Friday, April 26

true or dare

ini game aku baru main tahun ni
main bersama akak thundercats...ini yang pertama dan mungkin terakhir
permainan agak lucu bila kena mangsa yang sudah di beri target awal..turn aku soalan tidak la sampai pecah kepala,dan aku pilih true

tapi aku noticed sesuatu..nama si dia..ya dia yang aku ada crush sikit untuk 3tahun nie..dia yang aku ada main mata duaminggu sudah..dia yang aku ternanes untuk reason merapu..dia yang teman aku suruh lupakan dan move on

ya..dia yang sebenarnya rupa cuma biasa..tapi dia ada karisma tersendiri.walaupun akak thundercats kata tak suka sama dia,tapi nama dia yang banyak terucap dalam pesta malam tadi.dia yang banyak akak thundercats menyampah..tapi nama dia dan soalan berkenaan dengan dia sering di tanya.
nampak tak..bertapa dia mendapat tempat dia hati akak thundercats.dalam setiap acara aku perasan mesti ada nama dia

ok la..secara personal..so far yang aku nampak kat dia..yang aku tengok kat dia..ok je..tak la teruk mana.tapi ada la teruk sikit.tapi kadang tu ada manfaat juga.kalau la teman aku tahu,bila aku sedang down,dia akan muncul sebelah dan beri tips untuk maintain cool...heee
kadang tu aku perasan dia ada satu tarikan..well tak semua ada.jangan dia ni species ayat gunaguna dah la..huhu

tapi ada satu hal aku tak puas hati.aku tanya soalan pada satu cikaro ni.well aku tengok status dia semacam je.kata orang,status kita melambangkan personality kita.dan aku selalu persan bila soal pesbuk dia berkongsi soal chenta dan aku tertarik untuk bertanya jika ada yang bertakhta di hati.

aku tahu dia tak berkata benar..aku tahu..dan aku tahu..ini semua poyos..well soalan aku cuma terbatas dalam skuad je.yang aku paling tak boleh blah bila dia tanya aku ada apa-apa dengan si kecik tu ke.welll si kecik tu bukan skuad aku pun dan aku rasa she has no right to ask me that question.itu da keluar topic and this is the second time she ask me.sooo apa masalah lu sis,you have no right to stop me to flirt dengan sape pun..ye dak,,nampak sangat cikaro ni intai wall aku...haish

stress ok..tanya sekali da la.do you need to repeat over n over again.what did you expect from my answer.if yes pun..for sure kau akan nampak aku tukar status dari widow ke married...puas hati

Thursday, April 25

cita dan chenta

antara cita-cita dan chenta...bawa aku terbang

cita itu boleh jadi no1,dan chenta itu boleh jadi bukan no 2
atau
chenta itu jadi no 1,dan cita itu boleh jadi bukan no 2
 pening?

well..to make it simple..cita dan chenta kena jalan sama-sama
sebab?

ok..to make it clear..bila kita chenta dengan apa yang kita buat,for sure kita akan buat sesungguh-sungguhnya..betol tak?..bila rasa chenta tu tak ada mula la buat ala kadar je.bila sepenuh hati,sepenuh jiwa,sepenuh raga kita place pada cita tu or apa yang kita buat,inshaAllah semua di permudahkan.

lets say..kau nak pikat cikaro.hati tu kalau da suka,mata kalau da berkenan..lautan akan aku redah,kilat akan ku tempuh.logic tak?..cikaro punya hal,kau sanggup sacrifice.
sama la macam cita-cita.bila kau da jatuh chenta dengan kerja kau buat,sure kau akan start dengan mantop dan berkesudhan dengan mantopss jugak

kalau dulu aku oernah ada cita mahu jadi pilot,cita itu masih mekar
cita aku mahu buat yang terbaik,jadi yang terbaek dan rasa terbaek.kalau kita baek,maka baek la laluan kita.well aku perlu admit aku manusia normal,kalau aku da terlajak jauh mohon kejutka aku dari lamunan ^^


p/s:semalam ketemu anwarhadi.tapi aku tak amik gambar bersama sebab aku rasa tak perlu kot.cukup untuk lihat dari dekat sambil jiwa lonjak gembira kerana warna baju kami sama..heee.mungkin kalau aku berbajukurung biru mungkin aku da gewdiks semacam sebab dia berbaju melayu biru =p 

