Saturday, February 23

ukur baju di badan sendiri

setelah dua minggu bercuti,latihan mingguan bermula kembali.
hari ni fitting baju No.1..yaa baju ya di tunggu sejak duatahunsetengah yang lalu.cukup lama,agak lama.nak dapat pun bukan gedebuk,banyak yang kena lalui..hurmm

baju No.1 da siap.masa untuk cuba dan seriusly baju aku sangat tak selesa.dengan seluar yang ketat,baju yang gila punya potongan.sumpah rasa nak nanes lajulaju.nak pengsan pun ada garagara baju terlalu ketat.aku sangsi sebab aku sorang je camtu.yang lain baju longgar,chomey je bila pakai.aku?..arghhh

aku mula rasa aku bakal tumbang dalam parade.haishh minta jauh la.
nampaknya mulai saat dan ketika ini misi berdiet perlu bergerak ganas.jika tidak aku pasti sengsara.tinggal tigabulan sahaja lagi untuk kurus....ohtidaklemaksedangberpesta.com...>_<

Friday, February 22

adil ke?

kawan aku pernah suarakan hal ini

weyh kalau aku madukan kau dengan simpulan kau nak tak?

maka simpulan itu dengan lajunya menjawap bahawasanya simpulan tak rela bermadu.tak kisah la kalau madunya itu dikenali atau tak di kenali

aku jawap..dalam sebuah keluarga,ibubapa belum tentu mampu berlaku adil pada anak-anak dia.mungkin yang itu dapat lebih..mungkin yang seorang sebaliknya

*senyap 

Thursday, February 21

dia benci aku ke?

mesti rare kan kalau kau kamcheng dengan orang tu..tapi tak ada ribut,tak ada angin dia block kau..ok kamcheng tu tak la sampai level tidur sekatil baring sebantal,tapi pada level boleh masuk air la.kalau nak merapu boleh layan lagi la.aku pun pelik.semalam atas desakan Cik Zote aku khabarkan pada dia yang aku tak jumpa laman sosial dia.lalu dengan bersahaja dia kata mungkin deactived kot.tapi aku musykil kerna at the same time Cik Zote boleh view dia..hurmm
aku ada buat salah apa ya?..mulut aku jahat sangat mungkin.tapi jarang juga kami berbicara,cuma menggila tu ada la.nak pula dia keluarkan status rare,maka aku jadi curious


Thursday, February 14

si penggali kubu 7

hari yang dinanti sudah tiba
pagi itu jam  7,tembakan bertalu-talu sudah berpesta
musuh-musuh sudah menggila di padang
kami di kubu sudah menanti terlalu lama
akhirnya musuh datang menyerang..kurang dari 30minit ia selesai
musuh buat aturan semula dan kami semua capai pack untuk pengunduran

generally,berundur bukan bermakna kalah,cuma kau berpindah ke suatu tempat yang lebih baru.dalam kisah sebenar bukan Komp kau saje terlibat,ia melibatkan Batlion.ini perang antara negara.moga ia tak jadi di negara kita

   
ini AC terkahir.kisah aku dan asykar mungkin di sini noktahnya. 



    
kata Sjn HA : I'am very proud with you all,disaat teman2 kalian berdandan rapi,kalian Masih memegang cangkul menggali kubu,berpanas terik,biar pun sukar,kalian ttp ceria,itu yg buat staf terharu.kalian memang tabah.Andai dapat difilemkan kisah ketabahan kalian,akan staf filemkan, biar jadi kebanggaan teman kalian diluar sana.semoga kalian semua lebih tabah menghadapi hari2 mendatang.amin....



~fin ...02022013

si penggali kubu 6

isnin.....selasa.......rabu...khamis...JUMAAT!

cukup 5hari 4 malam aku tak mandi.kalau basah pun itu cuma kerna air hujan
kawan aku cakap..guy kalau 1 hari tak mandi sama dengan lady 3 hari tak mandi
so cuba bayang bau aku da macam apa...siyes noookharooom

pagi itu jam 10 Mjr B datang lagi.
pagi itu Mjr B menggila buat ucapan di tanah lapang Pdg Meha
pagi itu cuaca sangat cerah sehingga bahang sudah terasa
pagi itu Mjr B janji beliau tak akan ambil masa lama..tapi aku sudah teka sejak awal itu semua dusta
pagi itu Mjr B dengan suka hati meluahkan rasa jujur.katanya environment di sini kurang wangi

fine..fine...kami yang memang da lama tak jumpa air memang rasa nak terkam beliau sepantas kilat.dan setelah 5hari baru beliau hadirkan tips untuk jadi wangi...arghh stress aku.dari hari pertama jumpa tak pernah pula beliau share tips keramat ini.

