Monday, December 31

change

tahun akan berubah
cerita akan berubah
manusia juga berubah

akan tiba satu tahap keinginan aku yang berada dalam kepompong itu bebas
bukan bebas mencari kebebasan atau kepuasan tapi mengisi rasa kosong yang hadir itu

penigkatan usia bukan bererti kita semakin tua
tapi pengalaman hidup semakin bertambah

setiap rasa yang ada aku lahirkan dengan kata
setiap cerita yang hadir aku ukir pada layar
buat tatapan..buat renungan..buat ingatan

post penutup 2012.mungkin tak semua yang aku mahu sudah tercapai.tapi apa yang aku lalu punya kisahnya.


pertama kalinya aku mohon maaf andai setiap kata sebelum ini melukai kau.aku cuma manusia.aku janji aku akan berubah.ya..ke arah lebih baik.
doa kan aku ya

salamat'

Saturday, December 29

persoalan



"Tuhan, orang yang paling sukar menerima cinta dalam hidupnya, orang itu adalah orang yang paling setia pada mahu-nya.. Iya kan Tuhan?"
-bsa-
 
 
ini cuma soalan
bagaimana ia terjawap itu rahsia
soal hidup..soal mati..soal ajal..soal pertemuan
itu kerja Tuhan
 
 
bertawakal
 

aku dan TIGA

mengikut tarikh hari ini sehingga melangkah tahun baru..masih berbaki TIGA hari

aku baru sedar bahawa semester ini aku akan seat untuk TIGA paper dari TIGA subject berbeza

bertambah menarik pabila kertas pertama akan bermula pada TIGA january duaribuTIGAbelas

berada di tahun keTIGA dan bakal menduduki TIGA paper untuk semester ini,aku mohon result aku melebihi pngk TIGA juga

Thursday, December 27

ini benar

ini kisah lama
kisah aku dan dia yang bergelar kambing

kambing mungkin tak tahu dan mungkin tak pernah sangka kalau aku kata aku masih simpan pesanan ringkas beliau lagi.paling lewat pun ada la January 2010...lagu yang aku ambil dari dia pun aku masih ada.mungkin tak semua,tapi yang aku rasa boleh jadi memori yang bila aku baca teringat semula zaman dan tika itu...aku masih ada

aku dan kambing cuma teman tapi mesra.hubungan kami cuma rakan..mungkin kawan atau kata mudah membe...bersama?..oh sama sekali tidak.well pesanan ringkas aku pada kambing atas sebab title "bersama" itu tak perlu wujud aku masih simpan juga...

apa punya habit or perangai pun aku tak tahu which category.gambar first barang aku received dari kambing juga masih ada...ohtidak..perlu ke aku delete?..tapi kalau aku rasa mampu chill dengan semua ni tak kisah kan.

ini cuma kisah lama.sama ada kisah lama akan diperbaharui,aku pesan pada diri untuk syiook sendiri.well kambing sudah ada teman pengganti.dia pun ada haluan sendiri.
aku masih seperti dulu.masih berpegang prinsip yang aku pertahankan.
perlu ke aku menyesal?..mungkin tak sebab so far aku masih rasa fine dan ok ^^

Tuesday, December 25

memori

tak semua perkara mampu kau simpan dalam akal
ada kalanya tulisan atau gambar  mungkin text mesej mampu buat kau re-calll kisah lalu
kisah yang akhirnya buat kau sengih masa sendiri..ingat cerita dulu

ya kisah lama.itu memori.mungkin kau tak mampu cerita semula sebab kau malu
biasa la.nama pun memori..ada kadang tu kita tak sedar apa yang kita da buat.tapi kita juga tak tahu masih ada yang ingat setiap inci kisah indah itu.

ok..kisah indah..kalau tak indah?..ia tetap memori.mungkin kau sedih bergolek tika itu,tapi at last kau akan senyum bangga.yeee la bila fikir balik,kadang tu its really stop..eat ok!

well itu kisah lama.sejarah mungkin.tak semua orang boleh cipta sejarah yang sama.perjalanan ceritanya berbeza


aku pijak pada Bumi sambil dongak pada langit..setiap memori itu aku lakar pada awan.lepas aku tulis ia berlalu pergi.memang masih kekal..cuma awan itu berarak jauh..ya jauh di atas sana

