Wednesday, December 24

batas

tengahari itu aku beratur membeli makanan
beratur dibarisan yang agak panjang walaupun ada tiga kaunter
perkara biasa bila hujung bulan dan kau beratur die restoran makanan segera
kau boleh bajet berapa ringgit kau habiskan untuk nafsu hari ini

kakak bertudung hitam,berkemeja biru menyatakan kepada rakannya bahawa rakan sekerja tetap rakan sekerja dan tak boleh jadi rakan baik
aku kunyah setiap perkataan yang aku dengar dan aku nampak logiknya di situ

mengenali seseorang sebagai rakan dan rakan sekerja penerimaannya berbeza
mungkin sebagai kawan,kau boleh anggap dia teman terbaik,tapi belum tentu dalam urusan kerja dia seorang yang sangat boleh di harapkan.
sebab tu bukan semua rakan sekerja boleh jadi bahu menangis
tapi bukan maksud aku tak boleh langsung.ada juga individu yang boleh menjadi rakan baik dan rakan sekerja cuma peratusan tu kecil

Wednesday, December 17

tidur


tidur malam kelmarin aku bermimpi
pada firasat aku pertama kali aku bermimpi tentang dia
ya dia yang aku pernah angau sekejap
namun bila dia enggan melayan inbox fesbuk aku jadi meluat
menyampah pun ada.sebab aku boleh nampak status seen namun dia tak menyahut

walaubagaimanapun kehadiran dia dalam tidur malam ku memang sesuatu
aku terus terjaga dari mimpi
dalam mimpi tu dia sempat berkata
"kalau aku tahu kau da lama suka aku kan bagus"kata dia

eeh eeh kau dah kenapa NES cakap macam tu kat aku
tapi sayang itu cuma mimpi

Sunday, November 30

kawen

jadi semalam rakan sekelas sekolah menengah yang ke berapa sudah melangkah ke peringkat seterusnya..alam perkahwianan
semalam aku menghadiri bersama rakan sekelas yang juga jiran lama
orang yang dahulunya setiap hari jumaat akan teman aku dan adik pulang ke rumah

soalan paling win setiap kali bertemu "kau bila nak kahwin?"..well kalau mencari jodoh itu seperti membeli pisang goreng cheese coklat pasti ia mudah
namun mencari jodoh ini seperti membuat macaroon,ramuannya mungkin mudah,namun kalau tersalah aduanan memang penghasilan macaroon itu gagal.kau lihat sahaja bagaimana akak kat luar sana menjual macaroon dengan harga yang mahal
 aku sehingga kini masih berfikir kenapa harganya mahal walaupun pembikinan dan ramuannya mudah

begitu la kawen,sebut macam mudah..mencari pasangan itu rumit
lebih lagi bila perkahwinan itu bukan melibatkan dua pasangan tapi dua keluarga yang kita tak pernah hidup bersama

Wednesday, November 12

lain

ada orang da mula tegur muka aku nampak stress
aku tengah fikir celah mana stress tu muncul.ada tulis kat dahi ke?

well aku tak tahu nak panggil stress or geram
dan aku tak tahu apa tindakan aku perlu buat

tapi aku boleh cakap belang diri sudah makin terpancar
jenis kejam yang aku sorok
jenis rare yang aku pendam
lebih mudah jenis aksi orang keliling aku tak sangka aku bertindak sebegitu

kalau di tanya kenapa..aku tak tahu

tapi aku rasa lain

Wednesday, October 22

rumit

bulan ini aku jumpa kawan lama..ya kawan lelaki
dia yang aku kenal sudah 4tahun,tapi namanya aku sudah dengar 5tahun lalu
kawan lelaki aku sudah pacaran,berpacaran mungkin 2tahun lebih yang lalu

tadi kami berjumpa bertukar kisah di tempat kerja
masingmasing berkongsi pengalaman yang di rasa
kawan lelaki aku punya pacaran dan kami bertemu tanpa ketahuan pacarannya

