak boleh masuk parade
ni semua untuk pride die n pride uni
perghhh...perasaan itu Tuhan saja tahu
down!

Sunday, July 14

sabah jatuh hati 2

penerbangan kedua ke sabah dan itu aku.masih ada dua paper belum selesai.walaupun aku cuma lewat dua hari ke sabah tapi banyak benda aku da tertinggal.tiba di sabah petang itu aku lihat ramai sedang berpusu-pusu dengan one dress..walaweeh final fitting kot dengan wakil PTD.ok aku da termiss >_<..

tona kulit akak dan abam asykar mula berubah.masing-masing sudah belang di dahi.ada yang berwajah ceria,ada berwajah duka.well kalau yang duka ni aku memang tak berapa nak tegur sangat nanti dengan aku sekali hang terus..its supposed to be a well greeting,tapi mai je da kena sembur...untung la putih...korang tak taw camne penatnya kat sini..selamat berasa seksaan yang kami rasa...

pfftt...perasaan tika itu rasa nak patah balik ke semenanjung pun ada.bukan kerana suasana,tapi semburan kata mereka..ok memang new comers kena sambut gitew ye dak.

aku tiba jam 3 dan kalau di semenanjung itu sudah jam 4.ok dalam flight tadi sudah la kesejukan 3jam akibat lapar,sampai je makanan semua da habis.hati sudah terguris,perut mula menjerit..sedih taw perasaan itu.makanan yang di jamah pun fitik kutip sedikit demi sedikit dari meja pegawai.paling kesian budak laut,baru sampai pegawai da buat gila suruh change parade....perghhh

sesi pendaftaran bilik sudah selesai.aku dapat bilik 102.tengok macam nice,well cabaran seterusnya mencari bilik macam orang gileew.naik turun tangga sampai nasi di jamah tadi mula jadi tenaga..perghh..aku mental.sampai minta orang carikan.memang rare la kan bilik tu siap ada basement,kalau ada lift tahan gak,tapi semua tangga.aku jumpa bilik 102,tapi tu stor senjata...perghh tak sanggup woo.

bila da jumpa bilik masalah lain pula.aku dapat bilik berkongsi empat makhluk,tapi di isukan satu kunci satu bilik.nice.. asykar lain tengah fitting baju,aku kena tunggu rumate balik baru boleh masuk bilik.

akak asykar pulang agak lewat dan aku masih belum packing barang.malam nanti tugas aku sudah bermula..acara ke dewan watikah

Thursday, July 11

Mr NES

sejak pulang dari sabah angau aku kat Mr NES makin menjadi
sepatutnya di bulan Ramdhan ni aku kena puasa bukan takat lapar dan dahaga serta nafsu,tapi puasa dari perkara yang melalaikan
barangkali kesan duaminggu asyik usha Mr NES tu yang makin teruq gila baq ang...haishh

level menggatal aku di sabah agak rare,mata 360 berputar melihat asykar yang wujud.walau pun muka depa iteem tapi nak juga usha
maklum la bagi mengekalkan momentum,kau harus bertindak rare

kalau Mr NES ni namanya aku da dengar sejak tahun pertama.berkenalan dengan die pun masa tahun ke dua itu pun PK gila yang introduced aku kat Mr NES..dan perkenalan itu dibalas dengan muka blur tambah sengih..tahun ke tiga iaitu ketika di sabah baru la aku dan Mr NES mula bersuara,itu pun bermula dengan pertanyaan kisah pengsan aku
(kisah pengsan akan wujud next post) 


aku ringkaskan bagaimana tahap gatal aku kat Mr NES jadi keterlaluan


  • hurm..kalau sarapan pagi tu aku cari dia duduk meja mana,lalu aku akan duduk satu sudut di mana aku boleh usha dia dari jauh
  • bila dalam baris,aku akan duduk belakang sambil mata melilau cari kelibat dia..eheemm
  • kalau naik bus menuju ke padang kawad,kadang tu saja aku naik lambat mana tahu boleh sama bus dengan dia
  • kalau selesai kawad,saja aku jalan perlahan sampai aku boleh jalan sebelah dia tanpa dia sedar

well..hari tu semasa ke ceramah patriotik,aku boleh kejar dia dari belakang sampai at last kami naik tangga sama-sama ke dewan ceramah walaupun kami split up lepas tu