gara-gara malam tadi tidak tidur,mata aku sudah serupa zombi.mahu saja aku berdengkur di kelas Mjr B.bayang saja rare tak rarenya beliau siap usung kerusi nak jumpa kami.sudah la memilih tempat walau kami sudah offer tempat redup,mahu juga berjemur bawah mentari.

kelas Mjr B selesai.ia lebih kepada tips hygiene.aku memang stress hari ke-5 baru cakap.
esok da nak balik kot..>_<'

petang itu orders pengunduran telah disampaikan oleh Pl Komandan baru.
raptai juga sudah berlansung

esok sudah hari serangan.itu bermakna kami akan blah dari Pdg Meha ini..ngee *tepuktanganlajulaju

kubu sudah siap.laluan perhubungan siap ala kadar saja.
maklum la kepala masing-masing fikir nak undur je.
malam itu tidur cukup awal..cukup lena..cukup lama

menanti hari serangan sangat mengujakan


ini kubumate baru



ayuh berserangan!..aku tak sabar mahu berundur




Wednesday, February 13

si penggali kubu 5

senja itu angin tiup kencang.itu tanda hujan mahu turun.
hujan turun terlalu lebat sehingga aku dan Pl Komandan lost mahu buat khemah macam mana.angin terlalu kuat sehingga poncho hampir terbang.aku ke kubu Semboyan minta teduh di sana dan Pl Komandan ke kubu esparanza.waktu itu kami sudah lencun.

hujan serta petir berdetum hebat.aku dan Semboyan hanya berselimut di bawah poncho lalu tidur.jam 9lebih baru hujan diam.sudah la lapar,lencun,sejuk..ia tak tergambar.

malam itu pertukaran jawatan berlansung lagi.syukur jawatan Runner sudah bertukar tangan.

jawatan baru selesai.aku hanya prebet biasa.
aku dan bekas Pl Komandan pulang ke kubu.hujan turun lagi dan lebatnya masih sama.aku dan x-Pl Komandan yang sudah putus asa mahu naikkan poncho akhirnya ambil keputusan untuk berteduh di bawah poncho.duduk di tepi kubu sambil tangan menahan poncho lalu tidur sambil duduk.

sedar je laluan perhubungan kami sudah di penuhi air.lalu aku kejutkan x-Pl Komandan.
x-Pl Komandan gila sedang mamai ajak aku berdragon show di tengah padang.aku yang blur hanya ikut saja.

malam itu panjang dan aku tak boleh lelap.sudah la kasut basah,kaki aku sudah kembang.di tukar stokin baru kesannya masih sama.
malam itu aku cuma teman penggali kubu sebelah.walaupun laluan aku masih belum siap tapi mood langsung tiada.
malam itu aku dan x-Pl Komandan berbual kosong.cuma sinaran bulan dan bintang jadi peneman.
dalam gelap itu masih ada asykar yang semangat menggali

azan subuh sudah berkumandang dan aku masih tidak tidur.Pl Komandan baru sudah tiba.masa untuk aku berkemas dan blah ke kubu baru.
gara-gara Pl Komandan baru tiba terlalu awal dan terlalu semangat mahu kubu baru,kubu itu ditinggalkan dalam keadaan sangat tak awesome.
ok memang keji perangai begitu.tapi apakan daya Pl Komandan baru itu sangat tak sabar.dengan sandbag bersepah.aishh.aku yakin beliau sangat  kecewa.

pagi itu aku dan x-Pl Komandan berpindah.

si penggali kubu 4

pagi itu sesudah sentri aku bersama bagpack ke kubu baru.
sarapan pagi itu bihun goreng.aku yang masih tak puas hati dengan Pl Komndan gila itu sengaja makan bihun goreng dulu sebelum aku preparekan untuk beliau.
sarapan pagi selesai.

