Wednesday, February 13

si penggali kubu 4

pagi itu sesudah sentri aku bersama bagpack ke kubu baru.
sarapan pagi itu bihun goreng.aku yang masih tak puas hati dengan Pl Komndan gila itu sengaja makan bihun goreng dulu sebelum aku preparekan untuk beliau.
sarapan pagi selesai.

matahari sudah mula naik.mengikut orders,laluan perhubungan harus dimulakan pagi ini.
aku dan asykar lain sudah semangat menggali.namun kehadiran Mjr B. pagi itu serta rancangan beliau membuat lawatan sambil belajar buat harapan kami yang mahu menggali berkecai.

lawatan pertama melawat kubu personal dan kubu terpilih ialah kubu baru aku.hooomaiigad!
setakat lawat aku boleh terima,ni siap suruh komen.sudah la kubu itu bukan titik peluh aku,so jangan harap komen positif kau akan terima.

kubu 1 : kubu personal






kubu 2 : kubu esparanza



kubu 3 : kubu GPMG




kubu 4 gambarnya tiada kerana sizenya sangat tak ikut syarat.kalau kau masuk confirm boleh diri je,kalau nak joget memang sempit.

lawatan ke kubu selesai.
tiba-tiba Mjr B buat rare.beliau minta semua asykar tulis surat buat yang disayangi dan dirindui.kata beliau ia penting bagi meningkatkan moral.

.jam 1245H pastikan surat itu saya terima,Runner bertugas perlu hantar pada saya...

hoomaigad!Mjr B sebut Runner?..aku terpinga.kurang dari setengah jam dan aku harus pusing setiap penjuru menjadi posto.
sumpah aku maki hamun kuat waktu tu.sudah la Mjr B buat gila suruh Pl Komandan buat raptai SERBAL,walhal ikut orders raptai itu harus berlansung esok.semakin rare bila beliau minta untuk buat sebelum lunch.

itu tugas Pl Komndan aku tak campur.ni kes posto warkah cinta belum selesai.
rata-rata asykar lain sudah mula mengarang.aku mula mengutip dari satu kubu ke kubu lain.

surat sudah ada.baru semangat mahu hantar tiba-tiba satu plane terbang rendah tempat pertahanan kami.aku dan mereka terpaku,walhal kalau situasi sebenar kami harus stand by.boleh jadi ia plane musuh.aku tak semena minta teduh di kubu orang.

surat selesai.raptai SERBAL berlangsung jam 3petang lebih.mujur raptai itu cuma sekali.kalau banyak kali memang sia-sia lauk tengahari tadi.

Petang itu sesudah azan asar baru misi menggali laluan perhubungan terjadi.bayangkan la kerja dari pagi tadi bertangguh sampai ke petang baru bermula.ini semua bukan permintaan.




No comments:

Post a Comment