sori Mr NES aku tak tahu la apa tarikan yang kau ada sampai aku jadi begitu
tahap rare aku sampai aku harap dia ajak aku jadi partner dinner malam 7hb tu...arghh ini memang teruk
malah aku simpan hasrat nak ambil gambar sambil pakai one dress dengan dia
tapi itu semua cuma impian gila yang aku cipta

at last pada 8hb aku dapat juga ambil gambar sebalah dia walaupun sebenarnya kami ambil gambar in group
paling gila bila warna baju kami hampir sama dan Mr NES pakai baju outing semalam >_<' 



tolong aku padam nama Mr NES dalam jiwa sebab aku tahu ini cuma mimpi dasat aku pernah rasa untuk bulan ini...arghhh! 

sabah jatuh hati 1

perjalanan untuk di tauliahkan hampir dua minggu tak tumpah seperti annual camp
cuma bezanya kali ni aku tak duduk terperap kat hutan dan tak mandi
rutin pagi bangun awal sebelum jam 5 bersiap dengan baju no.3 sarung kawad kawad
yeah!..pagi lagi lokasi  adalah padang kawad

well..aku boleh simpulkan siang ku memang spent kat padang kawad.baju memang lencun teruq baq ang
kalau balik tu jemur belum tentu sempat kering..haish
duaminggu di sabah kerja aku kawad saja samapi satu level tona kulit mula berubah..ITEEM!

penat kawad belum hilang,malam pula latihan penerimaan watikah atau lebih mudah latihan terima scroll
disebabkan comission ini penuh istiadat,praktis sekali belum tentu kau dapat perform dengan baik
latihan harus berualang kali baru la jadi perfecto!

sudah la dewan canselori tu sejuk tahap gaban,maka tahap mengantuk memang mencabar mata
kalau tertidur kena tangkap pula dengan pegawai...memang masak la
haishh


p/s: satu fakta menarik.waktu di sabah awal sejam dari semenanjung,tapi aku cukup tak puas hati bila bangun waktu sabah,tido waktu semenanjung.kau bayangla tahap ketidapuasan mata aku nak tido.tambah pula cuaca di sabah itu sejuk...perghhh

Tuesday, July 9

realitinya

ambil dua tapak tangan,buh dekat pipi pukul lajulaju

dengan ini aku sudah tamat persekolahan untuk undergrad EnvTech 2010/2013
sekarang menanti keputusan akhir peperiksaan
menanti hari konvokesyen pada buan september
memulakan misi mencari pekerjaan

pada masa yang sama
aku budak hitam berdahi belang
selesai ditauliahkan sebaga pegawai muda
comission pertama selesai
baru pulang dari sabah dan masih sedang blur dengan apa yang terjadi duaminggu ini
masih jetlag
keliru waktu semenanjung lagi

masih berperang dengan keinginan diri


kisah lain aku akan update.perlahan lahan sedar dari realiti

Wednesday, June 26

belum ada nokhtah

paper terakhir untuk semester akhir dan sebagai pelajar tahun akhir undergrades...goal!
selesai
ok..to be honest orang lain pasti lonjak tinggi-tinggi paper da settle,tapi aku?..keluar dari dewan tanpa ada feeling.mungkin aku tak perform terbaik untuk last paper..hurmm

balik bilik,aku terus settle untuk misi seterusnya..ya sabah!
mood ke sabah sedang merudum jatuh pabila kakak asykar yang da sampai sabah asyik sogok aku dengan kisah durjana.bad impression..perghh semangat ke sabah sedang jatuh tergolek
tapi atas tugas aku pack barang.tutup segala perasaan.
sudah la p sana free.p sana di bayar lagi

so atas dasar tugas kau kena layan walau tak reda
barang sabah settle..hasil kiriman settle
barang ke rumah hampir settle

ok masih ada yang tak settle
thesis!..ohmy prada..correction da dapat dan aku belum pulun siapkan lagi
aku cuma ada pilihan jika aku tak siap sekarang,aku harus pikul masalah ni ke sabah.perghh sudi ke?
waktu di sana sudah la tak sama,aku harus adapt
selesai kerja sini,selesaikan kerja sabah
next mission cari kerja...heuheuheu

tamat undergrade..tamat sesi belajar.in future tak tahu la postgrade ke tak
lets time decide it