matahari sudah mula naik.mengikut orders,laluan perhubungan harus dimulakan pagi ini.
aku dan asykar lain sudah semangat menggali.namun kehadiran Mjr B. pagi itu serta rancangan beliau membuat lawatan sambil belajar buat harapan kami yang mahu menggali berkecai.

lawatan pertama melawat kubu personal dan kubu terpilih ialah kubu baru aku.hooomaiigad!
setakat lawat aku boleh terima,ni siap suruh komen.sudah la kubu itu bukan titik peluh aku,so jangan harap komen positif kau akan terima.

kubu 1 : kubu personal






kubu 2 : kubu esparanza



kubu 3 : kubu GPMG




kubu 4 gambarnya tiada kerana sizenya sangat tak ikut syarat.kalau kau masuk confirm boleh diri je,kalau nak joget memang sempit.

lawatan ke kubu selesai.
tiba-tiba Mjr B buat rare.beliau minta semua asykar tulis surat buat yang disayangi dan dirindui.kata beliau ia penting bagi meningkatkan moral.

.jam 1245H pastikan surat itu saya terima,Runner bertugas perlu hantar pada saya...

hoomaigad!Mjr B sebut Runner?..aku terpinga.kurang dari setengah jam dan aku harus pusing setiap penjuru menjadi posto.
sumpah aku maki hamun kuat waktu tu.sudah la Mjr B buat gila suruh Pl Komandan buat raptai SERBAL,walhal ikut orders raptai itu harus berlansung esok.semakin rare bila beliau minta untuk buat sebelum lunch.

itu tugas Pl Komndan aku tak campur.ni kes posto warkah cinta belum selesai.
rata-rata asykar lain sudah mula mengarang.aku mula mengutip dari satu kubu ke kubu lain.

surat sudah ada.baru semangat mahu hantar tiba-tiba satu plane terbang rendah tempat pertahanan kami.aku dan mereka terpaku,walhal kalau situasi sebenar kami harus stand by.boleh jadi ia plane musuh.aku tak semena minta teduh di kubu orang.

surat selesai.raptai SERBAL berlangsung jam 3petang lebih.mujur raptai itu cuma sekali.kalau banyak kali memang sia-sia lauk tengahari tadi.

Petang itu sesudah azan asar baru misi menggali laluan perhubungan terjadi.bayangkan la kerja dari pagi tadi bertangguh sampai ke petang baru bermula.ini semua bukan permintaan.




Monday, February 11

si penggali kubu 3

malam itu iaitu malam last siapkan kubu,aku mendapat penjawatan iaitu seorang Runner di Pl 4.seorang Runner akan bersama Pl Komandan.tugasnya mudah iaitu melaksanakan arahan dari Pl Komandan.kalau Pl Komandan suruh kau panggil orang di Pl6,kau harus panggil.malah kau juga harus menjaga makan minum Pl Komandan.lebih mudah macam Bibix la.

malang sungguh bila Pl Kmnadan aku seorang yang gila.ya memang gila sehingga guys yang lain siap ucap takziah pada aku.malam itu selesai pertukaran jawatan,kami di sajikan dengan maggie.untung dok tengah padang ni masih ada ladies yang rajin memasak.aku sedaya upaya menyorokkan diri untuk tak mula tugasan sebagai Runner malam ini,namun hasrat itu berkecai bila Pl Komandan mula panggil dan mencari kelibat aku...argghhh kenapakah?

aku diarah untuk ambil maggie untuk beliau.fine aku buat.memang Pl Kmndan gila menggedik di situ minta aku suap beliau.cisciscis...dengan tak rela aku ikutkan saja.mujur selepas itu Pl Kmndan gila itu mampu suap sendiri.sudah la air minuman aku dikebas beliau...arghh..
malam itu tugasan sudah diberi.walaupun yang bertanggungjawab hanyalah Pl Komandan,Pl Sjn,Sek Komandan,tapi Runner dan Semboyan harus stay bersama.

menanti penyelesaian tugas itu sudah jam 2.gila punya asykar,jam 2 masih belum tidur,aku dalam ketika itu masih berfikir soal kubu yang belum settle.
mohon tiada Runner yang tumbang esok.jika tak memang rare.


di sebalik daun itu aku,Runner yang rare

si penggali kubu 2

aktiviti menggali masih berterusan sehingga subuh.sebelum matahari naik,kami harus sentri.
memang aku sudah set sebelum sarapan mahu tidur sebentar.kubumate aku dipertanggungjawabkan untuk keluarkan tanah yang sudah di gembur.

