hadir rasa suka macam lapar sepinggan nasi
tapi bila di hidang sepinggan nasi rasa mahu kunyah da basi
ya aku yang sebelum ini mata nya tak duduk diam
perasaanya tak reti sabar
cepat sangat jatuh suka
suka pada si dia..suka pada yang di sana..suka pada yang di situ
nampak tamak dan gelojoh sebagai seorang gadis
hodoh sungguh perangai begitu
masa terus berlalu.aku melalui kehidupan seperti orang lain
bangun pagi meredah lautan besi bertayar mencari rezeki
hujung bulannya wang bertambah dalam akaun,dan awal bulannya wang berkurang dari akaun
rasa menggatal yang dulu sangat tak reti bahasa,perlahan-lahan jadi suam kuku
rasa yang sekarang sudah under control
apakah sebab besi bertayar yang aku hadap hari-hari buat keinginan dulu jadi basi
usia makin bertambah,tapi hakikatnya aku belum mampu terima aku perlu jadi dewasa
atau aku tutup hati pada orang lain dan menunggu pintu hati diketuk oleh si dia
tapi si dia itu tidak tahu yang aku sudah pendam rasa hampir 8tahun lamanya
jujur aku cerita,dalam doa ku,hampir setiap tadahan tangan itu aku sebut nama dia andai punya jodoh dengan dia moga Tuhan buka ruang dan jalan buat kami berdua
memang si dia tak tahu,tapi rahsia dan perancangan Tuhan tiada siapa mampu duga
No comments:
Post a Comment