Thursday, June 20

gumpal kertas..bakaq!

mungkin silap aku tak kejar ikhlas tu.aku biar dia lari laju,jauh kedepan
mungkin kalau aku suka dan jatuh hati dengan apa yang aku buat ia lebih baik

aku tak rasa mahu ingat apa yang jadi hari ini
rasa mahu nanes berderu tak kesampaian
well,aku tak nafikan sampai sv aku pun tegur awat teruk sangat hari ni
yes dr,nasib tak di sebelah pihak saya
mungkin ada mistake yang saya buat and today i got the pay
hurmm....

apa yang jadi dan atmosphere yang aku rasa tadi kalau boleh aku nak lakar dalam kertas,gumpal dan bakaq!
mean aku tak mahu ingat atau kenang pun
well kata dr this is just the beginning..dr taw tak masa saya sampai orders berbulan yang lalu perasaanya tak la teruk macam ni
yes the question..memang bukan rezeki aku dan aku gagal jawap soalan yang diberi
walaupun naluri aku teka soalan benar malah aku sediakan jawapan sekali,tapi macam aku cakap bukan rezeki aku hari ni dan aku gagal menjawap dengan baik

well..to my dearest one,im sorry for kecewakan u with my horrible answer
its not i have try my best,the problem is i dont even tried it

ok..aku serah pada Allah yang terbaek.aku harap matahari bersinar selepas ini
2paper lagi,correction thesis dan sabah

mood please come back here
semangat tolong jangan pergi lagi >_<

Wednesday, June 19

gundah gulana

aku bangun pagi..seperti biasa tengok henpon dulu.matikan alarm yang dari tadi tak senyap dan aku masih lena
tutup alarm ,tengok pulak ada lagi ke notification lain..ok pesbuk.yahoomail.insta.wasep.

ok..tekan satu persatu..tengok email..eh ada email dari sv
di pagi hari yang indah,matahari sedang bersinar,aku click
tooooink..keluar mesej berbaur kurang senang

ini bukan kurang senang.ni tak senang duduk.aku yang masih bergomol dengan bantal terus celik.perasaan memang tak tergambar.nak nanes.buntu.stress.benci.menyampah.risau

ok semua perasaan negatif timbul di pagi hari and sure today are not going to be a good day
i pray to Allah semoga ia terbalik

tarik nafas.duduk.aku repli email sv.dengan penuh budi bahasa dan tatabahasa.
aku explain semula apa yang aku rasa.menagih simpati.memohon tarikan
send!


let see how my day will be going
esok da viva.sv siap pesan kat email dont lose sleep over it 
kalau la sv taw aku nak pecah otak pagi ni  >_<

Tuesday, June 18

minta izin suka kau boleh?

kalau aku suka kau tak semestinya kita kena pacaran
walau aku tahu suka aku kat kau buat aku tak keruan,kau jangan risau suka tu tak lama
kalau lama pun yang angau aku je,kau tak terlibat pun
kalau senyum sorang tu pun aku jugak,kau tak ada ini cerita

silap kau cuma satu..iaitu buat aku suka kau
siapa suruh kau buat chomel sampai aku da suka kau.
ke tahap jatuh hati tu belum lagi la,tapi kalau senyum sendiri tu dalam proses
level ukir nama kau kat atas kertas mungkin ada,tapi bukan pada kayu

aku pun tak faham,bila aku nak move on,pasti ada je yang akan buat aku suka
weyh..aku suka ang la..paham tak ni
rasa nak jerit kat weset je luah rasa ni
tapi aku risau kau pulak langgar tiang


aku da cakap jangan chomel sangat la >_<





 kalau speck ko besaq sikit mesti macam muka mat ni.cerah tu ada da =p

Monday, June 17

assume

aku,assume dan assumption

hidup ni bila nak nampak mudah aku assume je
tengok la aku assume untuk kearah negatif atau positif

well..bila aku assume,aku yakin aku tak perlu perah otak kuat-kuat nak dapat jawapan
perkataan 'assume'  buat hidup aku semakin senang

hurm..aku assume kau tak suka dia.pastu aku buat konnlusi sendiri
buat apa aku kerah tenaga tanya kau suka dia ke tak..buat letih badan,buang tenaga
kan seronok assume.aku bole buat orang percaya bahawa assume aku tu 101% betol
assume ni macam gosip.so aku sebar dengan mudah