Wednesday, April 24

mulut punya kisah

benar kata bidalan..kerana mulut badan binasa..kerana nila rosak susu sebelanga

aku tak pasti perlu rasa bersalah atau ia memang salah aku atau aku rasa bersalah masa sendiri
kata orang jangan sebarkan aib,ya..ak cuba tak buka pekung di dada hanya berapa kerat sahaja yang tahu atas sebab personal.cerita aku yang cuma ingin dapat kesahihan bertukar jadi kisah lain.mula pula timbul isu sebar fitnah,sebar propa..dari kisah yang tahu hanya beberapa orang akhirnya jadi semua orang tahu dan mulapersoalkan.

kata dia nak tutup aib.ok..aku tak jaja apa.mereka kumpulan kecil tak jaja apa.tapi kerana sikap ingin tahu terlampau dari seseorang lain perkara ni umpama virus melanda dalam negara.dari satu pihak terbabit,sekarang da banyak pihak mula persoalkan..sigh*

haish dis week ada inspection lagi..harap sangat ia tak jadi.kalau ada aku da bole rasa gelombang hell night nak mai minggu ni...arghhh aku semakin menyampah dengan semua ni

Monday, April 22

dia datang

dia datang tadi
baru je..beberapa minit yang lalu
tujuannya dia mudah malah aku tak menjangkakannya
dia dan dengan niat,niat mohon kemaafan

aku yang sedang menikmati tiramisu jadi kelu,terkasima,terdiam
dalam fikiran mula aku fikir sekarang dah bulan syawal ke?..
(well sangat common bila orang mohon maaf bila tiba hari raya,kalau bukan hari raya memang jarang dan aku rasa boleh bilang)

 niat dia suci,niat dia murni..minta maaf ni perlu lagi-lagi sebelum tidur,maklum la kau tak tahu billa nyawa dicabut,tak kan kau nak mati dalam keadaan kau benci seseorang,well to be honest hati kau tak rasa lapang kot bila rasa marah,dendam tu kau biar exist dalam diri.
serius ini benar.bila kau mula maafkan dia kau akan rasa satu beban sudah kecundang

back to topic..aku harap dia yang datang with good niat,aku harap bukan la satu action yang tak dijangka terjadi....hurmmm

lets pray that everything will be nice =)

Wednesday, April 17

malamku bermimpi

hujan turun tengah malam tadi..agak lewat kerana 5lebih pagi tadi hujan masih turun membasahi bumi.aku dalam separa sedar menjadi nujum,menjangka hujan bakal turun lama dan mohon pada Tuham supaya berhenti jam 7am nanti.

sangkaan aku meleset pabila azan subuh sudah berkumandang dan hujan sudah berhenti.
dalam posisi mata separah terbuka aku melangkah untuk bersiap baris pagi..ya..hari ni hari rabu,kami ada baris pagi.

tengah malam itu aku bermimpi bahawasanya Muthu sudah terpekik terlolong suruh kami pergi baris.dan lebih rare aku sempat mimpi  Muthu panggil dari tingkap-ke-tingkap.dan aku dengan pantas sorok bawah meja kononnya aku tiada di kamar.memang rare mimpi Muthu pada waktu dan masa yang aku rasa tak patut muncul.sumpah mata berat dan aku dok usha baru 5.30am..walhal 6.30am da kena baris..haiish malasnya

gara-gara mimpi tadi,petang tadi aku terserempak dengan Muthu sambil usha pelik pada aku
muka macam minta selipar je aku rasa >_<''


sepatutnya begini





ini keadaan sebenar

Tuesday, April 16

siap sedia

mid sem break sudah tamat.bila di kira aku ada lagi tujuh minggu sebelum studyweek dan juga final submission full thesis.well to be honest,aku masih belum run experiment and aku masih menunggu chemical.kalau experiment belum run,so for sure aku belum start writing.

just imagine,first sample supposed to be this upcoming thursday,atas dasar yang kurang jelas ia di postpone pada upcoming tuesday.so,aku patut sedih atau gembira..aku keliru.but for sure,dengan chemical tak ada aku still tak boleh run experiment ni.