aneh bila aku terima wassap dari kawan lelaki aku yang berkongsi rasa duka
duka kerana pacarannya merajuk kerana berjumpa aku
malah siap pesan jika pacarannya bertanya padaku tolong cover kawan lelaki aku

itu lawak kerana aku dan pacaran kawan lelaki hubungannya cuma biasabiasa
kalau jadi rakan cuma di alam maya iaitu di fesbuk dan entahgram

baik kami bukan jumpa berdua tapi bertiga bersama kawan perempuan aku

Sunday, September 28

keinginan

hadir rasa suka macam lapar sepinggan nasi
tapi bila di hidang sepinggan nasi rasa mahu kunyah da basi

ya aku yang sebelum ini mata nya tak duduk diam
perasaanya tak reti sabar
cepat sangat jatuh suka
suka pada si dia..suka pada yang di sana..suka pada yang di situ
nampak tamak dan gelojoh sebagai seorang gadis
hodoh sungguh perangai begitu

masa terus berlalu.aku melalui kehidupan seperti orang lain
bangun pagi meredah lautan besi bertayar mencari rezeki
hujung bulannya wang bertambah dalam akaun,dan awal bulannya wang berkurang dari akaun

rasa menggatal yang dulu sangat tak reti bahasa,perlahan-lahan jadi suam kuku
rasa yang sekarang sudah under control
apakah sebab besi bertayar yang aku hadap hari-hari buat keinginan dulu jadi basi

usia makin bertambah,tapi hakikatnya aku belum mampu terima aku perlu jadi dewasa
atau aku tutup hati pada orang lain dan menunggu pintu hati diketuk oleh si dia
tapi si dia itu tidak tahu yang aku sudah pendam rasa hampir 8tahun lamanya

jujur aku cerita,dalam doa ku,hampir setiap tadahan tangan itu aku sebut nama dia andai punya jodoh dengan dia moga Tuhan buka ruang dan jalan buat kami berdua
memang si dia tak tahu,tapi rahsia dan perancangan Tuhan tiada siapa mampu duga

Tuesday, September 16

longkang

dua minggu lepas aku dan PK gila bertemu lagi
hampir setahun tidak bersua..
perancangan tak diduga malah last minute
percubaan beberapa kali untuk bersua..namun tiada jodoh antara kita

berjumpa..berbicara..bertelagah..bertentang mata
berbicara kisah dia dan pacarnya
ya..dia sudah berpacaran

aku yang dulu pernah minat pada dia
tapi itu dulu..kisah lama

setelah setahun..aku dan PK gila bertemu di tepi longkang
mujur petrol pump itu punya longkang
nasib aku jenis slumber,namun adegan itu disaksikan oleh rakan sekerja
pada rakan sekerja itu luar biasa..pada aku itu lejen

Monday, August 4

mati

semua orang akan mati
tapi bila akan mati
dimana akan mati
dengan siapa akan mati
bagaimana akan mati
semua itu persoalan yang jawapannya kita akan tahu bila kita hampir berjumpa dengan mati


Rosnadila Saruddin pergi mengadap Illahi pagi tadi
04082014

Wednesday, July 23

solusi

mungkin aku,mungkin orang lain
ada ketika aku cuma mahu dengar kata-kata yang memuji diri ini
bukan aku tadah mangkuk puji
cuma aku mahu dengar orang curah kata yang baik-baik sahaja

well,tak salah kan
banyak ketika aku tengok sesama kita cuba jatuhkan tangga yang kita dirikan
boleh tak kau tolong cari orang buat aku pegang tangga ini bersama
bukan apa biar aku tahu ada orang mahu bantu aku bila aku jatuh

walau kau tak sudi
boleh tak kau jadi pelakon setia untuk aku
kalau bukan selamanya,sebentar pun tak apa
biar aku rasa ada value rupanya aku pada mata kau