p/s:aku assume mesti kau tak paham kisah assume.sebab aku pun

Sunday, June 16

ketulusan hati

malam ni meleleh lagi
air mata mencurah
turun berderu-deru

satu perasaan datang..terlalu halus..terlalu nipis
ngaku diri asykar..tapi part meleleh tu harus laju

ya!..layan dua movie.tengok video kat cstbreed.dengar lagu
aku meleleh..sekali dua tahan lagi..ni berderet.mata bengkak-bengkuk
tengok cite melayu nanes.cite hisdustan nanes.cite omputih nanes.cite katun nanes

hasihh kartun betol la jiwa aku ni.tak kental langsung.meleleh tu laju je.


dan sekarang aku sudah insomnia.thesis punya hal
ini la final semester yang rare >_< 

Tuesday, June 11

kriuk kriuk

ni bukan aku.ni askar.sabah lagi duaminggu..sabaq naa

Thursday, June 6

say it loud

rasa itu kalau kau tak luah boleh jadi parah
perasaan itu bila kau simpan dalam diri akan makan diri
sebab itu sekeliling kau ada manusia
mereka bukan hadir for nothing but for reason of something

manusia ni mampu tolong kau ringan kan sedikit apa terpahat dalam dada
sebenarnya aku bukan nak minta simpati pun,cuma aku nak kosongkan sedikit ruang beban yang ada dalam jiwa
kadang tu akan nak mohon sedikit kata buat aku jadikan motivasi untuk terus hidup
aku mungkin tak perlukan seperenggan ayat,tapi sebaris kaa sudah cukup memadai

ya..Tuhan..Dia ada mendengar rintihan hati aku
Dia sentiasa ada walau kadang aku terlupa wujudnya Dia, bila aku leka dengan dunia
Dia Maha Mendengar,Maha Mengetahui..tapi kadang tu aku sendiri yang sombong pada Dia

ada yang perlu aku betulkan dalam diri ni
aku mahu cari redhaNya

Tuesday, June 4

kesempatan ini

dalam keadaan mental tahap mendukacitakan aku mohon beri aku kesempatan selesaikan tugas ini dan mencapai kesempurnaan

aku tahu aku cuma insan...lemah..ya lemah..tapi jauh sudut hati dan sanubari aku harus kuat,mesti kuat
kalau perkara mudah aku da jatuh tergolek-golek,akan ada perkara lagi besar tengah tunggu
dan takkan aku nak biar ia tergolek dengan redha dan pasrah

tidak!aku harus kuat,aku harus bangkit
masih ada masa
aku tahu Tuhan ada sebab kenapa dia buat aku begini

hujan tak akan turun setiap hari
aku kena yakin pelangi aku muncul tak lama lagi

terus positif..terus mara..terus kuat =)

Saturday, June 1

june da datang

terlalu pantas jarum saat bergerak.sekarang da jun dan akan ada banyak tugasan,urusan,tanggungjawab harus di selesaikan

kita mulakan dengan
pertama penghantaran draft thesis
kedua viva fyp
ketiga final exam for final semester dan final year
keempat packing barang untuk rumah
kelima packing barang untuk sabah
keenam bertolak ke sabah
ketujuh selesaikan urusan di sabah
kelapan pembetulan draft thesis sebelum submit yang final
kesembilan jimba dengan gang EnvTech
kesepuluh jimba dengan asykar CJ


perghhh...ni baru yang aku teringat.perkara yang aku tak mampu ramal
june tolong bergerak perlahan.benarkan aku menghargai setiap saat yang hadir ni ^^

Thursday, May 30

ia selalu ada


aku dan video matlutfi haruslah tak tertinggal.kechomelan mat yang terlampau buat hati aku cair
well,mungkin ada yang kata rupa dia biasa,tapi lihat otak dia,cara dia berfikir...perghh boleh jatuh hati kot
video terbaru yang aku rasa baru di upload malam tadi,rata-rata ramai da tonton dan apa yang cuba disampaikan memang thumbs up!
seyes aku nanes..ko kena lihat,ko kena faham
 
berikut summarize video tu da aku ambil ayat ni dari fesbuk =)
 
Harapan selalu ada. Itu yang saya percaya.

