Thursday, October 11

mamat london

dulu aku ada classmate yang menetap di London selama enam tahun.kini beliau masih meneruskan pembelajaran di universiti tempatan.masih ku ingat ketika beliau pulang ke tanah air,beliau mempunyai kesukaran memahami bahasa ibunda.maklum la kalau dari kecik da ke sana memang da melekat longhat sana.muka beliau yang seakan melayu tulen membuatkan kami sedikit awkward mendegar tutur kata beliau berlonghat British...pergh masa tu apa yang bermain dalam minda hanya la watak Mr.Bean.

gara-gara longhat beliau terlalu pekat,agak sukar berkomunikasi.setelah berbulan-bulan,perlahan-lahan beliau mula berbahasa ibunda.

sekarang ni ada seorang guru yang baru pulang ke tanah air.previuosly beliau mengaji di England juga.persamaan guru baru ini dan x-classmate aku ada la loghat mereka.mendengar guru ini berbicara buat aku secara terus menerus teringat pada x-classmate dulu.

walaupun agak sukar memahami longhat British,tapi aku suka mendengarnya karena kedengaran budi bahasanya begitu tinggi.macam kau berbahasa ibunda tapi versi penglipur lara.kan sedap telinga mendengarnya jika dibandingkan dengan bahasa moden yang banyak digunakan hari ini.

No comments:

Post a Comment