Monday, December 31

change

tahun akan berubah
cerita akan berubah
manusia juga berubah

akan tiba satu tahap keinginan aku yang berada dalam kepompong itu bebas
bukan bebas mencari kebebasan atau kepuasan tapi mengisi rasa kosong yang hadir itu

penigkatan usia bukan bererti kita semakin tua
tapi pengalaman hidup semakin bertambah

setiap rasa yang ada aku lahirkan dengan kata
setiap cerita yang hadir aku ukir pada layar
buat tatapan..buat renungan..buat ingatan

post penutup 2012.mungkin tak semua yang aku mahu sudah tercapai.tapi apa yang aku lalu punya kisahnya.


pertama kalinya aku mohon maaf andai setiap kata sebelum ini melukai kau.aku cuma manusia.aku janji aku akan berubah.ya..ke arah lebih baik.
doa kan aku ya

salamat'

Saturday, December 29

persoalan



"Tuhan, orang yang paling sukar menerima cinta dalam hidupnya, orang itu adalah orang yang paling setia pada mahu-nya.. Iya kan Tuhan?"
-bsa-
 
 
ini cuma soalan
bagaimana ia terjawap itu rahsia
soal hidup..soal mati..soal ajal..soal pertemuan
itu kerja Tuhan
 
 
bertawakal
 

aku dan TIGA

mengikut tarikh hari ini sehingga melangkah tahun baru..masih berbaki TIGA hari

aku baru sedar bahawa semester ini aku akan seat untuk TIGA paper dari TIGA subject berbeza

bertambah menarik pabila kertas pertama akan bermula pada TIGA january duaribuTIGAbelas

berada di tahun keTIGA dan bakal menduduki TIGA paper untuk semester ini,aku mohon result aku melebihi pngk TIGA juga

Thursday, December 27

ini benar

ini kisah lama
kisah aku dan dia yang bergelar kambing

kambing mungkin tak tahu dan mungkin tak pernah sangka kalau aku kata aku masih simpan pesanan ringkas beliau lagi.paling lewat pun ada la January 2010...lagu yang aku ambil dari dia pun aku masih ada.mungkin tak semua,tapi yang aku rasa boleh jadi memori yang bila aku baca teringat semula zaman dan tika itu...aku masih ada

aku dan kambing cuma teman tapi mesra.hubungan kami cuma rakan..mungkin kawan atau kata mudah membe...bersama?..oh sama sekali tidak.well pesanan ringkas aku pada kambing atas sebab title "bersama" itu tak perlu wujud aku masih simpan juga...

apa punya habit or perangai pun aku tak tahu which category.gambar first barang aku received dari kambing juga masih ada...ohtidak..perlu ke aku delete?..tapi kalau aku rasa mampu chill dengan semua ni tak kisah kan.

ini cuma kisah lama.sama ada kisah lama akan diperbaharui,aku pesan pada diri untuk syiook sendiri.well kambing sudah ada teman pengganti.dia pun ada haluan sendiri.
aku masih seperti dulu.masih berpegang prinsip yang aku pertahankan.
perlu ke aku menyesal?..mungkin tak sebab so far aku masih rasa fine dan ok ^^

Tuesday, December 25

memori

tak semua perkara mampu kau simpan dalam akal
ada kalanya tulisan atau gambar  mungkin text mesej mampu buat kau re-calll kisah lalu
kisah yang akhirnya buat kau sengih masa sendiri..ingat cerita dulu

ya kisah lama.itu memori.mungkin kau tak mampu cerita semula sebab kau malu
biasa la.nama pun memori..ada kadang tu kita tak sedar apa yang kita da buat.tapi kita juga tak tahu masih ada yang ingat setiap inci kisah indah itu.

ok..kisah indah..kalau tak indah?..ia tetap memori.mungkin kau sedih bergolek tika itu,tapi at last kau akan senyum bangga.yeee la bila fikir balik,kadang tu its really stop..eat ok!

well itu kisah lama.sejarah mungkin.tak semua orang boleh cipta sejarah yang sama.perjalanan ceritanya berbeza


aku pijak pada Bumi sambil dongak pada langit..setiap memori itu aku lakar pada awan.lepas aku tulis ia berlalu pergi.memang masih kekal..cuma awan itu berarak jauh..ya jauh di atas sana

Monday, December 24

tolong jangan ambil


ajal..maut

dua perkara rahsia Tuhan yang kau sendiri tak tahu 

Tuhan..aku sayang mereka
tolong jangan ambil mereka kerna aku tak bersedia
Tuhan..panjangkan umur mereka
beri aku kesempatan merasai kasih dan sayang dari mereka
Tuhan..aku tahu Kau dengar setiap isi hatiku
kabulkan ia 
Tuhan..aku pohon padaMu
benarkan aku membalas jasa pada mereka selagi hayatku masih ada
Tuhan..panjangkan umur mereka.kurnikan mereka kesihatan yang baik
murahkan rezeki mereka.kasihani mereka sepertimana mereka mengasihaniku sejak kecil


amin  

Saturday, December 22

ikut hati suka

kalau ikut hati memang suka...bila ikut rasa ia binasa


"Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa." 


aku khabarkan ayat itu pada dia tatkala dia sedang gatal tak kena gaya.

beberapa purnama lalu aku dan dia ketemu.membuat sketch di meja yang sama.dia duduk bertentangan dengan aku.tatkala itu dia juga ada sebut ayat di atas itu.aku yang serabut dengan sketch langsung tak ambil port dengan kata-kata dia..cuma dengan tiba-tiba dia pun cakap

selama ni aku tak pernah kan beritahu aku suka kat kau 

kemudian berlalu dari kedudukan tadi ke kedudukan lain meninggalkan aku yang blur tetiba sambil hati berdegup laju...*sigh 

boleh jadi itu cuma angin 

Thursday, December 20

20.12.2012

hari ini hari khamis
tarikhnya kelihatan chanteq
khabar angin kepoh mengatakan esok hari jumaat adalah hari kiamat
haish kalau manusia da rasa dirinya Tuhan memang masalah

tarikh memang chanteq,tapi ia tak bermakna hari itu akan indah selamanya
ditakdirkan ada dua viva jatuh pada hari yang sama
dirancangkan satu viva itu jam 10..ditunda jam 11..tunda lagi jam 2..tunda lagi 230
direncanakan ada satu viva yang waktunya masih sama iaitu jam 3 dan aku di group ke 2

pabila keikhlasan pada hati itu tiada maka aku masuk meeting room untuk viva pertama dalam minda kosong.boleh jadi aku tertinggal diluar pintu tadi.bersikap paling pasif dari team member aku yang lain.terlalu pasif sampai Dr J bagi aku clue utk jawap pertanyaannya.soalan mudah cuma garagara tertinggal otak aku gagal menjawap..huhu...habis la markah viva
sudah tu kena re-doooo report..makin bertambah la kerja.nak pula orang da mood studyweek..aku mood lazyweek.haishh

viva ke 2..ni lagi haruuu.sudahla aku masih lagi tertinggal otak.memang blur la.nak pulak time semngat nak viva pen pointer patah,berguling dengan asyik atas lantai.arghh..terbongkok-bongkok aku kutip sambil mulut mengomel ayat merapu.dengan design ikut suka hati.hammek kaw bila disoal mula la buat muka chumel tahap infinity.dan bagaimana markahnya nanti aku redha dan redah je la.huhu

tapi disebalik benda rare jadi hari ni.ada benda rare lain aku dapat buat.tapi aku consder ia rare yang berezeki...=)

Wednesday, December 19

cahaya

sama ada masalah ini sebenarnya dari aku..ya atau tidah entah la
kalau orang nak kata aku ni nak berjimat aku puntak tahu nak cakap macam mana

masalahnya mudah...CAHAYA
aku pelik dengan segelintir manusia yang suka pasang lampu di waktu siang.nak kata gelap tu tak la sangat.boleh jadi mata aku ni special sikit nampak semua benda berkeadaan terang ke..hurmm
tapi aku pelik gak.apa fungsi lampu sebenarnya?..menerangkan apa yang gelap?tapi kalau area tu sudah terang dengan cahaya mentari perlu juga ke nak pasang?
kalau semua tempat nak pakai lampu,lebih hilangkan cahaya matahari..tak giteww?

ok la..kalau kau nak pasang lampu demi kepentingan kau boleh la..tapi lepas guna tu tutup la balik.yang nak pakai tergedik-gedik pun kau sorang je.bukan apa..membazir la.memang la kau tak bayar bil elektrik.tapi kalau kau membantu mengurangkan bil electric pun da tersangat ok.

jom!

kerana usia


apakah kerana usia atau peribadi sendiri?

well usia dan nombor cuma angka yang sentiasa berubah mengikut putaran bumi
peribadi itu sendiri kau yang pilih untuk bentuk macam mana..kalau chanetq acuannya,maka chanteq la bentuknya
kalau aku nak rasa sensitif tetiba pasti sebenarnya ada satu kesalahan yang aku pernah bikin tapi aku tak  sedar ada yang tak suka.
hidup ni macam roda...mungkin hari ni ko puiih kat orang..esok lusa orang puiih kat kau balik.kalau kau nak terasa hati sangat p lari jauhjauh dari bumi ni buat planet baru.hidup seorang diri,so tak ada orang nak buat kau terasa atau kau terasa masa sendiri

