Monday, September 5

mungkin kah?...

"manusia melihat pengawalan hidup manusia. tetapi Allah melihat pengakhiran hidup manusia.
buat baik banyak kali, buat jahat jangan buat walau sekali."
 ada ketikanya manusia ini terlalu susah untuk kita ramal...
pemikirannya ada ketika jadi berbeza bila tahap kreatif muncul.tambah pula ada suara atau bisikan kecil yang muncul entah dari mana
kita lihat pada satu skop..contohnya isu "harta".bagaimana perkara yang mudah ini mampu menimbulkan perkara yang kita sendiri tak mahu lihat.
bagaimana ada ketikanya manusia boleh gelap mata bila bercakap soal harta..
bagaimana ada masanya manusia sanggup melihat ada orang yang berputih mata..
bagaimana ada waktunya manusia sanggup bertikam lidah walaupn keluar dari perut yang sama..
bagaimana perkara yang mudah dirumitkan dan yang sukar dimudahkan..
bagaimana hal yang haram boleh jadi mudah hanya pada mata..
"harta"..perkara mudah tapi boleh jadi panjang berjela.kadang tu bila akal terlebih mula la bersimpang siur ideanya.
kadang tu kita rasa hidup biar tak berharta mungkin ada bagusnya.kalau ada manusia mengambil mudah akan hal nie,kadang tu bila isu bayar zakat boleh pulak buat-buat lupa.itu la masalahnya kalau terlalu melihat sesuatu hanya pada dasar tanpa memandang serius akan kesannya
boleh jadi kita selamt di dunia...tapi kehidupan selepas itu bagaimana?


 

No comments:

Post a Comment