Sunday, May 18

tahniah

semalam hari sabtu dan aku bekerja separuh hari
sabtu kedua sebelum sabtu depan menjadi sabtu akhir di PM

semalam aku bawa sedikit manisan yang aku pakat untuk tumpang sekaki dengan AG
cuma sebiji cake dan beberapa ketulan cream puff manakala pihak AG sekotak milo dan ketulan karipap
ia memang ngam untuk sarapan pagi yang mengenyangkan

Mr Safety sempat menyelit memberitahu sepatutunya kalau mahu meraikan pemergian diri ia harus makanan yang berperisa masam atau pahit,tapi aku pula jamu perisa manis
nampak tak betapa aku sedang berbahagia menghabiskan detik dua minggu itu

Mr Qs dari department contract paling terbaik pabila memberi ucapan tahniah untuk langkah yang aku ambil

company baru yang aku akan bermula pada bulan hadapan sudah menghantar letter offer
tinggal aku beri kata balas dan reply sebelum jumaat ini
aku tahu  environment di tempat baru ini akan lain banyak
demi pengalam hidup aku harus kuat

company baru ini menawarkan kontrak selama setahun tetapi jika aku mahu tarik diri aku perlu notis beserta enambulan gaji
jadi jika aku boleh bertahan untuk tigatahun takkan tak kuat untuk setahun
sedangkan di PM aku cuba bertahan untuk tigabulan sudah menjangkau ke tujuhbulan...phewphewphew

No comments:

Post a Comment