Monday, December 17

nafsu


gambar berikut adalah persiapan untuk studyweek yang akan bermula


semester ni cuma tiga paper,dan sekian kalinya aku dapat balik awal seminggu sebelum annual camp bermula...heuwheuwheuw...exam da dekat
cuti seminggu ada exam lagi...heuwheuwheuw..ujian physical dan mental

moga semuanya bermula dengan baik dan berkesudahan dengan baik juga ^^

Tuesday, December 11

tujuh disember

 syukur pada Tuhan kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas

terimakasih untuk mak..terimakasih untuk ayah.
melahirkan aku,membesarkan aku,menjaga aku,mendidik aku,mengasihi aku,memberi terbaik untuk aku

terlalu hebat..terlalu besar..kekadang aku terfikir mampukah aku memberi seperti yang aku terima ini
berada di mana aku berpijak sekarang adalah berkat dari mereka..Alhamdulillah

terimakasih buat rakan..terimakasih buat sahabat..terimakasih buat mereka
dalam hidup sebenarnya aku kurang diberi peluang untuk merasai seperti malam itu.mungkin ini yang pertama dan terakhir aku bakal rasa.agak terkedu pada malam itu.
boleh jadi melalui minggu hectic akhir-akhir ini terubat rasanya dengan hadir mereka.
terimakasih sekali lagi..terutama kepala kpd acara =)

Saturday, December 8

kau tipu!aku tipu!

bila kau kata kau OK...sebenarnya kau TAK ok!

well..ini kehidupan..ini manusia
kuman seberang laut kita nampak jelas,gajah depan mata kita boleh terlepas pandang
 salah aku kau nampak,salah kau?..pernah kau terfikir

ok la..salah aku pun aku tak nampak.sebab aku manusia
kalau kau rasa kau da puas bersabar.aku kau tak mahu tahu ke?
betapa aku pernah nanes sebab kau

ok..kau manusia..aku manusia..kau ada perasaan.habis aku tak punya jiwa..tak ada raga ke?
cuba kau jawab..cuba kau fikir

kau pernah sedar apa yang kau buat tu aku tak suka ketika tu.tapi aku diam sebab aku tak kuasa
well mungkin aku tak pernah tunjuk siapa aku sebenarnya..tapi kalau kau da lihat kau akan senyap


btw..aku bukan marah pun cuma aku sangat la tidak cool ok!cuma aku rasa sebelum kau nak buat sesuatu fikir dulu
lagi satu nak tambah..tolong jangan buat aku bercakap dengan batu.aku cuba jadi begitu pada kau,tapi aku tak mampu sebab dalam hati masih ada kasih
mungkin kau perlu ingat bila aku sangat kasih,keegoan aku semakin tebal.

Sunday, December 2

eksesais mandi peluh 9

maka...kemuncak segala latihan telah tiba.walaupun malam tadi hanya tido dalam lubang yang tingginya paras lutut..aku tetap tido lena.mujur ada yang datang kejut,kalau tidak memang aku masih membuta waktu serangan nanti.

celik mata terus kemas bag.maklum la lepas attack ni terus pengunduran.breakfast yang agak lewat,aku da stand by jajan ringan buat kudapan sementara menanti musuh.mengikut arahan musuh datang dari depan,namun waktu serangan mereka datang dari rusuk kanan.

maka sesi berbalas serangan bermula.walau hanya peluru kapur,berdesing la juga telinga ni.
serangan yang hanya beberapa minit sahaja.15minit aku rasa paling kurang.tapi jika keadaan sebenar ia berjam-jam lamanya ok.maklum la asykar melayu ni hebat.peluru kapur je selamba la redah...weee

environment sebelum serangan 




setelah selesai penguduran bermula mengikut seksyen.
kenapa mengudur?kalah ke?
alasan:assignment banyak lagi tak siap weyh! ^_-



pra sudah...sekarang menanti hari ujian sebenar.semoga mental aku dan mereka bersedia.ini annual camp terakhir.moga ia kisah indah untuk aku dan mereka.entah bila suasana begini akan ada.unless la aku lapor unit..weee

...Aku gagah menjadi seorang wanita! Aku bahagia menikmati setiap inci hidup aku sekarang!... 

Friday, November 30

eksesais mandi peluh 8

hari ke-6 latihan

celik mata aku terus capai cangkul.dalam kepala sudah set mahu gali kubu sampai dalam.adjust bagi chanteq

sebelum matahari menapak tinggi kami harus stand by.aku yang pagi itu agak blur sedikit,maklum la tido tak lena dengan gangguan nyamuk maha dasyat.akibat dari itu,kelihatan muka aku sangat tak selesa.bengkak yang agak teruk kesan dari gigtan serangga yang aku sendri tak pasti.agak stress di situ..mata yang rasa sepet semacam,ditambah mulut macam sexy teramat malah pipi tembam semangkuk...

sejak tadi telinga aku berdesing macam bunyi lalat atau nyamuk berkeliaran di telinga.namun bila matahari mula naik sangkaan aku meleset bila tebuan tanah sebenarnya berkeliaran.terus statik sehingga tebuan itu rasa selamat dan berlalu pergi...fuuh lega...

gali dan gali




matahari mula bersinar.tumpuan hari ini lebih kepada menyiapkan kubu demo.manakala kubu personal hanya di peringkat 1 sahaja.
tumpuan lebih pada kubu GPMG.akibat terlebih tumu kekecewaan melanda kerana kubu yang hampir siap itu roboh!

robohnya GPMG maka robohnya satu empayar




moral down!..esok sudah hari serangan.kubu runtuh.lubang yang sudah gali dipenuhi tanah semula.gang ronda tempur inter siap nampak kejatuhan empayar agung itu..waktu hampir tengahari.bekalan air semakin tandus.seorang skuad aku sudah tumbang akibat dehydrated..makanan tiba agak lewat dalam jam 4..moral?..down!

i need more water!


suka atau sedih proses gali diteruskan.maklum la petang nanti ada orders baru.orders pengunduran

ini gambar asli.suasana kawasan defend.memang rare!


ini rare!


Tuesday, November 27

eksesais mandi peluh 7

hari ke-5 latihan

maka setelah selesai ujian segala fasa medan bermula.
setelah selesai segala hal di markas tek,kami berangkat ke padang new zealand.ambil kedudukan sebelum masuk pertahanan.walau hanya stand by di ladang sawit,sempat juga la aku membuta.entah kenapa rasa mengantuk terlampau sampai campak mana pun boleh tido lena...haish

langit sangat terang >_<




langkah di atur..kedudukan di ambil.setelah dapat green light baru la pengagihan harta bermula.maka sesi gali-gali bermula

cuaca indah untuk gali-gali



mereka sudah mula gali-gali dan aku dan beberapa asykar lain di tugas untuk OP..adeyh..memang la OP itu seronok sebab boleh sambung membuta lagi.OP yang sepatutnya di buat di puncak bukit,kami buat tepi sungai dan kawasan tumbuhan tumbuh lebat.yeaa kawasan sesuai sambung tido...tido dan tido sehingga jam 6 lalu pulang ke kubu sendiri.


galigali..itu kerja kami
ini penggali tegar

mereka masih menggali.dari siang berlanjutan ke malam

maka malam berlalu dan hari esok berlabuh
celik mata terus sambung gali-gali 



Friday, November 23

eksesais mandi peluh 6

alhamdulillah setelah bercalit 3,aku diberi kesempatan untuk membaca doa awal dan akhir tahun.
al maklum la..sebelum ini petang awal muharam pasti akan jatuh ketika aku sedang bereksesais.sebagai contoh waktu jr aku berada di awal muharam di tempat yang sama aku berada pada hari ni.cuma ketika itu environmentnya sedikit tegang.kisah awal muharam jr itu biar kenangan aku dan mangsa tawanan yang lain...huhu...ketika aku inter juga awal muharam jatuh ketika aku sedang berlatihan juga...agak sadis di situ.

*doa akhir tahun...ini cara kami ^^ 




selepas maghrib doa awal tahun dibaca.alhamdulillah..berjalan baik.semoga tahun ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt =)

makan malam fasa medan buat semester ini.walaupun gelap.itu sudah mampu buat aku telan apa yang terhidang.suasana begini bukan selalu dapat rasa.boleh jadi ini yang terakhir..huhuhu

environment ini memang rare ^_-



makan selesai.maka perjumpaan seterusnya.amat dinantikan malah amat nebes untuk mengetahuinya.pemberian jawatan bagi fasa esok hari.mujur hanya 1platun sahaja disokong 4seksyen dan 1hq.

nama seorang demi seorang sudah disebut.sekarang sudah seksyen 4,namun namaku masih belum disebut...haiish nebes den.memang sah la aku dapat jawatan malam ni.mujur penjawatan agak mudah.setakat jadi crew 84mm itu tak berat jika dibandingkan sebagai ahli semboyan,sarjan,ketua seksyen atau platun komandan...huhu

maklum la..lagi berat jawatan,lagi hebat tugas.setakat senjata berat kau boleh pikul dengan selamba je..haha.

jawatan selesai.maka acara seterusnya orders defense disampaikan.ini tugas paling berat.ini tugas platun komandan.isi kandunganya sama seperti ujian tewt,cuma ia lebih mudah.

orders selesai..masa melelapkan mata.fasa yang dinanti akan ditemui esok hari

Thursday, November 22

eksesais mandi peluh 5

hari ke 4 latihan

 hari ini pra ujian peta...heuheuheu
menurut khabar lokasi baru.bukan tempat lama yang sama level dengan tiang pencawang
menurut khabar lokasi baru ni pohon sawitnya masih rendang.aku dengan sawit,aku tinggi lagi.kau bayang je la.

persediaan ujian peta ialah 33%..kenapa?
secara teori aku yakin.cuma aplikasi aku sangsi.

jam sudah 2lebih.makanan tengahari telah tiba,namun giliran sindiket aku mendaki puncak ketika itu.dengan perut lapar bergelora,teres-teres sawit aku teroka.sampai di atas menanti giliran seterusnya.memang terbaik la kan

10orang satu sindiket.seorang demi seorang sudah diuji.tinggal 3orang.normal 1penguji 2orang diuji,tapi kami ni nak settle cepat,so 1penguji 3diuji.dapat pulak Tn.Senpai.memang kami buat rare la kan.dengan ilmu nookharoom kami jawap soalan.
fine..bila disuruh tembak dengan kompas,aku buntu.tak ada tanda panduan melainkan tangki air yang jauh disana.dengan matahari terpacak tinggi,kalau suruh tembak memang silau mata.lokasi kami keliling hutang dan bukit hijau.buntu dan celaru.bila suruh explain memang awesome nak appply macam hareem.

