Friday, September 30

who am i?

lately nie,kita selalu sangat terserempak dengan isu-isu pangkat...gara-gara diberikan kedudukan,ada makhluk sanggup batal hasrat.
dimudah kan cerita,kat tempat kita kerja aka MCK...aritu heboh sekejap bila makhluk nie nak berhenti dari perkhidmatan.baru kena buang peluh sikit terus-terus post kat mukabuku nak gugur...,tapi bila dibawa bincang dengan orang atas dan ditawarkan sebagai penjawatan terus padam niat.konon kata nak berhenti MCK then focus dengan mendayung....tapi bila dapat penjawatan terus nak berhenti mendayung nak focus MCK....pergh macam lalang kita rasa.kalau boleh semua nak bolot.kalau hebat sangat kita tak kisah sangat...nie setakat cakap lebat kite rasa "pirraaah"...kalo makhluk tu tak de,kita tak rasa la MCK akan goyah...

.........

kes lain pulak...sememangnya tak ada kena mengena dengan kita...tapi itu yang kita nampak.jadi nak buat analisa.maklumla setakat pencacai macam kita kalau cakap confirm tak laku la...lagi-lagi jika anda bukan lah seorang yang ada rupa dan berkedudukan.confirm bayang-bayang pun tak perasan la...

tipu la kalau depa dok heboh nak tunjuk good moral value...tapi value yang depa dok paparkan macam hampeh je.nak tunjuk contoh baik,tapi tak nak perbetulkan yang da teruk tu.bila ditegur secara tulisan,minta berbicara depan-depan...kita bukan apa,just nak cakap...jangan mintak kalau tak free-free je kena makan maki.maklumla orang bila lama da tenang tapi hati mula bergoncang boleh haruu kot

Monday, September 26

kisah pelayan

petang jumaat tamat kelas geografi terus kita berlari-lari ayam pulang ke desa.agak bahagia pabila perut gendut dengan berisikan char kuey teom lipan dan cendol...memang superb marvelous sebab rotijohn maya menjadi peneman.mana tidak,backup itu harus sebab malam nak berlari  ketimur-in hotel.


arahan yang kita terima harus berkumpul di lobby tepat 1800.so,tak kan la time tu baru nak gedik-gedik bermake up..betol tak?jadi 30minit awal kita tiba di lobby bersama rakan-rakan.berbekalkan baju pelayan dan kasut kilat,kita menanti yang lain...masa terus berlalu sehingga kita dan rakan-rakan berkira-kira mahu bertolak dulu meninggalkan yang kelewatan.namun,perkara demikian tidak harus terjadi,kerana yang bakal tertinggal ialah mereka yang bergaris tiga pada bahu atau dada...


cis!..ketidakpuasan hati berlaku.sudah lambat boleh pulak bercat walk.tahu la garis dibahu sudah bertambah,tapi tak bermakna tahap berlagak harus ikut sekali


..........


ketibaan kami di timur-in hotel agak lewat sehingga rehearsal sudah berlangsung untuk berapa kali pun kita tak tahu.sampai-sampai je hampir semua sudah berdressing lengkap dan mengambil posisi masing-masing.sumpah kita cakap...agak blurr itik la juga melihat gelagat makhluk-makhluk nie.tanpa lengah kami terus sambar bungkusan nasi goreng ayam dan berlari-lari menukar uniform...


ketika itu rasa diri umpama model runaway sebab diberi waktu kurang dari 10minit untuk bersalin dan berada dalam keadaan kekenyangan.di jadikan cerita..akibat kelewatan,perkhidmatan kita dan rakan-rakan serta makhluk bergaris tiga dibahu tidak diperlukan.kehadiran kami umpama memenuhkan ruang kawasan..jujur kata agak lega sebab makan malam mental ini penuh protokol,tapi harus ditekan kan bahawa agak buhsan membiarkan waktu berlalu dengan pembaziran.


