Wednesday, April 10

kem terakhir

ya..dan seperti biasa,bila orang lain sedang berpesta dengan bercuti,tak kira la cuti midsem atau finalsem aku tetap setia dengan kehidupan asykar.bila dikira semula sejak tahun pertama aku tak pernah rasa midsem break dan semuanya dipenuhi dengan training.tahun ini dan semester ini agak rare kerna aku cuma pergi kem selama 3hari je,well its supposed to be 7hari.aku cuma ikut menembak itu pun kerna aku tahu ini peluang terakhir nak menembak guna weapon bagai ni,lepas ni tak merasa dah unless aku tergedik-gedik nak lapor unit.

so,jumaat lepas bersamaan 5April aku dan beberapa asykar lain berangkat ke Gurun.kisah 3hari yang tak berapa menarik.setakat tembak MGKA dan M16.baik la secara jujur aku memang tembak udara dan tanah sahaja.walaupun papan target terbentang indah,itu cuma propa sahaja.misi untuk tembak tepat pada target memang tiada.lain la dulu semangat berkobar,tapi kali ni entah la.barangkali terlalu banyak yang berlegar di minda atau aku mula rasa buhsan dengan rutin ni semua...aku rasa jawapan tepat aku homesick,tu yang semangat hambar..haha

lorong hutan dan snap.yeah bak kata stap macam tembak Red Indians je.penat papan target tu terpacak,tapi aku tak aim tu,cuma mencari monyet liar buat jadi mangsa..heuheuheu

seperti tahun lalu,aku join acara jatuh piring.well to be honest nama aku tak tercalon pun,tapi aku tergedik-gedik sangat.so aku tanya pada sesiapa yang tak sudi untuk tukar dengan aku.puncanya mudah.pertama,alang-alang nak cuci senjata tu,biar cuci teruk sikit,setakat tembak kesan 10butir peluru buat penat je,baik cuci kasi kawkaw punya.so aku join sindiket empat dimana dari empat orang cuma aku sorang je lady dan nama group tu Juvana3...ok..motif sangat.

saingan Juvana3 adalah Junior1.fine group 1 pasti penembak handalan.takpe la kita redha dan redah je la.dan seperti dijangka Juvana3 gagal ke pusingan seterusnya.cuma 2 dari 10 piring jatuh dan aku mental masa sendiri.mana taknya geng Juvana3 sempat lagi membebel lepas gagal tembak walau 1piring..mana tak sedih 3sindiket lain dari Senior berjaya tapi kami kecundang.

ini kem terakhir dan aku tak ikut fasa untuk pandu arah..alasannya mahu siapkan fyp.

No comments:

Post a Comment