Thursday, July 17

jujur

sekarang bulan puasa,bulan Ramadhan
ramai umat Islam melakukan ibadah berpuasa
bulan Ramadhan bakal masuk ke fasa ketiga

lagi sepuluh hari Syawal bakal menjelma
corong radio sudah mula putarkan lagu raya
baru hari pertama berpuasa lagu raya sudah berkumandang

aku semakin meningkat umur
semangat menyambut lebaran seperti tiada
jika aku lagu raya berkumandang,aku terus tukar siaran
aku lebih risau jika puasa itu sama sahaja
tak lain hanya tahan lapar dan dahaga
aku tahu aku manusia yang rugi jika tak cari peluang merasai manis dan indahnya Ramadhan

tak semangat lebaran ok lagi
tapi bila tak semangat mencari pahal itu disaster

Wednesday, July 16

sedar

aku dengan ini mengaku
aku makhluk paling gagal dalam mendalami apa aku rasa
aku pilih untuk cakap banyak
cakap merepek
bila aku pilih untuk diam,aku tahu itu rare

aku tahu aku makhluk paling gagal untuk luah apa aku rasa
aku biar masa menjadi penentu segalanya
lalu bila peluang itu tiada aku anggap sebagai takdir
ok takdir aku untuk terima itu dan ini

nampak tak aku sedang menjadi loser buat diri
tanpa aku sedar dan sebenarnya aku sedar

Tuesday, July 1

nokharoom

perkara paling keji dalam hidup bila kau lupa jalan pulang
seperti yang diberitahu aku baru tukar kerja dan sudah hampir sebulan
ini merupakan Ramadhan aku sebagai seorang employee
jadi kompeni aku beri kelonggaran untuk pulang sejam lebih awal

al maklum la ramai akan pulang jam 5
tak kira bangsa dan agama
yang aku pasti bangsa lain pun buat teruk macam dia nak berbuka di rumah juga
so..jalan memang nokharoom

entah kenapa otak aku juga turut berpuasa,sehingga aku berlegar-legar di jalan yang sama hampir empat pusingan sebelum aku ambil tindakan untuk melalui jalan bukan yang dirancang seperti asal
memang thorbaeek punya speed,minyak dan harga tol
ngamngamsooi..azan Magrib aku tiba

Thursday, June 26

dunia

aku mengkategorikan diri aku sebagai seorang yang lejen
pergi kerja setiap pagi aku dengar radio
yang lejen bila lagu-lagu klasik menjadi pilihan
jalan yang sesak sambil dengan lagu kenangan lalu memang rasa ayu

aku tunggu traffic light bertukar warna
penyampai di radio berkata
"jika dunia ini tempat kamu melakukan kebaikan,jika tiada dunia di mana lagi"
okayh..deep..seyes deep
pada aku deep..pada pendengar lain aku tak pasti

Wednesday, June 25

teruk

sampai ke tempat kerja memang seronok
lebih seronok jika kau jadi orang paling terawal
melihat ruang kerja yang bersih cuma punya habuk yang sukar di kesan dengan mata kasar

selesai meletakkan barang kau keluar
normal..datang awal lalu melepak di tempat lain
namun kad kau tak boleh akses
jadi kau tersangkut
paling teruk bila kau seorang diri
tiada orang untuk mohon bantuan
itu la padah datang awal

tahi di dubur sudah tak sabar untuk melihat dunia
kau pula masih gagal keluar
rasa itu memang teruk

Friday, June 20

bahu

sejak bertukar environment ni,aku boleh simpul punya sedikit culture shock
budaya dan cara bekerja yang agak berbeza dari tempat sebelum ini
hari ni genap dua minggu aku dibaling ke dept ni
perkara paling awesome aku tak dapat kerja setimbun ditempat lalu
malah sengal bahu juga tidak terasa

stress tu aku boleh katakan masih dibawah kawalan pada tahap ini
berjumpa orang yang tak cukup oksigen ni menarik juga
kau pun hampir gila melihat mereka
tak lama lagi aku mungkin gila....*sigh

bole dikatakan aku bangun seawal enam,bersiap dengan laju
bergerak ke tempat mencari rezeki sebelum tujuh
sampai destinasi hampir lapan lebih
pulang hampir tujuh malam
sampai katil kegemaran lapan lebih

kau nampak tak level semangat aku
amat berbeza di tempat lalu
rutin ini akan bertahan untuk sebelas bulan satu minggu lagi