............


secara overallnya makan malam mental untuk pegawai baru berjalan lancar.tapi tak sememstinya sempurna pasti ada cacat celanya.kesilapan itu jelas terpancar gara-gara pihak hotel baru pertama kali menganjurkan makan malam yang penuh protokol itu.jelas terama tbahawa krew-krw timur-in hotel agak kurang bersedia.tapi itu semua pengalaman yang menjadi pedoman..apa yang kita pasti,pegawai baru sudah diberi pengajaran oleh mereka yang berada di atasnya...harap-harap perkara ni tak terjadi waktu kita menjadi pegawai nanti




*fakta menarik:makan malam mental dilakuakn pada pegawai baru yang telah dinaikkan pangkat pada satu level baru.pada waktu nie,tahap mental setiap pegawai baru akan di uji terutama dalam etika pemakanan.pada waktu makan mereka akan diiringi oleh orkestra kecil dan nada suapan harus sama dengan suapan makanan...






~fin

Thursday, September 22

latihan fizital

hari nie hari khamis.jadi seperti khamis 4bulan yang lalu,perjumpaan bersama warga MCK menjadi rutin.petang khamis harus ada latihan fizital iaitu "fizikal +mental = fizital"...so,macam biasa la,selagi peluh tak mencecah bumi,muka tak macam anak mami,otak mencair tak henti-henti dan lidah terjelir sampai ke kaki.

petang tadi menjadi malang gara-gara kemunculan kak yan.adeyh...muka warga MCK pakat kerut kerit bila kelibat kak yan tiba.dalam diri mula bermimik sendiri 'apa la malang nasib diri petang nie'..apa-apa yang bakal jadi terpaksa la kami redha kan saje.

dijadikan cerita,kita dapat pengecualian gara-gara terlibat untuk satu upacara.namun malang bagi yang laen.latihan mereka hari nie harus memanjat bukit demi mencari restu.aduish...tidak cukup dengan berlari,dipaksa pula menjadi kuih gulung demi mencapai kerestuan itu...disuruh gulung dari tepi,tak cukup lagi di gulung pula dari depan....malang..sebab masa tak mampu berpatah balik..kak yan hanya jadi tukang perhati sambil mulut buat bising tanpa henti.

tapi apa daya,gara-gara latihan fizital itu,satu warga hampir nazak dan kehilangan nyawa...waktu itu la tahap cuak melampau menyelubungi kak yan.....

ia menjengkelkan

adeyh letih la kalo tengok makhluk makhluk pelik nie.suka sangat rasa diri tu hebat.suka sangat buat diri tu bagus.sebab sikap makhluk yang jengkel nie la buat banyak jiwa semakin merana.
kononnya mahu tunjuk bagus...tapi kan kalau perkara itu dilihat pada atas angin saje confirm boleh settle dengan baik.namun ada hati yang tersakit malah terpedih.

kalau la lidah mampu mengungkap kata memang rasa nak cakap.."makhluk kalo lu rasa diri lu hebat pegi tunjuk bagus tempat laen la,cermin diri tu sampai cermin retak.."

Tuesday, September 20

my heart


my heart is mine
your heart is yours
my heart is not yours
your heart is not mine


heart itu hati...perasaan itu apa ek?...entah
ada perasaan
hilang perasaan
tak ada perasaan
buang perasaan
last-last jadi perasan

sebab kes tak ada perasaan barangkali tu yang buat keputusan tanpa perikemanusiaan kot
ye la perasaan da tanam 7kaki dalam sampai perasaan yang ada buat tak hirau
bila terlalu mengikut perasaan,perasaan  yang sekeliling buat tak perasan je
bila rasa keputusan tidak dibuat tanpa ikut perasaan lain mula la ada perasaan yang halus terguris
bila bertindak ikut perasaan,apa yang dirasakan umpama bagus semata-mata

tapi nasib bertambah malang bila yang tak berperasaan bertemu yang agak-agak kurang berperasaan 

Monday, September 19

sacrifice..

sacrifice itu korban
tapi ia tidak berkaitan dengan hari raya korban..tidak sama sekali
bila ada perkara harus dikorbankan sememangnya jiwa akan terseksa,badan akan merana,mata bagai mahu terkeluar sahaja,malah katil asyik menduga
atas dasar korban,hal sedemikian dilupakan
ketika manusia lain berasa buhsan akan weekends yang membosankan dan hanya ditemani bantal 'wangi',tapi nasib kita berbeza.
jika orang lain sedang air mengalirkan saliva harum tapi kita harus membaling peluh hingga basah bumi
caci maki dalam hati tanpa henti mengenang nasib diri ini