si penguji yang sememangnya da buhsan,layankan saje kerenah kami.sewaktu lapor keluar baris sempat lagi beliau kata kami macam kartun..>_<

sesi ujian peta berakhir dengan pulang ke markas tek.kali ni tak pulang ke sekola semula.maklum la fasa medan telah bermula.waktu untuk tak mandi juga sedang bermula

Tuesday, November 20

eksesais mandi peluh 4

sementara menanti gang inter yang membuat viva attack,maka aku dan mereka parking di rimbun besar.buat teduh untuk rehat mata.al-maklum la,esok masih ada lagi ujian peta.persediaan macam biasa masih zero.

selesai makan siang,aku ambil keputusan untuk parking dibawah khemah,manakala yang lain bergerak ke rimbun besar.dari jauh aku perhati kenakalan dan kesewelan ladies lain terserlah bila mana sesiapa yang melintasi hadapan mereka akan dikena bayaran.tak kisah sama ada dengan tarian atau nyanyian.bila mereka gembira,kau boleh berlalu dengan bergaya.stap yang memerhati dari jauh tak mampu kata apa.maklum la bila da buhsan memang begitu jadinya.


ujian tewt aka viva attack dan viva defend selesai.pulang ke sekola semula.

malam itu semua orang loading barang.maklum la esok nak masuk medan da setelah selesai ujian peta.loading barang yang agak lewat,disambung pula kelas peta.mata aku sudah gosok-gosok.waktu sudah 12lebih.kelas baru nak mula.aku dalam hati sedang bermakian dengan dasatnya bila tahu kelas ini telah di request oleh seseorang.....arghhhh aku ngantuk weyh

bila kau da mengantuk.kebolehan akal untuk terima ilmu memang noookharoom.kasihan guru di depan itu.kelihatan beliau sedang mengajar keseorangan bila yang lain tak beri tumpuan.aku seperti biasa sudah siap sedia untuk esok walau ilmu zero.aku cuma harap dapat penguji ok.itu sudah hebat

eksesais peluh badan 3

hari ke3 latihan

dengan ilmu defend zero,aku sedikit gementar untuk ujian tewt ini.walaupun aku tahu team penilai dari kalangan yang aku kenal,tapi pe'el masing-masing tak mampu nak taw weyh.
seperti semalam,bus senior ladies tiba awal.walau masih awal,matahari sudah terpacak tinggi.aku dan mereka tiba di padang meha aka padang new zealand yang punya cerita beberapa bulan lalu.

keadaan yang panas buat kami semua terbayang macam mana mahu gali kubu ke paras dada jika begini cuacanya.pergghhhh mahu kemiskinan air dan kekayaan tona gelap pada muka dan tangan.

ini tempat ujian    




pra-ujian hari ini agak bertuah bila kami dapat peluang buat secara buddy.sudah tu buddy adalah rumate,alasannya mudah,nanti boleh berdiskusi bersama di kamar nanti...haha

menanti giliran agak lama.jam 12 ke atas baru giliran ku.dapat pula penguji Elle Botak . nervous punya pasal,time lapor mula tergagap.ditambah pula stress bila sketch yang aku buat penuh semangat hilang dikebas orang.arghh terpaksa pinjam sketch orang lain.walaupun sketchnya sama,tapi hasil tangan itu berbeza ok.sampai sekarang aku tak taw siapa yang rembat tu...haish

dengan ringkas..viva defend aku dan rumate memang nookharoom.apa jenis soalan diberi,semua aku hentam je.kalau mahu punish aku tak kisah,janji settle.mujur viva itu jadi sesi mengajar,so aku tanya apa yang aku pening.maklum la,tok guru banyak sangat.dan masing-masing ada falsafah tersendiri.yang menjadi mangsa...aku dan mereka.

ini viva defend.bukan dewan sejuk,tapi padang segar >_< 


ini sketch.masih ada beberapa layer tertinggal.dan aku punya hilang  


Sunday, November 18

eksesais mandi peluh 2

hari ke2 latihan

pelampung da siap.maka keberangkatan bermula.memandang kami ni ladies dan senior pulak tu,maka keutamaan memang kat aku dan gadis suci laen la.so pergerakan pagi tu bermula dengan bas,manakala yang laen bersama 3tan dan bas lain.

perjalanan hampir sejam ke kedah.dalam minda aku da terbayang pasti deras air itu,malah pasti suci.mana taknya kalau gaya penceritaan mereka seperti mahu menggerunkan kami semua.walaupun ia cuma parit luas di tepi sawah atau ban,aku teruja menanti untuk lihat kawasan itu.

bila indah khabar dari rupa,semua asykar yang lihat ban itu mula mental down.ok,cuba kau bayang,sudah la airnya keruh,melihat dasar pun tak mampu.fine..ia forgiven.tapi ia semakin kecewa pabila kau melalui tepian ban itu kau lihat ada bangkai ayam tanpa bula sedang berenang bebas.jika satu mungkin tak mengapa,tapi bila angkanya hampir lebih dari sepuluh....perghhh aku,dia dan mereka diam  >_<



suka atau segan,aktiviti berenang dengan pelampung buatan bermula.pasanganku adalah jr guy.fine sudah la aku dan jr itu gagal berenang,tapi mujur kami sampai dengan selamat.aku sebaik mungkin untuk tak benar air ban itu singgah ke tekak.mujur deria hidung tak hebat,kalau tak bau air ban tu confirm mampu bikin otak aku pengsan

cabaran pertama selesai,maka kedua pula.dimana aku harus cross ban itu menggunakan tangan berpaut pada tali berposisi terlentang.gara-gara buhsan menunggu tali keselamatan,maka aku dan makhluk malas lain hanya cross dengan lifejacket sahaja.tali tolak tepi..hahaha.saja buat teruk.konon perasan hebat..weee.ia berjaya.aku yang cuba halang kepala dari basah akhirnya basah juga bila Muthu dengki tu bole simbah muka aku dengan air...arghhhh stress

aktiviti ni dibuat dengan hanya celoreng setia di badan,tapi kasut tidak dipakai.maka,pabila aku harus cross semula ke garisan permulaan,semuanya dalam berkaki ayam.nak pulak bila aku sedang pijak jalan tar yang sedang hangat tu,memang melompat kegelian laa hai.sudah la kaki putih menjadi kehitaman.tumit yang halus pula sedang berperang kepedihan.tergedik-gedik kaki ni mahu ke jambatan.

dengan tak tukar baju setelah melepasi sg ayam itu,kami pun pulang.memang harum la kan.bila pulang semua da pakai garu badan ...arghh sg ayam punya pasal.


walau kau letih,ia harus tolak tepi.malam itu ada kelas lagi.makin stress..maklum la esok ada viva defend.maka persedian membuat orders dan membuat sketch malam itu.pulun tak pulun la juga siapkan.aku dengan ilmu defend zero sudah mahu redha dengan apa bakal jadi esok.kalau mereka mahu punish pun aku berserah..

eksesais mandi peluh 1

di saat rakan sekola mula sepi..aku dan asykar laen msih setia di sini.
heuw..kelas pertama bermula.kelas membuat pelampung.maklum la hari esoknya kami ada water confident.

peralatan membuat pelampung yang kelihatan mudah tapi perlu kreativiti tinggi.menggunakan kain hampar yang di isi dengan 2bag hitam penuh lalang atau daun kering.disertakan 2biji bag pack dimana di dalam bag pack itu punya kelengkapan bermula dari  alatan mencuci gigi sehingga baju masuk hutan,baju sukan,baju sejuk,tuala,kasut sukan dan seangkatan.pelampung itu lalu diikat dengan tali dan ranting kayu menjadi bahan sokongan.

 bermula dari kelebaran besar,ia dipadat-padat sehingga menjadi sekecil yang mampu.keyakinan untuk ia timbul buat aku sangsi kerana beratnya perghh sudah terbukti bila malam hari,tali-tali diikat rapi siap hari mula terburai perlahan-lahan...huhh..

 bagi meningkatkan moral diri yang semakin rendah,habis jr aku menjadi santapan mata.perasan gatal dan asykar itu perkara biasa.maklumla,muka-muka ni aku hadap seminggu ni...hehe

maka menly menjadi mangsa minggu ini.ku sangka aku sorang je dok usha beliau,rupanya habis ladies senior lain sedang mengalami hal sama seperti ku  =p

Saturday, November 10

oops minta maaf..minta sori
kerana kau,hati aku malah mulut aku sudah mula bercaci maki
walau sebenarnya aku berhasrat mahu mula aktiviti carut-marut esok hari

dear mr Atus,

kau tahu tak bila pertuturan yang jujur tu buat aku rasa nak baling tinja lembu lajulaju untuk sumbat dalam mulut tu
ya!sumbat dalam mulut ko yang suka membebel tak henti-henti

 mr Atus yang dimenyampahi,

aku tahu aku silap tak turun baris untuk jangka masa yang lama
tapi aku nak jujur sama kau,bukan aku tak mahu turun,cuma enMalas menjadi penghalang pnRajin
kau tahu kata-kata mu mengguris jiwa aku yang suci ni

mrAtus,

sebenarnya,aku tak suka cakap hal tak baik ni.kau pun tahu bole rosak jiwa.tapi apa daya,kau da minta maki,aku bagi je la
tapi jangan risau,harihari yang bakal datang nanti,lebih banyak word "suci" aku kasi ok!