Wednesday, June 4

peluang

semalam aku dipaksa menadah telinga mendengar percakapan
tajuknya berkaitan safety at work  ,jadi bagi aku yang ada background environment ini memang punya idea tentang percakapannya

apa yang buat aku bengang bila si penyampai itu yang merupakan  Sr SHO Exec menceritakan background study beliau
well said si penyampai itu yang berpengalaman lebih 15tahun dalam safety merupakan bekas pelajar masscom
ok..masscom tu tak salah,yang salah bila si penyampai dari background masscom berada dalam dunia safety

jadi tidak hairanla kalau aku sampai sekarang tak ada peluang nak kerja bahagian safety
puncanya species-species kecil yang masih wujud ini






notakaki:bila aku terlalu confident bercakap aku dapat background digital media walhal aku telah tertulis untuk brand/digital..nampak tak tahap ketidawarasan otak dalam berfikir dengan bijak di situ

Wednesday, May 28

pengganti

aku sedang menghitung hari untuk berada di environment baru
berjumpa dengan orang baru

masih ada beberapa hari sebelum aku tinggalkan tempat sekarang dan dalam minggu akhir ini pengganti aku sudah tiba
menurut sumber sudah banyak orang yang ditemuduga sehingga resume untuk post yang ditawarkan hampir habis
namun minggu lepas seseorang sudah berjaya memikat jiwa majikan

aku hampir tak sangka,dan aku yakin ramai yang agak terkesima
pengganti aku memang la X chromosome cuma ada kesesatan Y chromosome sikit

ya majikan aku memang la X chromosome juga cuma aku tak nafikan Y chromosome pun ada sedikit.mujur pemakaian skirt ke tempat kerja menghalang Y chromosome  merebak teruk dalam diri majikan

jadi bila majikan memilih pengganti aku sedemikian rupa aku faham
sebab itu masa memilih agak lama

mohon jika ada perbalahan jangan bertumbuk pada masa akan datang

Sunday, May 18

tahniah

semalam hari sabtu dan aku bekerja separuh hari
sabtu kedua sebelum sabtu depan menjadi sabtu akhir di PM

semalam aku bawa sedikit manisan yang aku pakat untuk tumpang sekaki dengan AG
cuma sebiji cake dan beberapa ketulan cream puff manakala pihak AG sekotak milo dan ketulan karipap
ia memang ngam untuk sarapan pagi yang mengenyangkan

Mr Safety sempat menyelit memberitahu sepatutunya kalau mahu meraikan pemergian diri ia harus makanan yang berperisa masam atau pahit,tapi aku pula jamu perisa manis
nampak tak betapa aku sedang berbahagia menghabiskan detik dua minggu itu

Mr Qs dari department contract paling terbaik pabila memberi ucapan tahniah untuk langkah yang aku ambil

company baru yang aku akan bermula pada bulan hadapan sudah menghantar letter offer
tinggal aku beri kata balas dan reply sebelum jumaat ini
aku tahu  environment di tempat baru ini akan lain banyak
demi pengalam hidup aku harus kuat

company baru ini menawarkan kontrak selama setahun tetapi jika aku mahu tarik diri aku perlu notis beserta enambulan gaji
jadi jika aku boleh bertahan untuk tigatahun takkan tak kuat untuk setahun
sedangkan di PM aku cuba bertahan untuk tigabulan sudah menjangkau ke tujuhbulan...phewphewphew