Jika berdosa, bertaubatlah. Jika berdosa lagi, bertaubatlah lagi. Berkali-kali. Dengan rasa penuh penyesalan dan keinsafan. Jika diuji dan tergelincir lagi, bertaubatlah lagi. Lagi. Lagi. Lagi dan lagi.

Ketahuilah Allah itu tidak bosan sebagaimana bosannya manusia.
Dia Maha Mengetahui hati kita, Dia Maha Memahami Keadaan kita. Dia tahu kita usaha keras. Dia tahu kita saban malam menangis mengadu kepadaNya. Dia tahu kita bukan sengaja-sengaja, sewenang-wenang nak ingkar kepadaNya. Dia tahu, walau berulang kali kita terjatuh, kita rajin bangkit semula bertaubat kepadaNya.

Biarlah kita mati dalam keadaan berusaha, dari mati tak buat apa-apa.

Rakan-rakan, kita semua pendosa.
Jangan resah dan gelisah seakan tiada lagi cahaya

Allah bagi kita hidup,
tandanya Dia sedang berikan peluang untuk kita masuk ke syurgaNya.-hilal asyraf

Tuesday, May 28

baru nak mula

siang semalam satu makan tengahari telah berlangsung
ia merupakan event pertama kali setelah enam semester..makan bersama lecturer
bila sedar tinggal sebulan je masa untuk aku settlekan undergrade program ni
masa berlalu pantas

rasa sedih pun ada,rasa janggal pun ada
makan siang yang mungkin pertama kali dan juga terakhir
selesai makan,sesi fotografi dan semua pakat tak duduk diam bila nampak camera
kalau dilihat angka umur dengan perangai masing-masing memang tak achieve equilibrium kot

makan sudah..kenyang sudah

antara kami masih sangsi apa haluan harus kami pilih
sambung postgrade atau kerja

Dr H cakap..
saya tak boleh decide apa yang kamu pilih,even anak saya sendiri pun saya tak tahu apa dia mahu.setiap orang berbeza,tapi yang penting bila kamu buat sesuatu selesaikan ia dengan sempurna




p/s:ada kebenaran di situ,tak kisah la sama ada kita minat atau tidak,sedia atau tidak kerana lambat atau cepat perasaan baik itu akan datang.bila semangat itu ada,keinginan itu mahu dipenuhi,pasti kita akan sempurnakan dengan sebaik mungkin kerana disitu kita akan dapat kepuasan ^^



Sunday, May 26

misi tercapai

aku suka background ni =)





at last..misi aku ke taman negara tercapai..hampir 4semester aku tunggu.da final year baru dapat kesempatan
sebenarnya masa first year interaksi day buat kat sini,tapi gara-gara aku terlalu naif dengan latihan tempatan time tu,aku korbankan diri tak pi.
hari interaksi clash dengan hari interview jadi asykar.hurmm...sedih~

aku takboleh tamak,kalau aku nak sesuatu,aku kena belajar untuk let go sesuatu juga walau aku tahu aku akan sedih at last

tapi takpe..hari ni 26mei aku sampai juga...*senyum ^^



Saturday, May 25

100+

ini memori

malam tu malam pra annual camp
esok kami akan masuk fasa medan.untuk elak dehidrasi,semua  kena minum 1.5L air masak

aku paling lemah part ni.minum sampai aku rasa air da masuk otak.serius pening weyh,nak pula minum sekali jalan.memang belahak la..kesan kenyang air

Staf Nis bawa air 100+ malam tu,jumlahnya tak banyak.cuma setengah dari jumlah asal botol 100+  1.5L.syaratnya semua kena rasa kalau 50orang dalam baris,50 mesti rasa air tu walau setitik..the worst part bila barisan hadapan gagal kawal nafsu.aku yang berada di barisan ketiga menanti dengan debar,masuk barisan kedua air mula kurang dan habis sebelum barisan ketiga dapat

