Monday, February 4

si penggali kubu 1

kisah menggali kubu selama 5 hari memang rare

hari pertama selesai penyampaian orders oleh Pl Komandan,pergerakan ke Pdg Meha bermula
menduduki TBS iaitu di ladang sawit lokasi 1km lebih dari kawasan pertahanan dari belakang.malam itu lebih pada persediaan mental dan fizikal sebelum kami mula misi menggali.pembahagian Platun juga bermula dan hari pertama aku di group HQ cuma yang rarenya aku tidak di attach dengan apa-apa tugasan.boleh jadi aku pemegang Carl Gustav,tapi CG sudah digugurkan maka aku hanya menyemak di HQ.

malam itu tidur kami cukup mudah,cuma berlangit kan awan yang ditutup oleh pelepah sawit.

esok paginya,orders kedua disampaikan sekali lagi,malah ia di ikuti orders oleh Sek Komandan.selesai orders pergerakan masuk bermula.aku yang pada awalnya di HQ telah di tukar ke Pl 6.Pl sebelum ini merupakan Pl 4,maka eksesais kali ini punya 2 Pl
kedudukan di ambil setelah tiga ke empat kali tukar lokasi bagi pemilihan kubu yang sesuai.

tempat sudah ada,maka malam itu misi menggali bermula.mengikut orders jam 0200 kubu sudah di gali ke peringkat pinggang,huish memang tak sempat la kan.nak pula tanah aku tu tanah keras gila.sudah la kubu mate aku sama gender.

dugaan pertama

malam itu baru saja semangat menggali itu sampai walau tanahnya memang nokkharooom.bergetar la tangan ni.
dijadikan cerita jam 2pagi hujan turun lebat.sangat lebat sampai kami panic nak naikkan khemah macam mana.aku hampir mental bila kubumate juga jadi blur.maka akhirnya kami hanya berselimut di bawah ponco.

titisan hujan rasa di badan,mata terus terlena.jam 3pagi lebih hujan semakin kurang rintiknya.kubu aku sudah jadi kolam ikan.

kesejukan terlampau dengan baju basah memang dugaan.malam pertama.syukur tanah itu sedikit lembut lalu misi menggali berterusan.memang aku target untuk gali malam kerana cuaca lebih sejuk dari siang.sudah la lokasi Pl 6 di atas bukit,tanahnya rata,direct sunlight itu memang pasti.


lokasi:padang meha sewaktu senja 

No comments:

Post a Comment