matahari sudah naik.kubu aku baru peringkat separuh pinggang.tempat tidur belum adjust.peluang terakhir diberikan untuk siapkan kubu pada malam ini kerana esok akan diteruskan dengan lauan perhubungan pula.gali dan terus gali.aku yang tak semena-mena di attack gastric pula.aduyai..terus lapor ke Markas Pl.mohon bantuan medik dan sebuah ambulan tiba.aigooo malunya ambulan siap mai kerana bekalan ubatan tiada.

pihak medik bertanya jika aku mahu ke Markas utama,tapi akibat malu terlampau aku gagahkan diri untuk bertahan di padang ini.boleh jadi tidur yang tidak cukup dan stress terlampau akibat kubu belum siap faktor gastric datang.selesai terima bebelan dan bekalan ubatan dari medik,aku tidur sebentar sehingga makan tengahari muncul .YO Leeana ketika itu siap offer diri untuk gali kubu aku,dan aku berehat di Markas utama.tapi sori Pn kubu saya harus digali dengan usaha saya dan kubumate.

pulang ke kubu,misi menggali berterusan.malam itu syukur hujan tidak turun dan kubu aku sudah gali sehingga paras dada.sememangnya kubu kami tidak chanteq kerana kata stap umpama kubu sedang bunting.aigoo kena repair kasi shape.maklum la sebelum matahari muncul sebarang aktiviti menggali tidak dibenarkan.sudah jam 3 pagi,lena ku terhenti.kena adjust lagi,maklum la esok pagi aku harus berpindah kubu.

kubu di adjust sehingga jam 5 dan mata memang sudah tahap speechless harus tidur jika tidak aku pasti tumbang lagi.

aku seorang runner hari ke-4


Monday, February 4

si penggali kubu 1

kisah menggali kubu selama 5 hari memang rare

hari pertama selesai penyampaian orders oleh Pl Komandan,pergerakan ke Pdg Meha bermula
menduduki TBS iaitu di ladang sawit lokasi 1km lebih dari kawasan pertahanan dari belakang.malam itu lebih pada persediaan mental dan fizikal sebelum kami mula misi menggali.pembahagian Platun juga bermula dan hari pertama aku di group HQ cuma yang rarenya aku tidak di attach dengan apa-apa tugasan.boleh jadi aku pemegang Carl Gustav,tapi CG sudah digugurkan maka aku hanya menyemak di HQ.

malam itu tidur kami cukup mudah,cuma berlangit kan awan yang ditutup oleh pelepah sawit.

esok paginya,orders kedua disampaikan sekali lagi,malah ia di ikuti orders oleh Sek Komandan.selesai orders pergerakan masuk bermula.aku yang pada awalnya di HQ telah di tukar ke Pl 6.Pl sebelum ini merupakan Pl 4,maka eksesais kali ini punya 2 Pl
kedudukan di ambil setelah tiga ke empat kali tukar lokasi bagi pemilihan kubu yang sesuai.

tempat sudah ada,maka malam itu misi menggali bermula.mengikut orders jam 0200 kubu sudah di gali ke peringkat pinggang,huish memang tak sempat la kan.nak pula tanah aku tu tanah keras gila.sudah la kubu mate aku sama gender.

dugaan pertama

malam itu baru saja semangat menggali itu sampai walau tanahnya memang nokkharooom.bergetar la tangan ni.
dijadikan cerita jam 2pagi hujan turun lebat.sangat lebat sampai kami panic nak naikkan khemah macam mana.aku hampir mental bila kubumate juga jadi blur.maka akhirnya kami hanya berselimut di bawah ponco.

titisan hujan rasa di badan,mata terus terlena.jam 3pagi lebih hujan semakin kurang rintiknya.kubu aku sudah jadi kolam ikan.

kesejukan terlampau dengan baju basah memang dugaan.malam pertama.syukur tanah itu sedikit lembut lalu misi menggali berterusan.memang aku target untuk gali malam kerana cuaca lebih sejuk dari siang.sudah la lokasi Pl 6 di atas bukit,tanahnya rata,direct sunlight itu memang pasti.


lokasi:padang meha sewaktu senja