Staf Nis sudah berang.benda mudah tak boleh buat.malam tu pula mood tak berapa baik,maka barisan pertama dan kedua yang sudah rasa air tadi di minta keluarkan air tadi semula..arghh paling haru barisan ketiga la sebab air 100+ yang tadi sudah habis..magis!..sudah penuh semula.malah ada bubble sekali.itu gas karbon dioksida yang terhasil

sekarang da penuh..ok nganga mulut minum

Thursday, May 23

tak tercapai

aku kena sedar dan mula menyedari
aku kena bangun dan terus bangkit

ini kisah dunia
ini kisah alam
ini kisah manusia

tak semua yang aku mahu aku boleh capai
kalau aku tak dapat capai mesti Tuhan sedang bantu aku untuk capai perkara yang lebih baik
aku kena belajar terima hakikat,terima kenyataan

bukan semua yang aku suka aku akan dapat
kerana ada perkara itu bukan milik aku,bukan untuk aku

aku tahu rasa itu pahit,tapi ia lagi perit bila aku tak bangkit,..terus selesa dan nyaman dengan kondisi yang aku tak patut buat begitu

manusia dan kehidupan memang rumit

Wednesday, May 22

da tak jatuh kot

aku rasa dah tak jatuh hati kat dia kot.sebab sabtu lepas masa makan sama-sama aku tak rasa nervous apa pun..relax je..chill je.takde la pulak gelabah biawak.
aku rasa macam sejarah pula bila makan di kepsi di malam hari berbaju kurung.itu sesuatu yang aku tak boleh nak bangga.malu pun ada.memang la makan dengan satu skuad,tapi cuma kami berempat dan macam dua pasangan sedang bercanda..argh ini rumit.

macam mana aku boleh terjebak aku tak pasti.sama ada ini suratan atau kebetulan.tapi agak rare juga ya di situ.kami yang sepatutnya kena dengar carrier talk last-last jadi skuad talk.mujur tiada muka yang dikenali boleh buat aku terserempak,kalau tak sure jadi bahan.sudah la aku ni species susah berbaju kurung,nak pulak malam hari sambil berpin rama-rama di bahu kanan dan kiri.kalau la ada yang lihat,memang aku tutup muka pakai pinggan la gamaknya

kalau nak di ikutkan makan bersama ni da selalu,tapi dalam jumlah yang ramai,tapi bila berempat lain pula rasanya.tak pe la.bila lagi ada peluang begini.lepas commission ni aku yakin semua akan bawa haluan sendiri.kalau ada nak jadi askar,maka akan continue dengan life askar,kalau ada yang da malas jadi askar,jadi biasa-biasa aje la nampaknya.



bila aku duduk diam sorang-sorang,aku senyum ingat kisah aku dan PK gila.macam mana kami mula bertegur,merapu sesama sendiri..entah la...mungkin aku suka dia untuk beberapa perkara.dia punya kisah hidup menarik 

Tuesday, May 21

kefahaman

bukan semua atau setiap perkara kau akan faham
ada sesetengah tu kau kena fikir jauh sikit baru boleh faham
tapi kadang-kadang makin kau fikir makin kau tak faham

seronok juga bila kau tonton sesuatu kau tak faham.disitu kita boleh lihat betapa tahap kefahaman kau sudah ke laut
aku tak boleh paksa untuk kau faham sebab setiap antara kita punya cara tersendiri untuk interpretasi sesuatu

bila kau tak faham jangan marah diri sendiri..bukan sebab kau bengap cuma ilham kefahaman belum sampai.
aku tak tahu kau mungkin tak faham kenapa dia gelak..sebab kau tak faham apa yang dia gelak
dan aku tak ada kefahaman yang sama untuk gelak bersama mereka

ok..faham semua sekali

Sunday, May 19

garisan penamat

pertama aku ucap syukur latihan tempatan minggu ini sudah berakhir
ya..dengan tahap lenguh kaki yang boleh tahan hingga aku pancit waktu 3minit pagi tadi.aduhai malu baq ang..tapi apa daya aku da jalan macam zombie.

semalam seharian kawad dan tona kulit berubah pantas.sudah la untuk mencapai tona kulit cerah makan masa,tapi nak kasi gelap separuh hari sudah cukup ada garisan di dahi..haish

sesudah senam pagi,borang tapisan keselamatan pula harus di settlekan..pergh memang kebas tangan,lenguh jari..berapa banyak punya borang nak kena isi,siap cap jari amik sekali.bukan senang nak join asykar ni,segala butir diri di ambil kira.bag pack juga sudah di pulangkan dan aku membelai weapon tersayang cap 221.aku gilap penuh kasih,ya selama 3tahun dia banyak berjasa.asal fasa medan memang aku jaga betol-betol dan pernah tersilap jaga weapon tu,aku kena hentam,serius rasa nak nanes tapi aku tahan..huhu

aku pasti tiada peluang bersama cap221..tido bersama.sampai aku buat bantal peluk la senang cakap.cium sudah,belai pun sudah.