Tuesday, May 13

kena soal

mujur ada pesbuk yang sangat setia mengingatkan tarikh lahir teman pesbuk aku
al maklumla aku yang secara jujurnya amat lemah bab ingat hari lahir
jadi kalau ada yang berduka atau rasa tak dapat makan dengan selera tanpa ucapan hari lahir aku mohon kemaafan ya

beberapa hari lepas,hari lahir En Dr dan aku antara yang paling tak tertinggal untuk ucap hari lahir itu
maklum la sudah jadi tradisi untuk sama-sama jadi tukang semak wall teman pesbuk

menjadi lumrah pabila si penerima ucapan akan ucap rasa trimas menggunung sambil ada icon smiley di penghujung bicara
dan
En Dr memberi ucapan sama beserta soalan tambahan iaitu bila mahu jamu nasi minyak? 
perghh aku cuma beri jawapan mohon carikan Dr buat laki pilihan

nampak tak berbahasa ayat aku..ikutkan jari mahu je aku taip
mohon En Dr mai rumah hantar rombongan 

nasib baik jari ni tak sampai hati nak taip gitu takut aku pulak tak dapat terima kenyataan   

Friday, May 2

envelope putih

sehari sebelum sambutan hari pekerja

petang itu dua keping envelope color putih sudah siap sedia untuk diberi pada majikan dan HR
ya..aku selaku pekerja contract yang baru bekerja selama enam bulan dengan rekod cuti tiga hari setengah termasuk satu hari cuti tidak berbayar telah menyerahkan notis sebulan berhenti

HR agak terkasima bila aku tolak pintu lalu serahkan envelope putih dimana isinya sekeping surat A4 berlipat tiga

majikan yang sedang asyik slide phone dari tadi terpana bila aku serahkan segala sales DO,invoice,DN dan di atasnya terletak envelope putih tertulis nama majikan

 Exec deparment aku terus sakit hati dengar aku bakal menghantar notis pada HR dan majikan
Asstant department aku yang sedang sarat mengandung mengusap perut bila aku khabarkan aku mahu menghantar notis

Despatch company yang terdengar perbulan aku dengan HR terkedu mendengar perbualan aku dengar HR,malah mengajak aku untuk jadi gang dengan despatch gang

ya aku yakin memang ramai tak sangka sepantas ini aku boleh bertindak sedemikian

sebenarnya kalau nak di ikutkan aku bakal tukar department lain
tetapi atas dasar aku tak mampu sabar dan tak mampu tertunggu tanpa jawapan aku bertindak

Tuesday, April 29

tukar angin

genap 1may ini tandanya sudah enambulan aku jadi buruh
maka hari ini aku terima panggilan untuk bertukar  angin
memang angin kali ni pun tak ada bau "environment/safety/seangkatan dengannya"

sejak gang masuk air sudah kekurangan ahli,semangat untuk bertahan seperti tiada
maka dengan ini aku selaku gang masuk air juga bakal menyusul untuk keluar ahli

tarikh lapor diri di alam baru sudah hampir
aku harus tinggalkan kertas notis awal bagi mengelakkan segala kekalutan

kalau kau nak tahu ini gara-gara majikan aku yang menahan aku untuk bertukar ke bahagian lain
ikutkan niat untuk aku bertukar ke bahagian sudah aku khabarkan duabulan yang lalu
tetapi sikap majikan yang agak berat untuk lepaskan aku,maka aku ambil tindakan untuk tukar tempat bekerja terus
maaf.....

Saturday, April 19

title "Dr"

ketika berusia 16tahun,aku sudah jatuh suka kali pertama pada dia
ya dia yang dengan officialnye sudah dapat lulus exam dan dapat title "Dr"
heboh di ruang mukabuku die rata-rata ucap tahniah setinggi awan di atas kejayaannya
well said,he deserved dat title..segala usaha dia berhasil

may Allah bless his journey to the right path  =)

haish kalau ada jodoh dengan "Dr" tu alangkah indahnye hidup
kalau aku cerita kat bonda mahu beliau suka dapat menantu begitu
tapi aku kata pada bonda beri dia masa untuk bina karier dia dulu
nanti payah sangat biar aku datang meminang "Dr"



lama sangat memendam suka.
tapi tak apa aku belum kenal rasa untuk lupa

ok tak "lying" ?

semalam ada soalan cabutan
soalan tanya ok tak "lying" ?

