Friday, November 9

aku dan emosi

baik la,aku mengakui emosi semakin tidak stabil.
aku akui bila aku cemburu melihat rakan mula bercuti.
aku akui aku cuba terima dengan apa yang akan terjadi
malah aku akui bila emosi pengaruhi aku dan aku rasa mahu jadi seperti dalam kontrol histeria

mengadap minggu pelajaran membuatkan aku sentiasa bangun pagi di awal hari.malah tido lewat dimalam hari
seharian berperang dengan fizikal dan mental
dan bila aku sedang emosi aku lepaskan pada mereka di keliling ku.maaf kawan
bila aku emosi aku bercakap tak henti.malah ada saja jadi mangsa perli...maaf kawan

seminggu akan datang aku bakal hidup dalam dunia ciptaan sendiri.
akan aku kunci segala akal pemikiran ini.
ingin aku bertindak pada fizikal tanpa kebergantungan pada fikiran

aku dan emosi sedang berperang
bila seminggu akan datang aku yakin lidah ini pasti ringan dengan caci maki
memang rasa itu sudah mula sejak malam tadi

ya aku sedang geram pada dia.dia yang buat emosi aku terseksa
ya aku semakin beremosi

No comments:

Post a Comment