Friday, June 29

kemas mengemas terkemas

argghhh...benda paling tak cool bila harus packing barang.aku kalau boleh nak kekalkan saje pertahanan ni sampai habis sekola.mana taknya,barang menimbun...nanti buka cuti,kena kemas balik.sudah la bilik baru tak tahu lagi ceruk mana.berbekalkan bag aku yang sarat membunting,buat aku semakin stress.

aishh..sudah la setiap sidang barang bertambah,agaknya parents aku kena bawa tigatan la gamaknya nak pikul barang aku tu.the awesome moment bila kau nak packing barang,beg da koyak dan semakin nazak...semakin sedih bila mana aku harus bungkus baju-baju tu dalam plastic sampah...sedihsedih..berapa kampit plastic aku tak larat kira.jiran tetangga sampai tak larat gelak dengan gelagat diri memunggah barang...

out of sudden aku rasa almari tu macam poket doraemon pun ada.punggah punya punggah,ada je barang tertinggal.sampaikan ada baju mak aku tersadai sekali dalam bungkusan dan sememangnya harapan untuk aku korek balik memang tak la kan.nanti aku da rasa macam cari hint pulak...haaaiish.

sesi kemas masih tergendala...esok siang aku sambung semula ==''


*confirm kalau ayam bertelur memang tak jumpa punya laa

habis daa

dimulakan dengan beriberi di pagi hari buatkan kembung di perut semakin kempis.kalau makhluk lain lena di atas tilam empuk,aku da siap tido dalam jamban..mak aih apa silap tak tahu.apakah terlalu stress dengan paper terakhir?..aku tak pasti.mujur aku da spare ubat siap-siap.gara-gara tak larat sangat,ubat kunyah tu aku siap kemam dalam jamban...fine sedikit geli yeaa,tapi aku masa tu tak pikir pe da.dari terus giggling tak tentu arah...ye dak?





since hari ni last paper,aku memecahkan rekod keluar awal sekali lagi.ku sangkakan diri ni agak awal,tetapi silap sebenarnya bila aku kalih belakang...haram,satu makhluk pun tak ada.ntah bila dorang lesap aku jadi khuatir...memandangkan kesihatan perut tak berapa stabil dan air 100+ tak mampu membantu,aku dismiss awal....meninggalkan kurang dari sepuluh makhluk yang masih bertungkus-lumus hingga ke saat akhir.



bagi menutup sidang kali ni,akak-akak tuzKi bersepakat untuk dinner bersama.ia menjadi awesome sebab dari siang tadi aku tak jamah nasi pun lagi,hanya dua keping roti menjadi peneman perut yang kriukkriuk dari tadi...gara-gara da lama aktiviti begini senyap,bila da kumpul walau tak semua,ia asyiik sangat.masing-masing sedang gabra untuk minggu hadapan...haiish intern..intern...selesai mengembungkan perut,akak-akak tuzKi pakat dok peluk cium.maklum la,lepas ni nak cuti,entah bersua lagi ke tidak...huhu

selesai makan...misi dalam kepala hanya nak packing barang.baru nak semangat,tiba-tiba akak soljer datang ajak kami p markas...hoho...gara-gara sebulan lebih bercuti dari training bagai ni,memang sumpah aku tak jejak lama da.hingga saat tadi aku jejak semula bersama akak dan abang soljer.berpicnic di bilik karok memang awesome.walaupun makanan ala-ala bujang,tapi sumbangan suara yang yakin sedap,nyaman juga la jamu selera...hoho...makan second round...i loike sangat >_< 

puas tak puasnya berkarok,duabelas lebih baru pulang.masing-masing da letih..kalau tak dilayan letih tu,mahu ke siang tak lepas microphone tu..huhu 

Thursday, June 28

satu je lagi

setelah hampir sebulan dan lebih kurang duabelas jam dan lagi dua malam...saat yang aku nanti semakin hampir...
mensettlekan kertas statistic...
packing barang macam jiran tetangga..
lempar dalam stor...
naek bus lari dari pulau ni..
melebarkan pungkuq gara-gara harus kekal duduk untuk beberapa jam...
naek kereta dipandu bapak...
tiba di kampung halaman...
tidur di bilik yang dirindui...
memulakan tugas sebagai budak intern..

fuhh...detik dan saat mendebarkan
cukuupla hari ni menjadi sejarah bila pertama kali aku blah awal dari exam hall
ketidakselesaan  anggota badan dan tahap kewarasan akal yang membimbangkan buat aku cabut dulu
meninggalkan teman-teman yang masih tegar berjuang ke titisan terakhir
walaupun keinginan keluar lebih awal telah lama aku tunggu sebenarnya,tapi atas rasa hormat pada diri,aku biarkan kertas soalan dipenuhi lakaran indah