so aku personally rasa "lying" banyak membantu dalam situasi keselamatan diri
dia ada dua sama ada ko cari kambing hitam atau kau rela hati serah diri jadi kambing hitam
tapi bukan semua situasi kau mampu apply,sebab kalau selalu buat nanti terkantoi pula

dalam situasi kerja,ada masa si majikan akan gemar tanya soalan kau tak mampu beri jawapan

sebagai contoh "kenapa baru sekarang u asked my signature? "
erk...time tu lying perlu kau guna.daripada kau kena tadah telinga dengar majikan mencarut,jadi kau cakap la kau terlepas tengok tanda signature tu
tapi paling kau rasa nak carut majikan kata "itu bukan explanation"..time tu la kau terus cabut dari bilik majikan.walaupun ia kelihatan konghajo,nasib la..

Tuesday, April 15

sedut asap

aku paling stress kalau disuruh sentuh sanitary item
dapat pulak supplier yang haru biru..aku makin stress
sudah la nama item tu berbelit-belit,tapi kalau kau google barang tu mak aiih sonang jo

kau ingat senang ke nak key in dalam system berapa banyak barang yang deliver kat site
dapat pulak bila order nama A,dapat kat supplier nama B,bila dapat invoice nama C
aku bole pecah akal woo.
awal tahun ni aku kena stay back bila barang tak tally dengan system
rasa nak nanes woo

kelmarin aku kena check lagi sanitary item,maka aku mintak rokok sebatang buat cari ilham
bayangkan bila joke itu direalisasikan..budak IT meja sebelah bagi aku sepuntung

Wednesday, April 9

budak baru

minggu lepas ada 2 orang budak baru
aku rasa depa ni sebaya aku
 satu laki laki..satu perempuan

hari ni dengan rasa kurang malu aku approach yang laki-laki
die seorang QS...jengjeng
so hari ni aku balik awal (azam bulan april nak balik awal*)
niat before balik aku nak tadah ayaq minum,tapi tengok je QS tu da turun bawak file,aku patahkan niat untuk isi ayaq sampai penuh
aku pun stand by nak thumb print.tapi samnil tu buat lambat
time tu la nak simpan botol..time tu la nak simpan phone..time tu la nak cari kunci

lepas QS thumb out,aku pun follow
so masa kat tangga nak amik kasut..
aku dengan selamba approach die
tanye budak fresh ke?.belaja mana?..kos apa?

yeah segala soklan aku terjawap..da dapat jawapan aku terus cakap babai


ikutkan hati aku da boring asyik lepas dengan orang berfamily ni
maklumla topic sembang dorang ni semacam
sekali sekali mahu gang sembang dengan gang bachelor..huhu

Tuesday, April 8

buat muka

secara normal dan logic,aku mahu pagi aku bermula dengan baik
pagi aku tak sama seperti majikan aku yang suka menjahanamkan mood pagi orang lain
makanya di awal pagi jam 9 tadi riuh seperti di pasar melanda ruang bekerja

memandangkan kejadian berlaku dibelakang aku dan cuma dilapisi oleh dinding nipis maka telinga sedikit pekak pagi ini
maka sesiapa yang pass by depan aku sure aku buat muka tak tahan
jujurkan aku ni..bila tak suka tu tunjuk sangat

secara tak sengaja aku juga buat muka pada En QS yang sedang lalu di depan aku
yang paling menggerunkan pabila bunyi pasar sudah reda,En QS lalu lagi
dengan muka beliau sedikit blur dan hang meminta aku melakonkan semula aksi buat muka tu semula

kali ni aku tak buat muka tapi aku buat blur
apa da sasau ke En QS ni.banyak sangat mengira sampai minta aku buat sesuatu di luar jangkaan