~tapi apa daya sudah terlewat berpatah semula~

Wednesday, September 14

sila take note!

dengan ini harus kita jerit sekuat hati
meluah rasa hati

walaupun kita budak hitam,tapi tak semestinya kita suka bermuka hitam.kalau hati hitam lagi masalah kot



tamat~

Tuesday, September 13

kembali!!..

fuhh at last cuti 4bulan yg kita gunakan dengan membuta sebaik mungkin terlaksana dengan agungnya

sekarang da semester baru,so seperti biasa azam baru keluar lagi(*walhal azam sama tiap-tiap sem..T_T).. 

bila da jejak kat sekola nie,mula la sedar banyak benda kena pikul sem nie..huiiishh arini pun da cukup hebat ronda kot.dari satu skewl pergi skewl lain..then redah lagi ke tempat laen.nie gara-gara nak urus subject punya pasal sampai rasa breakfast secawan nesvita x cukup kot.paling tidak satu kontena barangkali..

subject da settle register..tapi sekarang x boleh menyesal la.apa yang kita da amik tu kena redha walaupun rasa sedikit cabaran(*"sedikit" la sangat...tapi kena apikir POSITIF!)..kelas pun da start.lecturer yang menarik...Ya!menarik minat..menarik perhatian..umpama south pole bertemu north pole...kelas gitu!

lupa pulak..sebab terlebih semangat sem nie..rutin harian sudah mula.kerja kita dengan MCK umpama berganda kot.maklum la awal tahun depan da exam.kalo gagal bisa mati woo..jadi seluruh warga kota sedang berhempas pulas..fuhh.

cite pasal MCK..seperti yg di maklumkan,minggu nie kerja dan kite baru plan nak minta cuti.tapi.....niat kena BATAL!..stress ye di situ sebab ntah camne tadi kena randomize wakil sekola...mengong amat..bikin hati hangat..mujur bukan bulan puasa kalo x bole jadi sia-sia je pahala tu..huhu

lagi..kita nak ngaku sebab bilik yang kite menetap sekarang TAK BEST!...
sebab:berbahaya
sebab:probability benda aneh tinggi.(semoga baek sahaja)
sebab:pengudaraan GAGAL!
sebab:warga pintu sebelah menggerunkan
sebab:kemudahan x menarik




~sekian 

Thursday, September 8

angkat CERMIN tenung diri

mula-mula kita tak tahu la sama ada ini fakta atau mungkin kebetulan..
tapi boleh jadi suatu paksaan..barangkali hanya khayalan dan rekaan..

manusia nie sikap nya banyak ragam...ada species boleh describe dari luaran..ada species tidak seperti yang kita bayangkan

mak kita pernah cakap:..."jangan mudah percaya kan orang dengan hanya melihat luaran....tak semestinya yang berwajah ganas itu hatinya keras...tapi yang berwajah ayu umpama rainbow cake itu lagi keras dalamannya."

betol ke?...kita pun tak pasti.kalo terjadi pun mungkin kebetulan....hurmm

Monday, September 5

mungkin kah?...

"manusia melihat pengawalan hidup manusia. tetapi Allah melihat pengakhiran hidup manusia.
buat baik banyak kali, buat jahat jangan buat walau sekali."
 ada ketikanya manusia ini terlalu susah untuk kita ramal...
pemikirannya ada ketika jadi berbeza bila tahap kreatif muncul.tambah pula ada suara atau bisikan kecil yang muncul entah dari mana
kita lihat pada satu skop..contohnya isu "harta".bagaimana perkara yang mudah ini mampu menimbulkan perkara yang kita sendiri tak mahu lihat.
bagaimana ada ketikanya manusia boleh gelap mata bila bercakap soal harta..
bagaimana ada masanya manusia sanggup melihat ada orang yang berputih mata..
bagaimana ada waktunya manusia sanggup bertikam lidah walaupn keluar dari perut yang sama..
bagaimana perkara yang mudah dirumitkan dan yang sukar dimudahkan..
bagaimana hal yang haram boleh jadi mudah hanya pada mata..
"harta"..perkara mudah tapi boleh jadi panjang berjela.kadang tu bila akal terlebih mula la bersimpang siur ideanya.
kadang tu kita rasa hidup biar tak berharta mungkin ada bagusnya.kalau ada manusia mengambil mudah akan hal nie,kadang tu bila isu bayar zakat boleh pulak buat-buat lupa.itu la masalahnya kalau terlalu melihat sesuatu hanya pada dasar tanpa memandang serius akan kesannya
boleh jadi kita selamt di dunia...tapi kehidupan selepas itu bagaimana?