well...aku harap masa berlalu pantas.semoga aku tak bengong masa sendiri




~end

Friday, November 9

aku dan emosi

baik la,aku mengakui emosi semakin tidak stabil.
aku akui bila aku cemburu melihat rakan mula bercuti.
aku akui aku cuba terima dengan apa yang akan terjadi
malah aku akui bila emosi pengaruhi aku dan aku rasa mahu jadi seperti dalam kontrol histeria

mengadap minggu pelajaran membuatkan aku sentiasa bangun pagi di awal hari.malah tido lewat dimalam hari
seharian berperang dengan fizikal dan mental
dan bila aku sedang emosi aku lepaskan pada mereka di keliling ku.maaf kawan
bila aku emosi aku bercakap tak henti.malah ada saja jadi mangsa perli...maaf kawan

seminggu akan datang aku bakal hidup dalam dunia ciptaan sendiri.
akan aku kunci segala akal pemikiran ini.
ingin aku bertindak pada fizikal tanpa kebergantungan pada fikiran

aku dan emosi sedang berperang
bila seminggu akan datang aku yakin lidah ini pasti ringan dengan caci maki
memang rasa itu sudah mula sejak malam tadi

ya aku sedang geram pada dia.dia yang buat emosi aku terseksa
ya aku semakin beremosi

Wednesday, November 7

khuatir

well jika aku seorang guru pun pasti aku khuatir.

ya!khuatir apa student faham ke dengan penyampaian berjela-jela tu.
ya!student ni focus ke sewaktu aku aktif berbicara

aku khuatir.menjadi seorang guru dan menyampaikan ilmu.ia mungkin nampak mudah.walhal hakikatnya..haishh

.
.
.
petang tadi aku ke skewl.tujuan asal mahu ke lab.aku terjumpa guruku.guru yang aku attend kelasnya tengahari tadi.niatku cuma mahu ucap hai..namun ia bukan hai,malah persoalan dari guruku.

soalan beliau apakah aku paham dengan apa yang beliau cuba sampaikan tengahari tadi.hasrat beliau tidaklah pelajar itu tangkap semua kata-katanya,but at least ada sedikit input yang ko simpan dalam akal.

mujur topik hari ini melekat dalam akal.isunya sangat menarik.lagi-lagi bila ia ada kaitan dengan politik dalaman.
ok!bukan la nak cakap aku ni obses dengan isu politic.tapi kalau ko pusing ikut mana,akar umbi yang kau jumpa mesti ada kaitan dengan politic,walau hanya tempias.

well..nasib baik aku boleh elaborate apa yang aku paham.barangkali guruku bertanya padaku,since time kelas tadi tiada repond yang terpacul dari mulutku ini

Tuesday, November 6

persoalan

kelmarin di kelas komunikasi kami diaju satu soalan
ya!ia mungkin kelihatan mudah tetapi kau perlu susun kata-kata itu agar tidak di salah tafsir
soalan dari orang muda ke anak muda

soalan yang masing-masing rata-ratanya diam untuk berfikir

andai perang itu terjadi lagi,mampu ke kita menang?


aku diam..kau diam..mereka diam
mencari jawapan untuk persoalan
tiada salah.tiada benar..ia sekadar pendapat


menang atau kalah itu adat pertandingan
tak kisah la bagaimana strategy kau pasang..bagaimana hebat technology kau cipta
kalau kemenangan di pihak lain kau harus redha.tapi redha itu tak bermakna kau hanya berpeluk tubuh lihat dari jauh
individu mana yang rela terima kekalahan
tapi berbalik pada cerita kehidupan,kau harus sedar setiap yang terjadi itu sudah termaktub.atas sebab apa ia berlaku,ia bersebab.
memang kebenran itu amat perit,
jangan salahkan takdir jika kau masih duduk diam tanpa ada pergerakan
berdoa pada Illahi agar perkara ini dijauhi 

 

Wednesday, October 31

hati vs hanger


Bila hati terasa akan wujudnya rasa pada seorang manusia, ketahuilah bahwa itu adalah hadiah paling indah dari Tuhan


kalau la hati aku ni macam hanger memang aku sangkut rapi-rapi hati tu
aku pastikan hanger tu kuar..tak kisah la cap apa pun..janji hanger berkualiti.kalau ada cop sirim lagi aku suka.maklum la nak sangkut hati ni kena kuat supaya nanti bila tergantung tak la jatuh bersepah-sepah.

tapi disebabkan pandangan mata yang sentiasa terkinja-kinja,maka aku masih gagal cari hanger yang kukuh.boleh jadi pelaburan ku pada hanger masih kurang.perlu ditambah lagi kosnya...hurmm

Tuesday, October 30

lara lagi


tatkala cintaku berbisik
 
suaraku memuji TUHAN
 
pabila rindu terusik
 
rasulku jadi pilihan
 
di saat cinta jadi taruhan
 
dirimu menjadi impian 
 
 
bila kau semakin dewasa kecenderungan penggunaan bahasa mampu bikin si saintis bertukar sastera
berkisah soal jiwa muka ganas mampu bertukar ke hati cute
kalau singa garang mampu dijinkkan kan..ini kan pula ego tebal yang akhirnya cair seperti ais batu
 
 
 
tinggalkan semua ilusi
kerna ia satu fantasi
pantaslah berimaginasi
kerna ia akan menjadi satu realiti ....~via GJK

Monday, October 22

sebak tibatiba

walaupun aku dilatih menguatkan emosi dan mentaliti diri,tapi aku hanya manusia biasa.aku hampir tewas sebagai akak asykar semalam.air mata hampir mengalir tatkala kami baris petang semalam.mujur petang itu hujan turun renyai-renyai.aku masih mampu menyorokkan ekspresi sebak itu dengan baik.

semuanya bermula bila Si bajuputih di suruh bersorak.memandangkan Si bajuputih ini masih baru,mungkin ia malu.Atas dasar rasa malu dan segan itu dihadapan kesemua peringkat yang sedang berbaris Si bajuputih diberi hukuman.Disebabkan Si bajuputih ini masih baru,maka kekuatan tangannya tidak seperti Si bajuhitam dan Si bajucoklat.melihat tingkahlakunya,sekuad Si bajuputih yang berbajumerah ketika itu melaung dengan tibatiba.kata Si bajumerah ini mahu dibuat bersama-sama Si bajuputih.alasannya cuma mudah tetapi memberi kesan pada Si bajuhitam dan Si bajucoklat .

ujar Si bajumerah.....kerana dia sekuadku.susah biar bersama

kisah tindakan Si bajumerah berlarutan sehingga waktu makan malam.dalam hatiku sangat bangga.semoga semangat ini terus berlarutan selamanya. ^^

Thursday, October 18

atmosphere tahun akhir

dengan ini aku membuat pengakuan bahawa tahun akhir tak awesome seperti tahun awal.
bila da tahun akhir ni..titik maturity harus mula dibentuk,terbentuk dan membentuk.permulaan awal semester yang sangat tak chomey..disambungkan dengan minggu berikutnya..keadaan ini semakin tak chomey.pumya la tak chomey sampai aku rasa agak kurang waktu untuk aku berkomunikasi dengan rakan sekelas yang lain.memang la masuk kelas bersua,tapi tamat kelas semua dengan haluan sendiri.bila ditanya ke mana...semua berjawapan sama.sama ada ada diskusi..lab..meeting..project  dan etc.arghh aku jadi buhsan menyebut benda yang sama.kehidupan tak banyak berubah.bila weekend aku sibuk dengan training.

malah jika aku rujuk pada planner,weekend aku sentiasa penuh atau lebih mudah tiada weekend sehingga awal disember.tu pun da kena get ready untuk exam pulak..haishh.kalau weekdays da ada urusan lain.weekend memang toksah kata la.sudah la mid-sem break ni aku ada training.aku da nampak bakal-bakal perubahan tona kulit bakal berlaku.memang lepas ni pass la jadi anak mamiii.....aumm!



aku dapat dari tajuk M.E.."if speaking is silver,than listening is gold"...
betolbetol..deep sangat statement ni.
ooh mujur sudah settle dengan viva intern.tapi viva lab dan project masih bersusun setiap minggu...aku stresss =_='

Sunday, October 14

kisah lalu

ini kisah lalu.ini gambar lama.
walaupun bukan bertahun lamanya...cuma berbulan yang lau..namun kenangannya masih segar lagi.



aku ada dalam gambar.cuma lokasinya dibelakang sana.malu barangkali.maklum la,muka berline tiga tika itu >_<'

Friday, October 12

otak sengal

pabila kadar hormon tak stabil,maka keinginan nafsu mesti mahu yang pelik-pelik.
bila sampai satu peringkat rasa kusut pada jiwa,aku tetiba terpikir mahu cari matair buat peneman dikala sunyi...gilak!

mohon jadi pacaran buat satu jam sudah kira asyik.memandang awan bertemankan aiskrim cap vanila.bercerita soal masa depan.mengenangkan zaman keriangan.
melihat lautan terbentang luas..mendengar dentuman ombak memukul pantai...alangkah girang pada jiwa jika sejam itu dapat tercipta

pinta ku hanya mudah.aku perlu teman buat berbicara.
bicara soal jiwa...bicara soal rasa..bicara soal kita



gara-gara lab harus bertangguh,keinginan pelik membuak pada jiwa.yeaaa aku rasa penat dengan kehidupan yang aku cipta =_=''
  

Thursday, October 11

mamat london

dulu aku ada classmate yang menetap di London selama enam tahun.kini beliau masih meneruskan pembelajaran di universiti tempatan.masih ku ingat ketika beliau pulang ke tanah air,beliau mempunyai kesukaran memahami bahasa ibunda.maklum la kalau dari kecik da ke sana memang da melekat longhat sana.muka beliau yang seakan melayu tulen membuatkan kami sedikit awkward mendegar tutur kata beliau berlonghat British...pergh masa tu apa yang bermain dalam minda hanya la watak Mr.Bean.

gara-gara longhat beliau terlalu pekat,agak sukar berkomunikasi.setelah berbulan-bulan,perlahan-lahan beliau mula berbahasa ibunda.

sekarang ni ada seorang guru yang baru pulang ke tanah air.previuosly beliau mengaji di England juga.persamaan guru baru ini dan x-classmate aku ada la loghat mereka.mendengar guru ini berbicara buat aku secara terus menerus teringat pada x-classmate dulu.

walaupun agak sukar memahami longhat British,tapi aku suka mendengarnya karena kedengaran budi bahasanya begitu tinggi.macam kau berbahasa ibunda tapi versi penglipur lara.kan sedap telinga mendengarnya jika dibandingkan dengan bahasa moden yang banyak digunakan hari ini.