*tipu la kalau aku cakap aku tak experienced nie...==''

Saturday, June 23

please be nice laa

baik..permulaan tiga paper yang tak berapa memberansangkan.penantian tiga paper yang masih di depan.bila mana aku keluar dari bilik persidangan mahupun dewan peperiksaan tanpa seurat senyuman tandanya hati sudah mula redha.dan bila sampai ke kamar terchenta,aku terus layan runningman,tanda aku mencari semangat semula...aish kenapa la harus aku complicatedkan hidup yang tak berapa awesome sangat ni

menanti tiga paper yang sedang baris rapat buat aku tak keruan.apakah ini caranya aku mensettlekan bulan jun ku?...ohtidak.com...selesai exam semua ni,ada perkara lain yang sedang menunggu hebat.sesuatu yang aku sendiri tak pasti bagaimana ia bermula...

arghhh ini semua semakin rumit..INTERNSHIP!..haruskah aku laluinya juga?.sudah la beberapa malam aku asyik mimpi perkara merapu dan setiap mimpi tu berkaitan soal intern...

memulakan kehidupan july ku sebagai budak intern...buat aku lebih rela bertraining dalam hutan walaupun kena hell di tengah ladang sawit atau kena jemur di ladang new zealand.aku juga tak kisah kalau tak dapat mandi walau seminggu pun,asal dapat dedak kira fine da.>_<''



life is all about try and error

kepada paper air pollution..remote sensing..statistic dan internship ku...tolong la behave.jadikan ia cerita indah untuk hidup.akan aku wartakan jika kau menjadi baik..=) 

Wednesday, June 20

ini kah namanya chenta?

awak...chenta tu salah ke?...apa kita tak boleh berchenta ke sebenarnye?...hurmmm

tak..tak salah pun.sapa kata salah?

tapi kenapa ramai yang kata chenta tu salah?

awak..cuba awak buka mata awak tu besar sikit...lapangkan sikit ruang dalam otak awak tu..

maksud awak??




bila akal dan nafsu mula bergabung aku terfikir.bila cerita soal chenta mesti orang akan anggap cerita soal perasaan dari dua makhluk berbeza jantina...sebut je bab chenta,tak lain tak bukan tu la yang dok ngarot dalam kepala hotak.

pada aku la kan,chenta tu luas.cuba kau lihat dalam konsep kehidupan...chenta pada Tuhan..chenta pada Nabi...chenta pada parents...chenta pada makhluk...chenta pada persekitaran..kau tak rasa luas ke sebenarnya?

cuba kau fikir sekejap..chenta kau dah cukup agung ke sampai kau nak berchenta dengan anak teruna orang mahupun anak dara orang?kalau makan pun masih kena suap,pergi ngaji pun masih di kasi duet belanja..toksah nak agungkan sangat la aiih chenta chentun tu bang oit!..tak kemananya chenta tu kalau rahmat chenta dari Tuhan kau tak pergi kejar.sebab Tuhan tu chenta kat kau la di bagi kau peluang hidup..ingat tu!




 aku pun bukan nak sembang kuat..tapi ingatan untuk diri.pada aku la kan,kau mesti curah chenta pada Tuhan dengan hebat sekali..kemudian pada Nabi dan parents.kalau benda ni kau tak mampu...simpan je la hasrat nak chenta dengan anak orang.


lagi satu buat ingatan diri.kalau kau da sakan sangat nak berchenta bagai tu,kau jangan sampai lukakan parents kau pulak.berchenta bagai nak ngak' tapi lastlast parents tak blessing,tak ke parah tu.bila tak blessing,toksah la berangan nak buat ayat drama.ye la...dok persoalkan persaan chenta kau macam Taj Mahal tu..tapi kau sedar tak nilai chenta parents kau tu?lagi mahal dari Taj Mahal


...peace no war...aku insan lemah punya andaian untuk berkata =)

Monday, June 18

jerebu

"Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim




bila aku diam tak bermakna aku tak tahu.
bila aku senyap tak bererti aku suka.

kenapa aku diam...kenapa aku senyap...ia bersebab

cuba kau lihat di luar tingkap.ada jerebu menutup awan...menghalang cahaya.kau sangka hari mahu hujan,tapi sedar tak cuaca masih panas seperti selalunya.