perlahan-lahan aku mula tinggalkan kehidupan yang aku akan rindu.bulan depan sudah packing barang untuk commission.ya naik pegawai pula.nak sambung ke tak aku tak sure.kadang-kadang tu rasa macam nak,tapi entah,lets time decide it

banyak benda aku belajar..banyak benda aku rasa..aku tahu kisah hidup ini mahal.aku akan simpan rapi

terima kasih gang ^_^

senyum

hati sedang senyum tapi ekspresi muka penuh ego

hari ini janji ditunaikan..aku yakin dia lupa,tapi itu tak apa..janji terlaksana sudah cukup buat aku selesa
asalnya ia bukan untuk aku,tapi aku tak tahu malu pergi tumpang sekaki

hari yang panas
waktu yang panjang
malam yang menarik..tekak hampir terkeluar tergelak-gelak

ketahanan perut tak makan sejak tengah hari terbalas dengan snack plate...^_^

(sepatutnya ke carier talk,tapi tempat lain melencong...hasih) 

Tuesday, May 7

pertama kali

lima may dua ribu tiga belas..pilihanraya umum ke tiga belas
aku dengan semangat anak muda berkobar dan membara selesai membuang undi jam tigalimabelas petang di sekolah jalan empat


saya sudah =)  *da macam inai je




ada dua jenis kertas...satu wakil parlimen,satu wakil dun
setiap kertas ada dua wakil dari dua parti berbeza
aku pangkah sapa?...itu rahsia..lainkali ke..inikali ke
keputusan da keluar..siapa juara kita da tahu

tapi sori ada satu kertas ni aku gagal buat pilihan,maka bila aku buntu mula la buat rare dan tercatat sejarah bahawa aku la antara perosak undi...(maaf aku buat keputusan rare..sori nation)

kalau la ku beratur dekat duajam mungkin aku dapat buat keputusan..sebab aku tunggu tak sampai setengah jam..aku bertindak rare..maaf..aku hanya newbies

well malam itu keputusan mula dibaca dan aku sedang asyik di OneUtama.rondaronda cuci mata,maklum la ayah harus bertugas malam tu dan kami saja bikin semak
keputusan da keluar dan kalian sudah tahu apa yang kalian nanti.aku tak maw komen banyak cuma aku nak share post Nami yang aku jumpa kat febuk


kata Nami:
lepas maghrib aku dah check results PRU13, mula2 going great, oh pas tngah lead, dap tengah lead, pr tngah lead, dah lama sikit, dapat news lampu padam, peti undi hilang, peti undi tambah, pukul 11 peti undi tambah??? lah, kenapa tak cakap boleh undi sampai pukul 11?? no, i will not congratulate the winning party because this is OUR election, and you guys simply make it YOUR election, i'm sick of this, a better nation? after all the magic tricks you've done? yeah, really the example of a better nation, kudos to BN, you've done it again 



p/s:aku tak maw komen banyak...... sekarang dok timbul macammacam isu..benda tak akan habis.kita dok gaduh sakan,yang senang pun orang atas tu..kita habuk ja dapat.parti mana yang lead aku tak kisah,tapi siapa yang lead,kalau pemerintah itu boleh jujur,adil,takwa dan segala yang ada unsur baik,sila go ahead.yang kita kena ingat hidup senang di dunia bukan jaminan akan senang di akhirat.jika harta dunia yang kita puja,well paham sendiri la naa


Wednesday, May 1

in my opinion


I may disagree with a person on some things, but that doesn't mean that I disagree with that person on everything.
 I may agree with a person on some things, but that doesn't mean that I agree with that person on everything. 
- AimanAzlan -



setiap antara kita ada cara tersendiri melihat sesuatu. 
kita juga punya maksud tersendiri dalam mengatakan sesuatu
kadang-kadang niat kita ada maksud tersendiri
cuma bila kita tersalah tafsir lain pula perihalnya
bila kita tersilap faham lain pula maksudnya
warna rambut mungkin sama,warna hati tetap sama tapi penerimaan setipa antara kita berbeda