Wednesday, October 10

sembang kuat

symptom yang paling masalah ialah sembang kuat!...baikla aku pun tak nafikan kadang-kadang aku dalam keadaan begitu.ia terjadi mengikut keadaan emosi dan mentality.kalau aku da mentally disorder,kau mohonmaki lajulaju aku no hal kot.malah belang yang lama tersimpan boleh terpancar.

apa itu symptom sembang kuat?..ia satu penyakit bila mana kalau orang lain punya perihal kau mahu canang satu kota.tapi bila ia terjadi pada diri sendiri (ibarat meludah ke langit) boleh pulak kau buat muka tak berdosa.amboiii over giteww.aku bagi contoh mudah..

'huntunglaaa tak payah bangun pagi,siap bole online gitew' 
[perihal sebenar:mangsa sedang memuat turun file penting sebab itu beliau on9]

'hoii tak turun baris ke?..huntung laa bole bangun lambat'
[perihal sebenar: mangsa ada test di awal pagi,maka harus melakukan sedikit ulangkaji]

'weyhh simpulan tu mana?dia tak datang ke?kenapa?..ada kelas?ye kee
[perihal sebenar: mangsa sedang lena tido dan buat-buat tak sedar masa sendiri.maklum la dewa kemalasan menguasai diri]

apa yang masalahnya,bila si sembang kuat buat perihal seperti mangsa,tak ada pun yang ambil kisah.cuma si sembang kuat ambil kisah orang lain hebat sangat.bila kau yang buat,pandai pulak jalan tak pandang depan...tunduk je dengan muka cap jamban...aishh

Tuesday, October 9

masuk baris

walaupun perihal MCK sudah bermula hampir sebulan,namun baru weekend yang lalu aku lapor diri.bila dewa kemalasan bersarang dalam badan,mahu turun pt petang pun aku malas.sanggup nyorok bawah meja sambil berpesbuk bertemankan sepaket keropok buatan teganu.namun bila dikenang weekend nanti akan masuk baris,maka dewa kemalasan aku sepak jauh-jauh.tahap rajin aku dengan MCK dari rabu sampai ahad memang rajin aku turun baris.

bila sudah lama tak masuk baris mula la rasa angin godak-godak dalam perut.kau bayang je semenjak cuti semester lalu sampai minggu sudah,tiada senaman yang aku buat.kalau dikira ada la empatbulan.maka bila ahad yang lalu,aku harus pusing bangunan hampir empat pusingan,mula la cari alasan malas belari.haish nasib pulak padang basah,maka baju yang kering dimanfaatkan untuk keringkan padang kawad....seksi u'oolz.tak cukup guling kedepan..guling kebelakang pulak.tak cukup lagi guling maka kiri dan kanan pilihan yang tinggal.akibat terlalu eksaited berguling,ada akak asykar yang berbuih seluarnya...pergh nampak sangat bilas seluar tak sebati..kuikuikui

malah pt pertama yang aku rasa setelah empatbulan turut ajar cara pumping baru...memang awesome pumping cara vavee..ko mampu?..aku da bervavee dalam jiwa bila dapat arahan begitu.dan sekarang baru aku tahu vavee pun ada pumping tersendiri..okokok!

senaman pagi yang mampu mengecilkan pinggang itu awesome!.walaupun aku bakal di tauliahkan dalam sembilanbulan lagi,maka persiapan baju 1 dress sedang dalam proses.perghpergh macam tak caye pun ada.masa berlalu pantas...rasa dibelasah sejak muda masih segar dalam minda.

garagara takut kegemukan diri menjadi penghalang untuk aku fit dengan 1 dress yang sudah di ukur,maka aku harus memaintainkan rupa bentuk sekarang.proses diet dan pengawalan nafsu sedang dalam usaha...heuwheuw...sangat cuak.kalau baju longgar chomey lagi.tapi kalau ketat?....aku senyap =_='

Tuesday, October 2

luka itu pedih

sayang itu memang lumrah.sama ada berlainan jantina atau tidak.sayang tidak pernah kenal erti jantina.ia satu perasaan yang lahir dari hati yang ikhlas.kau mungkin tak sangka bila tingkah laku mu yang annoyed itu mampu guris hati suci ku.jiwa ku bagai dirabak-rabak melihat gayamu.kehadiran ku umpama kerusi merah yang sepi tanpa mahluk yang bersandar padanya.boleh jadi aku terlau sensitif.tapi pernah tak kau sedar akan hadir diriku ini di sebelah mu.pinta ku hanya mudah bertanya soal khabar dan cerita harimu.sukar sangat ke bila kau buat aku seperti makhluk tak bersuara.melihat gayamu yang boleh jadi itu sikap sebenar,tapi aku merasakan satu atmosfera yang kurang selesa.kadar pernafasan sedikit terumbang-ambing.dan kemudian kau tinggalkan aku tanpa sepatah bicara...ini kenyataan 

 

Monday, October 1

azam dan oodtoober

melihat calendar perancangan pada bulan oodtoober dan neverbear,aku dapat simpul dua bulan ini cukup menduga jiwa dan raga.bila mana oodtober akan jadi bulan yang penuh dengan lab,repot,viva,aisement,visit,quiz,training mck serta aktiviti mencari dana,aku makin serabut.mujur di hujung bulan nanti akan ada cuti raya haji maka kesempatan itu akan ku gunakan itu pulang ke halaman terindui.

melihat pula jadual neverbear,ku lihat tiada weekend malah tiada mid-sem break.semuanya dipenuhkan dengan kerja.bila mana weekdays aku penuh dengan aktiviti ilmiah,maka hujung minggu dengan latihan pertahanan diri,aku serba tak kena...menanti desember aku lagi cuak.mana tak nya,sudah pasti aktivity membuat proposal sempena fyp sudah menanti setia.

hari ini genap minggu ke-4 aku mulakan semester baru.hanya tinggal satu semester dan aku khawatir.walaupun aktivity mck sudah bermula sejak minggu ke-1 lagi,aku masih tidak berkesempatan untuk turun padang.alasannya...aku malas!..sudah latihan di hujung minggu aku skip untuk pertama kalinya setelah bercalit tiga.ok itu satu record.kalau latihan petang hari memang nookharoom la aku turun.sanggup kunci pintu dan sorok bawa meja takut kantoi..hehe

tapi bila masuk bulan baru dan keinsafan untuk mencari stamina yang lama tak berbela aku nekad turun baris petang tadi.namun aku mula rasa penangannya bila antu katak suruh sekuatjam tigapuluhkali aku dah goyang peha...perghpergh..ini memang dukacita.ditambah pula setarjam sebanyak sepuluhkali,hasilnya semakin kecewa.bila aku mula berdiri...zaaapppp terus kuning..dengan macho aku control lagi.langkah berlari yang tak sampai 1km disambung warm-up suam kuku,rasakuning mula menghantui diri....arghhh

bila ketua di hadapan beri arahan kiri pusing dengan tersedia langkah berlari,aku dengan pantas keluar baris.mana taknya bila aku berdiri terus kunnig datang lagi.stress wooo.aku memang tak ada niat nak pacat pun.ikhlas sungguh hati ni nak cari stamina.bila tak tahan sangat,aku ke ruang pelaburan lalu pulang ke kamar dengan selambanya.maaf aku tak tahu kenapa terjadi...

Wednesday, September 26

ops kantoi!

mula-mula niat aku tu suci je nak cover line untuk adik aku yang sedikit teruja nak jadi abang asykar,tapi bila dapat kakak yang tak pandai cover maka niat cover tu pun pecah.aku ni terlebih ramah bercerita la soal hati kat akak asykar laut ni,sudah la mereka ni bakal-bakal seniyor adik aku.adeyh bila di tanya nama adik aku dengan jujur terus kasi taw.nampaknya kalau lepas ni adik aku kena aim lebih aku tak tanggung.malah aku siap pesan kat depa ikut suka la nak buat apa...weeee....maklum la kalau itu jalan yang kau pilih kau kena redha je la.kalau setakat intake seniyor sekarang aku tak berapa nak cuak sangat sebab depa tak macam superseniyor depa yang kerek tahap gaban tu...hehe

kalau la adik aku taw pasal akaknya terlebih ramah nasib la.nak sorok camne,lama-lama orang taw jugak.mujur adik ku tak jadi juniyor ku,kalau tak boleh pulak dia nanes lajulaju nanti...^_^

Monday, September 24

i scream!

menikmati icecream 2scoop penuh sangat berbaloi di bawah sinar mentari itu indah.

keinginan untuk I scream! dalam keadaan badan berbau masham sangat tak cool.

bila emosi itu tak stabil habis banyak orang jadi mangsa keadaan.lebih seronok bila ia berlaku di tempat dan waktu yang salah.lagi menarik timing kejadian berlaku memang mohon maki lajulaju.bila level baek mula diperkotak-katikkan aku rasa kehidupan di hutan itu lebih indah walau ia penuh pacat.kenikmatan dihisap darah oleh raja-raja pacat yang bermaharajalela sangat aku rela dari diserap anasir buruk ke dalam jiwa.

bila mana kebaikan manusia itu dirogol dengan sehebatnya,kawalan jiwa makin buat aku tak lena.mujur ada akak ina d facial yang sudi mengurut-ngurut kudrat ini.walaupun dengan tak pasalpasal aku buat pelaburan percuma


sekian~

Saturday, September 22

masalah tolong berhenti!