begitu juga aku,bila aku rasa aku tak mampu buat apa-apa,aku biarkan airmata mengalir perlahan membasahi pipi sambil dalam hati meronta meminta bantuan pada Tuhan.pada siapa mahu aku katakan kalau bukan pada Tuhan.sesungguhnya Dia lebih tahu akan rasa sedih dalam diri.

kita sedang diuji.Ya!...hidup itu punya cabaran dan kita diuji samada mampu atau tidak.aku mungkin tak mampu bertindak dasat sebab aku harus sedar masih ada kuasa yang mampu bertindak untuk segalanya..Ya aku cuma manusia biasa yang tak lari dari permasalahan.umum la ini mainan hidup.hidup tanpa cabaran ibarat mandi tapi tak basah.

maaf lupa =='

lumrah sebagai manusia aku memang pelupa.kala aku terlalu leka menikmati keindahan dunia,kekadang aku terlupa tujuan aku sepatutnya.bila aku sudah terlupa ingatkan daku wahai rakan...ingatkan daku wahai teman...kejutkan daku wahai makhluk ..jangan  biar aku bermimpi terlalu lama.jangan buat aku terlalu dan semakin selesa dengan apa yang sedang terjadi.

maaf jika aku terlalu berahsia dan tak jujur.aku mungkin punya sebab sendiri.boleh jadi aku segan dan aku tak bersedia.

mendengar percakapan sebentar tadi buat aku terpukul bertalu-talu.tanda terasa panahan kata.umpama tempias pun ada.bertubi-tubi aku rasa.maklumla,kekadang aku tak sedar dan kekadang buat tak sedar.bila aku selalu rasa diri itu di landasan benar,aku silap sebenarnya

...... maaf ....


Tuesday, June 12

1 down...5 to go

kehadapan drM dan missF,

awal mula pertama mula kerana maaf atas ketidak berjayanya saya menemui jawapan dalam buku yang sudah diprovidekan.saya sedar ada 2buah buku dan  2set kertas berprint yang masing-masingnya berkaitan dengan undang-undang.isi kandungannya jelas menceritakan tentang akta dan section yang terlibat.saya nak minta maaf atas tulisan saya yang terlalu mempersonakan sehingga pada firasat saya,mungkin mata harus digosok berkali-kali baru dapat baca dengan tenang...

saya juga merasakan jawapan saya harus dibaca dalam kondisi yang tenang,agar tiap huruf yang saya bentangkan mudah difahami.disini ingin saya nyatakan,saya memang gagal memahami bahasa undang-undang dalam mother tounge saya.ini terjadi kerana saya belajar menggunakan bahasa international instead bahasa ibunda...saya ingin sertakan disin,mohon penambahan masa kerana ia tidak mencukupi.paham-paham je la,tulisan saya da la owesome,bila masa berlalu pantas ia semakin owesome.saya sedar drM beberapa kali menjeling melihat hasil tulisan tangan saya.saya paham ia terlalu pesona sehingga menarik perhatian...huhu

saya sangat berbesar hati jika drM dan missF dapat beri grades yang baik untuk booklet jawapan saya.maklumla,tulisan saya sangat owesome sampai tak larat nak baca lalu diberi A+ dengan percuma.

sekian,terima kasih

yang benar,
tulisan chanteq =) 

Monday, June 11

salah siapa?

mendapat paggilan dari ma buat aku terfikir..kenapa bila satu masalah terjadi pada diri kita lebih tends menyalahkan keluarga instead diri sendiri?kau tak rasa ke sometimes kau sudah big enough untuk berfikir dan membedakan apa yang buruk dan benar..bila diri kau sendiri da makin jahanam,mula la kau ungkit dekat makbapak kau yang semua ni jadi silap depa....depa tak didik kau dengan baik...come on la.cuba kau pikir sikit,apa Tuhan kurniakan kau akal dan otak bukan untuk kau berfikir ke?

apa kau tak tahu function otak dan akal yang sebetulnya?..pada aku la kita semua p sekola kot.cikgu..ustaz...ustazah..masyarakat..puas da pungpangpungpang...tapi kau masih setia dengan muka stone yang tak berkesudahan.

kalau kau start jadi liar..atau lebih mudah sedang menuju kesesatan apakah masih makbapak kau yang bersalah sebab tak halang semua tu?...aku rasa better kau buka mata luasluas...kau ada akal,kau fikir la sendri...sebab tu orang pesan da,kalau ada akal jangan buh kat lutut.kan masalah da.....aish




Friday, June 8

bila berbicara...

