Thursday, February 14

si penggali kubu 6

isnin.....selasa.......rabu...khamis...JUMAAT!

cukup 5hari 4 malam aku tak mandi.kalau basah pun itu cuma kerna air hujan
kawan aku cakap..guy kalau 1 hari tak mandi sama dengan lady 3 hari tak mandi
so cuba bayang bau aku da macam apa...siyes noookharooom

pagi itu jam 10 Mjr B datang lagi.
pagi itu Mjr B menggila buat ucapan di tanah lapang Pdg Meha
pagi itu cuaca sangat cerah sehingga bahang sudah terasa
pagi itu Mjr B janji beliau tak akan ambil masa lama..tapi aku sudah teka sejak awal itu semua dusta
pagi itu Mjr B dengan suka hati meluahkan rasa jujur.katanya environment di sini kurang wangi

fine..fine...kami yang memang da lama tak jumpa air memang rasa nak terkam beliau sepantas kilat.dan setelah 5hari baru beliau hadirkan tips untuk jadi wangi...arghh stress aku.dari hari pertama jumpa tak pernah pula beliau share tips keramat ini.

gara-gara malam tadi tidak tidur,mata aku sudah serupa zombi.mahu saja aku berdengkur di kelas Mjr B.bayang saja rare tak rarenya beliau siap usung kerusi nak jumpa kami.sudah la memilih tempat walau kami sudah offer tempat redup,mahu juga berjemur bawah mentari.

kelas Mjr B selesai.ia lebih kepada tips hygiene.aku memang stress hari ke-5 baru cakap.
esok da nak balik kot..>_<'

petang itu orders pengunduran telah disampaikan oleh Pl Komandan baru.
raptai juga sudah berlansung

esok sudah hari serangan.itu bermakna kami akan blah dari Pdg Meha ini..ngee *tepuktanganlajulaju

kubu sudah siap.laluan perhubungan siap ala kadar saja.
maklum la kepala masing-masing fikir nak undur je.
malam itu tidur cukup awal..cukup lena..cukup lama

menanti hari serangan sangat mengujakan


ini kubumate baru



ayuh berserangan!..aku tak sabar mahu berundur




No comments:

Post a Comment