Monday, February 11

si penggali kubu 2

aktiviti menggali masih berterusan sehingga subuh.sebelum matahari naik,kami harus sentri.
memang aku sudah set sebelum sarapan mahu tidur sebentar.kubumate aku dipertanggungjawabkan untuk keluarkan tanah yang sudah di gembur.

matahari sudah naik.kubu aku baru peringkat separuh pinggang.tempat tidur belum adjust.peluang terakhir diberikan untuk siapkan kubu pada malam ini kerana esok akan diteruskan dengan lauan perhubungan pula.gali dan terus gali.aku yang tak semena-mena di attack gastric pula.aduyai..terus lapor ke Markas Pl.mohon bantuan medik dan sebuah ambulan tiba.aigooo malunya ambulan siap mai kerana bekalan ubatan tiada.

pihak medik bertanya jika aku mahu ke Markas utama,tapi akibat malu terlampau aku gagahkan diri untuk bertahan di padang ini.boleh jadi tidur yang tidak cukup dan stress terlampau akibat kubu belum siap faktor gastric datang.selesai terima bebelan dan bekalan ubatan dari medik,aku tidur sebentar sehingga makan tengahari muncul .YO Leeana ketika itu siap offer diri untuk gali kubu aku,dan aku berehat di Markas utama.tapi sori Pn kubu saya harus digali dengan usaha saya dan kubumate.

pulang ke kubu,misi menggali berterusan.malam itu syukur hujan tidak turun dan kubu aku sudah gali sehingga paras dada.sememangnya kubu kami tidak chanteq kerana kata stap umpama kubu sedang bunting.aigoo kena repair kasi shape.maklum la sebelum matahari muncul sebarang aktiviti menggali tidak dibenarkan.sudah jam 3 pagi,lena ku terhenti.kena adjust lagi,maklum la esok pagi aku harus berpindah kubu.

kubu di adjust sehingga jam 5 dan mata memang sudah tahap speechless harus tidur jika tidak aku pasti tumbang lagi.

aku seorang runner hari ke-4


No comments:

Post a Comment