Wednesday, October 31

hati vs hanger


Bila hati terasa akan wujudnya rasa pada seorang manusia, ketahuilah bahwa itu adalah hadiah paling indah dari Tuhan


kalau la hati aku ni macam hanger memang aku sangkut rapi-rapi hati tu
aku pastikan hanger tu kuar..tak kisah la cap apa pun..janji hanger berkualiti.kalau ada cop sirim lagi aku suka.maklum la nak sangkut hati ni kena kuat supaya nanti bila tergantung tak la jatuh bersepah-sepah.

tapi disebabkan pandangan mata yang sentiasa terkinja-kinja,maka aku masih gagal cari hanger yang kukuh.boleh jadi pelaburan ku pada hanger masih kurang.perlu ditambah lagi kosnya...hurmm

Tuesday, October 30

lara lagi


tatkala cintaku berbisik
 
suaraku memuji TUHAN
 
pabila rindu terusik
 
rasulku jadi pilihan
 
di saat cinta jadi taruhan
 
dirimu menjadi impian 
 
 
bila kau semakin dewasa kecenderungan penggunaan bahasa mampu bikin si saintis bertukar sastera
berkisah soal jiwa muka ganas mampu bertukar ke hati cute
kalau singa garang mampu dijinkkan kan..ini kan pula ego tebal yang akhirnya cair seperti ais batu
 
 
 
tinggalkan semua ilusi
kerna ia satu fantasi
pantaslah berimaginasi
kerna ia akan menjadi satu realiti ....~via GJK

Monday, October 22

sebak tibatiba

walaupun aku dilatih menguatkan emosi dan mentaliti diri,tapi aku hanya manusia biasa.aku hampir tewas sebagai akak asykar semalam.air mata hampir mengalir tatkala kami baris petang semalam.mujur petang itu hujan turun renyai-renyai.aku masih mampu menyorokkan ekspresi sebak itu dengan baik.

semuanya bermula bila Si bajuputih di suruh bersorak.memandangkan Si bajuputih ini masih baru,mungkin ia malu.Atas dasar rasa malu dan segan itu dihadapan kesemua peringkat yang sedang berbaris Si bajuputih diberi hukuman.Disebabkan Si bajuputih ini masih baru,maka kekuatan tangannya tidak seperti Si bajuhitam dan Si bajucoklat.melihat tingkahlakunya,sekuad Si bajuputih yang berbajumerah ketika itu melaung dengan tibatiba.kata Si bajumerah ini mahu dibuat bersama-sama Si bajuputih.alasannya cuma mudah tetapi memberi kesan pada Si bajuhitam dan Si bajucoklat .

ujar Si bajumerah.....kerana dia sekuadku.susah biar bersama

kisah tindakan Si bajumerah berlarutan sehingga waktu makan malam.dalam hatiku sangat bangga.semoga semangat ini terus berlarutan selamanya. ^^

Thursday, October 18

atmosphere tahun akhir

dengan ini aku membuat pengakuan bahawa tahun akhir tak awesome seperti tahun awal.
bila da tahun akhir ni..titik maturity harus mula dibentuk,terbentuk dan membentuk.permulaan awal semester yang sangat tak chomey..disambungkan dengan minggu berikutnya..keadaan ini semakin tak chomey.pumya la tak chomey sampai aku rasa agak kurang waktu untuk aku berkomunikasi dengan rakan sekelas yang lain.memang la masuk kelas bersua,tapi tamat kelas semua dengan haluan sendiri.bila ditanya ke mana...semua berjawapan sama.sama ada ada diskusi..lab..meeting..project  dan etc.arghh aku jadi buhsan menyebut benda yang sama.kehidupan tak banyak berubah.bila weekend aku sibuk dengan training.

malah jika aku rujuk pada planner,weekend aku sentiasa penuh atau lebih mudah tiada weekend sehingga awal disember.tu pun da kena get ready untuk exam pulak..haishh.kalau weekdays da ada urusan lain.weekend memang toksah kata la.sudah la mid-sem break ni aku ada training.aku da nampak bakal-bakal perubahan tona kulit bakal berlaku.memang lepas ni pass la jadi anak mamiii.....aumm!



aku dapat dari tajuk M.E.."if speaking is silver,than listening is gold"...
betolbetol..deep sangat statement ni.
ooh mujur sudah settle dengan viva intern.tapi viva lab dan project masih bersusun setiap minggu...aku stresss =_='

Sunday, October 14

kisah lalu

ini kisah lalu.ini gambar lama.
walaupun bukan bertahun lamanya...cuma berbulan yang lau..namun kenangannya masih segar lagi.



aku ada dalam gambar.cuma lokasinya dibelakang sana.malu barangkali.maklum la,muka berline tiga tika itu >_<'