Monday, December 24

tolong jangan ambil


ajal..maut

dua perkara rahsia Tuhan yang kau sendiri tak tahu 

Tuhan..aku sayang mereka
tolong jangan ambil mereka kerna aku tak bersedia
Tuhan..panjangkan umur mereka
beri aku kesempatan merasai kasih dan sayang dari mereka
Tuhan..aku tahu Kau dengar setiap isi hatiku
kabulkan ia 
Tuhan..aku pohon padaMu
benarkan aku membalas jasa pada mereka selagi hayatku masih ada
Tuhan..panjangkan umur mereka.kurnikan mereka kesihatan yang baik
murahkan rezeki mereka.kasihani mereka sepertimana mereka mengasihaniku sejak kecil


amin  

Saturday, December 22

ikut hati suka

kalau ikut hati memang suka...bila ikut rasa ia binasa


"Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa." 


aku khabarkan ayat itu pada dia tatkala dia sedang gatal tak kena gaya.

beberapa purnama lalu aku dan dia ketemu.membuat sketch di meja yang sama.dia duduk bertentangan dengan aku.tatkala itu dia juga ada sebut ayat di atas itu.aku yang serabut dengan sketch langsung tak ambil port dengan kata-kata dia..cuma dengan tiba-tiba dia pun cakap

selama ni aku tak pernah kan beritahu aku suka kat kau 

kemudian berlalu dari kedudukan tadi ke kedudukan lain meninggalkan aku yang blur tetiba sambil hati berdegup laju...*sigh 

boleh jadi itu cuma angin 

Thursday, December 20

20.12.2012

hari ini hari khamis
tarikhnya kelihatan chanteq
khabar angin kepoh mengatakan esok hari jumaat adalah hari kiamat
haish kalau manusia da rasa dirinya Tuhan memang masalah

tarikh memang chanteq,tapi ia tak bermakna hari itu akan indah selamanya
ditakdirkan ada dua viva jatuh pada hari yang sama
dirancangkan satu viva itu jam 10..ditunda jam 11..tunda lagi jam 2..tunda lagi 230
direncanakan ada satu viva yang waktunya masih sama iaitu jam 3 dan aku di group ke 2

pabila keikhlasan pada hati itu tiada maka aku masuk meeting room untuk viva pertama dalam minda kosong.boleh jadi aku tertinggal diluar pintu tadi.bersikap paling pasif dari team member aku yang lain.terlalu pasif sampai Dr J bagi aku clue utk jawap pertanyaannya.soalan mudah cuma garagara tertinggal otak aku gagal menjawap..huhu...habis la markah viva
sudah tu kena re-doooo report..makin bertambah la kerja.nak pula orang da mood studyweek..aku mood lazyweek.haishh

viva ke 2..ni lagi haruuu.sudahla aku masih lagi tertinggal otak.memang blur la.nak pulak time semngat nak viva pen pointer patah,berguling dengan asyik atas lantai.arghh..terbongkok-bongkok aku kutip sambil mulut mengomel ayat merapu.dengan design ikut suka hati.hammek kaw bila disoal mula la buat muka chumel tahap infinity.dan bagaimana markahnya nanti aku redha dan redah je la.huhu

tapi disebalik benda rare jadi hari ni.ada benda rare lain aku dapat buat.tapi aku consder ia rare yang berezeki...=)

Wednesday, December 19

cahaya

sama ada masalah ini sebenarnya dari aku..ya atau tidah entah la
kalau orang nak kata aku ni nak berjimat aku puntak tahu nak cakap macam mana

masalahnya mudah...CAHAYA
aku pelik dengan segelintir manusia yang suka pasang lampu di waktu siang.nak kata gelap tu tak la sangat.boleh jadi mata aku ni special sikit nampak semua benda berkeadaan terang ke..hurmm
tapi aku pelik gak.apa fungsi lampu sebenarnya?..menerangkan apa yang gelap?tapi kalau area tu sudah terang dengan cahaya mentari perlu juga ke nak pasang?
kalau semua tempat nak pakai lampu,lebih hilangkan cahaya matahari..tak giteww?

ok la..kalau kau nak pasang lampu demi kepentingan kau boleh la..tapi lepas guna tu tutup la balik.yang nak pakai tergedik-gedik pun kau sorang je.bukan apa..membazir la.memang la kau tak bayar bil elektrik.tapi kalau kau membantu mengurangkan bil electric pun da tersangat ok.

jom!

kerana usia


apakah kerana usia atau peribadi sendiri?

