mujur ada pesbuk yang sangat setia mengingatkan tarikh lahir teman pesbuk aku
al maklumla aku yang secara jujurnya amat lemah bab ingat hari lahir
jadi kalau ada yang berduka atau rasa tak dapat makan dengan selera tanpa ucapan hari lahir aku mohon kemaafan ya
beberapa hari lepas,hari lahir En Dr dan aku antara yang paling tak tertinggal untuk ucap hari lahir itu
maklum la sudah jadi tradisi untuk sama-sama jadi tukang semak wall teman pesbuk
menjadi lumrah pabila si penerima ucapan akan ucap rasa trimas menggunung sambil ada icon smiley di penghujung bicara
dan
En Dr memberi ucapan sama beserta soalan tambahan iaitu bila mahu jamu nasi minyak?
perghh aku cuma beri jawapan mohon carikan Dr buat laki pilihan
nampak tak berbahasa ayat aku..ikutkan jari mahu je aku taip
mohon En Dr mai rumah hantar rombongan
nasib baik jari ni tak sampai hati nak taip gitu takut aku pulak tak dapat terima kenyataan
No comments:
Post a Comment