ku sangkakan air di sungai akan terus tenang.tpi bila hujan turun menderu bah pun boleh jadi.cukupla minggu pertama register untuk semester ni aku da serabut otak,akibat terlalu serabut aku nekad membawa diri.malang serabut itu tak berkesudahan,disambung pula minggu ni.banyak sangat yang serabut,level serabut tu buat aku membuak lagi nak lari dari pulau ni.

hari ini hari serabut.bila hadap perangai manusia sehelai-sehelai ni buat aku rasa nak muntah lajulaju pun ada.

siang tadi telefon berdering.melihat nama terpancar aku rasa segan nak angkat.antara panggilan ialah enFoxtrot...ohtidak.com!kata beliau motif call aku nak cari alat yang kekurangan..arghhh serabut.mana aku ingat alat tu ada berapa.da tigaminggu kot aku tamat intern.akibat buntu aku dengan selamba point pada Sufi dan Suhail,maklum la depa habis seminggu lambat...setelah berapa lama phone berdering lagi,ok dari enFoxtrot  katanya tersalah dial.lalu beliau menyatakan bukan saja alat yang aku guna hilang,malah cip TLD Sufi yang baru beli tu pun hilang...haaaaaaaaaaaaaaaaaa makin serabut aku dengar.mujur jauh kalau tak memang aku konpem kena ke agency tu bagi proses pencarian.kata beliau mereka sedang busy menyelongkar department.

harapan ku yang tuls dan ikhlas semoga mereka menjumpainya



o0oo00oo hari ni terserempak buaya nerd bersama matairnya dengan kawasaki hijau.barangkali bawa matair makan angin.buaya nerd sudah gemuks sehingga aku kurang camnya wajahnya..>_<

Wednesday, September 19

hari lahir

mungkin tajuk entri ni tak sesuai dengan aku since hari ni bukan hari lahir aku pun.cuma dalam kelas MAS tadi Dr H utarakan soalan ni,Bila time birthday siapa sepatutnya kita celebrate?diri kita or emak kita?..terdiam.berfikir...menjadi adat bila datang je hari lahir kita akan wish kat orang yang dilahirkan tapi bukan yang melahirkan.cuba bayangkan,tanpa orang yang melahirkan iaitu mak kita belum tentu kita boleh ada kat dunia ni sekarang.so,pada siapa kita pada ucapkan hal ini?..bila time birthday kita mula la kita minta mak kita hadiah la,cake la,bagai-bagai lagi.tapi yang bertarung nyawa nak lahirkan kita bukan mak kita.dan pada dia kita patut berterima kasih..ye dak..

untung pada mereka bergelar Emak,Ibu,Mummy,Mama,Umi,Mother,Bonda dan apa saja yang sealiran dengannya.pengorbanan terlalu besar sampai kita terlupa..^_^

brader kacamata

Ya.memang motif sangat kalau brader kacamata tu nak tanya soalan tentang tudung yang aku pakai tapi beli air bubble chocolate.walaupun pada pertama kali beliau hanya memberi sepatah dua kata dan berlalu pergi,kali kedua beliau datang dengan niat.aku perasan rupanya yang tersengih-sengih dari jauh.ku fikirkan sedang menyesal tak beli air Runner Bubbles,rupanya bukan.ditanya pada Panda the Shaker tudung apa yang aku pakai.ok motif sangat kalau ada ladies di situ dan kau perhatikan setiap tudung yang kami pakai...aiish.brader kacamata tu cuma keliru apa itu bawal?apa itu bidang?..aku terkasima

Monday, September 17

awek leopard

ini kisah kelmarin.atas urusan yang tak rasmi aku membeli hampir tigapuluh batang roti perancis.memenuhi permukaan troli.agak tak cool bila warga pasaraya yang berselilih memandang pelik.sewaktu membuat pembayaran ada awek leopard memandang diriku sambil terukir satu senyuman.lumrah bagi manusia sepertiku untuk membalasnya semula.pembayaran selesai.awek leopard yang memborong dua keping donut berlalu pergi.aku dan tigapuluh batang roti menyusuri.sedang aku melayan perasaan entah kenapa awek leopard tadi memegang sikuku sambil mengungkap kata..Awak kelakar tak saya pakai selendang ni?..aku yang terkasima cuma menjawap tak..awak nampak macam biasa je..
awek leopard berjalan pantas berlalu pergi.meninggalkan aku yang terpinga-pinga

Tuesday, September 11

tahun akhir

masa berlalu pantas.pejam celik aku da jejak tahun akhir.maka hampir setiap subject yang aku ambil pasti ada project.dalam kumpulan siapa,aku tak pasti.tak kisah laa macam mana pun,sebab kalau kita pilih ikut bulu ada pro and cons nya.tapi betul pengalaman 36hari banyak ajar aku untuk indie.maklum la bila da tercampak seorang diri kat agency tu,mahu atau tak aku kena belajar untuk deal dengan orang.kalau kita nak bergang memang tak jadi kerja.ye dak..huhu

hari pertama yang haruuu.setelah lama tak menulis,aku boleh perasan tulisan ku semakin nazak.aku tak mampu tulis dengan chanteq.homaigaaad....apakah ini kesan asyik menaip dan kurang menulis.aku buntu...

subjek yang aku ambil hari ni memang tak kasi chan langsung bersenanglenang.lecturer pakat bagi lecture da...kepada otak mohon bawa bertenang.hari isnin yang haru..aku tak boleh bayang harihari yang aku akan lalu dalam semester ni.semoga tak haru...^^

Sunday, September 2

ke tigaenam kali

30080800H2012

hari terakhir praktikal.masuk office dalam keadaan jiwa bergelora.punca?..report tak siap lagi.muahaha...maka pagi ni aku edit apa yang patut,tambah mana yang kurang..email pada SV.garagara hari ni hari akhir,maka dia xmaw comment banyak.kata enFoxtrot kalau aku tak hbis intern,memang dia mahu saja aku edit lagi..puih...stress aku mendengarnya....tanpa pikir panjang aku burn terus ke cd.daaa diam.aku tak larat nak mengedit lagi.

gara-gara hari ni hari last dan aku bakal celebrate merdeka dari practical ni selari dengan hari kebangsaan msia,huaaa pihak siaraya pasang lagu bagaibagai.kata enFoxtrot,sepanjang dia kerja kat sini,bukan selalu hal ni terjadi.

selepas lunch hour,aku p hantar report ke BMI beserta punchcard dan borang lain.agak sedih bila tiada orang di BMI.aku harap semuanya selamat.sudah la report tu ibarat hasil titik peluh ku..huhu...moga-moga semuanya selamat.aku kepilkan dalam satu folder.heuww

since aku ni p kerja parents hantar,maka pergerakan ku dalam agensi ni hanya berjalan kaki.so,tadi nak hantar repot aku jalan dari B15 ke B13 ke B11.motif ke B13 nak jumpa pacik-pacik lab tu.tapi pintu berkunci.so aku terus ke BMI.pulang tu aku menuju semula ke B13.tetiba ada satu kereta berhenti.rezeki hari-hari last ni,rupanya enNik and d gang aka brader NIR..so,aku dengan separuh malu naek je.haha...trimas enNik dan teman-teman.entah bila ketemu lagi...chewaaah!

turun dari kereta teman enNik,terjumpa enRafiq...oOoOo pagi tadi beliau mai office ku,sudah ku nyata hari ni hari last,maka katanya kosongkosong ok! no big deal la..=p.tambah beliau lagi,lepas ni tak da gang la nak ajak p mancing...aku gelak besar
aku selesaikan segala misi di B13.pulang ke B15 di sapa pulak oleh pokguard.boleh jadi beliau musykil ada budak berkeliaran di sekitar agensi siang begini..hehe

petang itu semua pakat hilang.maka aku keseorangan..hurmm.jadi aku spent waktu dengan main game.nak buat apa lagi.laci aku semua pakat kosong da.meja pun aku da clearkan.aku hanya menanti jam 5..ngeee

sebelum pulang sesi bergambar berlaku.garagara hampir jam 5 baru nak masuk office,aku pulang sedikit lewat.agak janggal bila bergambar aku je the lady dalam group tu.nak wat camne da nasib.

apaapapun aku nak ucap trimas pada pihak KFK/BKS yang banyak bantu selama ni.memcurah ilmu,belanja makan,bawa jalanjalan,kasi tumpang kereta,ajak p mancing dan gang borak.pacik-pacik yang beri kerjasama masa aku buat projek.begitu juga brader guard dan pokguard yang baik sebab tolong buka palang bila aku pulang  XD.pengalaman bersama mereka satu cerita baru dalam hidup.peluang merasa alam pekerjaan sangat menarik.kalau ada rezeki habis sekola aku minta kerja kontrak kat sana ok.untunguntung jumpa depa balik..weee

tamat cerita intern

Thursday, August 30

ke tigalima kali

29080800H2012

heuheuheu...hari yang singkat.motif?..masa d spent untuk repot.gila xcute ok.pungkok naek panas akibat tekapan hebat pada kerusi hijau ni.nak wat camne,dapatSV cerewet.suruh aku buat repot macam FYP je.macam thesis siap bagai.ada je xkena.bayang je la,table 12data suruh aku insert.memang motif sangat.sudah la satu table ada 14o++ reading.memang juling itik la.

petang tu untuk berapa kali aku tak ingat.aku email lagi pada enFoxtrot,ku fikir sudah selesai.rupanya harapan punah.ada saja yang kurang.yang lebih tu memang tak la kan.siap cakap lagi Awak rasa sempat tak siap ni ,aku stress bebeno la eh.nak tu tanya aku camne aku kira jawapan ni.sudah terang lagi bersuluh bila aku siap provide theory untuk calculation...arghhhh

bayang je,ada membe call enFoxtrot soal building masalah,katanya mahu result,beliau enF yang tak taw ape,terus roger aku untuk email data tu.aiish,kalau la aku bagi info palsu bukan beliau taw pun.muahaha

tak kisah la...asal lagi sehari je intern,buat aku tak sabar nak cabut.bukan apa.kalau la result aku tu silap,mampuih kena gammaray nanti > <'



walau stress dengan repot,ia makin hilang bila mana pulang tadi aku ketemu Aulia...haha...gatal tu harus bilabila XD

