Sunday, November 18

eksesais mandi peluh 2

hari ke2 latihan

pelampung da siap.maka keberangkatan bermula.memandang kami ni ladies dan senior pulak tu,maka keutamaan memang kat aku dan gadis suci laen la.so pergerakan pagi tu bermula dengan bas,manakala yang laen bersama 3tan dan bas lain.

perjalanan hampir sejam ke kedah.dalam minda aku da terbayang pasti deras air itu,malah pasti suci.mana taknya kalau gaya penceritaan mereka seperti mahu menggerunkan kami semua.walaupun ia cuma parit luas di tepi sawah atau ban,aku teruja menanti untuk lihat kawasan itu.

bila indah khabar dari rupa,semua asykar yang lihat ban itu mula mental down.ok,cuba kau bayang,sudah la airnya keruh,melihat dasar pun tak mampu.fine..ia forgiven.tapi ia semakin kecewa pabila kau melalui tepian ban itu kau lihat ada bangkai ayam tanpa bula sedang berenang bebas.jika satu mungkin tak mengapa,tapi bila angkanya hampir lebih dari sepuluh....perghhh aku,dia dan mereka diam  >_<



suka atau segan,aktiviti berenang dengan pelampung buatan bermula.pasanganku adalah jr guy.fine sudah la aku dan jr itu gagal berenang,tapi mujur kami sampai dengan selamat.aku sebaik mungkin untuk tak benar air ban itu singgah ke tekak.mujur deria hidung tak hebat,kalau tak bau air ban tu confirm mampu bikin otak aku pengsan

cabaran pertama selesai,maka kedua pula.dimana aku harus cross ban itu menggunakan tangan berpaut pada tali berposisi terlentang.gara-gara buhsan menunggu tali keselamatan,maka aku dan makhluk malas lain hanya cross dengan lifejacket sahaja.tali tolak tepi..hahaha.saja buat teruk.konon perasan hebat..weee.ia berjaya.aku yang cuba halang kepala dari basah akhirnya basah juga bila Muthu dengki tu bole simbah muka aku dengan air...arghhhh stress

aktiviti ni dibuat dengan hanya celoreng setia di badan,tapi kasut tidak dipakai.maka,pabila aku harus cross semula ke garisan permulaan,semuanya dalam berkaki ayam.nak pulak bila aku sedang pijak jalan tar yang sedang hangat tu,memang melompat kegelian laa hai.sudah la kaki putih menjadi kehitaman.tumit yang halus pula sedang berperang kepedihan.tergedik-gedik kaki ni mahu ke jambatan.

dengan tak tukar baju setelah melepasi sg ayam itu,kami pun pulang.memang harum la kan.bila pulang semua da pakai garu badan ...arghh sg ayam punya pasal.


walau kau letih,ia harus tolak tepi.malam itu ada kelas lagi.makin stress..maklum la esok ada viva defend.maka persedian membuat orders dan membuat sketch malam itu.pulun tak pulun la juga siapkan.aku dengan ilmu defend zero sudah mahu redha dengan apa bakal jadi esok.kalau mereka mahu punish pun aku berserah..

No comments:

Post a Comment