well usia dan nombor cuma angka yang sentiasa berubah mengikut putaran bumi
peribadi itu sendiri kau yang pilih untuk bentuk macam mana..kalau chanetq acuannya,maka chanteq la bentuknya
kalau aku nak rasa sensitif tetiba pasti sebenarnya ada satu kesalahan yang aku pernah bikin tapi aku tak  sedar ada yang tak suka.
hidup ni macam roda...mungkin hari ni ko puiih kat orang..esok lusa orang puiih kat kau balik.kalau kau nak terasa hati sangat p lari jauhjauh dari bumi ni buat planet baru.hidup seorang diri,so tak ada orang nak buat kau terasa atau kau terasa masa sendiri

Monday, December 17

nafsu


gambar berikut adalah persiapan untuk studyweek yang akan bermula


semester ni cuma tiga paper,dan sekian kalinya aku dapat balik awal seminggu sebelum annual camp bermula...heuwheuwheuw...exam da dekat
cuti seminggu ada exam lagi...heuwheuwheuw..ujian physical dan mental

moga semuanya bermula dengan baik dan berkesudahan dengan baik juga ^^

Tuesday, December 11

tujuh disember

 syukur pada Tuhan kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas

terimakasih untuk mak..terimakasih untuk ayah.
melahirkan aku,membesarkan aku,menjaga aku,mendidik aku,mengasihi aku,memberi terbaik untuk aku

terlalu hebat..terlalu besar..kekadang aku terfikir mampukah aku memberi seperti yang aku terima ini
berada di mana aku berpijak sekarang adalah berkat dari mereka..Alhamdulillah

terimakasih buat rakan..terimakasih buat sahabat..terimakasih buat mereka
dalam hidup sebenarnya aku kurang diberi peluang untuk merasai seperti malam itu.mungkin ini yang pertama dan terakhir aku bakal rasa.agak terkedu pada malam itu.
boleh jadi melalui minggu hectic akhir-akhir ini terubat rasanya dengan hadir mereka.
terimakasih sekali lagi..terutama kepala kpd acara =)

Saturday, December 8

kau tipu!aku tipu!

bila kau kata kau OK...sebenarnya kau TAK ok!

well..ini kehidupan..ini manusia
kuman seberang laut kita nampak jelas,gajah depan mata kita boleh terlepas pandang
 salah aku kau nampak,salah kau?..pernah kau terfikir

ok la..salah aku pun aku tak nampak.sebab aku manusia
kalau kau rasa kau da puas bersabar.aku kau tak mahu tahu ke?
betapa aku pernah nanes sebab kau

ok..kau manusia..aku manusia..kau ada perasaan.habis aku tak punya jiwa..tak ada raga ke?
cuba kau jawab..cuba kau fikir

kau pernah sedar apa yang kau buat tu aku tak suka ketika tu.tapi aku diam sebab aku tak kuasa
well mungkin aku tak pernah tunjuk siapa aku sebenarnya..tapi kalau kau da lihat kau akan senyap


btw..aku bukan marah pun cuma aku sangat la tidak cool ok!cuma aku rasa sebelum kau nak buat sesuatu fikir dulu
lagi satu nak tambah..tolong jangan buat aku bercakap dengan batu.aku cuba jadi begitu pada kau,tapi aku tak mampu sebab dalam hati masih ada kasih
mungkin kau perlu ingat bila aku sangat kasih,keegoan aku semakin tebal.

Sunday, December 2

eksesais mandi peluh 9

maka...kemuncak segala latihan telah tiba.walaupun malam tadi hanya tido dalam lubang yang tingginya paras lutut..aku tetap tido lena.mujur ada yang datang kejut,kalau tidak memang aku masih membuta waktu serangan nanti.

celik mata terus kemas bag.maklum la lepas attack ni terus pengunduran.breakfast yang agak lewat,aku da stand by jajan ringan buat kudapan sementara menanti musuh.mengikut arahan musuh datang dari depan,namun waktu serangan mereka datang dari rusuk kanan.

maka sesi berbalas serangan bermula.walau hanya peluru kapur,berdesing la juga telinga ni.
serangan yang hanya beberapa minit sahaja.15minit aku rasa paling kurang.tapi jika keadaan sebenar ia berjam-jam lamanya ok.maklum la asykar melayu ni hebat.peluru kapur je selamba la redah...weee

environment sebelum serangan 




setelah selesai penguduran bermula mengikut seksyen.
kenapa mengudur?kalah ke?
alasan:assignment banyak lagi tak siap weyh! ^_-



pra sudah...sekarang menanti hari ujian sebenar.semoga mental aku dan mereka bersedia.ini annual camp terakhir.moga ia kisah indah untuk aku dan mereka.entah bila suasana begini akan ada.unless la aku lapor unit..weee

...Aku gagah menjadi seorang wanita! Aku bahagia menikmati setiap inci hidup aku sekarang!...