Wednesday, August 29

ke tigaempat kali

28080800H2012

oOoOoOo..bila mana tugasan mengedit repot kembali berterusan.baru la aku ngerti bahawa enFoxtrot seorang yang cerewet.ada saja tak kena.sampai diberi aku contoh repot RIA(radiological impact assesment),dan secara tetiba gastric terus naek kepala.akibat stress itu,sudah beberapa kali aku beriberi.pergh penangan stress repot sangat dasat.menjadi pedoman untuk diri bagi persediaan repot FYP nanti...heuheuheu

bila sudah stress,aku sanggup ikut double S p B13 untuk prepare TLD chip untuk env monitoring..heuheu..punya la lama kami lepak sana.kerja nya sat je.akibat hilang yang terus menerus,tetiba enFoxtrot call tanya kami p mana.haha..mujur ada di sekitar.cara kami sembang macam benda tu susah sangat je.walhal kami bercanda dengan pacikpacik lab..ngeee

motif asal panggilan enFoxtrot menyatakan soal makan tengahari di luar..oooyeah dia nak belanaj.kami hampir terlupa.apa lagi terus jalan lajulaju panjat bukit menuju B15.yang pergi..aku,enFoxtrot,enMail,Sufi dan Suhail.ok kereta ngamngamsooi!

balik dari makan aku baru continue dengan repot.grammar yang memang haram jadah aku sangkut.lebih kurang jam 5 aku sent pada enFoxtrot.mujur dia tahu aku harus pulang awal.maka dikatanya esok saja aku repair report tu semula...ngeeee

oooh ku sangka Aulia sudah tamat intern.kalau da gatal tak boleh buat apa.elok ja petang tu di melintas depan kereta.gerak langkahnya menuju ke surau...alolo sweetnya >_<


Monday, August 27

ke doubletiga kali

27080800H2012

bila mood cuti masih menyelubungi diri ia memang tak cute.setelah lebih dari seminggu bercuti malam sebelum masuk ofis baru aku start belekbelek repot yang da lama berkulat.adeyh sudah lama tinggal banyak ilmu semakin hilang.

pagi tadi sengaja aku lengahkan diri membeleek repot.di edit mana yang rasa cacait.sedang aku leka,tak sangka enFoxtrot datang menerpa.ditanya soal borang yang harus di isi.maklum la borang penilaian itu penting ok!alangalang enFoxtrot da mai,aku hulur je la segala jenis kertas yang perlu di isi.sebelum beliau datang aku sempat submit repot berkulat.hal ini terjadi hampir jam 9.

kedatangan enFoxtrot untuk mengkritik repot kulat ku.aku sangka sudah boleh save dalam CD untuk hantar pada BMI.namun harapan ku melurut bila mana ada saja yang kurang.ini la kerja..permulaan yang tak berkesudahan...aduyaai...maka ku turutkan apa yang di mahukan.

gara-gara stress dengan repot berkulat itu,aku spent masa agak banyak pada game online.walaupun wasting..aku puas! ><..repot berkulat siap.malah sengaja aku lengahkan untuk submit esok hari.maklumla mood nak repair hilang.

hari yang agak sedih bila cafe masih tutup.malah di ikuti oleh kedai serbaneka berhampiran.mujur ada kacang melekit peneman perut.mahu saja aku jerit.sudah la stress..lapar pula tu.kalau ku tahu begini nasibnya,baik aku continue je puasa..huhu...nasibnasib

siang tadi penyelia Sufi dan Suhail datang.begitu rancak perbualan mereka.harus aku jelaskan ya bukan aku pasang telinga,tapi da bilik aku sebelah bilik enFoxtrot memang dengar jelas sekali la..hehe...nasib baik la penyelia aku tak datang.ku lihat bual bicara enFoxtrot seperti sudah tercatit dalam skrip..ngeee...takpe la..minggu ni sudah minggu akhir intern.apa punya nasib kita layan je.

entah kenapa aku sedikit musykil bila enFoxtrot begitu beria-ia mahu kami present soal projek dan repot berkulat ku pada pengarah...oh minta tolong sesangat.aku sudah kesuntukan masa dan sangat tak sabar nak settle semua ni.malah beliau suruh aku prepare slide.mana taw presentation itu boleh on bila-bila masa...arghhhhhhh >_<


ramai gang intern dari uni lain sudah tamat latihan.boleh jadi Aulia pun ikut sama.ku lihat sewaktu punch card tadi,bilangan kenderaan budak intern semakin merosot...jiwasepi XD

Saturday, August 18

ke tigadua kali

15080800H2012

kerja sampling...kerja baca data TLD sudah hampir selesai.misi sekarang lebih kepada pembacaan dan pencarian idea baru bagi mengarang repot.

memandangkan esok da mula bercuti,maka misiku hanya satu untuk settlekan repot projek.maklum la kalau da cuti tu memang berat nak buat kerja office bagai ni...huhu

hampir seharian aku menghadap pc.dengan harapan idea datang membuak-buak...mujur.walau page tak banyak aku rasa aku da buat sehabis mungkin.maklum la repot projek tu macam pride.kalau elok ko buat,maka akan elok la persepsi orang yang bacanya nanti.walaupun aku harus hantar repot lewat dan kesannya sijil lewat,aku tak kisah la asalkan semua semakin selesai.

syukur,petang tu sebelumpulang sudah selesai.barangkali aku perlu touch up sedikit kasi lawa...baru boleh bagi kat enFoxtrot.harap dia suka

Wednesday, August 15

ke tigasatu kali

14080800H2012

huehuehue.....proses membuat report masih dalam progress..masa yang bole dibuat sebentar sengaja aku lengahkan..motif? MALAS!
memang tak bermotif langsung.so siang ni aku berable siapkan lebih dari setengah page discussion..fuhh
tapi tu belum edit lagi since tetiba idea stuck kat awan mana aku tak pasti.

sekali lagi,bagi membuang waktu ku ikut Double S baca TLD dekat lab.walaupun lokasi agak jauh dengan cara berjalan seperti anak labi-labi,perjalanan ke B32 ambil masa hampir sepuluhminit.tapi agak berbaloi bila aku dapat ambil udara sambil cuci mata pada brader kaunter AMP  tu..hehe..penyakit gatal itu harus ya.
cuma bila bulan puasa nya level masih kurang..

begitu la hari-hari akhir dipersiakan.kalau la aku hantar awal,sure pihak BMI mampu proses dokumen ku dengan kadar segera.tapi aku da malas membuak-buak nak wat camne...

ooo..projek Suhail semakin selesai since beliau sudah letak alat untuk 24hrs monitoring.esok beliau sudah boleh collect alat dan tabulate data.sekarang tinggal Sufi yang masih terkapai-kapai dengan projeknya...

ku lihat akak-akak disini topic nya rata-rata soal kueh.maklum la,ni semua kes kuih tunjuk.maka masing-masing menyatakan level ketahuan soal memilih kueh yang bagus.adeyh buat bukan reti,tapi sembang macam pro....huuhuuhuu.tambah pula tengahari tadi ku lihat ada bungkusan besar berisi kerepek tersesat di surau.untuk buat sedekah ke?..aku sangsi




cuti semakin dekat.mana Aulia ya.ku hanya lihat rakan sepejabatnye saje.tak kan die sudah tamat latihan...hurm

Tuesday, August 14

ke tigakosong kali

13080800H2012

heuheuheu...jari jemari semakin letih mengedit graph dan data yang bersheet-sheet itu.plan B29T tu pun kena edit,ye la baru aku noticed yang aku buat monitoring kat existing building...arghh
ambil masa tak sampai setengah hari.kerja yang boleh siap cepat ku lewat-lewatkan.setelah ditanya pada pihak BMI,katanya kalau aku nak sijil cepat aku da boleh submit report tu by dis week...

pergh kalau repot da submit,itu tanda aku da boleh goyang pinggul..ngee
result semua da settle.appendix siap da ready,tapi ilham menaip ayat diskusi masih stuck...adeyh..mahu saja aku upah sesiapa hanya untuk menulis discussion.aku bab merapu ayat serius memang lampi sekali.
gara-gara menunggu idea jatuh ke pc masih hambar,maka ku follow double S p baca chip TLD.walaupun harus berjalan jauh dari B15 ke B32,aku tak kisah.asal aku tak tersekat dalam office.

menghabiskan waktu petang dengan membontot double S,sampai ke bunker pun aku p.walaupun aku sudah rasa nak muntah last week kesan terkena sources,tapi aku tak kisah.mujur semalam aku cover sikit diri ketepi,jadi rasa kurang selesa pada badan kesan cesium 37 tak la hebat sangat..

tuptaptuptap...da dekat pukul 5,dengan discussion tak siap,aku balik office shut down pc dan pulang.

aku punya enamhari saje lepas ditolak hari cuti...ngeee.kalau nak ikutkan 5hari je,tapi since lecturer double S nak mai,maka cuti dipotong sehari...sobsobsob

Monday, August 13

ke duasembilan kali

10080800H2012

heuheuheu...misi ambil alat hampir selesai.hari ni aku dan Double S ambil alat yang kami letak semalam kat B29T.since ambil alat agak lewat,maka lepas pulang ke office,aku terus cabut pulang ke rumah.niat download data ku tangguh sehinnga selesai rehat jam 3.misi download data bermula.dengan convert file bagai semua dilakukan.

aku tengok result...mak aih awat la bacaan ni dok tinggi kat bilik pengarah.lepas ni konpem pengarah minta tukar bilik.tapi nak camne,duration hour die lebih dari 24hrs,mencecah 27hrs...tu yang tinggi bebeno.
petang itu sewaktu Double S ke SSDL untuk download data,aku tak follow.memang tersangat rugi.ye la next week je last depa p sana.aku dengan tak taw konsep bagai tercangak kat office.tapi kerja edit data masih tak selesai dan ku tangguh ke minggu berikutnya

letak alat semakin habis...misi karang ayat akan bermula.moga diberi hidayah untuk goreng ayat ni semua.mohon jadi sedap dan rangup...>_<