mungkin aku kena superpositive..well there must be reason behind aku tak start sejak awal seperti orang lain.apparatus da siap sedia.chemical tak ada.aigooo nanes airmatadarah please.da tak larat nak stress untuk ini.

start writing?..ilham..idea..rajin..please datang
chemical please muncul
time..please slowdown your ticking

bila difikir balik...less than 80days aku sebagai final year student
resume..kerja...belum start lagi

please wakeup!..jangan rasa selesa sekarang >_<



Monday, April 15

sakit yang perit

setiap penyakit itu ada penawarnya
setiap penyakit itu ada puncanya..ada penyebabnya

sakit itu memang perit.sakit itu buat jiwa aku rasa terjerit-jerit
sakit itu buat aku tak keruan
sakit itu buat aku jadi rare
sakit itu buat aku tak mampu fikir dengan baik

yea aku sakit..sakit rindu
rindu mahu pulang tapi belum ada kesempatan
sakit yang buat aku ingin keluar dari pulau ini
sakit yang aku yakin penawarnya cukup mudah..jumpa sama emak..jumpa sama ayah..jumpa sama kamar
sakit ini ubatnya bukan la dadah yang harus aku benarkan mengalir megah dalam darah

pecah rekod semester ini kerna aku tidak cuti lama.ada pun pulang ke rumah sebulan lalu itu cuma transit sebelum aku ke selatan

aku mahu pulang..dan kali ini aku nekad

Sunday, April 14

cuti tamat


hari ini hari ahad
hari esok hari isnin
hari ini cuti tamat
environment polisi aku masih belum siap

hari ini cuti tamat
hari ini belek buku
hari ini aku baru sesal teramat
masih ada kerja belum ku sentuh 


*aku cuba berpantun tapi gagal.aku dan pantun tak punya jodoh panjang =_=' 

Saturday, April 13

perasaan itu

aku tak pasti jika ini normal atau abnormal
suatu perasaan bila kau crush pada satu orang tapi at the same time with different person kau rasa selesa untuk berkongsi cerita pada yang lain

satu situasi..kau suka A..tapi kau selesa untuk merapu dengan B.so siapa yang kau suka sebenarnya.ke aku sendiri sedang tamak untuk dapat semua tu...ishishish

tapi si B mahu seseorang yang baik akhlaknya..dan aku?
lihat chermin..lihat dengan teliti..apakah aku baik akhlak?..hurmm..fikir dalamdalam

kata teman aku harus move on dan lupakan A.kerna teman kata aku deserve yang lebih.ok tak dinafikan si A agak rare.tapi entah.kata teman suka aku pada A sudah lama cuma aku menafikan.
kata teman aku harus move on,tapi masalahnya aku main mata dengan A.arghh...
kata teman, A tu tak punya rupa,dan aku akui cuma ada suatu tarikan ada pada A walaupun dia rare.

dan B..hurm...adorable..baik akhlak walaupun B nakal dengan cara sendiri
aku dan B pernah ada kisah rare..

ya aku tamak
itu la kehidupan seorang single..bukan mencari chenta pun.cuma cari pasal

well kalau kau suruh aku pilih untuk couple..maaf aku cuba untuk tak hadirkan word itu dalam hidup
aku cuma mahu warnakan hidup dengan perkara yang rare

well bila kau duduk sorang diri sambil hadap laut bertemankan secawan kopi,kau akan senyum sendiri dengan keletah jiwa yang entah apa-apa

ukur baju

fitting baju tauliah yang harga rm1.5k untuk kali kedua berlangsung semalam.fuuh baju yang muatmuat pada badan.pada fitting pertama aku hampir nanes dengan baju ketat itu dan usaha sedaya upaya untuk jaga makan dengan harapan muat baju ni untuk fitting kedua.ok memang muat dan muatmuat.kata CI aku da serupa pakai kebaya sebab baju tu terlalu sempit dan aku siap cakap kat tailor tu kalau dalam masa duabulan badan saya naik macam mana.tak rasa nak mati ke pakai baju ni.

