Sunday, September 28

keinginan

hadir rasa suka macam lapar sepinggan nasi
tapi bila di hidang sepinggan nasi rasa mahu kunyah da basi

ya aku yang sebelum ini mata nya tak duduk diam
perasaanya tak reti sabar
cepat sangat jatuh suka
suka pada si dia..suka pada yang di sana..suka pada yang di situ
nampak tamak dan gelojoh sebagai seorang gadis
hodoh sungguh perangai begitu

masa terus berlalu.aku melalui kehidupan seperti orang lain
bangun pagi meredah lautan besi bertayar mencari rezeki
hujung bulannya wang bertambah dalam akaun,dan awal bulannya wang berkurang dari akaun

rasa menggatal yang dulu sangat tak reti bahasa,perlahan-lahan jadi suam kuku
rasa yang sekarang sudah under control
apakah sebab besi bertayar yang aku hadap hari-hari buat keinginan dulu jadi basi

usia makin bertambah,tapi hakikatnya aku belum mampu terima aku perlu jadi dewasa
atau aku tutup hati pada orang lain dan menunggu pintu hati diketuk oleh si dia
tapi si dia itu tidak tahu yang aku sudah pendam rasa hampir 8tahun lamanya

jujur aku cerita,dalam doa ku,hampir setiap tadahan tangan itu aku sebut nama dia andai punya jodoh dengan dia moga Tuhan buka ruang dan jalan buat kami berdua
memang si dia tak tahu,tapi rahsia dan perancangan Tuhan tiada siapa mampu duga

Tuesday, September 16

longkang

dua minggu lepas aku dan PK gila bertemu lagi
hampir setahun tidak bersua..
perancangan tak diduga malah last minute
percubaan beberapa kali untuk bersua..namun tiada jodoh antara kita

berjumpa..berbicara..bertelagah..bertentang mata
berbicara kisah dia dan pacarnya
ya..dia sudah berpacaran

aku yang dulu pernah minat pada dia
tapi itu dulu..kisah lama

setelah setahun..aku dan PK gila bertemu di tepi longkang
mujur petrol pump itu punya longkang
nasib aku jenis slumber,namun adegan itu disaksikan oleh rakan sekerja
pada rakan sekerja itu luar biasa..pada aku itu lejen