Friday, October 12

otak sengal

pabila kadar hormon tak stabil,maka keinginan nafsu mesti mahu yang pelik-pelik.
bila sampai satu peringkat rasa kusut pada jiwa,aku tetiba terpikir mahu cari matair buat peneman dikala sunyi...gilak!

mohon jadi pacaran buat satu jam sudah kira asyik.memandang awan bertemankan aiskrim cap vanila.bercerita soal masa depan.mengenangkan zaman keriangan.
melihat lautan terbentang luas..mendengar dentuman ombak memukul pantai...alangkah girang pada jiwa jika sejam itu dapat tercipta

pinta ku hanya mudah.aku perlu teman buat berbicara.
bicara soal jiwa...bicara soal rasa..bicara soal kita



gara-gara lab harus bertangguh,keinginan pelik membuak pada jiwa.yeaaa aku rasa penat dengan kehidupan yang aku cipta =_=''
  

Thursday, October 11

mamat london

dulu aku ada classmate yang menetap di London selama enam tahun.kini beliau masih meneruskan pembelajaran di universiti tempatan.masih ku ingat ketika beliau pulang ke tanah air,beliau mempunyai kesukaran memahami bahasa ibunda.maklum la kalau dari kecik da ke sana memang da melekat longhat sana.muka beliau yang seakan melayu tulen membuatkan kami sedikit awkward mendegar tutur kata beliau berlonghat British...pergh masa tu apa yang bermain dalam minda hanya la watak Mr.Bean.

gara-gara longhat beliau terlalu pekat,agak sukar berkomunikasi.setelah berbulan-bulan,perlahan-lahan beliau mula berbahasa ibunda.

sekarang ni ada seorang guru yang baru pulang ke tanah air.previuosly beliau mengaji di England juga.persamaan guru baru ini dan x-classmate aku ada la loghat mereka.mendengar guru ini berbicara buat aku secara terus menerus teringat pada x-classmate dulu.

walaupun agak sukar memahami longhat British,tapi aku suka mendengarnya karena kedengaran budi bahasanya begitu tinggi.macam kau berbahasa ibunda tapi versi penglipur lara.kan sedap telinga mendengarnya jika dibandingkan dengan bahasa moden yang banyak digunakan hari ini.

Wednesday, October 10

sembang kuat

symptom yang paling masalah ialah sembang kuat!...baikla aku pun tak nafikan kadang-kadang aku dalam keadaan begitu.ia terjadi mengikut keadaan emosi dan mentality.kalau aku da mentally disorder,kau mohonmaki lajulaju aku no hal kot.malah belang yang lama tersimpan boleh terpancar.

apa itu symptom sembang kuat?..ia satu penyakit bila mana kalau orang lain punya perihal kau mahu canang satu kota.tapi bila ia terjadi pada diri sendiri (ibarat meludah ke langit) boleh pulak kau buat muka tak berdosa.amboiii over giteww.aku bagi contoh mudah..

'huntunglaaa tak payah bangun pagi,siap bole online gitew' 
[perihal sebenar:mangsa sedang memuat turun file penting sebab itu beliau on9]

'hoii tak turun baris ke?..huntung laa bole bangun lambat'
[perihal sebenar: mangsa ada test di awal pagi,maka harus melakukan sedikit ulangkaji]

'weyhh simpulan tu mana?dia tak datang ke?kenapa?..ada kelas?ye kee
[perihal sebenar: mangsa sedang lena tido dan buat-buat tak sedar masa sendiri.maklum la dewa kemalasan menguasai diri]

apa yang masalahnya,bila si sembang kuat buat perihal seperti mangsa,tak ada pun yang ambil kisah.cuma si sembang kuat ambil kisah orang lain hebat sangat.bila kau yang buat,pandai pulak jalan tak pandang depan...tunduk je dengan muka cap jamban...aishh

Tuesday, October 9

masuk baris

walaupun perihal MCK sudah bermula hampir sebulan,namun baru weekend yang lalu aku lapor diri.bila dewa kemalasan bersarang dalam badan,mahu turun pt petang pun aku malas.sanggup nyorok bawah meja sambil berpesbuk bertemankan sepaket keropok buatan teganu.namun bila dikenang weekend nanti akan masuk baris,maka dewa kemalasan aku sepak jauh-jauh.tahap rajin aku dengan MCK dari rabu sampai ahad memang rajin aku turun baris.