uish bila bercerita soal pool+itik,mahu sampai peringkat bertegang urat.msing-masing dengan pegangan sendiri.samada taksub atau tidak aku tak pasti.tapi aku rasa kalau kasi benet sorang satu mahu nye bertarung macam huntsman dalam cite snow white yang dok meletops la ni..huhu.

normal la..each of us ada reason tersendiri nak pilih siapa and there must be good reason behind all this.dan ia semakin normal,bila mana kau tak suka sesuatu kau akan tends melihat the bad side instead of good side...normal la you going to believe what you see..what you read..what people said..but you are going to believe more once you experienced it...hurmm

pada aku la kan..its not depend pada part+i.sebab kau part+i just simbolik je.tapi ia penting siapa yang berada dalam part+i tu sendiri...aku umpamakan payung yang sedang dipegang.kalau cantik payung tu,pasti terselamat pada siapa dibawah payung tu..kalau buruk payung tu maka sebaliknya pula..

mari kita lihat contoh pada gambaran untuk mereka yang peminat tegar pada sesuatu parti..sebagai contoh,anda meminati satu pasukan bola ni,walaupun anda tak berapa pasti bagaimana cara pemain ini bermain samada kotor atau bersih.ada pelan yang baik atau sebaliknya.tapi akibat terlalu taksub yang melampau gara-gara pasukan bola ini pernah legend suatu ketika dulu anda masih sokong dengan setianya.mungkin ada certain pihak mengutuk ketat tentang pasukan itu,tapi anda tak kisah.sebab anda yakin sebab ia pernah gemilang masa dulu,ia pasti gemilang masa ini...

ini cuma pendapat aku.maklum la nak sembang lebih da bahaya sekarang.semenjak macam-macam regulation diperkenal kan,nak sembang apa kena toleh kiri...toleh kanan dulu......bahaya~~~ >_<''

Monday, June 4

ini bukan cobaan..ini betulbetul

kebenaran itu memang memeritkan.terlalu perit untuk ditelan dan terlalu pedih untuk di luah.kehidupan manusia tak akan lari dari ujian,cuma level ujian tu kita tak mampu predict pada level berapa.senang cerita Allah tak akan duga seseorang manusia andai Dia tahu manusia itu mampu melaluinya dengan tenang dan sabar.bila kita diduga,kepada Allah jua kita memohon pertolongan.

tak semua perkara harus kita cerita,walau ada ketikanya terlalu berat untuk dipikul.tapi dari kita buka pekung di dada lebih baik di diamkan saja.tapi diam itu bukan bermakna kita suka apa yang terjadi,tapi ia satu cara untuk kita muhasabah diri ni semula.lihat dalam cermin..apakah kesilapan masa lampau dibalas pada ketika ini.

bukan niat nak menuding jari.cukup untuk beri keinsafan diri.bila perkara itu tak mampu kita lahir dengan kata,cukup la membiarkan air mata mengalir deras walaupun kita sedar masalah tetap tak akan hilang.dengan berdoa pada Yang Esa agar diberi kekuatan menghadapinya cukup menenangkan jiwa.orang sekeliling memang tak sedar bila di sebalik tawa itu,ada hati sedang sedih dengan lajunya.barangkali hilaian tawa itu cukup merawat duka di hati.

semoga ada solusi di sebalik yang terjadi ni.minta dibuka hatinya untuk sedar dari mimpi yang syaitan cipta selama ini.







aku mungkin insan biasa yang tak punya apa-apa kecuali Allah Yang Esa saje.aku bukan sesiapa untuk mengadu domba pada yang tidak punya hak.aku hanya mencari kekuatan jiwa dan raga demi melalui hari-hari yang akan datang dengan baiknya.aku juga tak mampu teka bagaimana masa depan ku,cuma Allah Maha Mengetahui,tapi aku pinta...aku mohon semoga biarlah perkara yang baik...insya Allah.....

Sunday, June 3

too fast too kejar



masa berlalu pantas.dupdapdup....da masuk minggu study.aish dengan level keinsafan yang tak berapa tinggi ni,aku tak taw la bila nak start berstudy.dalam kepala ni dok galak pikir keje yang tak settle lagi.dengan lab report tak berhantar lagi.nota dr.hotel dan viva bersama beliau.bila mana hal ni tak berkesudahan,kerajinan nak mula study juga hambar...ishishish

ni la masalah aku ni..bab mengomel..berkomplen juara...tapi habuk tak ada.masih duduk sedap bersama jari menari menaip post ni 



in a race between a lion & a deer:

Most of the time the deer wins. This is because the lion runs for food, and the deer runs for life.