 

Saturday, September 3

cerita Ramadhan

time-time camni kalo dok usha calendar rasanya da 5syawal kot
agak-agaknye nak story pasal citer Ramadhan ok lagi kot

tapi dalam banyak benda yang jadi...DUA perkara je rase lekat kat otak
cerita pertama jadi awal bulan Ramadhan....cerita kedua jadi last Ramdhan...kira ok la kot

da x larat nak taip "kot" banyak sangat..baek mula cerita

pertama....

mula-mula kena ucap syukur tinggi-tinggi sampai ke langit.mane tak nye kalo benda nie betol-betol terjadi memang kita papa kedana la jawapnye
al-kisah...waktu tu kebanyakan penduduk taman teratai nie tengah galak penuhkan al-kautsar..maklum la minggu pertama bilangan nya memang melimpah ruah sedikit.sampai kena extra canopy buat para jemaah.sedang warga taman teratai sibuk dengan ibadahnya..sesuatu terjadi kat rumah jiran kita.sungguh jiran sebab letak kat sebelah rumah.bukan rumah depan,atau rumah belakang atau rumah selang 2 baris.

motor color merah yang terpacak dekat porch airil tiba-tiba terbakar..usih,sapa punya keja xtaw la.api tiba-tiba menyambar tinggi..ketinggiannya membuat kan lampu kalimantang MATI!...ketengikan bau motor terbakar menusuk di lubang hidung cik 0nna..lantas keluar melihat kejadian..BUNTU!..minta bantuan dari rumah kita tapi tiada sahutan...maklumla penghuninya hilang entah ke mana

di jadikan cerita,satu makhluk berkain pelikat sedang tolak motor pancit melintas tempat kejadian,terKasima lalu bertindak paNtas!!...porch airil diterjah tampa diundang.demi keselamatan api berjaya dikawal.SYUKUR~~...kalau la api itu terus merebak memang x berumah la kita.mahu kehilangan harta berlipat ganda.kata ayah rumah kami bukan pengawasan insuran
terdiam~~~

kedua...

fuhh hal nie baru je jadi...baru sangatsangat..
time dengar cite nie dari mulut emak tak tahu apa nak bikin..mahu ketawa...mahu menangis..atau mahu khuatir

kata mak.."selalunya adik-berabik kalo berkumpul pasti bercerita pasal harta pusaka,tapi kita berkumpul pasal tanah kubur pula"...erk...<pejamcelikpejamcelik>

tengah hari tue mak pulang dengan tergesa-gesa ditambah pula membalas pesanan ringkas yang dari tadi berbunyi tanpa henti.entah kenapa ada riak wajah kelihatan lain..mr-tab dicari pabila tiba dirumah.setiap ayat cuba diluahkan pada mr.tab.kita duduk terpinga melihat telatah emak

akhirnya...emak mula meleraikan muka kita yang bluar tak kena gaya
bilang emak,waktu emak sedang sibuk membersihkan pusara nenek bersama ayah...ada notis yang telah dilaminate serta simbol polis terpampang pada helaian putih itu.tubuhnya umpama ada ayat-ayat tersirat dan tersurat

dengan rasa gagah dan gigih..emak membeleknya...terKasima bila melihat ayat itu.satu makhluk bergelar en.Anuar mengaku bahwa pusara yang menjadi milik nenek kita is belong to mak mertuanya...erk
<diamsekejapdalamkeadaanterpinga-pingamukablur>

aik...nenek ada family baru yang dirahsiakan kehadirannya ke?
......ada menantu laen ke?
tapi...yang x masuk akalnya,nenek da menetap kat pusara tu for almost 4tahun kot.macam mana isu nie boleh timbul
pening-pening...cerita lanjut masih belum ada kesudahannya
kata emak kita boleh tuntut saman malu kalo hal nie di panjangkan

~berfikir masa depan