bila sudah lama tak masuk baris mula la rasa angin godak-godak dalam perut.kau bayang je semenjak cuti semester lalu sampai minggu sudah,tiada senaman yang aku buat.kalau dikira ada la empatbulan.maka bila ahad yang lalu,aku harus pusing bangunan hampir empat pusingan,mula la cari alasan malas belari.haish nasib pulak padang basah,maka baju yang kering dimanfaatkan untuk keringkan padang kawad....seksi u'oolz.tak cukup guling kedepan..guling kebelakang pulak.tak cukup lagi guling maka kiri dan kanan pilihan yang tinggal.akibat terlalu eksaited berguling,ada akak asykar yang berbuih seluarnya...pergh nampak sangat bilas seluar tak sebati..kuikuikui

malah pt pertama yang aku rasa setelah empatbulan turut ajar cara pumping baru...memang awesome pumping cara vavee..ko mampu?..aku da bervavee dalam jiwa bila dapat arahan begitu.dan sekarang baru aku tahu vavee pun ada pumping tersendiri..okokok!

senaman pagi yang mampu mengecilkan pinggang itu awesome!.walaupun aku bakal di tauliahkan dalam sembilanbulan lagi,maka persiapan baju 1 dress sedang dalam proses.perghpergh macam tak caye pun ada.masa berlalu pantas...rasa dibelasah sejak muda masih segar dalam minda.

garagara takut kegemukan diri menjadi penghalang untuk aku fit dengan 1 dress yang sudah di ukur,maka aku harus memaintainkan rupa bentuk sekarang.proses diet dan pengawalan nafsu sedang dalam usaha...heuwheuw...sangat cuak.kalau baju longgar chomey lagi.tapi kalau ketat?....aku senyap =_='

Tuesday, October 2

luka itu pedih

sayang itu memang lumrah.sama ada berlainan jantina atau tidak.sayang tidak pernah kenal erti jantina.ia satu perasaan yang lahir dari hati yang ikhlas.kau mungkin tak sangka bila tingkah laku mu yang annoyed itu mampu guris hati suci ku.jiwa ku bagai dirabak-rabak melihat gayamu.kehadiran ku umpama kerusi merah yang sepi tanpa mahluk yang bersandar padanya.boleh jadi aku terlau sensitif.tapi pernah tak kau sedar akan hadir diriku ini di sebelah mu.pinta ku hanya mudah bertanya soal khabar dan cerita harimu.sukar sangat ke bila kau buat aku seperti makhluk tak bersuara.melihat gayamu yang boleh jadi itu sikap sebenar,tapi aku merasakan satu atmosfera yang kurang selesa.kadar pernafasan sedikit terumbang-ambing.dan kemudian kau tinggalkan aku tanpa sepatah bicara...ini kenyataan 

 

Monday, October 1

azam dan oodtoober

melihat calendar perancangan pada bulan oodtoober dan neverbear,aku dapat simpul dua bulan ini cukup menduga jiwa dan raga.bila mana oodtober akan jadi bulan yang penuh dengan lab,repot,viva,aisement,visit,quiz,training mck serta aktiviti mencari dana,aku makin serabut.mujur di hujung bulan nanti akan ada cuti raya haji maka kesempatan itu akan ku gunakan itu pulang ke halaman terindui.

melihat pula jadual neverbear,ku lihat tiada weekend malah tiada mid-sem break.semuanya dipenuhkan dengan kerja.bila mana weekdays aku penuh dengan aktiviti ilmiah,maka hujung minggu dengan latihan pertahanan diri,aku serba tak kena...menanti desember aku lagi cuak.mana tak nya,sudah pasti aktivity membuat proposal sempena fyp sudah menanti setia.

hari ini genap minggu ke-4 aku mulakan semester baru.hanya tinggal satu semester dan aku khawatir.walaupun aktivity mck sudah bermula sejak minggu ke-1 lagi,aku masih tidak berkesempatan untuk turun padang.alasannya...aku malas!..sudah latihan di hujung minggu aku skip untuk pertama kalinya setelah bercalit tiga.ok itu satu record.kalau latihan petang hari memang nookharoom la aku turun.sanggup kunci pintu dan sorok bawa meja takut kantoi..hehe

tapi bila masuk bulan baru dan keinsafan untuk mencari stamina yang lama tak berbela aku nekad turun baris petang tadi.namun aku mula rasa penangannya bila antu katak suruh sekuatjam tigapuluhkali aku dah goyang peha...perghpergh..ini memang dukacita.ditambah pula setarjam sebanyak sepuluhkali,hasilnya semakin kecewa.bila aku mula berdiri...zaaapppp terus kuning..dengan macho aku control lagi.langkah berlari yang tak sampai 1km disambung warm-up suam kuku,rasakuning mula menghantui diri....arghhh

bila ketua di hadapan beri arahan kiri pusing dengan tersedia langkah berlari,aku dengan pantas keluar baris.mana taknya bila aku berdiri terus kunnig datang lagi.stress wooo.aku memang tak ada niat nak pacat pun.ikhlas sungguh hati ni nak cari stamina.bila tak tahan sangat,aku ke ruang pelaburan lalu pulang ke kamar dengan selambanya.maaf aku tak tahu kenapa terjadi...