Friday, August 10

ke dualapan kali

09080800H2012

hari yang masih serupa seperti semalam.menanti jam 11lebih untuk misi monitoring 24hrs ke B29T.
sementara menanti waktu itu,kerja anilisis data aku buat.walaupun hanya enampoint,tapi ia cukup buat mata berpinar.bila mana harus aku calculate data serta create graph dari data import...arghhh.mahu setengah hari aku settlekan.dapat pula pc yang immune pada virus pada tahap sedih.

sebelaslebih aku dan Double S menuju ke lobby.tetiba kelibat enWan dan enMalik muncul dengan motosikal...arghhh rasa nak jerit pun ada.aku nak tumpang sape ni.mujur locationnya boleh ikut shortcut.so kita orang jalan kaki la.beberapa point terpilih di B29T di monitor.

gara-gara stress melihat data-data yang masih belum di discuss,aku jadi serabut.kalau sebelum ni lab repot dibuat dalam kumpulan,ini berseorangan memang rasa nak terkangkang la gamaknye.bahan bacaan sudah aku kumpul.maklum la mana taw bole bantu untuk ayat-ayat discussion anti.hurmm

keputusan monitoring di B32T amat seram.walaupun tidak la capai tahap terlampau bahaya,tapi bahaya nya masih ada.mana taknya,B32T kami buat monitor sebab ada workers complain depa rasa letih malah kurang selesa.bila graphnya sudah awesome melampau,maka otak ku jadi lemau mahu berfikir.

soal TLD yang sudah dianneal siang itu dibiar hampir 4-5jam.setelah itu petang itu diexposed selama 1minit dengan cesium.mujur lokasi dekat,maka aku pun follow double S.proses yang nampak mudah tapi rumit.hari ni aku masuk bunker lagi.since source belum on so still selamat la kalau nak berposing bagai dalam bunker tu.setelah di exposed,semua seperti biasa sehingga aku balik office rasa pening serta loya...sudahh ni pasal aku diri depan pintu la tadi.source walau sekejap,effect dia masih ada.padan la Suhail refused untuk masuk ke bunker ambil TLD tu.

petang tu balik rumah penangan cesium sudah mengalir pada diri.rasa letih dan lesu bercampur baur

Thursday, August 9

ke duatujuh kali

08080800H2012

hari yang mendatar.
gaya seorang budak intern menjejak kaki bila waktu hampir saje jam 8.buka lampu diikuti switch on pc.mencari bahan bacaan buat rujukan untuk laporan projek...
ooh nood nye aku.menjadikan pacik google sebagai pencari setia.segala jenis laman yang wujud ayat Radon terus ku tekan bertubi-tubi.
mata terus bersinar tatkala seharian membaca.diam mebisu cuba mengisi ilmu...pabila stress cake game online menjadi kunjungan.

sedang aku leka,enFoxtrot datang menjengah.dengan gaya confident aku tunjukkan bahan bacaan yang aku jumpa.malah beberapa penerangan aku beri....perghh awesome tu.kalau aku goreng pun belum tentu dia tahu.hakhakhak

ada ketika aku keliru.maklum la enFoxtrot tak semak pun hasil kerja ku.malah beliau menerima dengan sebulatnya.siap tanya opinion ku soal penyelesaian masalah ini.ku suara kan pada emak.takut la jika langkahku ini silap.emak sedikit risau.takut la kami dibuang negeri nanti gara-gara penyebaran dakyah palsu...haha

waktu iftar ku tanyakan pada ayah.adeyh katanya itu la kerja.boss bukan tahu ape pun.yang dia tahu siap dan ada.macam kita buat itu tolak tepi.malah kita harus proposed pada boss...tambah ayah lagi,kalau nak semua boss suap,baik tak payah hire pekerja.biar boss sorang buat semua.....terdiam

keputusan monitor 24hrs di B32T sudah dimuat turun...pengiraannya belum bermula

Wednesday, August 8

konklusi

hal ini sudah lama ingin dikatakan
setelah misi pencarian purse aku yang tak berksesudahan,aku buat konklusi ia hilang..
dimana?bila?macam mana?....aku tak tahu
sudah la banyak item tersayang yang terkandung disitu,tapi apakan daya....bukan rezeki
ni semua careless puinya pasal la

kandungan purse cekelat cap Siam
1.atm card
2.lesen L
3.Lesen P
3.matrix card
4.card kesihatan
5.wang yang aku tak pasti jumlahnya
6.card sampingan
7.cincin pemberian enKP
8.gambar peribadi
(sekian..ini aku ingat...tapi sadis wooo banyak card penting)

mujur ada purse kedua,tapi itu hanya cover card wajib ada seperti identity card,atm card dan lesen....argh mana hilang aku sangsi....sobsobsob


nasib bek mata baby ni hijau,aku mata cekelat je  =_='

ke duaenam kali

07080800H2012

perancangan project Sufi dimulakan.menuju ke B13 untuk letak TLD di piring lead.tujuan untuk anneal process.so pocess ni akn delete apa-apa info yang terlekat kat chip tu.walaupun ia chip baru,annealing masih perlu bagi minimise kan error.di B13 juga aku khabarkan soal monitoring 24hrs di building critical.ada dua building terpilih,satu mencatat reading yang terendah dan otherwise.

since enFoxtrot bagi greenlight dekat aku nak start bila,maka aku plan nak buat esok je.tapi out of sudden die suruh buat hari ni juga.mujur die da tetap kan pointnye,maka sedikit mudah kerja ku.
gara-gara aku x punya kenderaan,ia semakin masalah.maklum la pergerakan ke B32 agak jauh dihujung sana.maka aku call enWan untuk minta pertolongan.gagal!...panggilan pada enPeas.mujur dia bersimpati.walaupun agak lewat jam 3 aku dont mind.maklum la 24hrs ak tak risau sangat.

petang tu letak alat di B32.agak sukar buat kerja bila ada tak beri commitment.alat itu untuk lebih accurate harus letak di centre bilik,tapi di pejabat am letak dekat dengan dinding.kemunculan enFoxtort yang aku tak tahu complain soal ini.gara-gara akak kerani tak kasi kami letak di tengah bilik dengan alasan ramai yang keluar masuk,maka enFoxtrot lapor pada boss nye.tak boleh buat apa...harus redha.

6point terpilih termasuk surau.mujur bukan ditandas kerana aku yakin bau hancen tandas mampu influence data alat.hakhakhak.enPeas yang tak sangka lihat kerja kami agak sibuk berasa kasihan.dalam kesuntukan masa,projek ke-3 masih diteruskan.aku yakin ia tak mampu siap.tapi apa daya,sudah kerja redha je la.ku nyatakan pada enPeas bahawa aku seperti RO sudah gayanya.buat projek bagai ini untuk kegunaan enFoxtrot di masa depan.emak berkata seolah kami dipergunakan untuk kesenangan depa.aku kata biaq la,nama pun kerja.barangkali tidak diberi gaji sebab itu emak persoalkan...huhu

selesai letak alat,aku pulang ke ofis,manakala Sufi,Suhail dan enFoxtrot kalut untuk projek TLD....

Sunday, August 5

reunited again

after 5years baru ketemu semula.iftar bersama cekalianz memang mengujakan.

terlalu awesome bila mana kau da lama tak bersua dan terlalu banyak cerita kau tak tahu.manusia berubah,maklum la umur semakin bertambah..ok itu true!
lawak pun ada jika yang berchenta zaman sekola teringat kisah lama.bila disakat mampu mengukir senyuman di jiwa.biasa la zaman remaja,chintan chintun itu lumrah.

aku mungkin tak berapa femes dalam cekalianz,tapi mungkin nickname yang menarik buat depa still ingat aku.huhu
semua semakin berjaya dalam hidup.maklum la people change kan.

after a long meeting aku diaju satu soalan yang buat aku terkasima
Tr** setelah 5tahun kau takde boipren ke?....dan aku muka troll lajulaju.
argghhhh apa punya soalan kau tanye ni.maka aku keluarkan statement Shan

"mungkin aku perlu buat statement yang aku tersangat busy sehingga tak sempat nak cari" 

hakhakhak gelak besar.aku tanya kenapa?..and dia kata nothing..saje je
[fine.anda buat jantung saya berdegup kencang] 



bilamana aku tak mampu nak gambarkan feeling itu in term of word ia gilak
arghhh....malam ni sudah cukup duaorang tanya soalan sama..plizpliz...make dis clear
takkan la chenta zaman sekola berputik semula...huuhuu

pulang dalam keadaan jantung berdegup laju aku keliru.i'm sweating u know...haish

perkembangan rakan-rakan sangat awesome.ada yang sudah mula kerja..ada yang sambung master...ada yang masih belaja




notakaki:
1.aku ceritakan soal ini pada emak.kau bayang je la bilamana emak terus setuju kalau si dia itu calonnya...haish...kalau ya risau anaknya tak laku jangan sampai begitu sekali.bila mana keeksaitednya dikongsi dengan ayah...aku malu  >_<'
2.jiran lama siap beri aku nasihat..kau tak perlu mencari.sebab akan ada nanti (sambil jari menuding ke arah cekalianz guys)...weyh i smell something fishy u know...huhu
3.baik aku tolong pass kan duit si dia masa bayar tadi(kiranya kami bayar samasama la)..hurmmm kami da lama tak contact kot.malah masa zaman sekola bercakap kurang sekali.tapi sembang dengan die buat aku seperti tak percaya...ohtidak.harap saya bukan la syiok sendiri....huhu 
4.enDoktor ada tadi.dia diam saje.kurang berkata-kata....