Tuesday, April 1

cari kerja vs cari chenta

ini pendapat aku..pendapat orang lain mungkin berbeza

pada aku mencari kerja macam mencari matair

well at first mungkin kau tak biasa dengan kerja kau and kau akan terima dengan sebaiknya
sebab kau tahu sikap positif dalam diri akan membantu kalau tak banyak mesti sedikit
dan kisah menyiapkan kerja bermula dari sehari ke sehari,dari minggu ke minggu,dari bulan ke bulan
tapi dalam kau menyiapkan kerja itu kau belajar untuk kenal dan hargai kerja yang kau siapkan
namun sampai satu detik terlintas dalam diri aku yang aku tak mahu siapkan kerja ini selama-lamanya.
aku mahukan kelainan,aku mahukan keunikan
pada orng lain aku patut menerima apa yang ada.buat sehabis boleh
cumaa...

ok kisah matair
bila aku suka seseorang aku akan belajar untuk terima dia dalam kehidupan aku
dia tidaklah terlalu sempurna,tapi cukup untuk buat aku selesa.kurangnya tidaklah seteruk mana
tapi dalam asyik kami bersandiwara,sampai satu ketika aku merasakan takkan aku mahu spend hidup dengan dia
dengan jawapan cliche aku bukan terbaik untuk dia
mungkin bukan jodoh di takdir bersama

so kau yang baca ni paham tak apa yang aku nak sampaikan ni
dulu aku kata dengan diri aku tak mahu memilih kerja.nahh dapat kerja yang aku tak pilih.
da 5bulan kerja aku mula rasa bahagia itu tiada
aku mula rasa bukan ini sesuai dengan jiwa
jangan tanya aku kenapa sebab aku sudah explain dalam bahasa cliche sebelum ni



*aku tak pernah ada matair,tapi aku rasa mungkin begini perasaan bermatair

Wednesday, March 26

sakit hati

masuk hari ni sudah 3 kali aku kena sound pasal tong sampah
kena sound sebanyak 3 kali dalam 2 hari
jujur memang sakit hati
5 bulan tu tong sampah duduk kat situ
hari ni aku tak paham bila tong sampah jadi issue berbangkit
kalau marah dekat supplier,jangan lepas kat tong sampah

aku makin sakit hati bila sanggup potong line waktu aku sedang bicara hal penting
nampaknya dia makin tak puas hati dengan tong sampah
nampak mainan dia sekarang..kelemahan dia adalah tong sampah
jadi memang aku akan sengaja biar tong sampah tu duduk tempat yang dia tak berkenan

mulut manusia ni kalau da penat pasti diam
cuma aku yakin mulut dia tak diam and aku boleh predict dia akan mula malukan aku demi tong sampah
cuma aku kesian kalau diri sendiri malu tanpa dia sedari


#sakit hati punya hal aku terus buka laman cari kerja baru...>_<

Saturday, March 1

pendapat

aku nak minta tolong pada majikan untuk dengar dan paham pendapat aku
well aku tak minta untuk dia pangkah aku sebelum aku bicara pendapat aku

aku jadi runsing bila majikan mengutarakan pemahaman dia
bila aku lihat ada sedikit celanya
mahu saja aku tegur..cuma aku bertindak untuk diam
kerana apa?

ya kerana majikan tidak dapat terima tentang cela yang dia sendiri cipta
aku jadi runsing..baru sebentar tadi di tanya pendapat..bila mana mahu dilontar pendapat terus dipangkah dengan dasatnya

aku tahu kau majikan.tapi kau kena belajar untuk turun sedikit rasa ego itu pada sesuatu masa
tapi itu tak bermakna kau kena turun ego setiap kali berbicara
cuma turun ego bila mana si macai mahu luah apa yang dia rasa
tolong jangan pangkah setiap bicara si macai..takut kau kelihatan dungu di mata si macai dan rakan-rakan si macai

telinga

aku cuma mahu telinga untuk dengar buih ayat yang terpacul dari mulut aku
tapi aku tak mahu jadi telinga untuk dengar butir ayat pendapat dari si pemberi telinga

pinjamkan aku telinga itu
jangan pinjamkan aku bicara kata itu
akan sampai satu saat aku penat..aku akan terima untuk dengar butir ayat dari mulut dia

tapi aku fikir jika aku mahu putus asa..perkara apa yang buat aku untuk terus bertahan hingga ke saat ini
dan aku buat keputusan untuk teruskan apa yang ingin aku perjuangkan