namun apakan daya,tailor tu siap cakap awak kena la jaga badan tu jangan kasi naik.wakluu aku tak mampu kawal nafsu makan bila nafsu tu nakal terlampau...haishh
setelah CI bising dan bising dan setelah 5pasang mata dok tenung aku dalamdalam,akhirnya Pak Brahim selaku tailor harus akur untuk besarkan baju aku...
yesyes..misi berjaya dan aku boleh makan dengan seronok ^_-

apakan nasib bila tailornya lakilaki,sure la dia nak tengok cikaro tu pakai baju ketatketat..apa ke rarenya dia.gila apa nak aku berkawad dengan baju ketat.ingat ni fashion show ke...arghh...stress aku
aku makin stress bila 5pasang mata adalah lakilaki.malu weyh..tapi nak buat camne da dunia a**** ni dipelopori kaum lakilaki..ingat aku suka tayang badan kat pacik tua ni..stresss  x_x

Wednesday, April 10

kem terakhir

ya..dan seperti biasa,bila orang lain sedang berpesta dengan bercuti,tak kira la cuti midsem atau finalsem aku tetap setia dengan kehidupan asykar.bila dikira semula sejak tahun pertama aku tak pernah rasa midsem break dan semuanya dipenuhi dengan training.tahun ini dan semester ini agak rare kerna aku cuma pergi kem selama 3hari je,well its supposed to be 7hari.aku cuma ikut menembak itu pun kerna aku tahu ini peluang terakhir nak menembak guna weapon bagai ni,lepas ni tak merasa dah unless aku tergedik-gedik nak lapor unit.

so,jumaat lepas bersamaan 5April aku dan beberapa asykar lain berangkat ke Gurun.kisah 3hari yang tak berapa menarik.setakat tembak MGKA dan M16.baik la secara jujur aku memang tembak udara dan tanah sahaja.walaupun papan target terbentang indah,itu cuma propa sahaja.misi untuk tembak tepat pada target memang tiada.lain la dulu semangat berkobar,tapi kali ni entah la.barangkali terlalu banyak yang berlegar di minda atau aku mula rasa buhsan dengan rutin ni semua...aku rasa jawapan tepat aku homesick,tu yang semangat hambar..haha

lorong hutan dan snap.yeah bak kata stap macam tembak Red Indians je.penat papan target tu terpacak,tapi aku tak aim tu,cuma mencari monyet liar buat jadi mangsa..heuheuheu

seperti tahun lalu,aku join acara jatuh piring.well to be honest nama aku tak tercalon pun,tapi aku tergedik-gedik sangat.so aku tanya pada sesiapa yang tak sudi untuk tukar dengan aku.puncanya mudah.pertama,alang-alang nak cuci senjata tu,biar cuci teruk sikit,setakat tembak kesan 10butir peluru buat penat je,baik cuci kasi kawkaw punya.so aku join sindiket empat dimana dari empat orang cuma aku sorang je lady dan nama group tu Juvana3...ok..motif sangat.

saingan Juvana3 adalah Junior1.fine group 1 pasti penembak handalan.takpe la kita redha dan redah je la.dan seperti dijangka Juvana3 gagal ke pusingan seterusnya.cuma 2 dari 10 piring jatuh dan aku mental masa sendiri.mana taknya geng Juvana3 sempat lagi membebel lepas gagal tembak walau 1piring..mana tak sedih 3sindiket lain dari Senior berjaya tapi kami kecundang.

ini kem terakhir dan aku tak ikut fasa untuk pandu arah..alasannya mahu siapkan fyp.

Thursday, April 4

aku pun nak =_='

ni semua kisah dunia
ni semua kerja gila
kalau pesbuk tak buat hal,aku yakin aku masih stabil
ni belum usha page insta lagi...ngrr

rata-rata gambar kat pesbuk gambar manusia sedang melancong dan jalan-jalan
tak kisah la main bola pantai ke,diving ke..posing hadapan building lejen di London ke
tapi aku sedang cemburu.aigoo kat mana depa curi duit ni.ce kasi aku sikit boleh buat modal passport lalu tiket penerbangan serta makanan,minuman dan penginapan.duit untuk jimba jangan lupa k

aku nak p oversea jugak weyh.duduk over the sea ni panas kot.
rarenya tak rarenya walaupun tido,tekak boleh perit minta air tengah pagi