Wednesday, February 19

majikan

aku tahu manusia itu tak sempurna
aku sedar walau tak sempurna kita pasti akan cuba kejar kesempurnaan
aku pasti kita cuma manusia biasa

tapi point sini kita kalau jadi majikan jangan sampai orang bawah sedar kebodohan kita
jangan sampai anak buah pertikai kedudukan kita
walaupun anak buah itu majikan anggap macam macai,tapi jangan sampai kebodohan majikan jadi bahan ketawa anak buah

tolong jangan jadi bodoh di mata macai sebab rasa respek pada majikan boleh padam
jadi majikan biar sesuai dengan pangkat,sesuai dengan otak
sebab itu jadi majikan jangan suka cakap besar atau berlagak takut level kebodohan itu makin terserlah

jenis manusia ni kalau benda baik susah nak lekat dalam jiwa
sebab yang selalu teringat dalam kepala adalah kejahatan dia

Tuesday, February 4

semangat

aku tak perlu ubat yang hebat
aku tak perlu ubat yang mahal
aku tak perlu ubat yang power

ubat yang aku perlu cuma semangat
bila semangat kita besar
segala jenis sakit mesti kita dapat atasi

kalau 3hari lepas aku asyik muntah apa yang aku makan selama 3hari berturut-turut
tapi kalau semangat nak berjalan tu kuat
pegi balik KB less than 48jam itu tak heran
walaupun rasa nak sakit pinggang lama sangat duduk dalam bus
semangat punya pasal..sakit muntah tu semua hilang

Saturday, January 25

sembang

dua jenis manusia aku lepak

1.manusia berkahwin
orang kalau da berumahtangga ni issue nye tak lain kisah pasal anak..anak..anak..family
hurm jujur aku cakap kadang-kadang boring gak bila sembang issue ni..bukan sebab aku tak fall in that kind of category,cuma sometimes aku nak satu sembang-sembang yang lebih ada unsur knowledge sikit..tak salah kan?

2.manusia seumur dengan aku
kalau part gatal aku memang tak tipu aku ada.tapi part jatuh cinta tu aku pun belom fall dalam category tu.so aku jumpa kawan lama.then topic kami pasal love.kesian jugak membe aku ni sebab bercinta lebih dari setahun,,tuptup matair nak kawen dengan orang lain.so aku boleh cakap membe aku ni macam patah hati la..ikut cara die macam nak cari matair baru..well pesan aku before kami dismiss aku cakap kalau kau suka orang tu tapi tak berniat nak meminang dia ke tak payahla..kesian pulak gurl tu nanti makin patah hati die..belajar kasi habis dulu baru pikir sume

dalam hidup ni tak ada isu lain ke selain dari kes cintan cintun.aku pun boring gak,cerita pasal climate change menarik gak buat sembang.cuma belom jumpa the right person je

Monday, January 20

buntu

baru duapuluh hari dalam januari
tapi aku dapat bayang idea untuk menulis tak berasap seperti sebelum ini
mungkin terlalu terperap dalam kotak batu berhawa dingin ini
mata asyik terpacak dengan PC brand HP buat otak aku tak ligat nak menulis

lihat environment pun tak menarik di jiwa
aku belum ada kesempatan untuk jalan-jalan mencri kawasan damai
maklumla duduk di kota ini yang aku lihat besi bergerak,batu tersusun..
lain la dulu aku punya kesempatan lihat sawah padi,dengar bunyi ombak

ooh seronoknya bunyi alam

Thursday, January 9

maintain

sejak jadi orang makan gaji
aku rasa otak aku macam tak update dengan benda baru
bangun pagi-redah jammed-park ramli-thumb jari-kerja sampai blur-thumb jari-redah jammed-park ramli-tido
rutin harian...macam tak menarik jeer

aku mahu jumpa people yang bole share benda knowledgeable sikit
buhsan gak hari-hari dengar kisah orang bekelurga.topik common kisah anak
bosan la =_="